CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: toshiro_mifone

filem2 dan drama sampah hidangan hari raya!

  [Copy link]
Post time 5-9-2011 10:34 PM | Show all posts
kalau cacat dr pinngang ke bwh memang mandul ek?
lepapilon Post at 5-9-2011 21:59



   ENTAH..tnya org lelaki

btw, ahmad idham, david teo memang ketagih kuo filem ke? kalau filem kualiti xpe jugak, nih nan hadoooo...semak je poster filem dorang kat kaunter tiket wayang :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 10:47 PM | Show all posts
eh aku pelik sgt astro ni beribu kali dok tayang man laksa zombi kg pisang..hebat sgt ke citer tu..muak la..hr besa tayang..hr ry pon tayang..:@ pastu cita rashid sibir.. aku tgk drama rashid ni ngn fmily siap buat contest lagi ..masing2 pakat teka watak mana yg akan mati.. stereotaip sgt cite.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 10:55 PM | Show all posts
tahun ni tv3 byk mainkan drama yg banyak kali diulang tayang kt astro...
bagi yg takde astro, akan rasa ni kali pertama tgk...
bg yg dah tgk, asik2 citer ni jer...
raya kali ni asik2 citer hantu, rempit, bohsia, samseng...
tema yg baik2 tak de ke sempena raya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 11:54 PM | Show all posts
aku pon busan tgk cita raya. Busaaaaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 11:58 PM | Show all posts
kalau cacat dr pinngang ke bwh memang mandul ek?
lepapilon Post at 5-9-2011 21:59



    bukan mandul, x berfungsi jer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 12:06 AM | Show all posts
Reply 325# B.K


    mksdnya ank masih boleh dihasilkan melalui teknologi la ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2011 12:09 AM | Show all posts
Reply 326# lepapilon


    maybe, mcm org lemah tenaga batin tpi leh dpt anak gak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 12:10 AM | Show all posts
Reply  lepapilon


    maybe, mcm org lemah tenaga batin tpi leh dpt anak gak...
B.K Post at 6-9-2011 00:09



  
Reply  B.K


    mksdnya ank masih boleh dihasilkan melalui teknologi la ye
lepapilon Post at 6-9-2011 00:06



HAHAHAHH!! kelakar lah uolls berdua ni!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 12:23 AM | Show all posts
Inang pn tgk on off citer tu tp agak menarik bg inang lakonan Fimie, erin malek,
eizlan, aida a ...
InangPutri Post at 3-9-2011 16:05



    Waaaa!!nasib baik aku x tgk!kalo x mau aku dok menangis je!  dgr cter ko kt cni pon dh bley byang betapa sedeynye citer tu.huhugu...tq ler sbb bg sinopsis.mmg aku xnk tgk.bkn sbb x best.tp sbb xmo nanges.huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:22 AM | Show all posts
rancangan paling tahi raya ni bila Pakni kertu feeling2 sudir... suara ke laut ada hati nak nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 02:45 AM | Show all posts
paling tak leh blah cite v3 samseng jalanan tunjuk kat ria kul 9 malam, tunjuk kat tv3 kul 11 malam.. tapi seriously tak rasa langsung feel raya tengok cite2 kat tibi. takbir raya hampir dikatakan tak dak.. keee aku yang asyik terlepas?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:37 AM | Show all posts
Takbir raya rasanya banyak kat RTM..TV1. Tak ingat siaran malam ke pagi sblm solat
tp takbirnya bersambung2 dari pelbagai
jabatan/agensi kerajaan..baru terasa suasana hari raya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 08:17 AM | Show all posts
lawak senario...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 02:13 PM | Show all posts
paling tak leh blah cite v3 samseng jalanan tunjuk kat ria kul 9 malam, tunjuk kat tv3 kul 11 malam. ...
mnaa Post at 6-9-2011 02:45



    a'ah ... takbir raya x dak
   huuhuhu ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 02:23 PM | Show all posts
nasib baik tak sompek nengok tibi..kalo dak mau nyesal
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 03:16 PM | Show all posts
filem yang berkualiti sehingga tiap2 taun ada ialah.... cinta kolestrollll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 04:02 PM | Show all posts
dan juga filem2 arahan profesor
dah berkali kali duk ulang tayang filem anak mami,mami jarum hapekejadah tu..bingit telinga :@
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 04:22 PM | Show all posts
citer senario..citer mami jarum..citer cinta kolestrol..cinta hujung nyawa ke hape yg EF ngan Yusry berlakon watak org tua tu..citer sendu yang diulang tayang setiap tahun..tak ketinggalan citer recycle rashid sibir..tikar buruk  
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 05:01 PM | Show all posts
laaaa.. dah mmg kebiasaan time raya akan dihidangkan filem2 yg dah tayang kat wayang... salahkan director la buat citer hampeh... so bile raya tgk citer hampeh aje la... patut kite hamun masa kat wayang dah... tapi nk wat cmne... sume dok pakat tunggu time raya
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:37 AM | Show all posts
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_05.htm

KEMERIAHAN golongan artis menyambut raya boleh membantu memeriahkan lagi sambutan itu. Ia dapat dilihat menerusi pelbagai rancangan yang diterbitkan oleh stesen-stesen televisyen dan radio bertemakan hari lebaran.

Pelbagai program yang memperlihatkan konsep raya seperti berbaju kurung, bersamping dan tidak ketinggalan juga ketupat rendang dipaparkan bagi menggambarkan kemeriahan Hari Raya.

Di stesen-stesen radio yang hanya kedengaran suara sahaja turut sibuk memperkatakan sambutan raya golongan artis yang mereka temu bual.

Antaranya soal di mana mereka akan beraya, berapa pasang pakaian raya yang sudah dibeli dan pelbagai lagi persiapan lain.

Golongan itu seakan-akan menjadi penanda aras kemeriahan sambutan Syawal di televisyendan radio hampir setiap tahun sejak dari dulu lagi.

Mungkin jika tiada penampilan artis di kaca-kaca televisyen dan radio maka sambutan raya tidak akan meriah. Dalam hal ini, mana perginya golongan profesional seperti ahli-ahli akademi, atlet mahupun penyair yang turut menjadi inspirasi dalam masyarakat?

Apa salahnya jika stesen-stesen penyiaran turut menggabungkan golongan artis dan pihak-pihak daripada bidang kerjaya lain sambil memperkatakan perspektif raya dalam konteks yang lebih luas.

Ini tidak, mereka seolah-olah tiada idea apabila memperkatakan perkara sama setiap tahun. Perkara baru yang ditonjolkan hanyalah pakaian mereka yang beraneka fesyen dan ragam.

Sama ada sesebuah rancangan raya itu mampu menerbitkan rasa keinsafan dan kesan daripada sebulan berpuasa kepada para penonton atau tidak, ia juga menjadi perkara nombor dua.

Apa yang penting bilangan penonton yang mengikuti sesebuah rancangan raya itu tinggi dan boleh mengalahkan stesen-stesen pesaing yang lain.

Sebab itu jangan terkejut apabila ada stesen swasta seperti TV3 yang menyiarkan rancangan berbentuk konsert rock berjudul 3 Gegaran pada hari raya yang keenam lalu. Pendekatan itu jelas menggambarkan mereka ketandusan idea.

Selain itu, kurangnya rasa keprihatinan stesen televisyen terbabit terhadap pengisian bahan-bahan siaran pada hari yang mulia itu juga amat dikesali.

Malah, rancangan-rancangan yang berbentuk hiburan seperti Melodi juga terus menyiarkan paparan bahan-bahan yang berbau gosip yang langsung tidak ada kena mengena dengan tema dan semangat meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Apalah salahnya setahun sekali pengisian rancangan seperti itu lebih menekankan soal menghayati falsafah berpuasa dan makna Aidilfitri daripada sudut pemikiran golongan artis. Pengisian itu boleh dirancang sebelum sesebuah rancangan itu diterbitkan.

Ini kerana, apabila menonton rancangan-rancangan seperti itu, tidak banyak perbezaan daripada segi paparan bahan yang mereka cuba tonjolkan.

Cuma yang membezakannya adalah setiap artis yang muncul berbaju Melayu, bersongkok, berbaju kurung selain replika ketupat dan kuali besar untuk mengacau dodol yang dijadikan prop.

Para penonton mahupun pendengar tentunya akan dapat melihat kelainan artis-artis pujaan mereka apabila memperkatakan sesuatu yang berada di luar bidang kerjaya masing-masing. Apatah lagi, apabila memperkatakan topik yang relevan dengan matlamat berpuasa dan berhari raya itu sendiri.

Sebagai contohnya, mengapa tidak ada idea bagi menjemput golongan artis sebagai panel dalam rancangan seperti Al-Kuliyyah bagi melihat perspektif mereka tentang sambutan hari raya dalam erti kata yang sebenar?

Sedangkan perkara sebaliknya berlaku, apabila ada artis yang bertudung atau kumpulan nasyid yang diheret sama ke dalam rancangan-rancangan hiburan bagi memperkatakan topik-topik yang begitu rendah nilainya berbanding penampilan diri mereka itu sendiri.

Paling janggal apabila melihat golongan ini turut terkinja-kinja bersama-sama artis lain dalam usaha kononnya bagi menghidupkan suasana Hari Raya dalam program tersebut.

Tidak dinafikan segala rancangan yang disiarkan di televisyen sempena Hari Raya Aidilfitri ini secara tidak langsung adalah manifestasi keinginan para penonton.

Bagaimanapun, sebagai salah satu trend setter dalam masyarakat stesen-stesen penyiaran tidak seharusnya mengikut nafsu para penonton semata-mata.

Sudah sampai masanya mereka lebih serius memikirkan bahan-bahan pengisian yang bermanfaat dalam program-program raya.

Ia penting kerana televisyen menjadi antara bahan tontonan utama seisi keluarga mahupun para tetamu yang datang beraya. Pada saat ramai yang bercuti, tidak banyak aktiviti lain dilakukan di rumah selain menonton televisyen.

Sebab itu stesen-stesen perlu lebih bertanggungjawab dalam menyediakan santapan minda untuk masyarakat terutama pada hari kebesaran umat Islam, iaitu Hari Raya.

Tanggungjawab sosial itu pula bukannya ditagih pada setiap hari ataupun setiap bulan. Cukuplah sekadar setahun sekali pada sambutan Aidilfitri demi mengangkat nilai sebenar di sebalik makna sambutan Hari Raya itu sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.824587 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list