CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11667|Reply: 82

Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta!

[Copy link]
Post time 19-8-2011 06:49 AM | Show all posts |Read mode
DUNIA
Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta
TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.

Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.

Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.

Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.

Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.

Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.

Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi

P/S: Jujurnye rakyat jepun, agak2 Klu org kita jumpa duit Ni.. Dorg bg Blk tak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2011 06:51 AM | Show all posts
5,700 peti besi tuee.... ... sesapa yang jumpa, pasti kayaaaa dah....
tapi mujur ar yang jumpa tue orang jepun....
kalo orang malaysia ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 06:53 AM | Show all posts
Jujurnye. kalau aku belum tentu...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 06:54 AM | Show all posts
Reply 1# mysweetisha

peratusan org2 kita simpan lagi tinggi dr yang pulangkan
aku saspek, kat jepun xde setan kot menghasut......sbb tu org sana pulangkan balik

kat sini setan berlambak2.....aku takut yg berilmu agama tinggi pon, terkesan skit2 dgn hasutan syaiton nirrojim.....nauzubillah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 06:56 AM | Show all posts
sikap terpuji orang jepun!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 06:57 AM | Show all posts
Japan - Pemerintahan yang cemerlang...rakyat dijejaki
Malaysia - Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2011 07:02 AM | Show all posts
Klu org mesia jumpa confirm wat reta sndrik..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 07:12 AM | Show all posts
jikalau rakyat tanah melayu yang jumpai, harus lesap begitu saja..
bagi anak isteri makan.. buat belanja anak sekolah.. buat2 seperti seolah2 duit halal gitu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2011 07:16 AM | Show all posts
thumbs up!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 07:20 AM | Show all posts
bagusla org jepun tuh...bangga jap....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 07:22 AM | Show all posts
DUNIA
Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta
TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan k ...
mysweetisha Post at 19-8-2011 06:49



    beras jatuh kat jalan pun org mesia kaut abis.............
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 07:39 AM | Show all posts
kat mesia kalau jumpa peti besi ginih...dah tentu katanya hak milik sindri2 lah....mcm jumpa harta karun

siap berebut lagi ada la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 07:48 AM | Show all posts
Kat Mesia roti jatuh kat jalan pun orang kutip.... ni plak duit berjuta2....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 07:48 AM | Show all posts
klu aku jumpa.....mungkinnnnn aku ambik skit kut, yg lain aku pulangkan.... dugaan......
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 07:52 AM | Show all posts
Kat Malaysia ni mahu kalau jumpa memang ambik dan simpan jee duit tu.......jangan kate duit rakyat malaysia berebut..roti,syiling dan beras bertaburan kat jalan raya pun pakat serbu mcm semut dapat gula.. pakat bwk lari mcm lipas kudung....Kalaulah duit sbyk ni terjumpa mahu berbunuhan sesama sendiri rasenya nak dapat duit tu.......kaya woooo dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 07:56 AM | Show all posts
hahaha kat Mesia ni byk Khasimm Baba...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2011 08:00 AM | Show all posts
mulianya hati dorang.....
yang pasti buat baik akan dibalas baik
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 08:04 AM | Show all posts
kalau caprut minang jumpa, sudah tuntu ianya akan selamat dibuat beli itek salai ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 08:05 AM | Show all posts
agaknya perang saudara akan berlaku kalau org melayu yg jumpa peti tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 08:06 AM | Show all posts
Memang berdisplin betullah dorang nie!...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.072206 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list