CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 36492|Reply: 47

Sampaikan Salam Lebaran dan Ucapan anda disini..

[Copy link]
Post time 23-8-2011 11:29 PM | Show all posts |Read mode

Assalamualaikum kepada Super Mod, Moderator, MP dan seluruh forumer CARI Forum yang sangat dihargai dan dikasihi.



  



                                                         






Pejam celik pejam celik dah 23 Ramadan hari ni..maknanya ada lebih kurang 7hari @ seminggu lagi untuk kita menyambut ketibaan 1 Syawal 1432H..Dan sempena ketibaan Hari Raya Aidifitri tidak lama lagi..Marilah kita sama-sama memohon maaf dan memaafkan sesama kita..Apa yang lepas jangan disimpan didalam hati..Buang yang keruh ambil yang jernih



Admin6 mewakili pengurusan CARI ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh warga CARI Forum Yang beragama Islam..Bagi yang pulang kekampung halaman tu, pastikan anda memandu dengan cermat dan ingatlah orang tersayang yang menanti ketibaan anda dikampung..Kalau ngantuk, tolong jangan memandu..berhenti rehat dahulu sebab ia bukan sahaja merbahayakan diri anda tetapi juga kepada pemandu lain..Biar lambat asal selamat.



Disini ada beberapa rangkap pantun untuk semua warga CARI :




Memukul gendang pelbagai gaya,

Amat meriah riang gembira,

Ramai bertandang di hari raya,

Tersenyum riang sanak saudara.





Buah pauh di tengah bendang,

Jadi dagangan di tengah kota,

Saudara jauh datang bertandang,

Bermaaf-maafan sesama kita.





Berforum CARI setiap hari,

Walau dimana tetap tak dilupakan,

Pihak CARI menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap dimaafkan.






PS : Sampaikan ucapan/gambar/video berserta pantun anda kepada keluarga dan rakan taulan..Untuk mendapatkan kredit RAYA..Pastikan ucapan anda disertakan dengan pantun..Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir Dan Batin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 01:22 AM | Show all posts




Penat sungguh membuat sekaya,

Tepung pelita tolong hidangkan,

Merdu sungguh takbir raya,

Marilah kita ke rumah Tuhan.



Pasang pelita belakang almari,

Janganlah lupa memasang tangkalnya,

Sambil kita memuji Ilahi,

Panjatkan doa pada yang tiada.



Makan akak bersama toyol,

Buah pala di panah petir,

Bila memasak kuih dan dodol,

Jangan pula kita membazir,



Kuih raya banyak jenisnya,

Silap cekau perut merana,

Jangan hanya bersalam saja,

Duit dan angpau turutlah serta.



Budak-budak main mercun,

Jangan sampai terbakar tangan,

Di Aidilfitri kita berhimpun,

Hulurkan tangan meminta ampun.



Anak zirafah dimakan buaya,

Buaya Tain makan kelapa,

Bila makan juadah raya,

Yang miskin jangan dilupa.



Ayam togel masak lemang,

Itik serati masak ketupat,

Hari raya hampir menjelang,

Kunjung-mengunjung menjadi adat.



Air cuka tumpah dianjung,

Anak sembilang buat hiasan,

Rumah terbuka mari berkunjung,

Makanan terhidang tolong habiskan.



Buah kedudu dibuat tepung,

Untuk berjimat di hari raya,

Bila memandu pulang ke kampung,

Sentiasa berhemat di jalan raya.



Sudah tiba Hari Raya,

Setelah kita sebulan berpuasa,

Hari Raya di sambut gembira,

Jangan pula ada yang berduka.



Pagi raya semua gembira,

Berjalan bersama rakan dan taulan,

Ketika enak menjamu selera,

Orang yang tiada jangan dilupakan.



Makan roti cicah kelapa,

Kelapa di beli dari buana,

Resah di hati gundah gulana,

Duit kami bagaimana?



Anak gorila gagah perkasa,

Amat terkenal di Kampung Sentosa,

Maaf andai terkasar bahasa,

Kami ucapkan Selamat Hari Raya.



Pohon saga juntainya berayun,

Dibuat galah mengait timba,

Timba berada  di dalam paya,

Mod Matlampir@ask the Men memohon ampun,

Silap dan salah jangan dicela,

Moga berbahagia di Hari Raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 02:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by khyree at 24-8-2011 02:29

salam sejahtera kepada semua yang mengenali diri ini di forum mahupun didunia realiti. sepanjang berforum saya ingin mengucapkan terima kasih diatas bantuan dan tunjuk ajar setiap seorang daripada anda...

di sini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin sekiranya jika terkasar bahasa, tersilap kata atau terguris perasaan sesiapa sepanjang saya berforum. saya hanya manusia biasa yang terkadang alpa dengan keadaan.. terima kasih salam lebaran


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 03:41 AM | Show all posts






Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Anak kucing makan sepat
slamat ari raya warga porem

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 07:54 AM | Show all posts
SALAM SUMENYE....
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SUME UMAT ISLAM...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:15 AM | Show all posts
Salam Aidilfitri kepada semua forumers.......maaf zahir batin yea.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2011 08:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by carii at 24-8-2011 08:26


Kepada semua warga cari,
saya carii mengucapkanSalam Aidilfitridan
Selamat hari Kebangsaan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 09:50 AM | Show all posts
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA...

Beriang ria di Aidilfitri
Pulang beraya berhati-hati
Mohon maaf saudara saudari
jika ada kesilapan diri


Mohon maaf saudara saudari
jika ada kesilapan diri
hari raya kita bercuti
lepas raya jangan lupa berforum lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 09:58 AM | Show all posts



Lemang hangus jadi kerak
Ketupat direbus begitu kerasnya
Khusus untuk warga Borak
Juga forumer Cari keseluruhannya

Ucapan dikirim berbentuk tinta
Tanda kerinduan begitu ketara
Maaf dipohon ampun dipinta
Andai ada terkasar tutur bicara

Di Cari tempat release tekanan
Selain untuk menambah kenalan
Jangan diabaikan segala pesanan
Hati-hatilah diperjalanan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:06 PM | Show all posts







Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIFILFITRI kepada semua warga CARI yang beragama Islam... Semoga Aidilfitri ini lebih diberkati oleh-Nya... Semoga semua selamat pergi dan kembali ke rumah selepas puas mengunjungi sanak-saudara & rakan taulan...

*nota kaki: pantun 2 kerat tu hasil ciptaan sendiri!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_anisss84 at 24-8-2011 12:41


Salam Lebaran anisss ucapkan kepada semua warga cari.com.. Semoga lebaran kali ini meninggalkan kenangan manis buat anda semua… Berhati-hatilah ketika pulang berhari raya dan bersama-samalah kita berdoa agar kita semua selamat pergi dan balik serta dilimpahi rahmat dari Allah Yang Maha Esa… Amin


Akhirkata….. Aniss memohon ampun dan maaf kepada semua forumer cari sekiranya anisss dengan sengaja atau tidak sengaja menyakiti hati kalian…

Terdengar takbir Syawal tersedu

Adalia bersalam penuh ceria

Aniss di sini menumpang lalu

Mengucapkan salam lebaran mulia



Beli patin dengan tenggiri

Pagi raya makan patin

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Dan Batin


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:34 PM | Show all posts
Borak..borak juga,
Berforum..forum juga,
Cuti seminggu balik beraya,
lepas cuti kita borak lagi ya..,

Uli kuih berkati-kati,
budak-budak berlari-lari,
Syawal bakal menjelma lagi,
salah & silap harap maafi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by MinyakAngin at 24-8-2011 12:51

SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN UMAT MELAYU DI SELURUH DUNIA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. DIHARAPKAN TAHUN DEPAN MASIH ADA UNTUK KITA MENGUMPUL PAHALA SECUKUPNYA....






NAK DUIT RAYA BOLE.....??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2011 01:23 PM | Show all posts
KALAU NAK FULL KREDIT RAYA..SILA SERTAKAN UCAPAN, GAMBAR, VIDEO DAN PALING PENTING ADALAH PANTUN...TERIMA KASIH
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 01:34 PM | Show all posts
Reply 14# admin6

di sini bukan disini admin6...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 01:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by baby_bebot at 24-8-2011 13:52

Ucapan : Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kawan-Kawan @ Cari Forum terutamanya di Bod Kawan & Persahabatan dan Cinta Emosi

Pantun : Cegitu cegini awak suke...
            Awak suke kite tak suke...
            Esok luse hari raye...
            Sama-sama bersuke rie...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 02:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by aLieNzDaToR at 24-8-2011 14:19

   


Saya ingin mengucapkan



kepada semua sama ada mengenali saya atau tidak.



Tidak lupa juga, saya ingin memohon






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 02:59 PM | Show all posts



Dikesempatan ini saya Moy @ moyas ingin memohon ampun n maaf jika selama saya berkampung dicari.com.my ini ada menyinggung mana-mana pihak. sama ada  sengaja @ tidak.

pandulah berhati-hati semasa dalam perjalanan kekampung masing-masing. jika mengantuk rehatlah di RNR yang disediakan. biar lambat agar semua selamat. mudah-mudah selepas bersuka ria beraya dikampung bersama keluarga tersayang, kita masih dapat lagi bergonjeng dan moyan lagi disini.

selamat hari raya maaf dzahir dan batin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2011 03:17 PM | Show all posts
Reply  admin6

di sini bukan disini admin6...
satusembilan Post at 24-8-2011 13:34


hah..salah ya..biasa lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 03:22 PM | Show all posts
Salam Lebaran buat semua warga forum CARI

ampun maaf seandainya terkasar bahasa & terlaser sesiapa





pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hari raya disambut meriah
jangan dilupa pada yg tiada


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.972458 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list