View: 36916|Reply: 468
|
"Tak Lengkap Kalau Tidak Ke Mekah"...
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.
Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah.
“Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa,” kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.
Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.
Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah.
Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.
“Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.
“Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid.
“Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah,” ujarnya.
Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut.
“Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur,” ujarnya selaku Presiden SimplySiti.
Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian.
|
|
|
|
|
|
|
|
hi edyy saidi
freekey Post at 18-8-2011 14:05
hi freekey.. ingatkan awak tak nak kawan kita dahhh |
|
|
|
|
|
|
|
cantik jubak mek iti.. mek berkenan!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku bknlah tak suke mek iti ni.......dan xjuga meminati dia.....tp pandangan aku je.....mek iti ni bertuah dpt mengunjungi mekah pd bila2 ms dia nak.....gi haji pun dah.....org lain kumpul duit bertahun br dpt gi.......kan molek kalau dia terus menutup aurat.....dr gi sn pastu buka aurat balik.....hmmmm moga kali ni g ALLAH buka pintu ht dia tuk trus bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
i suka bila dia ckp cam tu...selalu nak gi mekah...tp datuk siti ni kan dah kaya raya, ada lebih baik dia gunakan duit dia yang banyak tu jugak utk bantu org yg x berkemampuan utk at least kerjakan umrah (kalau xde bajet utk haji sekalipun)....lagi bertambah2 rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki dia dpt slalu ke sana... |
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 tahun duk ulang alik ke sana ye
banyak duit, memang mudah nak ke sana
untungnya dapat pegi sana tiap2 taun
tapi kenapa tiap2 taun penampilan masih sama?
harap la siti ni betul2 iktikad nak tutup aurat dengan sempurna...
dan dapat sokongan kuat dari datuk K.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak gi mekah
eddysheddy Post at 18-8-2011 14:03
Jangan sedih jangan ditangisi andai belum pergi, berdoalah sentiasa.
Kerja haji dan umrah ini, nilainya bukan berapa banyak kali pergi dan balik, tetapi kemambrurannya.
Itulah sebabnya ianya rukun yang terakhir jika mampu.
Berdoalah agar dijemputNya dan berusahalah untuk membolehkan kerja2 haji dan umrah menjadi mabrur dengan ilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
pergi berkali2 tp belum dapat hidayah sepenuhnya dari ALLAH swt
semoga dct mendapat hidayah pemergian yang kali ini
amin |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la .. gembira dengar .. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhhhh.... ulang alik pi Mekah mcm pi bandung jahh
Banyak duit CT ni
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga ct balik msia nt lengkap tutup aurat, tak mo buka2 lagi.
mak aku nak gi mekah tak dapat2. hmm. harap2 dapat lah tahun depan. amin. |
|
|
|
|
|
|
|
nak dapatkan malam 7 leko kat masjidil haram.. aku kat sini je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
byk duet, tiap2 tahun mmg boleh pergi. satu lg jgn lupa
ianya jemputan dr Allah swt. kadang tuh byk duet tp
hati x terbuka nk ke Mekah..
rinduuunyaaaaa bila teringat Mekah... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah....
rezeki yg melimpah ruah, ALLAH swt tentu ada pilihanNYA yg tersendiri...
ada yg sekali pergi berubah 100%, ada 50%, ada yg tak berubah-ubah langsung
siapa la kita untuk menentukan samada yg pegi umrah atau haji boleh dan perlu berubah ke tidak, kita hanya boleh mendoakan, yg menentukan adalah Yg Maha Esa...
aku pon sentiasa mendoakan siti ni sentiasa mendapat berkat hasil usaha dia....dan pd masa yg sama jeles sgt sebab dia boleh pi buat umrah selalu....
alhamdulillah, aku dah buat haji dan umrah...tp rindu sgt nak pi sana lagi...rindu kat asben jatuh no 10. he..he.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia ni dh byk dh bg bantuan kat org. kuar zakat harta dan pernah terbaca dia ikut turn setiap tahun dia akan amek org2 ssh dr kg dia dan kg tok k utk bwk sekali g umrah. dr segi sumbangan dia dh byk dh. aku cuma kurang gemar klu ada lg yg mntk dia sponsor dan kutip mana2 lg org kita bwk g sana sbb aku takut smp 1 tahap org kita ni dh jd pemalas nk usaha sendri asyik nk tggu bantuan org je. smp nk g haji pn nk mntk bantuan org. ada lbh baik pegi dgn duit titik peluh sndr yg dicari secara terang2 kita thu mana sumber nya. kita akan lbh menghargai klu apa yg kita dpt dgn cara usaha sndri. walaupun kumpul bertahun2 tp duit itu lbh besar maknanya drpd kita meminta kat org sponsor kerana kita xtau adakah layak kita nk dpt bantuan. sdgkan msh ramai org lain yg jauh lg ssh dr kita |
|
|
|
|
|
|
| |
|