CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Edisi Merdeka Berdarah - Mat Indera

  [Copy link]
Post time 4-9-2011 01:36 PM | Show all posts
niat betul..tp pembawaannya salah...dan dia berada dikelilingi oleh cina2 yg bermuka2...
al-fatihah buat mat indera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2011 02:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 5-9-2011 23:52

~ EDITED ~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2011 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 5-9-2011 23:54

~ EDITED ~

Same reason.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 06:29 PM | Show all posts
Komunis laknat..!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 06:32 PM | Show all posts
komunis pejuang? ada bukti?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 08:43 PM | Show all posts
Reply 20# afal1495


    Rundingan baling bila?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2011 09:17 PM | Show all posts
Reply  afal1495


    Rundingan baling bila?
s@s@ Post at 4-9-2011 20:43



    aik..?? bukan sejarah tingkatan 5 ada belajar ker..?? 1955 kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2011 10:44 PM | Show all posts
komunis pejuang? ada bukti?
zaharul_asriq94 Post at 4-9-2011 18:32
hanya pejuangan UMNO je ada bukti....... kan masa peristiwa bukit kepong kita dah merdeka gitu........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2011 10:47 PM | Show all posts
nie kot nama2 pejuang kemerdekaan kat tugu negara....... semuanya nama mat salleh....... mat salleh lawan mat salleh, komunis tepuk tangan...........
bersatulah mat salleh.......



Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 11:17 PM | Show all posts
Interesting..sedang google kisah ni mostly cite yg sama...baru first time dgr nama Mat indera ni..sbb xde dlm buku sejarah or x masuk syllabus ...kami dulu x wajib pulak amb sejarah, sbb aliran sains lg x tau sgt sejarah tanah melayu..sekrg br diwajibkan kpd semua pelajar
Yg musykil..katanya al hafiz..sek pondok..tp ada ilmu kebal dan pakai tangkal segala?

Nabi saw itu lebih lg al hafiznya.....masih lg luka dlm peperangan...masih lg dirasuk jin..

Kena cari info lbh tepat lg ni so that those who really called pahlawan patut dpt tempat dlm sejarah...ni asyik j w birch dh tentu penjajah yg diingati selalu..kena hafal date matinya..tempat matinya..sape bunuh dia...penjajah  ni xde satu sen pun bw kebaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 11:23 PM | Show all posts
Interesting..sedang google kisah ni mostly cite yg sama...baru first time dgr nama Mat indera ni..sbb xde dlm buku sejarah or x masuk syllabus ...kami dulu x wajib pulak amb sejarah, sbb aliran sains lg x tau sgt sejarah tanah melayu..sekrg br diwajibkan kpd semua pelajar
Yg musykil..katanya al hafiz..sek pondok..tp ada ilmu kebal dan pakai tangkal segala?

Nabi saw itu lebih lg al hafiznya.....masih lg luka dlm peperangan...masih lg dirasuk jin..

Kena cari info lbh tepat lg ni so that those who really called pahlawan patut dpt tempat dlm sejarah...ni asyik j w birch dh tentu penjajah yg diingati selalu..kena hafal date matinya..tempat matinya..sape bunuh dia...penjajah  ni xde satu sen pun bw kebaikan..
marufie Post at 4-9-2011 22:17

Mat  Indera    hanya  diciterkan   sebagai  org  yg  berjuang   utk  kemerdeakaan  tetapi  tak  pula     diciterkan   aliran  perjuangan   beliau  ....apakah   dia  ni  pro  Indonesia   ....    pro  nasionalis    ...pro  sosialis    ..pro  komunis   ...
sebab     pada     waktu  org  melayu    Malaya  tak  yakin   nak  memerintah   sendiri  pun ...  perlu  bergantung    pada  komunis  dan  indonesia   
utk  merdeka    ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:00 AM | Show all posts
nie kot nama2 pejuang kemerdekaan kat tugu negara....... semuanya nama mat salleh....... mat salleh  ...
Acong Post at 4-9-2011 21:47

Acong   artikel   pembangkang    tentang  Ibrahim yaacob  tadak  ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 03:14 AM | Show all posts
no comment.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:42 AM | Show all posts
Reply 31# mahathirGX

huhuhu..

lepas tu, pejuang2 haluan kiri, kene tipu ngan sukarno.

ayark..!

kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 08:47 AM | Show all posts
Kesian Mat Indera, berjuang pada landasan yang salah.Memilih komunis sebagai jalan keluar dari penjajahan.

Sama seperti Ibrahim Yakoop,yang terpedaya dengan helah jepun 'Asia untuk orang Asia'
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 09:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 5-9-2011 23:56

~ EDITED ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 09:31 AM | Show all posts
aku tanya kawan aku orang muar, datuk dia ialah sepupu mat indera..
datuk dia kata mat indera jadi mangsa sebab orang dengki kat dia..
dituduh macam2 benda yg dia tak buat..
zaman tu datuk dia kata mat indera ni macam robin hood, orang2 kampung admire...of course ada yg tak suka
kalau kita baca sejarah mat indera ditangkap tu pun, kawan2 dia bukannya nak sangat bersubahat utk tangkap mat indera tp lebih kepada ditekan oleh british

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 09:56 AM | Show all posts
Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA

sumber :http://www.selatanonline.net/v1/ ... rticle&sid=8478
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 10:03 AM | Show all posts
kalau tanya orang muor and batu pahat, tak seorang pun yang anggap mat indera ni pengkhianat bangsa walaupun dia ni seorang komunis..

dia sertai komunis sebab nak bebas dari penjajah..tapi matlamat asal komunis ialah nak menghapuskan penjajah dan menubuhkan negara komunis sebagai proksi negara komunis china dan rusia ketika tu..

so perjuangan mat indera tak salah, yang salah ialah komunis..aku tak hal pun kalo mat sabu nak angkat mat indera jadik hero..tapi aku ada masalah kalau mat sabu nak angkat komunis jadik hero dan nafikan perjuangan Dato Onn Jaafar dan TUnku Abdul Rahman..

bangang punya mat sabu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 10:29 AM | Show all posts
http://www.selatanonline.net/v1/ ... rticle&sid=8478


KAKAK MUHYIDDIN KEKASIH MAT INDERA

Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-gemburkan oleh media mutakhir ini,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di dalam perancangan SAMM dan Author Faethal sebelum ini. Oleh itu setinggi-tinggi pengucapan terima kasih kepada Media Utama yang tela mempopularkan ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini.

Tanpa kalobrasi ucapan Mat Sabu dan 'dihangatkan' lagi oleh Utusan, tidak mungkin menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini dan mencari jawapan persoalan utama yang bermain di benak masyarakat  Malaysia umunya dan Melayu khususnya iaitu 'Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?'.

Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT INDERA - Johan bin Indera di Yong Peng.



Rumah Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera

Selepas menempuh 7 jam perjalanan akhirnya kami berjaya menjejaki adik Mat Indera iaitu Pakcik Johan atau nama penuhnya Johan bin Indera. Pakcik Johan kini menetap di Yong Peng, Johor. Sebaik kami tiba di hadapan rumahnya, sebatang bendera Malaysia yang diikat pada tiang rumahnya berkibar megah. Begitu tinggi sekali semangat cintakan negara di dalam diri adik Mat Indera ini, walaupun abangnya ketika ini sedang dihamun sebagai pengkhianat negara dan komunis namun ia tidak memudarkan semangat kecintaan beliau terhadap perayaan Hari Kemerdekaan. Belum tentu rumah anak-anak kepada Bapa Kemerdekaan sendiri ada memasang Bendera Malaysia ketika ini. Belum lagi rumah pak menteri!.



Mat Indera BUKAN KOMUNIS
Persoalan awal kami sebaik memulakan bicara ialah 'Betulkah Mat Indera adalah pengkhianat kepada negara seperti dakwaan sesetangah piak?'.


'TIDAK. Dan saya tidak percaya Mat Indera komunis. Mustahil Mat Indera komunis kerana bapa saudara kami, Yahya sendiri dibunuh oleh komunis.' penafian yang tegas dari Pak Johan.



Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera

Dek kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan jawapan kepada 'persoalan utama' itu, sehingga kami terlupa untuk mengenali Mat Indera lebih dekat. Menurut Pak Johan, mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu. Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.


Kekasih MAT INDERA



Masjid Parit Setongkat, Muar

Permulaan kehidupan beliau sebagai guru agama, adalah dengan mula mengajar di Sekolah Agama Bandar Pontian sebelum berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar. Ketika berpindah di Muar, keluarga Mat Indera tinggal di Bakri,Muar beralamat di No. 56-1. Mat Indera juga pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin. Haji Yassin juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar.

Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bersama kami, walaupun Mat Indera tidak berkahwin dan mempunyai waris. Namun Mat Indera pernah berkawan dengan anak Tok Guru Haji Yassin, Noraini Yassin yang juga kakak kepada TPM Muhyiddin Yassin. Perhubungan mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan anak seorang Tok Guru yang tersohor. Selepas perhubungan mereka tidak direstui oleh bapanya, Mat Indera berkawan pula dengan seorang gadis bernama Azizah Daud. Namun perhubungan mereka juga tidak berpanjangan.

To be continued...

*** aku nak ucap terima kasihlah kat mat sabu, dek kerana mulut dia, satu demi satu kita dapat belajar mengenai siapa mat indera sebenarnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.074466 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list