CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arrnita

ORKED HARLINA - [U]

[Copy link]
Post time 21-9-2011 05:53 PM | Show all posts
La kesiannya nita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 09:38 PM | Show all posts
alahai siannye nita... demam2 pun letak gak n3... rehat n bagi sihat betul2 dulu la baru letak n3... tengkiu nita...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 10:10 PM | Show all posts
tq nita take care yer... rehat kasi sehat dulu nanti baru letak n3 lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 10:10 PM | Show all posts
akan terus menanti dengan penuh kesabaran, moga cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:53 AM | Show all posts
thanks nita...
walaupun demam byk jugak n3...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:59 AM | Show all posts
sian nita....sian oked gak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2011 09:40 AM | Show all posts
sian orked..anna tu sape???gedik betul..
nanti dah elok demam,sambung lagi ye nita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2011 04:01 PM | Show all posts
kesian orked sbb kena marah..sian sy sbb demam..huhu..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2011 04:02 PM | Show all posts
Terpisat-pisat Orked cuba membuka mata. Cahaya yang menerjah melalui celah-celah jendela yang renggang membuatkan dia menghalang mukanya dari disinari cahaya matahari yang menyilaukan. Jari-jemarinya tiba-tiba tersentuh kain basah di atas kepalanya. Orked mengerutkan dahinya.
        Dia cuba membuang kain tersebut dari atas dahi, namun suatu suara melarang. Orked segera menoleh. Mak Tun tersenyum memandangnya.
        “Orked dah sedar ya. Baguslah. Risau Mak Tun tengok Orked demam sepanjang malam. Ingat pagi ni kalau demam Orked tak kebah-kebah juga, kami nak bawa Orked ke klinik. Alhamdullillah panas tubuh tu dah surut.” Ujar wanita itu.
        Orked tidak membalas. Dia masih kaget melihat Mak Tun berada di situ. Matanya melurus ke atas. Entah kenapa siling bilik itu kelihatan berbeza. Dia mengalihkan matanya ke arah bilik tersebut. Memang tidak sama dengan biliknya sendiri. Aku kat mana?
        “Orked sekarang kat bilik Idlan. Idlan yang angkat Orked ke sini.” Ujar Mak Tun bagaikan tahu apa yang sedang bermain di fikirannya.
        Mendengar nama Idlan disebut, Orked cepat-cepat bangun. Perasaan terluka kerana peristiwa semalam masih menyengat di dalam fikiran. Dia menolak selimut yang membaluti tubuhnya lalu cuba bangun dari katil.  Namun tubuhnya terlalu lemah untuk bergerak. Mak Tun yang melihat gerak-geri gadis itu terkejut sedikit.
        “Orked nak ke mana ni? Tidur ajelah kat sini, tak apa. Idlan dah tak marah lagi. Mak Tun pun tak marahkan Orked. Kami semua ambil berat fasal Orked.” Mak Tun cuba berlembut. Dia tahu dalam keadaan sekarang, sikap gadis itu sukar dijangka. Separuh hatinya juga bimbang kalau-kalau gadis itu bertindak  melarikan diri dari rumah.
        Orked tidak membantah apabila orang tua itu membetulkan selimut yang berselerak tadi. Dia memandang Mak Tun dari ekor mata. Bibirnya digigit perlahan. Ada perasaan bersalah menyerangnya kali ini. Dia tahu dia bersalah kerana menengking Mak Tun sehingga wanita itu mengalirkan airmata. Tapi semua itu berlaku tanpa dirancangkannya. Kotak seramik hadiah ibunya terlalu bererti dari apa-apa jua barang lain di dunia ini. Kerana kotak itu dia hilang pertimbangan diri. Tapi itu tidak memberi hak kepala Idlan untuk merosakkan kotak kesayangannya.
        Orked menekup muka. Perasaan sebak dan pilu menyerang diri. Sepanjang malam dia menangis di bilik stor kerana terkenangkan kotak kepunyaannya yang dilempar Idlan ke arah dinding sehingga pecah. Sungguh hatinya terluka dengan perbuatan Idlan.
        Mak Tun mengeluh melihat esakan gadis itu yang jelas kedengaran. Meskipun pada zahirnya Orked keras dan melawan, tapi Mak Tun tahu jauh di dasar hati Orked masih seorang gadis yang rapuh sifatnya.
        Perlahan-lahan Mak Tun duduk di birai katil seraya menepuk bahu si gadis. Cuba menenangkan perasaan Orked yang ternyata masih merajuk hati.
        “Jangan nangis Orked, Mak Tun tak marahkan Orked. Abang Idlan kamu pun dah sejuk hatinya. Nanti jumpa dia dan minta maaf pada dia. Insya Allah tak ada apa-apa lah tu.” Pujuk Mak Tun.
        Orked tidak menjawab. Hanya tubuhnya sahaja yang tersengguk-sengguk menahan tangis. Mak Tun menarik nafas panjang. Apa ikhtiarnya mahu memujuk anak gadis itu. Mungkinkah Orked masih bersedih dengan tindakan Idlan semalam? Tiba-tiba Mak Tun teringatkan sesuatu. Cepat-cepat dia berjalan ke arah meja tulis tidak jauh dari situ. Sebuah kotak sederhana besar diambil lalu dibawa ke arah katil.
        “Orked, Mak Tun nak bagi sesuatu kat Orked Ini Idlan yang tinggalkan untuk Orked pagi tadi. Dia minta Mak Tun serahkan pada Orked.” Ujar Mak Tun.
        Orked membuang tangan dari mukanya. Dia memandang kotak di tangan Mak Tun berkali-kali. Nafasnya berderu kencang sebaik dia melihat kotak tersebut. Macamana kotak yang sudah pecah berderai dilempar Idlan kini nampak elok di tangan wanita tua itu?
        “Sepanjang malam abang Idlan kamu berjaga sebab nak baiki kotak ni.  Habis kotak peralatan Pak Man kamu diselongkarnya.” Jelas Mak Tun seraya meletakkan kotak seramik itu di sisi Orked. Melihat Orked diam sahaja, Mak Tun mengeluh sedikit. Perlahan-lahan dia mundur diri mahu beredar dari situ.
        Namun belum sempat dia beredar, namanya diseru. Mak Tun berpaling.
        “Maaf Mak Tun…Orked..Orked tak sengaja.” Bisik anak gadis itu seraya tunduk. Mak Tun terpaku mendengar kata-kata maaf itu dilontarkan dari mulut anak gadis yang kelihatan keras hati itu. Namun entah kenapa hati tuanya terharu kali ini. Tak sangka, dalam kekasaran perilaku Orked, ada kekesalan yang masih bertapak di hati gadis itu. Itu petanda anak gadis itu masih punya harapan untuk dibetulkan jalan hidupnya, bisik Mak Tun dalam hati.
        “Bukan Mak Tun orangnya yang patut Orked minta maaf. Orked patut minta maaf dengan Idlan. Dia dah sepanjang malam bekerja membaiki kotak Orked tu.” Mak Tun tersenyum.
        “Dia kat mana?” Tanya Orked ingin tahu.
        “Ada kat bilik tetamu, masih tidur agaknya.” Ujar Mak Tun seraya berlalu pergi meninggalkan Orked sendirian.
        Usai pemergian wanita itu, mata Orked beralih arah. Dia merenung lama ke arah kotak seramik berwarna pink yang mempunyai kesan-kesan cantuman. Meskipun rupanya sudah cacat, namun hatinya menjadi tidak keruan apabila mendengar kata-kata Mak Tun tentang Idlan yang membaiki kotaknya. Kenapa? Kenapa lelaki itu mesti melakukannya? Bukankah Idlan yang merosakkan kotak peninggalan arwah ibunya? Jadi untuk apa lelaki itu bermurah hati sudi membaikinya semula?
        Melihat cantuman-cantuman seramik itu, hatinya sayu. Kotak itu tidak serupa lagi dengan dulu. Serpihan-serpihan kotak itu meskipun sudah tercantum namun masih menjadi serpihan-serpihan di hatinya. Kali ini dia benar-benar terluka dengan apa yang sudah berlaku. Selama ini Idlan tidak pernah meninggikan suara terhadapnya walau pelbagai kerenah dilakukannya. Tapi semalam, di khalayak ramai dia dimarahi seperti dia tidak punya harga diri. Hari ini lelaki itu membaiki pula kotak kesayangannya. Sungguh dia benar-benar tidak faham langsung dengan Idlan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 04:36 PM | Show all posts
Sesuatu perkara yang amat tragis telah dilakukan oleh Idlan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2011 12:19 AM | Show all posts
Daun pintu yang sedikit renggang di hadapannya diintai. Namun dia gagal melihat apa-apa pun di dalam. Hasrat hati mahu menjenguk Idlan berganti dengan keraguan yang memenuhi fikirannya. Akhirnya dia terkemut-kemut di hadapan bilik itu.
        Sebenarnya untuk apa aku ke sini? Nak menjenguk Idlan? Untuk apa? Untuk meminta maaf? Tapi salah dia pada aku lagi teruk berbanding dengan apa yang telah aku lakukan, bisik Orked tidak keruan.
        Akhirnya setelah difikir-fikir, Orked mahu beredar ke biliknya. Mulutnya menyumpah-yumpah kerana tidak berfikir panjang dan datang ke situ. Namun belum sempat dia mahu beredar, dia mendengar suatu bunyi. Wajahnya segera berubah. Bunyi tapak kaki itu semakin jelas kedengaran menandakan kehadiran orang tersebut semakin hampir. Orked mencari-cari tempat berlindung. Sebolehnya dia tidak mahu kehadirannya di hadapan bilik itu menimbulkan syak wasangka dan keraguan orang-orang di rumah itu. Nanti apa pulak mereka kata jika melihatnya terhendap-hendap di hadapan bilik tetamu yang ditempati Idlan ketika ini.
        Malangnya dia terperosok dalam masalah. Ternyata tidak ada tempat berlindung di situ kecuali pintu bilik yang sedikit renggang. Orked mengetap bibirnya berkali-kali. Telinganya dapat mendengar dengan jelas suara Anna dan Ira, dua pelajar universiti yang sedang menetap di rumah itu. Kalau Ira dia mungkin tidak kisah, kerana gadis itu ramah dengannya. Tapi kalau dengan Anna yang bermulut lancang itu, baik dia mengelak segera dari masalah. Lagipun dia tidak nampak kelibat Idlan di bilik itu. Idlan mungkin sudah keluar berjogging seperti kebiasaannya. Mungkin tidak apa-apa kalau dia masuk dan menyembunyikan dirinya buat seketika. Begitulah rentak fikiran Orked ketika itu.
        Tanpa berlengah masa dia segera meluru ke arah bilik di hadapannya lalu dikatup rapat-rapat. Telinganya melekap di permukaan pintu, cuba mendengar rentak langkah dua anak gadis yang diyakininya sedang menuju ke arah bilik ini.
        Dugaannya ternyata benar. Sebentar kemudian dia dapat mendengar suara Anna terjerit-jerit memanggil nama Idlan dari luar. Tak cukup dengan itu, pintu bilik itu digoncang-goncangkan Anna dari luar. Orked mengeluh panjang. Mujurlah dia sempat mengunci pintu bilik itu, jika tidak anak gadis yang sedang kemaruk dengan Idlan itu mungkin menerpa masuk.
        Tiba-tiba mulutnya dicebikkan. Hatinya entah kenapa meluat dengan Anna. Dia tahu anak gadis itu tidak menyukainya. Dia juga begitu. Sejak apa yang berlaku malam semalam, dia sudah nekad mahu mengenakan gadis itu jika Anna dengan sengaja memprovoknya lagi.
        “Orked buat apa ni?” Tanya suatu suara.
        Orked tersentak. Wajahnya berubah. Suara yang muncul dari arah belakangnya membuatkan dia gementar. Idlan?
        Perlahan-lahan dia memusingkan tubuh. Melihat seraut wajah sedang merenungnya dari pintu bilik air yang sedang terbuka, dia tiba-tiba gugup. Rupa-rupanya lelaki itu berada dalam bilik air. Macamana dia boleh tak perasan dengan bunyi air di dalam tandas itu. Alamak!
        Suara Anna terus bergema. Gadis itu seperti tidak tahu putus asa memanggil nama Idlan dari luar. Sesekali suara Ira kedengaran, memujuk Anna agar beredar dari situ.
        Di luar heboh dengan kekecohan Anna. Tapi di dalam bilik itu keadaan senyap sunyi. Orked terpaku di hadapan Idlan yang masih menatapnya dengan wajah berkerut.
        “Kenapa Orked ada dalam bilik ni?” Soal Idlan lagi ingin tahu. Lelaki itu hanya bertuala dengan rambut separuh basah. Orked semakin gugup. Seperti ada yang tak kena dirasakannya saat itu. Malah tiba-tiba sahaja wajahnya merah padam seperti udang kena bakar. Cepat-cepat dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah pintu.
        Melihat reaksi Orked, Idlan semakin bingung. Namun sebaik dia menyedari keadaannya yang tak berbaju, Idlan cepat-cepat mencapai bajunya lalu disarung. Bunyi teriakan Anna di luar biliknya hanya dibuat endah tak endah. Saat ini dia lebih berminat ingin tahu apa yang dibuat oleh Orked dalam biliknya.
        “Pusing sini Orked.” Suruh Idlan lembut.
        Orked tidak berganjak langsung.
        Idlan mengeluh panjang. Dia segera menghampiri anak gadis itu lalu menarik bahu Orked ke arahnya. Gadis itu memandangnya. Dia juga memandang ke arah Orked. Tapi wajah di hadapannya bukan wajah sombong dan keras kepala yang dilihatnya beberapa hari ini. Bukan juga wajah yang menatapnya dengan sinar garang seperti harimau. Tapi sebaliknya wajah di hadapannya kini kelihatan gelisah dan cemas. Malah tatapan mata Orked seperti anak-anak gadis lain yang dikenalinya. Malu-malu!
        “Orked datang sini nak cari abang ke?” Soal Idlan penuh kelembutan.
        Orked memalingkan wajahnya. “Tak, aku tak sengaja masuk sini.”
        “Tak sengaja?” Idlan mengerutkan dahinya. Terasa kelakar mendengar alasan Orked. Biar betul!
        “Setahu abang, bilik abang dengan bilik tetamu ni jauh. Begitu juga dengan bilik Orked sendiri. Sekalipun Orked mahu mencari Mak Tun atau mahu ke dapur, mustahil Orked akan lalu di sini.” Hujah Idlan tersenyum.
        Orked berpaling. Hatinya berang mendengar kata-kata Idlan. Namun sebaik anak matanya bersapa dengan wajah Idlan, seluruh anggota tubuhnya tiba-tiba jadi lemah tak berdaya. Suaranya juga seolah-olah terkunci rapat. Seolah-olah Idlan sedang mengawal semua pergerakan dan tubuhnya. Mengapa begini?
        “Kenapa Orked diam aje ni?”
        Orked jadi bingung. Bibirnya diketap rapat.  
        “Se..sebab kotak tu.” Tergagap-gagap dia menyebutnya.
        Idlan terdiam. Dia mula menangkap maksud gadis itu. Kenapa dengan kotak itu? Apakah Orked tidak suka dengan hasil kerja tangannya mencantumkan semua serpihan-serpihan kotak itu?
        “Abang minta maaf Orked.” Bisik Idlan tiba-tiba.
        Orked tergaman. Maaf? Aku salah dengarkah?
        “Abang tak sepatutnya rosakkan kotak Orked tu. Kalau abang tahu kotak tu hadiah makcik pada Orked, tak mungkin abang sanggup melakukannya.” Sambung Idlan lagi dengan perasaan bersalah.
        Tubuh Orked sudah keras kejung. Kata-kata Idlan yang penghabisan terus mematikan kata-katanya yang mahu diluahkan. Ternyata dia hampir terlupa dengan isi kandungan kotak miliknya yang dilemparkan Idlan kelmarin. Apakah lelaki itu telah membaca semua helaian kesakitan yang dihimpunnya selama ini?
        “Abang tak pernah tahu ayah Orked layan Orked macam tu selama ini. Abang ingat abang faham segala-galanya, rupa-rupanya tak. Sudah berapa lama Orked simpan semua kelukaan itu sendirian selama ini?”  Soal Idlan tenang.
        Tubuh Orked bergetar. Pertanyaan itu bukan apa yang diharapkannya. Malah dia tidak ada jawapan untuk segala pertanyaan yang Idlan hamburkan. Apa gunanya dia memberi jawapan pada setiap duka yang dirasainya kalau ianya tak pernah bererti apa-apa pun.
        “Aku tak harap simpati dari kau.” Entah kenapa dia mengeluarkan kata-kata kasar itu sekali lagi. Mata Idlan tidak berganjak meratah wajahnya.
        “Abang tak pernah rasa simpati pada Orked.” Bisik Idlan.
        “Habis? Kenapa kau layan aku baik sangat? Kenapa kau baiki semula kotak yang kau rosakkan? Untuk apa? Bukan sebab kau simpati pada aku? Bukan sebab kau rasa kasihan pada aku anak pungut ni?” Herdik Orked tiba-tiba berang.’
        Idlan menarik nafas panjang. Melihat gadis itu mahu beredar, Idlan cepat-cepat menghalang. Dia sudah bosan menghadapi pertengkaran mereka yang tidak pernah berakhir. Tidak pernah selesai!
        “Tunggu dulu, abang belum habis cakap dengan Orked.”
        “Kau nak cakap apa lagi? Kau nak aku berterima kasih pada kau sebab baiki kotak tu? Well, apa yang kau buat takkan mengubah apa-apa pun. Kotak tu dah pecah, dah rosak. Sebaik mana pun kau membaikinya, ia takkan sama lagi.” Getus Orked.
        “Siapa kata ia takkan sama? Ia tetap kotak yang Orked hargai. Ia tetap kotak pemberian ibu Orked. Semuanya masih sama, hanya kalau Orked berhenti melihat segala-galanya dengan cara yang sukar. Orked mesti berhenti berkelakuan seperti ini dan biarkan orang lain mendekati Orked tanpa rasa tertekan.” Tutur Idlan.
        “Apa yang abang buat selama ini bukan sebab abang simpati pada Orked. Tapi abang lakukannya sebab Orked adik abang. Abang sayangkan Orked.” Sambung Idlan lagi tegas.
        Orked terpaku mendengarnya. Sayang? Mereka bertemu tak sampai seminggu pun dan lelaki itu mengaku menyayanginya? Dia menatap wajah Idlan tajam. Kata-kata Idlan itu seolah-olah satu penghinaan buatnya. Aneh! Idlan benar-benar membuatkan dia hampir percaya walaupun sesaat yang dirinya begitu bermakna untuk seseorang.Tapi setiap waktu yang berputar, mencambahkan segala kesangsiannya. Membuatkan dia kembali ke alam realiti dan menyedari bahawa hidupnya tidak akan pernah berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 08:02 AM | Show all posts
Orked keliru?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 08:47 AM | Show all posts
sian ORKID...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 09:49 AM | Show all posts
orked orked...
buang la sikap ego tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 10:21 AM | Show all posts
slama nie jd SR jek, tergerak nk komen... hehehe... kak nita sehat? orked, sudah2 la marah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 09:10 PM | Show all posts
Nak n3 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2011 05:52 PM | Show all posts
Bunyi riuh rendah di gelanggang tenis itu membuatkan dia tertarik untuk menjenguk ke arah dataran gelanggang. Sejak dia membuka pintu biliknya, suasana di rumah itu sunyi sepi tanpa sebarang suara. Suara Mak Tun yang kerap berceloteh dengan Mara juga kini senyap. Boleh dikatakan rumah itu ditinggalkan kosong begitu sahaja. Keadaan di rumah itu sempat membuatkan dia bingung.
        Mujurlah dia terdengar suara Anna sedang menjerit-jerit dari luar rumah. Didorong perasaan ingin tahu, dia terburu-buru menjenguk ke luar lalu terpandang kelibat orang ramai di gelanggang.
        Orked tercengang. Apa sebenarnya yang belaku? Kenapa mereka semua berkumpul di situ? Hatinya tertanya-tanya.
        “Orked buat apa tu?” Suara Mak Tun menyapa dari arah belakang. Orked terpanar. Cepat-cepat dia menjarakkan dirinya dari tingkap lalu pura-pura mencapai majalah di atas almari dan membeleknya.
        Mak Tun tersenyum gelihati. Dia tahu anak gadis itu sedang mengintai ke luar.
        “Orked tak nak join ke? Mereka semua tengah main bola tampar.” Ujar Mak Tun sekadar menjelaskan keadaan yang riuh rendah di luar. Dia sendiri ralit menontonnya. Tengah sedap-sedap memerhatikan perlawanan itu, suaminya pula menggesa dia menyiapkan minuman.
        “Tak minat.” Jawab Orked sepatah.
        “Mak Tun pun bukan minat sangat, tapi ralit jugak tengok si Idlan melawan budak-budak muda tu. Tak apalah, Mak Tun nak ke dapur siapkan minuman untuk mereka. Orked turunlah tengok.” Suruh wanita itu sebelum menghilang ke arah dapur.
        Sepeninggalan Mak Tun, Orked terpisat-pisat di situ. Tergerak jua hatinya mahu menonton perlawanan itu. Namun entah kenapa hatinya terasa segan. Setelah dia terbabit dalam kekecohan yang memalukan itu, tak sanggup rasanya dia mahu memandang muka orang-orang lain di situ. Segan!
        Tiba-tiba, telinganya menangkap bunyi kaca berderai dari arah dapur. Orked tersentak. Cepat-cepat dia berlari ke arah dapur. Di situ dia terpandang kelibat Mak Tun sedang terbongkok-bongkok mengutip kaca pecah.
        “Kenapa Mak Tun?” Soal Orked cemas.
        Mak Tun mendongak. Bibir orang tua itu melemparkan senyuman. “Mak Tun yang cuai, terjatuhkan gelas ni pulak. Orked jangan dekat, nanti terbelah kaki tu baru tahu. Hari tu dah terpijak kaca kat jalan raya.” Larang Mak Tun.
        Orked tidak ambil peduli. Dia turut tunduk lalu ikut sama mengumpulkan serpihan-serpihan kaca yang halus.
        “Orked..” Mak Tun ingin melarang. Namun melihat kesungguhan anak gadis itu membantunya, Mak Tun hanya mampu tersenyum. Wajah anak gadis itu ditatap agak lama. Sejak gadis itu datang, dia tidak sempat untuk memerhatikan wajah itu dengan teliti. Namun kali ini dia ralit sendiri. Wajah anak gadis itu manis sekali. Kulitnya putih licin dengan bibir yang merah meskipun tanpa olesan lipstick. Gadis itu terlihat lebih cantik tanpa mekap berbanding kali pertama dia melihat Orked sewaktu gadis itu mula-mula sampai ke situ. Pada kali pertama dia melihat Orked, dia hanya melihat wajah sinis yang bermekap dengan celak tebal di atas dan di bawah mata. Orked sewaktu itu tidak ubah seperti remaja-remaja liar yang suka berpeleseran jauh-jauh malam.
Jika diletakkan Orked di sisi Idlan, wajah mereka hampir serupa. Idlan yang tinggi lampai itu sering mencuri perhatian sesiapa sahaja baik lelaki mahupun wanita. Anak muda itu mempunyai karisma dan aura yang memikat seperti ayahnya. Wajah Idlan juga tampan persis pelakon sinetron yang dihadap setiap malam bersama suaminya. Entah kenapa Mak Tun sempat melamun panjang.
“Kaca ni nak buang di mana?” Soal Orked seraya mematikan khayalan singkat Mak Tun. Orang tua itu kini terpisat-pisat memandang ke arah Orked. Melihat gadis itu sudah mengumpulkan kaca-kaca yang pecah itu setempat, Mak Tun menarik nafas panjang.
“Tak apalah Orked, biar Mak Tun yang uruskan kerja selebihnya. Kalau Orked tak keberatan, Mak Tun nak minta tolong.” Ujar wanita itu.
        “Tolong apa?” Dahi Orked berkerut. Hairan mendengar kata-kata wanita itu. Pertolongan apakah yang diharapkan wanita itu terhadapnya.
        “Boleh tak Orked hantarkan minuman untuk mereka kat gelanggang. Mak Tun dah siapkan air oren. Orked cuma tolong hantar aje. Nanti haus pulak budak-budak tu kalau minuman ni lambat dihantar.” Pinta Mak Tun.
        Orked keberatan. Namun melihat kesungguhan Mak Tun memandangnya dengan penuh berharap, dia mengeluh panjang. Tak sampai pula hatinya mahu menghampakan wanita itu.
        Di gelanggang tennis yang kini diubahsuai menjadi gelanggang pertempuran bola tampar, menyaksikan pasukan Idlan yang terdiri dari Pak Man dan Reza melawan pasukan yang lebih muda yang terdiri dari Fikri, Halil dan Irfan. Anna dan Ira pula menjadi penyokong di tepi gelanggang. Mara pula hanya tersengih di tepi gelanggang sambil sesekali bersorak untuk suaminya.
Orked yang memerhatikan gelagat Anna yang terkinja-kinja dengan wajah teruja, hanya mampu mencebik. Entah kenapa dia benar-benar tidak menyukai anak gadis itu. Umur mereka tidak jauh berbeza, namun dia tidak fikir dia mampu bersahabat dengan anak gadis itu. Sebaliknya Ira yang lebih peramah dan mudah ketawa, lebih disenanginya.
        Idlan yang baru selesai membuat hantaran bola ke sebelah gelanggang yang lain, segera terpandang kelibat Orked yang sedang menatang dulang berisi minuman. Bibirnya segera menguntum senyuman. Dia tahu Orked juga sedang memandangnya. Namun senyuman ikhlasnya langsung tidak dibalas anak gadis itu. Tapi dia tidak kisah langsung. Sebaliknya ketawanya meletus keluar, santai dan selamba.
        “Guys, kita berhenti minum dulu. Nanti lenguh pulak tangan tuan puteri tu pegang dulang minuman.”Jerit Idlan tiba-tiba.
        Wajah Orked berubah. Telinganya dapat mendengar kata-kata Idlan itu. Melihat senyuman anak muda itu tidak berganjak dari setiap inci wajahnya, dia tahu Idlan sengaja mengusiknya. Malah kehadirannya kini mula disedari orang-orang di gelanggang itu.
        “Wah, hari ni Orked yang buat minuman untuk kita.” Laung Reza pula seraya mengesat peluhnya.
        Orked menggeleng. Ingin sahaja dia menjelaskan bahawa dia hanya menghantar sahaja minuman yang disiapkan Mak Tun. Namun melihat dirinya didekati Idlan, bibirnya terus kelu. Lelaki itu orang pertama yang mengambil gelas dari dulang di tangannya.
        “Terima kasih Orked.” Ungkap Idlan seraya mengenyitkan matanya. Gelas berisi oren sejuk itu segera diteguk sehingga habis. Melihat tingkah laku Idlan yang selamba, Orked menarik nafas panjang. Saja je dia ni nak kenakan aku! Gumam Orked dengan wajah cemberut. Namun kemarahannya tak mampu dilontarkan tatkala dia mula didekati Reza, Pak Man dan anak-anak muda yang menjadi penginap di  rumah itu. Malah Mara dan Ira turut menghampirinya. Hanya Anna yang tak berganjak dari tempatnya berdiri. Wajah anak gadis itu sudah menjeling-jeling ke arahnya bagaikan tidak berpuas hati. Orked sempat menghadiahkan senyuman sinis buat anak gadis yang kini menjadi seterunya di rumah itu. Namun sebaik dia mengalihkan bebola matanya, pandangannya bertembung dengan renungan Idlan yang sedang menjamah wajahnya. Dia menelan liur. Gugup! Apakah Idlan perasan dengan tingkah lakunya yang keanak-anakan melayan sikap Anna yang kerek itu? Ah lantak! Siapa yang mulakan dahulu semua ini?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 08:20 PM | Show all posts
best...
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 09:05 PM | Show all posts
nak lagiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 07:53 AM | Show all posts
Ala tak puas, nak lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.100605 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list