CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 27139|Reply: 76

sejarah dan mitos bangunan lama di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 18-8-2011 10:57 AM | Show all posts |Read mode
dulu aku penah practikal kat bangunan Angkasaraya depan KLCC..semalam aku lalu situ,rupanya bangunan tur telah pun dirobohkan..setahu aku bersebelahan dengan bangunan angkasaraya tur ada 1 rumah ala-ala rumah inggeris...korang tau tak apa sejarah rumah tu...dan kalo korang perasan kan..banyak rumah-rumah lama ala inggeris dekat Jalan Tun Razak yang terbiar..apa eks sejarah bangunan-bangunan tur..adakah rumah orang-orang kaya pada zaman dulu????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 06:03 PM | Show all posts
Banglo yang dimaksudkan tu adalah Bok Mansion@Le Coq D'or.

Sejarah mansion ni panjang dan banyak. Oleh itu, dari pengetahuan yang ada sikit2 ni, baik diceritakan kisah mansion ni dalam 3 bahagian; 1) sejarah pemilik mansion ni; 2) sejarah pembinaan; 3) sejarah am mansion sehingga dirobohkan.

1) Sejarah pemilik

Bok House ni dibina oleh Chua Cheng Bok, seorang jutawan berbangsa Cina. Dia seorang imigran dari negara China dan semasa dia datang ke Tanah Melayu awal 1900an dia seorang yang sangat miskin dan takde pelajaran. Mula2 dia kerja di kedai menjual rempah ratus.

Lepas abis kerja, malam2 Cheng Bok ni akan pergi ke Jalan Ampang, ke kawasan yang dulu dinamakan Red Light Corner dan dia kerja baiki basikal. Lama2 bila dia dah ada duit simpanan yang banyak, dia berhenti dari jadi pekerja di kedai rempah ratus tu dan guna duit simpanan dia bukak syarikat sendiri. Syarikat dia ni berkembang dari mula2 baiki basikal, then jual basikal, then jual motorsikal then jual kereta.

Nama syarikat dia? Cycle & Carriage. Familiar kan? The first importer of Mercedes Benz cars into Malaya/Malaysia.

2) Sejarah pembinaan

Masa dia kerja baiki basikal tu, dia mula berkenalan dengan anak seorang jutawan Cina di KL. Rumah amoi ni kat Jalan Ampang jugak, sekarang dah takde dah mansion tu, dah jadi bangunan yang dinamakan Plaza 121 (sebelah betul Tanah Perkuburan Jalan Ampang/Hotel Maya).

Dijadikan cerita dorang dua orang jatuh cinta and decided to marry. So Cheng Bok pun pergi lah jumpa bapak amoi ni. Masa ni dia baru start company dia sendiri. Bapak amoi ni reject dia sebab dia dari humble beginning dan kedua tak setaraf dengan dia.

So, brokenhearted, Cheng Bok pun tanam azam dia akan kerja  keras dan take his revenge sebab reject dia.

So, dia kena kuat, built his empire. So bila dia dah jadi jutawan himself, dia beli sekeping tanah di Jalan Ampang, betul2 mengadap mansion gf dia. That was around 1920. In 1929, dia lantik the best architect firm in Singapore masa tu, Swan & Maclaren untuk membina mansion dia. Ada orang cakap dia bina mansion ni untuk menunjukkan kat bapak gf dia yang dia mampu jadi sekaya dia dengan kerja keras. Ada yang cakap dia bina supaya gf dia ingat betapa sayang dia kepada gf dia. Cuma tak ada dalam rekod samada dia actually kawen dengan gf dia tu lepas dia bina mansion ni yang siap dalam tahun 1929.

Apabila siap mansion ni dalam tahun 1929, it was said that this mansion is a mansion like of which never seen in KL before or after. Lebih besar dari mansion gf dia dan lebih grand. Lepas bina mansion ni, Cheng Bok then bina Coliseum Hotel/Cinema and Coliseum Cafe yang poplar kat Jalan TAR, just because he can

3) Sejarah am

Di dalamnya, terdapat campuran Timur dan pengaruh Barat dengan seni Eropah dan kaca berwarna dipaparkan bersama-sama dengan perabot Cina , peral dan jubin Peranakan. Floor dia sangat detail dan perabot yang diletakakan datang dari Eropah, especially Itali dan France.

Pada tahun 1958, Bok House telah ditukar kepada restoran mewah Perancis, Le Coq d'Or. Menariknya, Chua dan keluarganya lebih suka hidup di bahagian belakang mansion itu selama lebih 20 tahun - sampai wing ni dirobohkan oleh kerajaan dalam tahun 1999. A few of Bok generations actually lived there till the end.

Dalam tahun 2001, selepas banyak kali delay, eventually Bok mansion ni robohkan. Walaupun Badan Warisan Negara cuba dapatkan status bangunan bersejarah, thus tak boleh dirobohkan, tapi tak berjaya. Ada cakap keturunan dia sendiri yang nak dirobohkan sebab tanah tu prime land. Ada cakap sebab berebut harta, since wasiat Cheng Bok ada mentioned tak boleh jual rumah ni sehingga 5 keturunan. take sapa yang tau.

Masa aku kerja kat Bangunan Selangor Dredging yang mengadap Bok Mansion ni aku selalu jugak lunch kat LE Coq D'or ni. Memamg cantik gila dalam dia. Spiral stairs and marble floors etc. Tapi time tu, 1999-2001, bangunan tu dah memang usang. A few month lepas last sekali aku lunch kat situ, the mansion was sealed. And then a few months later, it was gone...

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 08:56 PM | Show all posts
info yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 05:12 AM | Show all posts
Bangunan Istana Negara sekarang ni pun ada senibina Barat jugak,kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 02:38 PM | Show all posts
wahhhh....memang menarik la...baru tau sejarah bgnn tu....

bagus2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 11:58 PM | Show all posts
oh.... dulu macam kawasan taman perumahan zaman dulu... macam dekat Titiwangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2011 12:01 AM | Show all posts
Advertisement: Singer Sewing Machines




Cycle & Carriage Co. carried a wide variety of products in the early 1900s.  This ad from the Malay Mail of 1906 shows the company advertising Singer cycles and sewing machines.


Sources : http://www.malaysiadesignarchive.org/

http://www.currypotproductions.com/MotorHistory-CNC.htm


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 12:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2011 02:23 PM | Show all posts
Memang best thread pasal nih. aku up.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:07 PM | Show all posts
wah...kagum aku baca info pasal bangunan sebelah angkasaraya tu. tak sangka rupa rupanya ada sejarah tersendiri bangunan tu, tapi sayang sekarang mansion tu dah dirobohkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 05:19 PM | Show all posts
Reply 2# FussyPussy


masa sya practikal di bangunan angkasaraya tahun 2004, pagar bangunan tur dikunci..bangunan tur mmg dh usang dan tak digunakan lagi...rasa  sayang bila tengok bangunan tur dh dirobohkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 05:22 PM | Show all posts
kenapa dirobohkan..kenapa tak buat sebagai kawasan pelancongan contoh macam saloma atau zouk tur..bangunan lama tur mmg unik...masa praktikal kat bangunan angkasaraya dulu terpikir gak,kenapa bangunan tur tak digunakan,terbengkalai begitu jer..padahal kawasan sebelah dh maju....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:24 AM | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 7-3-2019 09:46 PM

Kawasan sekitar Jalan Inai antara persimpangan Jalan Imbi serta persimpangan Jalan Bukit Bintang juga ada terdapat Masion house ala2 Inggeris kalau kita perasan.

Ada diantaranya telahpun diubah suai dengan menjadikan sebagai komersial lot dan juga masih dihuni oleh pemiliknya.Tidak kurang juga yang terbiar tanpa dijaga dengan rapi sehingga mencacatkan pemandangan disitu.

Bagunan2 lama ini telah pun berlatar belakangkan struktur binaan pencakar langit yang moden sehingga mengetepikan kehadiran rumah2 lama ini dan ada juga rumah2 lama ataupun mansion ini terpaksa dikorbankan bagi memberikan laluan kepada pembangunan yang baru diatas tapak rumah2 tersebut.


Hal ini berkemungkinan pemilik2 rumah itu telah menjual aset hartanahnya kepada pemaju2 yang inginkan tapak rumah tersebut bagi tujuan pembangunan disitu.

Pemilik tanah juga turut dibayar dengan harga yang tinggi malah mencecah angka jutaan ringgit dimana kawasan rumah mereka diami itu merupakan lokasi strategik bertempat di tengah2 pusat bandaraya dan juga kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.


Tidak hairanlah jika ada dikalangan mereka terpaksa ataupun dengan rela hati mengorbankan aset hartanah itu untuk wang ringgit dan ada yang dijanjikan diberi petempatan yang baru.Sekiranya anda disini ingin melihatnya bolehlah pergi meninjau kawasan2 yang saya maksudkan itu.Malahan ader yang terletak jauh dari laluan utama malah anda juga perlu meneroka sehingga setiap pelusuk untuk melihatnya.


Contoh yang mudah ialah Jalan Imbi...di persimpangan Jalan Pudu dan boleh kita lihat 1 rumah papan yang masih ada disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 09:13 PM | Show all posts
carcosa seri negara leh jadik bangunan mitos gak ke?
hehehhee..

tapi bangunan ni penuh bersejarah.

idea dari f. a. swettenham, tak ingat tahun brape, kene cek balik.

pas bangunan ni siap, resident2 duk sini.
kan?

then, skrg jdik hotel kan?
org kate, makanan kat sini, sedap2 gk.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 09:16 PM | Show all posts
tumpang tanya,

ada tak sapa2 tahu kat mane letaknya istana sultan abdul smad kat kl? british bina istana sultan abdul samad kt KL, tahun 1880-an rasanye.
tak ingat. katne ek istana tu?ada sape2 tahu tak?

tapi sultan abdul samad, tak nak duk situ,
sebab die nak duk jugra.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 09:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by manuskrip_lama at 10-9-2011 21:38

sekolah raja.

sekolah raja dibina atas usaha raja muda suleiman untuk belajar pendidikan inggeris kat selangor pada tahun 1889.

then, maxwell anta f. w. haines suh jadik tutor raja muda suleiman. kemudiannya, pas sekolah raja ditubuhka, haines jadik inspector sekolah ni.

then, atas kesungguhan raja muda suleiman nak adakan pendidikan ingeris kat selangor.
maxwell memohon kebenaran gabenor utk bina skolah utk anak2 kerabat diraja selangor.
sekolah ini dibina, dan berjalan pada disember 1890.
jadik, sekolah raja ini dibina atas kesungguhan raja muda suleiman ibni raja muda musa.

anak raja yg daftar skola ni; Raja Muda SUleiman ibni raja muda musa, Raja Jumaat bin Raja Bot, Raja Yusuf bin Rja Yaakub, Raja Osman bin Raja Hassan, Raja Hitam bin Raja Abdul Majid, Raja Ibrahim bin Raja Yahya, Raja Kecil bin Raja Mahmud, Raja Jaafar bin Raja Mahmud.

anak penghulu selangor yg daftar skola ni;ahmad bin syeikh Muhammad ali, abdul aziz bin syeikh mohit, dan tambi ahmad bin tambi zainal.

tapi skola ni tak kekal lama.
tutup pada januari 1894.


tapi, dalam pandangan saya, penerus kesinambungan sekolah ni, adalah victoria institution yang ditubuhkan pada tahun Ogos 1843.

memang skola ni org kate, idea dari org cina, dan india. tp sebenarnye, bagi saya, dorg amik idea ni, sebab tengok kesungguhan raja muda suleiman utk mendapat, dan memberikan pendidikan inggeris utk kerabat diraja selangor. jadik, org cina, dan india kat sini, amik idea raja muda suleiman ni, then v.i. ditubuhkan.

bagi saya, v. i. ni ditubuhkan atas sebab raja muda suleiman.

then, sebenarnya, raja muda suleiman, dan sultan abdul samad, bagi sumbangan berbentuk wang terhadap penubuhan v. i. ni.
tapi, kebanyakan penulisan, nama sultan abdul samad, dan raja muda suleiman tidak disentuh, padahal mereka la yg menyarankan penduduk di selangor supaya mendapat pendidikan inggeris di sini.

(tapi taktahu la, ade penulis tulis or tak, pasal sultan abdul samad dan raja muda suleiman, stakat yg saya tgk, takda,..tp ntah la..ada yg terlepas pandang ke..sorry)

ehehhehee...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2011 09:43 PM | Show all posts
stesen ketapi yg kat kl tu. name ape ek?
yg kt bus nice tu?

tu kan bangunan lama kan?

saya pun tak pasti.

saya rasa, tu, bangunan stesen ketapi di kuala lumpur yg menghubungkan Bukit kuda-Kuala Lumpur.

swettenham nye idea bina landasan ketapi ni, dan dipersetujui oleh gabenor dan sultan abdul samad.

then, stat bina landasan ni pada tahun 1883 dan siap tahun 1886.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 09:45 PM | Show all posts
bangunan sultan abdul samad.

bangunan ni kan sebenarnye, pejabat kerajaan british di selangor.

then, lama2, baru tukar, jadik, bangunan abdul samad kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 09:50 PM | Show all posts
masa zaman british, raja laut (raja muda Selangor time zaman Sultan Alaeddin SUleiman) ibni Sultan Muhammad, yg jadik penghulu kat KL. pas kemangkatan raja laut, raja Mahmud ibni sultan muhammad plak yg ganti  jadik penghulu kat kl.

then, saya tak pasti, di mana tempat dorg duk.
kalu ada sesiap tahu, harap leh kongsi ilmu.
ehehehe..
mesti ada bangunan yg bersejarah kt tempat2 dorg duk.
hhmm...

sebenarnye, bukan org cine je duk kl.

raja laut dan kluarga nye duk kl.
raja bot pun sama.
pastu raja mahmud, dari semenyih, jadik penghulu kat kl.
raja hassan or husein bin raja hitam, jadik penghulu kat sekitar kl gak, setapak kot?

then, kalu ada anak2 raja ni, tak mustahil, ada penduduk tempatan melayu.
jadik, kat kl, sebenarnye, org2 melayu pun ramai ada kat sini.

yg org cine, hanya kebanyakkannye sbagai org yg wt bijih timah je, ada yg keje buruh bijih timah je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 09:27 AM | Show all posts
Kubur Ketua Kongsi Cina.... banyak terdapat di kawasan wangsa maju atas bukit kalau tak silap.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.080232 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list