CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10050|Reply: 4

Bila matahari terbenam :Hilal, Rukyah, dan Hisab

[Copy link]
Post time 31-8-2011 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bluezink at 31-8-2011 19:47


pic fasa bulan
What you see when you look at the moon depends on its location in relationship to the sun and Earth. We see a different fraction of sunlight being reflected from the moon to Earth



pic 'Hilal'/Anak Bulan


[size=85%]kedudukan hilal dan matahari

[size=100%]Jomm teropong..

Pendahuluan


Umum melihat ilmu falak (terutama istilah falak syarie) yang menjurus kepada ilmu hisab, ilmu hitungan objek angkasa untuk penentuan arah kiblat, waktu solat, takwim dan waktu sahaja, dan melihat hukum (nas al quran dan al hadith) mengenai arah kiblat, solat dan takwim sebagai elemen yang lain, atau lebih mudah - hukum asal atau hukum utama (hadaf) seperti dalam al-quran/al-hadith, manakala ilmu falak adalah wasilah kepada hadaf tersebut.
Kajian ilmu falak mendapati penceritaan dalam al-quran adalah benar, membuktikan al-quran itu benar. Maka penceritaan dalam al-quran adalah 'hint' kepada perkembangan ilmu falak, yang dihayati sepenuhnya dalam sejarah astronomi Islam,WalLahu a'laam.
Pembahagian Ilmu Falak

Ilmu Falak terbahagi kepada 2 bahagian,

(1) Bahagian pencerapan (observasi atau 'rukyah'), dan
(2) Bahagian matematik (hitungan atau 'hisab')

  Bagaimana  Penetapan Awal Bulan Islam Ditentukan?

  

Di M'sia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah  berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab. Kaedah ini  digunakan terutamanya bagi menentukan 3  bulan utama Islam iaitu awal  Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Bagi setiap bulan yang lain dari 3  bulan utama diatas, kaedah yang sama juga digunakan terutamanya bagi tujuan  pembinaan Kalendar Islam.

Rukyah secara rasminya dimulakan kira-kira 10 minit sebelum matahari terbenam sebagai persediaan dan berterusan hingga waktu bulan terbenam. Jika bulan terbenam lebih awal daripada waktu matahari terbenam, anggota rukyah tetap meneruskan rukyah sehingga beberapa ketika selepas matahari terbenam

bagi memastikan tiada apa-apa yang boleh disamakan sebagai anak bulan.Rukyah sebenarnya turut dilakukan pada bulan lain namun ia tidak diisytiharkan kepada umum sebaliknya hanya untuk analisis dan pengesahan peringkat pihak berkuasa saja.


  Cara  Penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal Zulhijjah

  

Rukyah :

  

Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di tempat-tempat  rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan  peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit, Total  Station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar dan  terlatih.


Pada petang 29hb Sya’aban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada  setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan  melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh Negara.  Jawatankuasa ini terdiri daripada :


  1.           Mufti  Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan)


  2.           Kadi  Besar


  3.           Pengarah  Jabatan Ukur Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam)


  4.           Setiausaha  Majlis Agama Islam


  5.           Seorang  Ahli Falak


Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya  ditentukan sebagai  awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah,  tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan,  hisab  kedudukan  bulan yang berpandukan kepada kriteria Imkanur-Rukyah  iaitu keboleh-nampakan hilal akan diguna-pakai bagi penentuan awal Ramadhan,  awal Syawal dan awal Zulhijjah. Mereka yang terlibat dalam pengiraan kaedah  ini juga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu  astronomi.


Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa dan hari raya  diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja
Malaysia
dan  diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media masa  menjelang tibanya tarikh berkenaan.

  

Hisab :

  

Hisab ialah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb  Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di Kg Ateamu,
Sandakan, Sabah iaitu tempat  paling timur di Malaysia dan stesyen  rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat  di Malaysia.

  

Hilal di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah
  

  Apakah Kriteria  Imkanur-Rukyah?


  • Ketinggian hilal tidak kurang dari 2 derajat di atas ufuq ketika matahari terbenam.
  • Sudut elongasi matahari-bulan tidak kurang dari 3 derajat
  • Umur bulan ketika terbenam matahari tidak kurang 8 jam, dihitung mulai dari terjadinya ijtimak (konjungsi).

Seperti terlihat pada gambar di bawah ini:

[size=100%]  

  

Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei  Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat  menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal  Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi  dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada  29hb  Qamariah  dan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh  kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan  memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:




1.          Ketika matahari terbenam,    ketinggian  hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2o dan
     jarak lengkung   bulan-matahari  tidak kurang daripada 3o atau

   2.         Ketika hilal   terbenam,    umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas  ijtimak berlaku)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2011 12:42 PM | Show all posts
[size=100%]cont...

[size=100%]

kriteria wujudul hilal, dimana keesokan harinya akan masuk bulan baru jika pada hari rukyah matahari terbenam lebih dulu daripada bulan, menurut hisab. Atau dengan kata lain, piringan atas bulan berada di atas ufuq ketika matahari terbenam. seperti telihat pada gambar di atas:


FAQ yang sering ditanyakan berkaitan  awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

  

  Soalan  
:  Kenapa pada  hari pertama kita berpuasa atau berhari raya, anak bulan telah kelihatan  besar
dan tinggi di langit?


  Jawapan:   
Seperti yang telah dijelaskan, penentuan awal puasa dan hari raya adalah  berdasarkan kepada rukyah dan hisab yang menerima-pakai kriteria  Imkanur-Rukyah iaitu tidak kurang dari 2o ketinggian di atas ufuk  dan tidak kurang 3o j
arak lengkung bulan-matahari  atau umurnya tidak kurang dari 8 jam. Sekiranya pada waktu hilal  terbenam 29hb bulan Islam, umur anak bulan  7 jam selepas  berlakunya ijtimak dan ketinggian 1o dari ufuk, maka pada  awal puasa atau hari raya, umur anak bulan menjadi 31 jam kerana ditambah  dengan 24 jam dan ketinggian anak bulan menjadi 13o  kerana  ditambah dengan 12o (untuk 1 hari ketinggian bulan 12o).


  Soalan  
:   Waktu   kita di Malaysia
adalah lebih  cepat 5 jam dari  Arab Saudi? Mengapa puasa dan hari raya, mereka  selalunya mendahului kita?


  Jawapan:
Kita berbalik kepada Kriteria Imkanur-Rukyah.  Katalah ijtimak berlaku pada pukul 2 petang waktu Malaysia
. Apabila  matahari terbenam (katalah jam 7.00 malam), umur anak bulan pada ketika itu  baru mencecah 5 jam atau ketinggian dari ufuk 1o dan jarak  lengkung 3o. Keesokan harinya kita tidak berpuasa atau berhari  raya kerana tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan. Tetapi, apabila  menjelang matahari terbenam di Arab Saudi, umur hilal tentu telah melebihi 8  jam dan pada keesokan  harinya mereka mula berpuasa atau berhari raya.





*Mungkin Anda Meminati ini-->sistem taqwim Islam, Peranan ilmu falak  Devinisi Hilal, Rukyat dan Hisab[size=100%]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:52 AM | Show all posts
thread yg sangat berguna walau bukan hanya untuk penentuan puasa dan raya. ko memang suka letak gambar GIF ye zink ? keke~

motip ade kambing last skali ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.131222 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list