CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

ITFC ganti duti hiburan

[Copy link]
Post time 4-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Diwujudkan atas ihsan kerajaan untuk bantu galakkan penerbitan filem\rPELAKSANAAN Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kepada penggiat filem bagi menggantikan pemulangan duti hiburan menimbulkan reaksi berbeza di kalangan pengeluar filem. \r\n\n\n\n\rAda yang menyokong malah tidak kurang yang menentang tindakan kerajaan memberhentikan pemulangan duti hiburan itu.\r\r\n\n\n\n\nAkibat daripada pemberhentian pemberian duti hiburan, ada dikalangan penggiat filem mendakwa mereka mengalami kerugian besar apabila sumber pendapatan daripada duti hiburan tidak lagi diterima.\rBayaran duti hiburan yang diperkenalkan pada 1 Julai 1987 menerusi perjanjian persefahaman (MOU) dengan kerajaan negeri bukan perjanjian bertulis yang dimuktamadkan menerusi mana-mana akta atau undang-undang. \rBerkuat kuasa 2000, kerajaan negeri enggan meneruskan bayaran cukai hiburan kepada penerbit filem menyebabkan pembayaran duti dengan tidak semena-mena menjadi tanggungan kerajaan persekutuan menerusi perbelanjaan tahunan yang diperuntukkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS).\rMengikut carta dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Fatimah Ahmad baru-baru ini, pada 2005 sahaja, FINAS mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2,548,783 daripada kutipan tiket melalui Skim Wajib Tayang yang berjumlah RM26,604,747. \r\n\n\n\n\rSelepas 10 tahun, pembayaran duti hiburan meningkat berlipat kali ganda apabila FINAS terpaksa membayar balik duti hiburan berjumlah RM12,834,809 kerana jumlah kutipan filem meningkat dengan cukup memberangsangkan iaitu sebanyak RM73,925,540.\rFatimah berkata, FINAS tidak lagi mampu menanggung pemberian duti hiburan kerana bajet diberikan kerajaan sebanyak RM35 juta tidak mencukupi apabila ia turut merangkumi pembayaran gaji kakitangan agensi itu selain pelbagai aktiviti dianjurkan perbadanan berkenaan. Pembayaran balik duti hiburan hanya mampu dilakukan sekiranya kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta.\r“Penggiat filem sudah tahu mengenai pelaksanaan ITFC pada Malam Penghargaan Industri Perfileman 2011, Jun lalu. Kami mengambil sedikit masa  mengumumkan mengenai perkara ini bagi memperhalusi kaedah ini agar dapat memenuhi kehendak pengeluar filem.\r“Penerbit seharusnya bersyukur kerana ITFC diwujudkan atas budi bicara atau ehsan kerajaan untuk membantu menggalakkan lagi penerbit filem untuk terus menghasilkan filem cereka tempatan. Bagi syarikat produksi yang sering menghasilkan filem pecah panggung, mereka boleh berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan kerajaan.\r“Filem yang ditayangkan di pawagam bermula 1 Julai layak mendapat wang insentif ini tetapi mereka perlulah memenuhi syarat ditetapkan iaitu filem tempatan yang melalui Skim Wajib Tayang,” katanya.\rPengarah dan produser dari Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata, penerbit perlu akur kerajaan tidak lagi mampu untuk memulangkan duti hiburan akibat perkembangan industri perfileman yang kian membanggakan.\r“Bagi saya adalah adil jika filem besar hanya dibayar sebanyak RM500,000. Walaupun jika mengikut bayaran duti hiburan, kami boleh menerima lebih banyak dari itu. Tetapi saya tetap puas hati kerana sekurang-kurangnya kerajaan masih lagi mempunyai belas kasihan. Biarpun tidak banyak sekurang-kurangnya kita masih boleh gunakan wang itu untuk menambah jumlah cetakan filem,” katanya.pada majlis yang turut menyaksikan pengagihan Jalur Gemilang kepada persatuan hiburan  yang terdapat di Malaysia.\rAntara tetamu yang hadir pada majlis itu ialah Jurey Latif Rosli, Datuk Suhaimi Baba, M Daud Wahid, Gayatri Su-Lin Pillai dan Yusof Kelana.\rINFO \rITFC\rBagi kutipan kasar tiket berjumlah RM2 juta dan kurang, insentif yang akan diberikan adalah sebanyak 10 peratus daripada kutipan kasar filem atau kos pembiayaan salinan filem sebanyak RM3,500 setiap salinan, tertakluk kepada maksimum 40 salinan. \rFilem yang mencatat kutipan kasar RM2 juta hingga RM4 juta, insentif yang akan diberikan adalah sebanyak 10 peratus daripada hasil kutipan kasar yang diperolehi itu.\rFilem yang catat kutipan kasar melebihi RM4 juta hingga RM 6 juta, 10 peratus akan diberikan bagi kutipan RM4 juta pertama, dan lima peratus lagi bagi kutipan seterusnya tetapi tidak melebihi RM 6 juta. \rFilem yang mencatat kutipan melebihi RM6 juta pula, insentif yang layak diberikan hanyalah sebanyak RM500,000.\rDuti Hiburan\rRM2.5 juta daripada jumlah kutipan kasar filem RM26.6 juta pada tahun 2005. \rRM12.8 juta daripada jumlah kutipan kasar filem RM73.9 juta pada 2010 \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035509 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list