CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5041|Reply: 40

buntu..

[Copy link]
Post time 20-8-2011 08:25 PM | Show all posts |Read mode
saya ada kawan muslim (ya, saya bukan muslim) yang tinggal bersama saya beberapa bulan ni. dia kawan saya sejak zaman universiti lagi. kami pernah sebilik di hostel dulu. untuk dibuat cerita, saya agak kurang senang dia tinggal bersama saya. bukan kerana saya tak suka dia atau sebab saya tak ada privasi. tapi orangnya itu sendiri yang menyebabkan saya rasa bersalah sentiasa. saya tahu sebagai seorang muslim, adalah wajib untuk sembahyang dan menutup aurat. kawan saya ni tidak bertudung, malah tidak sembahyang juga. saya tahu dia sebegini semasa kita sebilik di universiti dulu. saya rasa kurang senang sebab dia tidak sembahyang. saya ada ramai kawan melayu, rata-rata smuanya bertudung dan juga sembahyang. hanya dia seorag saja begitu. bilik saya kecil saja. tetapi saya tak kisah klau saya duduk di luar bilik hanya utk memberi dia ruang utk sembahyang. jadi saya tak rasa dia tak sembahyang sebab saya ada bersama di bilik. saya tak berani menegurnya..siapala saya, saya hanyala dari golongan kafir  bak kata-kata Islam. yang lagi saya rasa sedih adalah di bulan puasa ni, dia tetap tidak sembahyang. tetapi yang peliknya dia puasa. terdetik juga hati saya untuk menanyakan dia, kenapa puasa bila sembahyang pun tidak.
jadi kawan-kawan muslim sekalian, apa yang saya boleh lakukan sebagai non muslim?

p.s - tolong jangan beri nasihat yang saya harus convert jadi muslim. saya tak mahu nasihat sebegitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2011 10:21 PM | Show all posts
sy mohon semua org berhati2 dgn nick2 baru....jika moderator boleh detect multinick, semoga culprit dapat dikesan.

sy dah bosan dgn thread2 yg mencurigakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2011 12:38 AM | Show all posts
Reply 2# ussopp


   memang benar saya create nick baru. saya create nick baru utk meminta nasihat sahaja. saya tak ada masa utk memfitnah org atau memperkecilkan agama. klau mod rasa thread ni mencurigakan, silala delete thread ni dan juga nick saya. bila masuk main forum, saya ckup gembira ada reply, tapi rupanya reply ussopp sebegitu rupanya. tidak apa saya faham. saya selalu menjadi silent reader di sini. dan juga selalu masuk semua board agama. saya hanya nk cuba membantu kawan saya supaya dia berpegang teguh dengan agamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 01:33 AM | Show all posts
Saya rasa TT adalah telus....tak mungkin seorang islam nak mengaku bukan islam....

Sebenarnya memang ada muslim yang begitu TT...kawan TT tidak  bertudung &  tidak bersembahyang, ada juga yang bertudung tapi tidak bersembahyang.....mungkin TT belum berjumpa lagi dengan orang yang sebegitu....

Didalam kelompok manusia ni bermacam-macam perangai yang kita jumpa...sebab itu lah tak mustahil orang yang bertudung pun melakukan maksiat...orang yang bersembahyang pun melakukan maksiat....Ini terpulang pada keikhlasan hati masing2...jika beliau tak dapat menghayati sembahyang itu sendiri, maka inilah yang akan terjadi.  Sembahyang menolak kemungkaran, dan sembahyang juga adalah berat kecuali kepada mereka yang benar-benar beriman.....

Bermakna orang2 yang benar2 beriman sahaja yang akan melakukan solat.  Walaupun solat itu nampak mudah, tak sampai 5-10 minit, tapi bagi orang yang tidak beriman, ia sesuatu yang berat....

Berbalik kepada soalan TT tadi apa yang patut TT lakukan, pada pendapat saya elok lah TT bertanya kepada roomate tersebut kenapa tidak sembahyang....ini lebih baik & dapat menyedarkan beliau sebagai seorang muslim.....saya rasa beliau tidak akan berkecil hati jika TT bertanyakan soalan tersebut tapi akan menimbulkan keinsafan....kerana mendapat teguran dari seorang non-muslim.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2011 02:26 AM | Show all posts
Reply 4# jazaa


   terima kasih jazaa. tapi bolehkah saya bertanya sebegitu? saya hanya risaukan kawan saya. saya takut saya akan dihina atau diejek bila tanya sebegitu. saya tak mahu kehilangan kawan, cuma saya rasa salah dari segi moral bila dia sedemikian. ya, saya belum pernah jumpa lagi orang yang bertudung tetapi tak sembahyang. saya hanya rasa janggal bila seseorang itu berpuasa tetapi tidak sembahyang. sebab setahu saya, bukankah bulan puasa, orang islam akan lebih fokus dari aspek agama..? saya rasa dalam tempoh beberapa tahun saya  mengenali dia, hanya sekali saja saya pernah lihat dia sembahyang, itu pun disebabkan dia mengalami masalah cinta. sekian tu saya juga tidak pernah lihat dia membawa atau menyimpan al quran ataupun telekung ke blik saya.

ada tak cara lain untuk membuat dia tersedar..contoh movie. sebab kami suka menonton movie bersama.

maaf jika rasa saya tersalah kata-kata. saya tidak bermaksud begitu, saya hanya mahu belajar, supaya saya tidak akan seperti "katak di bawah tempurung".
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:08 AM | Show all posts
apa nak heran? slalu gak aku jupe yg tak solat, aku sound direct je.... ko uzur sampai tak leh solat kaa? kalu org tu buat bodoh, takan aku nak gi rotan dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2011 07:40 AM | Show all posts
saya ada kawan muslim (ya, saya bukan muslim) yang tinggal bersama saya beberapa bulan ni. dia kawan ...
skippy Post at 20-8-2011 20:25


Tumpang tanya sedikit..Kenapa tt rasa bersalah pulak..Pelik sungguh..Baguslah macam tu..Kan senang untuk tt berkawan dengannya..Kalau keluar jalan-jalan xyah pikir cari tempat solat or spent time untuk tunggu dia solat n berbagai-bagai kebaikan lagi untuk tt..So kenapa tt rasa bersalah??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 06:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 21-8-2011 18:21

Reply 1# skippy

salam sejahtera,
   Pendapat pertama:
orang kafir itu ada dua kelompok, 1) yang memusuhi islam. dan 2) yang menyukai islam. pendapat saya, (hanya ALLAH sahaja yang tahu), anda adalah bukan orang kafir tetapi hanya belum memeluk islam.



ini terbukti dari kata2 anda walaupun anda agama lain tetapi anda memiliki iman seorang muslim.


orangnya itu sendiri yang menyebabkan saya rasa bersalah sentiasa.
saya rasa kurang senang sebab dia tidak sembahyang.
...saya tak kisah klau saya duduk di luar bilik hanya utk memberi dia ruang utk sembahyang.
yang lagi saya rasa sedih adalah di bulan puasa ni, dia tetap tidak sembahyang.




Pendapat kedua:
pernahkah anda tertanya kenapa anda memiliki perasaan itu terhadap kawan awak tu? kurang senang, sedih dll?


bila ada kesempatan, cuba dengar takbir raya, semoga ALLAH memberi anda hidayah dan petunjuk.




P/s: Jika u ni a true christian, bacalah bible.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 07:01 PM | Show all posts
dont worry my sister skippy
sini hidup dunia ma
TUHAN perintahkan BERBUAT BAIK dan CEGAH KEBURUKAN
jangan ganggu orang lain maaa

so kalau tak mau kasi dia kecil hati
u cari le rabbit atau kucing
u belai le n bagi nasihat yg baik2 kat rabbit tu
nanti pelan2 dia akan terasa yeee
(ini true story la my sister) try la
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 08:26 PM | Show all posts
Reply 1# skippy

Ko suruh je dia solat bila time solat... dia x kecil hati kat ko... cayalah cakap aku....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 10:04 PM | Show all posts
ya salam skippy peanut butter

pada orang-orang beragama islam sembahyang, puasa, bayar zakat dan haji adalah latihan dari kecil bagi orang2 yg dilahirkan islam..  sejak kecil jika dilatih untuk solat 5 waktu sehari.. solat itu akan menjadi tabiat.. maaf, bagi org2 islam sembahyang dipanggil lebih tepat lagi perkataan solat.. sama juga dengan org kristian.. jika kanak-kanak kristian itu dilatih sejak kecil untuk sembahyang di gereja.. makanya akan menjadi tabiat mereka untuk ke gereja..

jika skippy seorang kristian.. apakah pendapat skippy bagi penganut kristian yg berhenti ke gereja setelah dewasa?  1) malas atau 2) tidak percaya lagi pada agama... sama juga pada orang2 dilahirkan islam.. mereka tidak solat lagi atas sebab-sebab itu..

perbezaan antara orang islam dan orang agama lain ialah Iman.. konsep iman ini meluas dan tak sesuai saya ajarkan pada skippy kerana skippy tidak percaya konsep ketuhanan agama islam.. di dalam kitab orang islam atau al-Quran, Allah  tidak di sebut orang-orang islam  tetapi Allah panggil kami "orang-orang yang beriman".. bermakna bukan semua orang islam ialah orang yg beriman.. orang yg beriman ialah orang2 yg percaya dan yakin pada kuasa Allah taala sebagai tuhan yg satu.. orang2 yg beriman kebiasaanya tidak meninggalkan solat 5 waktu.. kerana mereka menyerahkan diri mereka, hidup fizikal dan rohani kepada Allah taala..

terlalu susah sebagai orang bukan islam seperti skippy untuk menasihatkan kawan serumah yg tidak solat  supaya bersolat.. saya ragu-ragu untuk dia mendengar nasihat dari seorang bukan islam.. walaupun boleh utk menasihat.. tetapi jika dinasihat oleh orang islam sendiri yg sedang bersolat dan kemudian ajak kawan itu bersolat berjemaah bersama akan lebih berkesan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 12:11 AM | Show all posts
Reply 8# habibollah


    terbaik....


  yes kafir tu dah jatuh hukum - sedangkan kalau tak kenali islam secara total dan tak lagi berguru maka mana boleh org islam kata anda kafir ...sebab tu pendekatan ustaz huseein yee bagus just called them 'not yet muslim '
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:49 AM | Show all posts
Reply 5# skippy

Sebenarnya tidak TT....kalau TT bertanya, itu adalah sebagai pertanyaan dari seorang sahabat bukan islam yang tak tau berkenaan islam sebenarnya...jadi beliau akan anggap sebagai satu pertanyaan atau soalan ingin tau.....

TT seorang Indian iya....saya agak kerana Indian lebih menitik beratkan soal agama berbanding chinese, sbb tu TT rasa bersalah....Saya pernah berkawan dengan Indian & memang rapat dan diorang memang peka soal2 agama ni...kalau saya lambat solat je, dia akan ingatkan- "ha, pergi sembahyang dulu, lepas ni sambung kerja"....pernah dulu saya certiakan ada sedara saya dtg ke rumah, tapi masa tu saya di dalam bilik air & waktu maghrib pulak, jadi sya tak dengar sedara saya mengetuk pintu & ingatkan saya tak ada di rumah, sedara saya terus balik.....bila dengar cerita saya tu, beliau terus bertanya- "hey, bukan ke orang islam tak boleh ada dalam bilik air waktu azan?"  terkejut jugak saya masa tu sbb dia lebih tau dari saya, sebenarnya saya sendiri pun tak tau, maklumlah saya pun baru lepas belajar, otak ingat enjoy je...tapi pastu saya tanya husband betul ke tak boleh, kenapa tak boleh.....he,he....

Jadi pada pendapat saya jika TT bertanya terus kepada beliau, tidak timbul soal kepoh chi atau menyakitkan hati dia tapi sebagai perasaan ingin tahu sahaja.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2011 11:38 PM | Show all posts
Reply 13# jazaa


   ya, saya indian..dan memang benar indian menitik beratkan agama. dan kami agak peka terhadap agama-agama juga. saya akan cuba tanya kawan saya...mungkin dengan cara buat-buat tidak tahu apa-apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2011 11:56 PM | Show all posts
Reply 11# darkcloud


   saya dapat faham konsep iman itu. kerana dalam hindu kita juga ada konsep yang sama. cuma kita panggil philosophy tu..bhakti yoga. dalam bhagavad gita, chapter 12 ada menerangkan konsep bhakti yoga. di sini juga telah menerangkan apa yang diterima oleh tuhan dan apa yang tidak diterima olehNya.
cuma rasa tak senang hati timbul kerana saya tahu dia sedang buat sesuatu yang salah, dan saya tidak dapat nak cakap apa-apa kerana perbezaan agama kami.

dan kata siNoob, perbuatan kawan saya menyenangkan saya, kerana saya tak perlu menunggu kawan saya habis solat ataupun fikir tempatnya. itu adalah sangat tak betul. saya rela menunggu. dan bukan kali pertama juga. itu tidak menyusahkan saya langsung. in fact, saya akan memikirkan tentang ini juga. contoh, saya ada pergi ke luar negara baru-baru ini dengan kawan muslim yang lain. dan benda pertama yang saya lakukan sebelum pergi adala menanya kawan saya di tempat itu sama ada di sekitar hotel yang kami duduk , ada restoran halal atau tidak. saya juga pernah berpuasa bersama kawan-kawan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 07:22 AM | Show all posts
ini sebenarnya bergantung kepada niat individu itu sendiri...
hanya dia sendiri yang boleh mengubah bukannya orang lain yang boleh mengubah diri seseorang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2011 08:13 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 01:01 PM | Show all posts
Reply 17# SiNoob


    Bolehkah saya tau apakah agama saudara? Ternyata pengetahuan anda mengenai islam yang asas pon masih belum kukuh. Kalau anda terbuka hati dan ikhlas untuk mengetahui mengenai islam,harap mencari guru untuk belajar. Belajar dengan menadah kitab, atau di pondok2.

Umat Islam tidak menyembah batu. Adakah jika ditakdir kaabah itu diruntuhkan adakah umat islam tidak perlu bersolat? Jika kaabah itu dipindahkan ke rumah anda, adakah umat islam perlu menghadap kiblat ke rumah anda?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 01:14 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 07:47 PM | Show all posts
Reply 17# SiNoob


    org Islam tak sembah batu org Islam tak sembah kaabah...kaabah ialah kiblat org Islam,
    hanya menunjukkan arah ke mana muka kita menghadap...
    yg kita sembah ialah Allah.

    kalau kita ikut bisikan syaitan yg byk menimbulkan tipu daya,
    kita akan terpengaruh ngn segala karut marut dan pemikiran spt awak...
    awak masih belum faham dan menemui hidayah sebenar...walaupun dlm thread
    satu lagi awak tepek ayat Qur'an sebagai menyokong kebenaran kata2 awak...
    dlm otak awak byk syak wasangka...dan bersangka2....spt berfahaman ugama lain atau atheis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.104761 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list