CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arrnita

ORKED HARLINA - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 9-9-2011 11:37 AM | Show all posts
Idlan termenung panjang di beranda rumah. Menghadap ke arah langit kirmizi yang kemerah-merahan di ufuk barat. Matanya asyik meneliti setiap pelusuk kawasan rumah dua tingkat yang bersambung dengan beberapa buah rumah di bahagian belakang. Ianya sengaja dibina begitu oleh ayahnya kerana niat lelaki itu mahu menjadikan rumah itu homestay sudah lama direalisasikan. Hanya sayang sebelum sempat rumah itu siap sepenuhnya, ayahnya pergi dijemput ilahi kerana masalah jantung.
        Sebelum dia keluar negara, dia sempat menyatakan hasrat hatinya pada ibunya untuk menguruskan perniagaan homestay. Tapi entah kenapa wanita itu melarang. Malah sebaik dia pulang dari luar negara, hatinya ingin sekali menetap di rumah milik ayahnya. Tapi ibunya sejak awal-awal lagi menjemputnya di lapangan terbang dan membawanya pulang ke rumah suami barunya, Uncle Hamdan. Hendak tak hendak dia terpaksa akur, sekadar untuk menjaga airmuka ibunya di hadapan lelaki itu.
        Bunyi air berdesir di bilik sebelah membuatkan Idlan berpaling dan memasang telinga. Dahinya berkerut. Sudah hampir satu jam Orked berada di dalam bilik air. Lamanya! Takkan tak siap-siap mandi dari tadi.
        Mengenangkan gadis itu entah kenapa dia tersenyum sendiri. Orked Harlina, anak kepada ayah tirinya itu memang sangat keras kepala. Tapi dalam tempoh 24 jam dia meluangkan masa bersama-sama gadis itu, entah kenapa dia yakin, hati nurani gadis itu tidak sekeras rupa permukaan yang ditunjukkannya. Dia juga yakin, gadis itu hanya memerlukan lebih perhatian dari orang-orang di sekelilingnya. Jauh di sudut hati dia tahu, masih ada yang luhur dan murni di hati Orked. Jika tidak masakan Orked bergegas mahu menyelamatkan anak muda belasan tahun yang disangkakannya lemas.
        Mujur dia sempat sampai tepat pada masanya. Jika tidak entah apa yang mungkin berlaku pada gadis itu. Mulanya dia agak terkejut apabila mendengar jeritan dua anak muda itu yang menjerit meminta tolong. Apabila dia sampai ke tebing tasik, dilihatnya kepala Orked sudah tenggelam timbul.
        Melihat situasi mencemaskan itu, tanpa membuang masa dia segera terjun ke dalam tasik lalu berenang menghampiri Orked. Mujur dia sempat mencapai tubuh gadis itu lalu ditariknya ke tebing dengan bantuan dua anak-anak muda yang tinggal di kampung berhampiran.
        “Dia dah banyak telan air. Buat CPR bang.” Suara remaja yang menyuruhnya membuat CPR membuatkan dia ketawa lagi. Terasa lucu menyengat jiwa tatkala niat baiknya disalahertikan. Tak fasal-fasal dia dipanggil Sex Maniac.
        Dia memang pernah mengikuti kursus bantuan kecemasan anjuran universitinya suatu ketika dahulu. Tapi inilah kali pertama dia melakukannya. Lebih-lebih lagi dia melakukannya pada seorang gadis. Memang dia segan juga pada dua anak muda remaja yang berada di situ ketika itu. Kalau bukan mengenangkan keadaan Orked ketika itu serta gesaan anak muda itu, entah belum tentu dia sanggup melakukannya.
Tuhan sahaja yang tahu betapa gementarnya dia ketika bibirnya bertaut dengan bahagian paling lembut pada seorang gadis. Tipulah dia kalau dia mengatakan tidak merasa apa-apa. Ketika melakukannya, dadanya bergetar hebat. Jantungnya berdegup lebih kencang bagaikan remaja yang baru pertama kali mabuk cinta. Tapi sebagai seorang lelaki yang lebih dewasa dari Orked dan dari dua remaja itu, dia berusaha mengawal diri. Lantaran dia menyedari bahawa itu semua hanyalah perasaan sementara yang terbawa-bawa di dalam keadaan darurat.
        Dia melirik lagi ke arah bilik sebelah yang masih belum padam lampunya. Malah bunyi air di bilik itu masih jelas kedengaran. Dia tahu gadis seperti Orked pasti berasa malu dengan apa yang telah berlaku petang tadi. Dia pun segan juga sebenarnya dengan gadis itu. Tapi apa boleh buat, benda dah nak jadi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2011 11:46 AM | Show all posts
Orked merenung wajahnya di hadapan cermin. Air yang terpasang dari pili di sinki sengaja dibiarkan mengalir. Dia tidak mampu menahan diri dari terkenangkan peristiwa di tasik tadi. Meski dia tahu itu hanyalah CPR, tapi entah  kenapa dia berasa amat malu. Lagi-lagi Idlan adalah abang tirinya! Lainlah kalau dia yakin Idlan takkan ditemuinya lagi. Tapi berdasarkan hubungan antara ayahnya dengan ibu tirinya Maria, tak mungkin mereka takkan sering bertemu selepas ini.
        Orked meraba-raba bibirnya yang dibasahi air. Matanya bulat membayangkan bagaimana bibirnya sudah diterokai seorang lelaki. Gosh malunya! Cepat-cepat dia menepuk pangkal dahinya. Fikirannya yang bukan-bukan dengan cepat disingkirkan. Fokus Orked! CPR saja..bukan apa-apa pun. Lagipun kau kena ingat, dia anak ibu tiri kau aje! Lepas ni dia akan balik semula ke luar negara dan kau takkan menemuinya lagi! Jadi jangan tunjukkan yang kau ada feel apa-apa dengan apa yang dia dah buat.
        Orked segera menunduk ke dalam sinki lalu menadah air yang mengalir dari pili. Air tersebut dibawa ke mulutnya lalu dikumur berkali-kali. Dahinya berkerut. Terbayang lagi? Dia menggelengkan kepala. Tak boleh jadi ni! Dia mencapai berus gigi pula dan mula menggosok giginya buat kali ketiga malam ini!
        Ketika dia turun untuk bersarapan pagi itu, telinganya mendengar bunyi riuh rendah di meja makan. Dia tergaman melihat betapa ramainya orang di meja makan pagi itu. Siapa pulak ni?
        Dia tidak jadi mengatur langkah. Niatnya mahu kembali ke biliknya tapi suatu suara dengan segera menghentikan langkahnya. Hendak tak hendak dia terpaksa berpaling. Matanya berpapas pandang dengan Idlan yang sedang duduk di kepala meja menghadap ke arahnya.
“Orked nak ke mana tu? Tak nak sarapan dulu?” Tanya Idlan. Serentak semua mata yang ada di meja makan menoleh ke arahnya. Dia terkulat-kulat sendirian. Segan bila setiap pasang mata memandangnya seperti sedang menilainya.
Melihat Idlan bangun lalu menarik sebuah kerusi di sampingnya, Orked mengeluh panjang. Dia segera merapati lelaki itu lalu duduk di kerusi yang seolah sudah dikhaskan untuknya.
        “So inilah Orked yang diceritakan tu?” Muncul satu suara ramah menegur. Orked menoleh. Seorang wanita dalam lingkungan usia 30an tersenyum ke arahnya. Dia memandang ke arah Idlan, bagaikan meminta penjelasan siapakah orang-orang yang tak dikenali berada di meja makan ketika ini.
        “Orked, kenalkan itu Kak Mara. Dia dengan suaminya memang selalu tinggal kat sini kalau abang Rezal nak pergi buat aktiviti memancing. Yang itu anak-anak Kak Mara dengan abang Rezal. Cici dan Fahmi.” Idlan memperkenalkannya.
        Dia hanya mengangguk. Untuk beramah-tamah dengan lebih mesra, itu memang bukan kepakarannya.
        “Orked tak apa-apa?” Mara bertanya.
        Dia menggeleng dengan dahi berkerut. Apa maksud wanita itu?
        “Semalam waktu kami pergi memancing, ada budak-budak cerita ada orang lemas kat tasik. Rupa-rupanya Orked yang lemas.” Rezal menyampuk dengan wajah tersengih-sengih.
        Kata-kata Rezal mengundang tawa sekumpulan anak muda yang sedang laju menyuap mee goreng ke mulut. Orked berpaling. Terdapat tiga orang lelaki dan dua gadis muda sedang duduk saling berhadapan tidak jauh dari Rezal.
        “Itu Fikri, Halil dengan Irfan. Yang di hadapan mereka tu Anna dan Ira. Mereka pelajar universiti yang datang nak buat kajian tentang pokok-pokok herba dekat hutan hujung kampung ni. Rasanya usia Orked tak jauh berbeza dengan diaorang.Kalau Orked bosan, mereka boleh jadi teman berbual Orked.” Ujar Idlan.
        Orked menoleh ke arah sekumpulan pelajar di hadapannya. Kebanyakannya tersenyum ramah dan melambai ke arahnya kecuali Anna. Gadis itu memandang tajam ke arahnya. Riak wajah gadis cantik itu bagaikan tidak menyenangi kehadirannya di situ. Ah lantak kaulah! Macam aku kisah pun! Gerutu Orked seraya mengalihkan pandangan. Entah kenapa mee goreng dan nasi goreng yang ada di hadapan meja lebih menarik perhatiannya dari orang-orang yang tak dikenalinya di rumah itu.
        “Orked nak makan apa? Nanti Mak Tun sendukkan.” Muncul Mak Tun dari arah dapur lalu meletakkan pinggan di hadapannya.
        “Tak apa Mak Tun, nanti saya sendukkan untuk dia.” Pintas Idlan seraya berpaling ke arahnya.
        “Orked nak rasa yang mana? Nasi goreng atau mee goreng?” Soal Idlan.
        Orked tidak menjawab. Serta-merta dia merampas senduk di tangan Idlan membuatkan lelaki itu tergaman. Mak Tun juga ikut terkejut. Mujurlah yang lain-lain tidak perasan kerana asyik berbual sesama sendiri.
        “Tak payah, aku boleh buat sendiri.” Getus Orked agak kasar.
        Idlan hanya membiarkan. Dia nampak renungan Mak Tun yang seolah tidak menyenangi sikap Orked terhadapnya. Namun Idlan hanya tersenyum ke arah orang tua itu. Melihat Orked mencapai mangkuk nasi goreng, dia segera menuangkan secawan kopi untuk Orked. Kali ini gadis itu tidak pula membantah.
        Seorang lelaki separuh umur melangkah masuk. Kehadirannya menggamit perhatian orang-orang di meja makan tidak terkecuali Orked.
        “Itu suami Mak Tun, Pak Man.” Bisik Idlan di tepi telinganya. Orked tidak memberi reaksi. Lagipun dia tidak ingin melayan Idlan ketika marahnya masih menebal terhadap lelaki itu.
        “Wah sedapnya bau. Ni yang Pak Man tak sabar nak tumpang semangkuk ni.” Ujar orang tua itu seraya duduk di hadapan Idlan. Serentak mata Pak Man membulat pandang ke arah Orked. Dia tercengang. Wajah itu kelihatan asing di matanya. Dia menjeling ke arah Idlan.
        “Siapa ni Id?”
        “Orked Pak Man. Adik saya.” Jawab Idlan tersengih.
        Pak Man mencerlung ke arah anak gadis itu bersungguh-sungguh. Raut wajah masam mencuka di hadapannya ditatap agak lama membuatkan Orked agak kurang senang.
        “Tak ada rupa kamu pun.” Ujar Pak Man.
        “Memang lah tak ada bang, ini kan anak suami baru Maria.” Sampuk Mak Tun pula seraya menyenduk mee goreng ke pinggan suaminya.
        “Ohh..” bunyi nada suara Pak Man mula mendatar. Orked terkebil-kebil memandang lelaki itu yang mula acuh tak acuh terhadapnya. Tapi kerana sikapnya memang tak suka diberi perhatian, maka dia juga tidak kisah dengan orang tua di hadapannya.
        “Hari ni kami nak pergi memancing lagi. Idlan dengan Orked nak ikut tak?” Pelawa Mara. Ibu beranak dua itu memang tak putus-putus berborak sedari tadi. Sepanjang masa makan, hanya suara Mara yang riuh rendah.
        Idlan menoleh. Cadangan Mara dirasakan kena pada masanya. Lagipun dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu melayan Orked sepanjang gadis itu berada di situ.
        “Orked nak pergi?”
        Orked tidak menjawab. Dia sendiri tidak pasti. Lagipun dia bukannya kenal sangat dengan pasangan suami isteri yang kaki havoc itu.
        “Idlan pergi sekali lah. Lagipun kalau ada apa-apa berlaku, Idlan boleh jadi saver untuk Orked.” Seru Rezal lalu ketawa besar. Yang lain-lain ikut ketawa.
        Darah Orked menyirap. Wajahnya merah padam! Kata-kata Rezal membuatkan dia berpaling ke arah Idlan. Lelaki itu tersenyum serba tidak kena di hadapannya.
        “Tempat ni kecil. Semua yang berlaku kat sini, pasti ada yang tahu.” Bisik Idlan cuba menjelaskan. Dia tidak mahu Orked terus buruk sangka terhadapnya.
        Orked mengetap bibir. Geram! Dengan senyap dia makan nasi gorengnya dengan wajah membiru. Bengang sekaligus malu menjadi bahan usikan dan tawa orang-orang di rumah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:47 AM | Show all posts
Hmm.... dua-dua ada perasaan yang mula berputik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 01:02 PM | Show all posts
SWEET........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 10:53 PM | Show all posts
Orked menendang daun-daun kering yang bersepah di atas jalan tanah merah yang dilaluinya. Dia sebenarnya bosan! Menyesal pula dia mengikut Idlan ke kawasan tanah persendirian yang terletak berhampiran dengan Bukit Tinggi itu. Padanlah sejuk sangat. Tengahari pun sejuk semacam! Setelah dua hari, baru dia tahu di mana lokasinya saat ini.
        Ketika dia mahu melangkah ke biliknya, secara tak sengaja dia terdengar Mara dan gadis bernama Ira itu berbual-bual. Rupa-rupanya hampir 10 hektar kawasan di situ adalah milik Idlan, diwarisi dari ayahnya. Malah pihak Berjaya Resort pernah cuba membeli kawasan itu untuk dijadikan aset bagi meluaskan kawasan pelancongan di Bukit Tinggi. Tapi Idlan menolak dengan alasan tanah itu adalah pusaka dan hadiah terakhir dari ayahnya. Bukan itu sahaja, Idlan juga memiliki syer yang banyak dalam sebuah syarikat milik ayahnya yang kini sedang diuruskan oleh peguam syarikat.
        “Kalau dah kaya sangat, kenapa mak dia susah payah nak kahwin dengan ayah aku.” Rungut Orked sambil menyepak daun-daun kering yang bersepah di atas jalan raya. Dia memang tidak suka wanita bernama Maria itu muncul dalam hidup ayahnya.
        Hampir suku kilometer dia berjalan, sebuah jip singgah di sampingnya. Kepala Mara menjenguk keluar dari tingkap jip yang terbuka.
        “Orked, jom ikut akak memancing. Tak jauh, kat tasik yang Orked lemas tu. Kat situ banyak ikan tau.” Pelawa Mara. Rezal di sebelah isterinya hanya tersengih.
        “Tak apalah Kak Mara, nanti saya pergi. Saya ingat nak jalan-jalan ambil udara segar.” Dia menolak.
        “Okeylah kalau macam tu, kakak dengan abang Rezal pergi dulu. Nanti Orked join ya. Lagipun hari ni kami bawa bekal banyak ni. Budak-budak ni sibuk nak ajak berkelah kat situ.”  Ujar Mara.
        Dia hanya mengangguk. Sekilas senyuman terpaksa disedekahkan pada Mara ketika jip itu beredar di hadapannya. Sebaik jip itu menghilang dari pandangan matanya, Orked mencebik. Menyusahkan betul lah perempuan ni! Nak berkelah tu pergi ajelah..yang sibuk-sibuk nak ajak aku ni kenapa?
        Dia memang sengaja turun awal sebab mahu mengelak diri dari diajak menyertai aktiviti memancing pasangan suami isteri itu. Membosankan! Ketika dia melihat Idlan bersibuk-sibuk di dapur membantu Mak Tun, diam-diam dia turun dari rumah lalu berjalan tanpa hala tujuan. Tak sangka pula di sini dia terserempak dengan Mara dan Rezal yang mempunyai mulut seperti burung murai.
        Belum sempat dia mahu menyambung kutukannya, telinga menangkap sebuah enjin kenderaan datangnya dari arah belakang. Orked tidak berani menoleh. Dia bimbang jika kenderaan itu milik Idlan yang pasti sedang mencarinya. Langkahnya dihela lebih pantas. Tapi derap sepatunya memijak permukaan jalan tanah merah itu tidak sebanding dengan kepantasan tayar kereta yang sedang dipandu oleh Idlan.
        “Amboi laju macam ribut ni nak ke mana?” Tegur suatu suara.
        Orked mengeluh. Tepat seperti yang diduga. Dia tahu Idlan pasti akan keluar mencarinya. Bukankah itu kepakaran lelaki itu? Menyibuk tak kena tempat!
        “Orked nak ke tempat memancing tu ke?”
        “Sibuk aje! Suka hati orang lah.” Jawabnya bersama muncung sedepa.
        “Kalau nak pergi sana, abang bawa. Lagipun dekat-dekat pun mahu berpeluh juga kalau sampai. Jom naik kereta abang.” Pelawa Idlan seraya membuka pintu keretanya luas-luas.
        Orked menjeling tajam. Entah kenapa dia semakin geram dengan sikap Idlan. Tidakkah lelaki itu memiliki perasaan? Apakah lelaki itu tidak merasa apa-apa dengan layanan kasarnya? Ini semakin dia cuba memusuhi Idlan, semakin selamba Idlan melayannya. Seolah-olah semua itu hanya perkara remeh.
        “Mak oi tajamnya jelingan. Orked tak berniat nak bunuh abang kan?” Gurau Idlan seraya ketawa kecil melihat lirikan mata gadis itu yang seakan mahu menelannya.
        “Memang kalau boleh rasa nak bunuh-bunuh!” Balas Orked berang.
        “Nak bunuh dengan apa? Dengan mata tu ke? Abang takut sebelum sempat abang mati, Orked dulu yang tiba-tiba boleh jatuh syok kat abang. Lagipun abang ni handsome, kalau lama-lama jeling boleh cair tahu.” Usik Idlan lagi. Wajah kelat Orked langsung tidak merisaukan hatinya. Sebaliknya dia rasa seronok pula mengusik gadis itu.
        Orked menjuih. Eiii geramnya aku! Dia sudah malas mahu melayan kata-kata Idlan yang menyebalkan. Sebelum lahar di hatinya meletup, lebih baik dia pergi dulu. Kalau tak tak fasal-fasal wad bahagia tambah seorang penghuni baru.
        “Eh Orked nak ke mana tu? Tak nak naik ke?” Idlan terpinga-pinga apabila melihat gadis itu pergi begitu sahaja.
        Orked buat tidak dengar. Melihat tingkah laku gadis itu, Idlan mengerutkan dahinya. Dia keluar dari perut kereta lalu segera mengejar kelibat Orked yang jauh di hadapan. Tapi belum dua tiga langkah, dia terhenti. Tergaman melihat Orked yang tiba-tiba mengaduh kesakitan lalu terjelepuk di atas jalan tanah merah yang berkerikil.
        Cepat-cepat Idlan menghampiri gadis itu dengan perasaan gusar.
        “Orked, kenapa ni?” Idlan cemas. Terkocoh-kocoh dia cuba mengangkat Orked. Tapi gadis itu mencemik. Idlan memandang ke arah tumit gadis itu yang dibasahi darah. Dia terkejut. Cepat-cepat dia menudukkan Orked semula. Tumit gadis itu diangkat sedikit.
        “Astagfirullah al azim, siapa punya kerja yang lempar kaca kat tengah-tengah jalan macam ni?” Mengucap Idlan sebaik menyedari tumit gadis itu ditikam serpihan kaca yang agak besar. Dia memandang ke arah wajah Orked yang berkerut.
        “Tahan sakit ya. Abang nak cabut kaca ni.” Ujar Idlan.
        Orked tidak memberi sebarang reaksi. Dengan pantas Idlan menarik serpihan kaca yang terlekat pada isi tumit Orked. Orked terjerit sedikit. Tanpa disedari lengan Idlan dipaut agak kuat, membuatkan Idlan berpaling lalu merenung jari-jemari gadis itu yang singgah di lengannya.
        “Dah selesai dah. Sikit aje ni.” Pujuk Idlan bagaikan memujuk seorang anak kecil. Dia mengeluarkan sehelai saputangan dalam poket seluarnya lalu segera membalut luka di kaki Orked yang terdedah.
        Kali ini Orked tidak bersuara. Matanya terkelip-kelip memerhatikan tingkah laku Idlan yang lembut melayannya. Hilang segala rasa marahnya pada lelaki itu dalam sekelip mata.
        “Boleh bangun tak?” Tanya Idlan seraya mengalihkan pandangan.
        Orked terkedu. Tatapan mata Idlan entah kenapa membuatkan dia bingung. Dia melarikan anak matanya.Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.
        Idlan berfikir sejenak. Tak mungkin Orked boleh memijak permukaan jalan atau lantai dengan keadaan luka di kakinya yang agak dalam. Kalau ke klinik pun, paling-paling kurang dua tiga hari juga baru sembuh. Idlan mengalihkan pandangan ke arah keretanya yang terletak hampir 200 meter jauhnya.
        Tiba-tiba Idlan bangun. Tubuh Orked dirangkul dan diangkat. Orked terkejut besar.
        “Kau buat apa ni? Turunkan aku!” Herdik Orked. Tidak menyenangi apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu. Namun Idlan tidak peduli. Dia segera mencempung tubuh gadis itu ke arah kereta.
        “Aku tak suka la kau buat macam ni. Cepat turunkan aku!” Gesa Orked lagi seraya memukul-mukul belakang Idlan. Idlan cuba memasukkan Orked ke dalam perut kereta, tapi dia tersilap perkiraan. Bukk! Kepala Orked sudah terhantuk pada bahagian pintu kereta.
        “Aduh!” Jerit Orked seraya menggosok-gosok kepalanya. Idlan tercengang.
        “Ops kena ke? Sorrylah abang tak nampak tadi.” Idlan tersengih tanpa riak wajah bersalah.
        Orked menggumam geram.  Lelaki ni memang nak kena!
        Selesai sudah, Idlan segera memasuki perut kereta. “Kita balik la ya. Rawat dulu luka tu kat rumah, nanti melarat susah!” Putus Idlan tanpa bertanya pada Orked terlebih dahulu..
        Orked melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Dia sendiri tidak kisah. Lagipun dia sudah tidak ada mood untuk berjalan-jalan di sekitar tempat itu. Sudah dua kali dia hampir ditimpa malang. Pertama dia hampir lemas di tasik, kali kedua begini pula kesudahannya. Jelas nyata dia seolah disumpahi tempat itu. Mungkin dia patut balik sahaja ke Kuala Lumpur. Tiba-tiba dia terfikir demikian!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:45 PM | Show all posts
Sbg lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2011 08:52 AM | Show all posts
morning....yeay....sambung lagi nita.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 11:11 AM | Show all posts
SELAMAT PAGI
LAGI PLSSSSSSSSSSSSSS............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 04:10 PM | Show all posts
nitaaaaa.............. nak lagiiiiiiiii.......  
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 04:57 PM | Show all posts
Alahai, nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:41 PM | Show all posts
baru nampak citer ni..
best...
smbg lagi yer cik penulis...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:16 AM | Show all posts
best cite..sila sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 04:45 PM | Show all posts
Seorang doktor sengaja dipanggil untuk merawat luka di kaki Orked. Meskipun terkena kaca hanya perkara biasa, tapi kerana kaca yang dipijak gadis itu sudah berkarat, Idlan sengaja memanggil seorang doktor kerana bimbangkan luka di kaki anak gadis itu boleh mengalami jangkitan dan melarat.
        “Adik kena banyak berehat. Jangan banyak berjalan ke sana ke mari. Nanti kaki tu lambat sembuh. Jangan lupa makan antibiotik ni dua kali sehari.” Pesan doktor lelaki bercermin mata bulat itu. Orked hanya acuh tak acuh mendengar pesanan doktor itu.
        “Orked dengar tak apa yang doktor pesan tadi?” Soal Idlan lembut.
        Dia menjeling lelaki itu. Kau ingat aku pekak ke? Hati kecil Orked menggerutu geram. Dia membiarkan Idlan keluar menghantar si doktor sementara dia mendesis kesakitan apabila lukanya dicuci dan dibubuh ubat pembasmi kuman oleh doktor lelaki separuh umur itu.
        “Macamana? Sakit lagi?” Entah sejak bila lelaki itu muncul di hadapan biliknya. Nada suara itu kedengaran sedikit risau.
        Dia menggeleng. “Dah tak sakit sangat.” Jawabnya perlahan. Sengaja berlagak tabah meskipun masih terasa denyutan yang menikam kulit kakinya.
        “Sorry, macam-macam benda jadi kat Orked masa kat sini. Abang tak sepatutnya  bawa Orked ke tempat ni. Maaf.” Ujar Idlan seolah kesal dengan apa yang berlaku.
        Dia tersenyum sinis. Hmm tahu pun! Dia dengan tempat ni memang tak ada chemistry langsung! Dahlah hutan sana sini, asyik-asyik bunyi cengkerik sahaja yang kerap kedengaran. Bosan!
        “Kalau Orked nak balik rumah, abang boleh hantarkan.” Pelawa Idlan.
        Mendengar perkataan rumah disebut, cepat-cepat dia menggelengkan kepala. Idlan memandangnya dengan dahi berkerut.
        “Tak nak balik?”
        “Belum rasa nak baliklah. Lagipun aku tak habis lagi melawat kat tempat ni. Tunggulah dulu.” Jawabnya. Sengaja dia mencanang begitu agar Idlan melupakan hasrat untuk menghantarnya pulang. Padahal dia bukannya teringin sangat nak makan angin di tempat sunyi sepi seperti ini.
        Idlan terdiam seketika. “Sudahlah kalau Orked tak nak balik lagi. Sekurang-kurangnya kat sini Orked boleh berehat. Nanti abang suruh Mak Tun siapkan makan untuk Orked. Tak payah keluar selagi kaki tu tak baik, Mak Tun akan hantarkan makanan nanti.” Ujar Idlan.
        Ketika Idlan mahu bangun, matanya terpandang sesuatu terletak di atas meja di sisi katil. Tangannya segera mencapai kotak berwarna pink itu lalu membelek-beleknya dengan penuh minat.
        “Cantik kotak ni. Orked punya?” Tanya Idlan.
        Orked berpaling. Sebaik melihat kotak kesayangannya sudah berada di tangan Idlan, tubuhnya menggeletar. Darahnya menyerbu naik ke muka. Cepat-cepat dia merampas kotak itu dari tangan Idlan. Gerak geri Orked membuatkan Idlan tergaman.
        “Aku nak tidur. Tolong keluar boleh?” Ujar Orked tanpa memandangnya. Kotak seramik berwarna pink tu masih melekat di genggaman tangannya. Enggan dilepaskan!
        Idlan mengeluh. Dia bingkas bangun. Selimut yang membalut kaki Orked ditarik sehingga ke atas. Matanya melirik kotak seramik yang berada dalam pelukan anak gadis itu. Orked kelihatan benar-benar menghargai kotak kecil itu. Pasti itu barang kesayangannya, duga Idlan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 04:49 PM | Show all posts
Sepeninggalkan Idlan, Orked bingkas bangun. Selimut yang membalut tubuhnya dilempar ke tepi. Dia menyandarkan diri di kepala katil sambil membelek-belek kotak di tangannya. Penutup kotak yang mempunyai ukiran bunga ros kecil dibuka dan diletakkan di tepi. Di dalamnya berisi beberapa kertas kecil.
        “Kotak ni untuk Orked. Anggaplah ianya kotak ajaib hadiah dari umi untuk Orked. Ini restu dan doa umi agar anak umi sentiasa mendapat apa jua yang dihajatinya. Setiap hasrat Orked pasti akan tercapai suatu hari nanti.”
        Orked menahan perasaan. Pelupuk matanya digenangi air jernih. Kata-kata wanita itu tidak pernah dilupakan sejak dia masih kecil.
        “Sekarang umi mahu Orked letakkan hasrat Orked yang pertama dalam kotak ni. Biarkan kotak ini menunaikan apa sahaja yang Orked mahukan.”
        “Orked tak mahu apa-apa umi. Orked cuma mahu umi sembuh.” Dia memeluk bahu uminya. Esakannya kedengaran.
        Wanita itu tersenyum hambar. Wajah yang pucat tak berseri itu menatap sayu ke arahnya. “Nyawa umi dah sampai ke penghujung Orked. Umi dah tak larat nak teruskan hidup umi lagi. Tapi Orked berbeza. Orked masih kecil dan ada banyak peluang untuk capai apa yang Orked hajati. Umi cuma nak Orked bahagia.”
        “Orked akan bahagia kalau umi ada di samping Orked.” Airmatanya semakin banyak yang gugur dari birai mata.
        “Tak sayang. Kalau pun umi tak ada di samping Orked. Ayah kan masih ada.” Pujuk wanita itu.
        “Tapi ayah tak sayangkan Orked, umi.”
        Wanita itu terdiam. Kata-katanya membuatkan riak wajah uminya berubah. Sejurus wanita itu tersenyum.
        “Orked nak ayah sayangkan Orked?” Tanya ibunya.
        Dia menggangguk.
        Wanita itu mengambil sekeping kertas dari atas meja lalu dihulurkan padanya. “Kalau Orked mahu ayah sayangkan Orked, Orked ambil kertas ni dan tuliskan hasrat hati Orked tu. Simpan hasrat tu dalam kotak yang umi beri. Insya Allah suatu hari nanti, ayah akan nampak kewujudan Orked. Ayah akan sayangkan Orked seperti yang Orked harapkan.” Ujar wanita itu.
        Dia mengesat airmata yang bertakung di pelupuk mata. Kertas  kecil yang baru sahaja dikeluarkan dari dalam kotak itu ditatap dengan perasaan sedih. Sudah lama kertas itu tersimpan di dalamnya. Malah warna kertas itu sudah kekuning-kuningan dan usang. Menandakan betapa lamanya penantian yang harus dilaluinya untuk merebut hati sang ayah yang tidak pernah mahu menghargai kehadirannya. Sampai bila umi? Sampai bila Orked harus menanti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 04:53 PM | Show all posts
“Macamana budak tu?” Tegur Pak Man pada Idlan yang sedang mengambil angin malam di kerusi rehat di halaman rumah. Idlan menoleh. Melihat kehadiran lelaki tua itu, dia segera bergerak sedikit ke kanan. Sengaja memberi peluang pada Pak Man menempati kerusi di sisinya.
        “Luka dia dalam juga. Tapi doktor kata tak perlu dijahit. Insya Allah sehari dua lagi okeylah dia.” Jelas Idlan.
        “Hari tu Mak Tun kamu kata adik kamu tu lemas. Hari ni dia cedera pulak. Macam-macam hal dengan dia.” Selar Pak Man dengan wajah berkerut.
        Idlan hanya ketawa mendengar ucapan lelaki itu. Itu belum dikira kalau Orked ditangkap polis dan disumbat ke dalam lokap beberapa hari yang lalu! Idlan tersenyum-senyum mengenangkan semua itu. Gadis itu memang hebat!
        “Yang kamu ni tersengih-sengih ni kenapa?” Pak Man melirik lelaki di sampingnya dengan wajah bingung.
        “Tak ada apa-apa Pak Man.” Cepat-cepat Idlan menggelengkan kepala. Cuba mengusir sangkaan yang bukan-bukan di kepala lelaki itu. Orang tua itu kemudiannya ketawa kecil. Idlan terpanar. Entah apa yang melucukan lelaki itu, dia pun tidak tahu.
        “Berapa lama kamu balik kali ni?” Tanya Pak Man ingin tahu.
        Ildan berpaling. Tersenyum.
        “Mungkin 4 atau 5 bulan.” Jawab Idlan.
        “Selepas tu kamu nak balik semula ke negara orang putih tu?”
        Idlan ketawa mendengar istilah yang disebut lelaki itu. Tapi dia mengangguk  juga mengiyakan.
        “Id tak habis lagi Pak Man. Masih tinggal satu semester lagi. Sengaja Id tangguhkan pengajian buat sementara waktu.” Jawab Idlan sejujurnya.
        “Kenapa?”
        Kali ini pertanyaan orang tua itu tidak dijawab. Matanya terbayang wajah Nadya yang tersenyum manis. Buat seketika perasaannya berkocak. Tapi dia cepat-cepat menyingkirkan perasaan itu sebelum ianya melarat.
        “Sebab Id rindu dengan Pak Man dan Mak Tun lah.” Jawabnya seraya tersenyum.
        Pak Man mencebik. Akhirnya dia turut ketawa. Lucu mendengar kata-kata anak muda yang tidak ubah seperti darah dagingnya sendiri.
        “Baliklah Id bila-bila kamu suka. Rumah ni hak kamu. Kami ni menjaganya aje.” Seru Pak Man seraya mengeluh.
        Idlan terdiam.
        “Kalau ayah kamu masih hidup, tentu dia suka tengok rumah besar dia ni dah jadi rumah tumpangan untuk pengunjung. Bukankah ini hasratnya selama ini?”
        Idlan mengangguk. “Sayangnya ayah tak sempat nak tengok impiannya termakbul.”Keluh Idlan. Nada suaranya berbaur kecewa.
        “Dia bina tempat ni untuk kamu sekeluarga berehat. Untuk lari dari kebisingan kota. Lepas tu dia dapat idea untuk bina rumah tumpangan ni supaya tempat ni boleh dibuka untuk kunjungan ramai. Air tasik dengan hutan kat belakang sana sengaja dikekalkan dengan ciri-ciri alam semulajadi. Katanya hadiah untuk anak cucunya nanti.”Ujar Pak Man.
        “Ayah lelaki yang hebat Pak Man.”
        “Dia juga kawan yang baik untuk kita semua.” Lelaki itu menepuk-nepuk bahunya. Dia mengangguk. Menyetujui pendapat lelaki itu. Suasana jadi hening seketika. Baik dia atau Pak Man, masih-masing melayan perasaan. Mengenangkan seorang lelaki hebat yang sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:06 PM | Show all posts
nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 11:27 AM | Show all posts
nak lagi jugak

sy tambah 1 lg koleksi boomarks sy
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 10:11 PM | Show all posts
nak sambungan nyer lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 10:52 AM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:34 AM | Show all posts
nak n3........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.075895 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list