CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37229|Reply: 332

Edisi Merdeka Berdarah - Mat Indera

  [Copy link]
Post time 2-9-2011 12:50 PM | Show all posts |Read mode
02 SEPTEMBER 2011
Tidak Adil Menuduh Mat Indera Pengkhianat

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera




NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya. - Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2011 04:24 PM | Show all posts
bagus posting tersebut.. menjernihkan nama beliau.. akan tetapi apakah pengajaran yang boleh kita ambil.. lagisatu perkara.. kita tidak gemar benar perkara ini dipolitikan demi kepentingan baik sesiapa sahaja.. tidakkah seorang mahu mendoakan agar beliau dipelihara allah dan termasuk mereka yang beriman.. doakan beliau.. dan jauhkan dari mengaibkan beliau.. baik dan buruk allah yang tentukan.. bukan manusia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 05:37 PM | Show all posts
salam,
ada pendapat ttg ni

menyatakan geng2 spt abu samah, fasiah fakir dll.

sebelum kemerdekaan, mereka semua ni adalah nasionalis.
sebabnye, hendak memerdekakan tanah air.

tp, selepas 31 Ogos 1957, mereka masih berjuang, tp, bukan lagi dikire sebagai nasionalis, tp komunis, sbb nak tubuhkan republik komunis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 08:49 PM | Show all posts
Reply 3# manuskrip_lama


    Kenapa org2 islam ini dikatakan komunis dan nk dirikan negara komunis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2011 09:15 PM | Show all posts
dunia carca marba.......!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 09:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 5-9-2011 23:46

~ EDITED ~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2011 11:27 PM | Show all posts
Bangga pnyokong mat sabu ade pmimpin brpndangan cerdas mcm dia!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 11:56 PM | Show all posts
daripada tak berapa taw mat indera, skrg dan makin taw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2011 12:11 AM | Show all posts
Menentang penjajah tetapi menyertai pasukan yang berhasrat mambawa penjajah baru... komunis!..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 03:59 AM | Show all posts
ore kito ado masaloh identiti.hok barat tok se.hok komunih nokk..guaneee tuh..kato nok merdekaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 10:04 AM | Show all posts
Reply 4# s@s@


saya tak paham ape kamu cakap.

owh..lagipun, walaupun dorg ni komunis, tapi, masih mengamalkan ajaran islam juge.
macam kite2 juge, ada yg biasa2, ada yg sedang2, ada yg kuat2.

owh..
baru saya paham.
hehhehehe..
saya tak tahu, saya tak pakar dalam komunis.
tp pandangan saya, mereka2 ni bersetongkol ngan sukarno.

tp, last2 sukarno yg tipu org2 malaysia, spt dr,burhanudin rasa nye.

sukarno kate, die nak merdeka bersama2 selepas jepun kalah.
tapi, sukarno tipu, die merdeka terlebih dahulu, then kite kene british kembali balik ke tanah air.
indonesia pun, belanda jajah balik.

tp, yg sakit hati nye, nape indonesia nak claim tahun 1945 merdeka?sedangkan dorg kene jajah balik ngan belanda. dorg btol2 merdeka adalah tahun 1949.
tp mmg sukarno ada wat claim kat palangkaraya tahun 1945.

tp ntah le.

then, masalah yg plg besar, org2 ni akan bersepakat dengan russia mahupun cina utk kalahkan british n the geng. sebab russia dan cina adalah negara komunis di dunia dulu kini dan selamanye.
ehehehhe..

tp kalu kite dalam republik komunis, kite merdeka ke?saya rasa x, sebab kite mesti kene ikut telunjuk ketua2 komunis samada di russia atau cina.



sorry melalut.

skadar pandangan ehehee..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 11:35 AM | Show all posts
Reply 11# manuskrip_lama

tp, yg sakit hati nye, nape indonesia nak claim tahun 1945 merdeka?sedangkan dorg kene jajah balik ngan belanda. dorg btol2 merdeka adalah tahun 1949.
tp mmg sukarno ada wat claim kat palangkaraya tahun 1945.

   
belanda ada dtng balik ??
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 12:06 PM | Show all posts
Reply 12# zaharul_asriq94

ade syed,
tp, kemerdekaan sebenar indonesia kita pun tak tahu, yg kite tahu, 1945, slps jepun kuar dari alam nusantara.
then belanda masuk balik.

macam kite, british masuk blik.
then, kite nih, merdeka ngan darah juge sebenarnye, dari dlu, sejak zaman melaka, sampai la 1957.
cume kite lebih bijak, byak gune perdamaian, daripada peperangan yg byk mendatangkan kerosakan muka bumi, dan manusia mati.

kan?

slmt hari raya syed.

P/S: BUku tak post lagi, insyallah minggu depan k.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2011 02:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 5-9-2011 23:49

~ EDITED ~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2011 03:22 PM | Show all posts
SABTU, 3 SEPTEMBER 2011
LAGI FAKTA TENTANG MAT INDERA PEJUANG BANGSA


MAT INDERA PEJUANG KEMERDEKAAN




nota:
lihat gambar ini
nasionalis pejuang bangsa
sedang di kawal oleh mata mata upahan british


MAT INDERA DAPAT TAULIAH AGAMA DARI KERAJAAN JOHOR - harakah daily

Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik

"Umno dan penjajah yang tuduh Mat Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.


Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.

Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.

Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawab bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno tetapi yang menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.

Akibat salah faham ini, Abu Bakar Chik yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pihaknya akan menganjurkan satu seminar khas bagi mengkaji balik sejarah ini.

"Kita akan adakan seminar untuk mengkaji balik sejarah ini, antaranya kes Mat Indera yang akan kita kaji semula.

"Kita akan kaji dan nilai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya," kata beliau dalam majlis itu.

Bagi beliau, apa yang cuba dikatakan oleh Mohamad Sabu adalah meminta rakyat negara ini mengkaji semula sejarah yang ditulis selama ini oleh kerajaan Umno untuk kepentingan politik parti itu.

nota:
mana dia tengku juh
dan tengku rak
kah kah kah

DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 2:24:00 AM



http://tukartiub.blogspot.com/2011/09/lagi-fakta-tentang-mat-indera-pejuang.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 03:45 PM | Show all posts
http://bm.harakahdaily.net/index ... etokohan-mat-indera


Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera
Mohamed Hadi al-Majwi   

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2011 06:41 PM | Show all posts
trdengar..desas desus samada betol ataw tidak  haku tak pasti..mngatakn mat indera ada kena mengena dgnBarisan 33 ..cecari info pasal Barisan 33
komunis pulak dengan inggeris berjuang orang mAlayu yang menjadi mangsa. komunis nak jajah mAlaya, inggeris pulak nak kekalkan penjajahan keatas mAlaya.
okay tujuan british di tanah mAlayu adlah ntuk membolot semekekayaan yg hada di tanah mAlayu. british dengan berani telah mencampuri urusan pemerintahan raja2 mAlayu, merampas hak mengutip cukai, menangkap dan membunuh mereka yg menentang british, memencenkan soltan, menentukan pemerintah seterusnya di beberapa negeri mAlayu. senang cete mcm neh laa.kalu tanah mAlayu akan merdeka tapi melalui tumpah darahmenentang british..buku sejarah akan di tulis melalui kaca mata haluan kiri.... mungkin seme yg menyokong british akan di label sebagai pengkianat negara dan yg menentang british adalah perwira

PKM pulakmembunuh worang yg membentu british...belum terjumpa lagi dalam buku sejarah yg ditulis... PKM berperang dengan raja-raja mAlayu ataw memencenkan raja mAlayu...beginilah jadinyer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 11:33 PM | Show all posts
Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut pun menyerang balai polis. Maharajalela dan Rosli Dhobi menyerang pegawai kerajaan. Mereka semua diangkat sebagai hero negara, tapi kenapa PKM tidak? Padahal lebih ramai anggota PKM dan parti2 kiri yang lain terbunuh didalam hutan dibandingkan anggota polis. Malah ramai yang hidup merempat di selatan Thai sekarang. Sebagai negara yang merdeka, kita harus berani mengiktiraf perjuangan PKM dan parti2 kiri yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 02:09 AM | Show all posts
Hmmm... Mcm tu rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 06:49 AM | Show all posts
Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut pun menyerang balai polis. Maharajalela dan Rosli Dhobi menyerang pegawai kerajaan. Mereka semua diangkat sebagai hero negara, tapi kenapa PKM tidak?
adi_iskandar Post at 3-9-2011 23:33



    kenapa tidak..?? kerana situasi yang berbeza..

Abd Rahman Limbong & Tok Janggut memberontak ketika tidak ada usaha bagi membebaskan tanah melayu dari penjajahan, dengan itu mereka dianggap wira..

Berbeza dengan PKM, dimana ketika Rundingan Baling diadakan di mana mereka akan diampunkan & turut diajak bersama2 menuntut kemerdekaan tetapi mereka menolak & terus membuat huru-hara..

itu perbezaan yang tersangatlah besar..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.198765 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list