CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21907|Reply: 115

Zizan tayang isteri..

[Copy link]
Post time 5-8-2011 11:53 AM | Show all posts |Read mode

ZIZAN ditemani isteri pada majlis berbuka puasa anjuran Aquila Emas, baru-baru ini.

Risau apabila rumah tangganya bersama Fazilah Hani dikatakan goyang

SIAPA kata Zizan Nin enggan bergambar bersama isterinya Fazilah Hani Datuk Harun?
Tatkala bertemu dengannya pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusannya Aquila Emas Sdn Bhd, Zizan yang segak berbaju Melayu rona putih, manakala Hani pula anggun dengan pilihan warna kelabu ternyata cukup ‘sporting’ diminta berposing di hadapan kamera.
Jika tidak mahu isteri yang dikahwini sejak setahun lima bulan lalu menjadi perhatian lensa kamera, sudah tentu Zizan tidak membawanya ke sebarang majlis yang membabitkan media.

Hani pula yang kini memegang jawatan Penerbit Berita di saluran ntv7, kalau tidak bertugas, memang tidak keberatan turut turun ke lokasi menemani Zizan. Bahkan keluarga mentuanya juga pernah mengunjungi Zizan di lokasi untuk melihat tugasnya sebagai seorang pelakon.

“Isteri sering juga mengikut saya ke lokasi, tetapi tengok juga lokasi yang bagaimana. Jika lokasi bersesuaian, saya akan bawa. Keluarga mentua juga pernah datang ketika saya menjalani penggambaran drama Panggilan Arwah.

“Waktu itu seluruh ahli keluarga isteri datang. Kebetulan ketika itu saya sedang menjalani penggambaran di dalam kubur, setidak-tidaknya mereka faham bagaimana cara saya bekerja.
“Alhamdulillah isteri dan keluarganya memahami saya sebagai pelakon. Contohnya macam sekarang ini, isteri tinggal bersama keluarganya kerana saya sedang menjalani penggambaran drama 13 episod Mahad Mohd Amin untuk stesen AlHijrah. Boleh dikatakan penggambaran yang diadakan di Ulu Klang itu berlangsung hingga tengah malam setiap hari, jadi saya suruh isteri tinggal di rumah ibu bapanya saja sebab kasihan melihat dia tinggal berseorangan di rumah. Selepas penggambaran saya juga akan terus pulang ke rumah mentua,” kata Zizan.

Hidup berumah tangga sebagai seorang selebriti ternyata bukan mudah untuk dipikul. Apatah lagi, baru beberapa bulan diijabkabulkan secara sah, rumah tangga yang sedang bahagia dibina, dituduh pula bergolak.

Namun sebagai seorang anak seni yang sudah lali dengan sepak terajang dunia seni, Zizan tidak melatah, tetapi yang dibimbangi adalah di pihak keluarga mentuanya.

“Bergaduh ‘manja-manja’ dalam rumah tangga perkara biasa. Bagaimanapun, apabila timbul cerita yang mengatakan rumah tangga kami bergoyang, saya risau. Saya dan isteri mungkin faham dengan apa yang berlaku, tetapi keluarga mentua tidak memahami. Jadi ia memerlukan masa untuk kami menerangkan kepada keluarga apa yang berlaku,” tambah Zizan yang teringin sekali menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, sehingga ke saat ini, rezeki untuk memiliki anak bagi menambahkan keceriaan rumah tangga yang dibina nampaknya masih belum mempunyai sebarang tanda. Namun Zizan dan isterinya tetap reda dan terus sabar menantikan rezeki.

“Setakat ini saya dan isteri belum lagi buat apa-apa. Mungkin kalau usia perkahwinan masuk dua tahun barulah kami akan memulakan ikhtiar. Saya tahu dari cara isteri, memang dia teringin sangat menimang cahaya mata. Tapi saya beritahu isteri, mungkin tuhan ingin kami berbulan madu lagi,” kata Zizan yang menyambut Ramadan dan Syawal buat kali kedua sebagai suami.

Tahun ini kata Zizan, dia mempunyai lebih banyak masa bersama isterinya. Jadi dapatlah mereka bersama-sama meluangkan waktu untuk bersahur, berbuka dan bertarawih bersama.

Jika ada waktu yang terluang juga, kata pemegang watak Tun Dr Ismail iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri untuk filem Tanda Putra Negara arahan Datuk Paduka Suhaimi Baba itu, dia akan memasak bersama-sama isteri.

“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan kerja dapur. Selalunya saya menjadi budak suruhan arwah emak ke kedai buat salinan buku resipi yang dipinjam daripada rakan. Emak memang berniaga kuih, jadi sayalah yang selalu kena tolong buat apa yang patut di dapur.

“Disebabkan itu, saya minat memasak. Kalau ada cuti panjang, saya memasak di rumah. Tapi yang kelakarnya, kami tinggal berdua tapi memasak macam ramai sangat orang yang ada di rumah. Sudahnya juadah yang kami masak akan dimakan berulang kali dari pagi hinggalah ke malam,” katanya.

Selain berlakon, Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) itu juga kini mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan apabila dia mengusahakan perniagaan baju Melayu dengan menggunakan namanya sebagai label.

Katanya, dia terbabit di dalam pemilihan fabrik tetapi rekaan dan jahitan pula diserahkan kepada orang lain.






comel ye wife dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 11:55 AM | Show all posts
mana gambo nye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 11:57 AM | Show all posts
erkk?? xkuar ke?? jap2 iolss tempek len..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 11:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 11:58 AM | Show all posts
suke tgk couple ni...
semoga berkekalan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 11:59 AM | Show all posts
lawonyeee.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2011 12:00 PM | Show all posts
mana gambo nye?
beldandy Post at 5-8-2011 11:55


ade je kat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:00 PM | Show all posts
a'ah.... gambo plzzz....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 12:00 PM | Show all posts
cutenya pasangan ni. semoga berkekalan ye.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:01 PM | Show all posts
ADOIII .. nape x npak gamborrrr nyeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 5-8-2011 12:04

Jumaat Ogos 5, 2011

Zizan Nin Mohon Doa Dikurniakan Anak

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ




Zizan dan isterinya sedang bahagia dan mendoakan rezeki anak. - Foto AZHAR MAHFOF

PETALING JAYA: Setelah berkahwin lebih setahun, pelakon Zizan Nin masih mendambakan kehadiran cahaya mata.

Pelakon yang baru selesai menjalani penggambaran filem Tanda Putera ini mengharapkan kemuliaan bulan Ramadan akan memberikan rezeki berupa anak kepadanya dan isteri, Fazilah Hani Harun.

Saya dan isteri masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tetapi nampaknya belum ada rezeki.

Mungkin disebabkan masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,?katanya yang ditemani oleh isteri semasa majlis berbuka puasa anjuran Aquila Emas di Hotel Federal Kuala Lumpur.

Jelas Zizan, jika berkesempatan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, mereka akan berbulan madu ke Vietnam atau Kemboja.

Saya jangka kami akan berbulan madu pada bulan Oktober depan. Mungkin dengan cara ini kami akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.

Sebelum ini, kami pernah ke Indonesia. Jadi, kali ini kami merancang mungkin akan ke Vietnam atau Kemboja,?ujarnya lagi yang buat kali kedua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Kuala Lumpur bersama-sama keluarga isterinya.

Dalam perkembangan lain, Zizan juga akan melancarkan baju Melayu jenamanya sendiri di butik rakan perniagaannya, K-Maria di Kota Damansara di sini pada minggu hadapan.

Saya tidak terlalu banyak memberikan sumbangan dari segi rekaan baju Melayu itu tetapi saya memilih kain mengikut cita rasa semasa.

Idea untuk menjenamakan baju Melayu ini tercetus daripada permintaan semasa yang mana pakaian kebangsaan ini harus mempunyai banyak jenis untuk disesuaikan dengan pelbagai majlis,?tuturnya.

Harga baju Melayu tersebut dijual pada harga antara RM180 hingga RM250 sepasang.

Buat permulaan, Zizan akan memberi diskaun kepada para peminat yang berkunjung ke butik itu.

Butik itu juga turut menyediakan pakaian untuk wanita yang disediakan oleh rakan kongsinya. Tambah Zizan, kemungkinan selepas ini dia bakal mengeluarkan baju kemeja atas jenama sendiri


***bestkan nak pg bulan madu lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 12:04 PM | Show all posts
ADOIII ..  nape x npak gamborrrr nyeee
AlongCute Post at 5-8-2011 12:01



   uolss..iolss tempek len..khas untuk uolss..
   
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:05 PM | Show all posts
zizan muka dh bolattt.. hahaha.. hepi kan dh jd asben skrg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 12:07 PM | Show all posts
Jumaat Ogos 5, 2011

Zizan Nin Mohon Doa Dikurniakan Anak

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ




Z ...
mixed Post at 5-8-2011 12:02


g obersi ag..   iolss jgak yg dok m'sia..motipp kaitkan iolss plak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:09 PM | Show all posts
sweet kapelll
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:15 PM | Show all posts
sepadan r derang...sesuai sangat2,,,doakan yg terbaik utk derang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 12:16 PM | Show all posts
baju isteri zizan tu tranparen ke mata aku kero
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 12:19 PM | Show all posts
baju isteri zizan tu tranparen ke mata aku kero
diamondvii Post at 5-8-2011 12:16



   erkk?? mata uolss begitu tajam.. iolss baru prasan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:19 PM | Show all posts
baju isteri zizan tu tranparen ke mata aku kero
diamondvii Post at 5-8-2011 12:16


aku pun rase mcm nmpk je bra bini die...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:22 PM | Show all posts
moga berkekalan selamanyer.. amin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.070838 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list