CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Edisi Merdeka Berdarah - Mat Indera

  [Copy link]
Post time 7-9-2011 02:24 PM | Show all posts
Perjuangan anak-anak Melayu yg digelar geng kiri (termasuk Mat Indera) oleh penjajah sama isunya den ...
polkovnik Post at 7-9-2011 14:04



betul tu aku sokong kata2 ko..
tapi bagaimana pulak dengan kata2 mat sabu yang mengatakan Tunku Abdul Rahman, Dato Onn Jaafar dan polis2 Bukit Kepong (sebenarnya polis satu tanah melayu pada masa tu) dengan mengatakan mereka petualang bangsa? anjing british? makan gaji ngan british??

sedangkan citer leftenan adnan saidi (hanya sebahagian aje, sebenarnya ramai lagi) askar2 melayu yang bertempur dengan Jepun masa tu adalah di bawah British tapi diangkat jadik wira..kenapa polis bukit kepong dinafikan haknya sebagai wira? aku tak kisah kalau mat indera diangkat jadi wira..

tapi kenapa nak angkat komunis jadik wira? sedangkan kita tau paksi perjuangan komunis tu untuk apa sebenarnya?untuk wujudkan blog komunis di rantau asean dan untuk mengukuhkan blok komunis di dunia masa tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 140# polkovnik

Perjuangan anak-anak Melayu yg digelar geng kiri (termasuk Mat Indera) oleh penjajah sama isunya dengan perjuangan orang-orang terdahulu seperti Bahaman, Tok Gajah dlln. Dulu Bahaman and The Geng turut dicop pengkhianat Sultan dan penjahat oleh British...
   
jgn jadik lembu dgn menyamekan Mat Indera = Dato' BAhaman Tok Gajah etc. === sebab Mat Indera bunuh melayu, perempuan dan kanak2.

nampak bezanyerr??
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:22 PM | Show all posts
Reply 141# billionman78


    aku sokong!!! sokong bro
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:53 PM | Show all posts
Reply 2# Ibnu_Sina01


   jalan terbaik, mat sabu dan peyokong2nya janganlah mencerca lagi polis2 termasuklah pemimpin2 umno yang dah tiada tu. Berdosa mengutuk dan mencerca orang yang dah meninggal dunia. Tok guru takda sentuh ka psl hal ni dlm ceramah2 agama?
Jangan kerana bencikan umno sekarang, sanggup mencerca orang yang dah tiada. Inilah politik mat sabu (maki hamun caci maki). Jangan terjerat dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 05:08 PM | Show all posts
Reply  manuskrip_lama


    Kenapa org2 islam ini dikatakan komunis dan nk dirikan negara komuni ...
s@s@ Post at 2-9-2011 20:49



Manusia seperti mereka hanyalah alat. Shamsiah fakir, abdulah cd, mat indera dijadikan alat oleh cina komunis untuk memerintah. Sebagai strategi untuk berkuasa di tanah Melayu, adalah penting menggunakan anak-anak tempatan bagi meraih sokongan kaum majoriti.
Begitu juga dengan pejuang2 umno di pihak british. Turut dijadikan alat cuma jalan yang dipilih adalah melalui strategi minda, propaganda dan perjanjian, bukan melalui darah sepertimana yang diperjuangkan oleh mat indera dan rakan2.

Tanya diri kita, mana satu yang lebih baik. Jika pertumpahan darah boleh dielakkan bukankah lebih baik.

Cuba bayangkan, jika parti komunis malaya berjaya mendapat kuasa pada 1950-an (makluman komposisi kaum PKM adalah 90% Cina), adakah mungkin pemimpin paling tinggi PKM adalah melayu Islam?

Sejarah kini dilihat berulang kembali. Walaupun ceritanya sedikit berlainan. PAS diibaratkan sama seperti Mat Indera, seorang guru agama yang hafaz al-quran sanggup memlilih berjuang bersama Cina Komunis (DAP) semata-mata ingin menumbangkan umat sebangsa dan seagama iaitu UMNO atas alasan UMNO tidak memperjuangkan Islam.

Memang UMNO tidak sempurna, tapi begitu juga dengan PAS. Apa salahnya berunding dan bekerjasama demi mencapai keputusan bersama untuk umat islam di Malaysia..

Nampaknya, tidak ada yang mahu belajar dari sejarah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 05:38 PM | Show all posts
Manusia seperti mereka hanyalah alat. Shamsiah fakir, abdulah cd, mat indera dijadikan alat ol ...
AbangSidi Post at 7-9-2011 17:08


sokong statement ni bro..
macam aku post sebelum ni la.mat sabu ngan mat indera ni ada sikit persamaan, tapi langsung tak serupa!!

mat indera - perjuangan suci, tapi kena kelentong komunis
mat sabu- pjuangang konon suci, tapi bodoh sejarah..masih nak membiarkan dirinya mengulangi kesilapan mat indera dikelentong komunis..

DAP tu komunis la..apa beza DAP ngan PKM?   takde beza kan?

apa beza mat sabu ngan mat indera? hehehe mat indera di dada penuh isi...mat sabu di perut penuh tahi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2011 06:50 PM | Show all posts
DAP tu komunis la..apa beza DAP ngan PKM?


Banyak bezanya, sebagaimana Parti Buruh / Sosialis dengan Parti Komunis. Biasanya, kedua2 fahaman menyamaratakan hak golongan pekerja, tetapi komunisme acuan Marxistme seperti fahaman komunis-Leninisme/Stalinisme (versi Soviet Union/pakatan negara WARSAW), komunis-Maoist (China), komunis-Ho Chi Minh (Vietnam) atau komunis-Khmer Rouge (Kemboja) menghalalkan kekerasan atas nama kesamarataan & ideologi sosialis revolusi tanpa berpaksi pada mana2 agama.

apa beza mat sabu ngan mat indera? hehehe mat indera di dada penuh isi...mat sabu di perut penuh tahi..


Ada bezanya juga, Mat Indera dulu guru agama, jadi pejuang nasionalis berhaluan kiri, akhirnya memilih jalan revolusi komunisme atas nama nak memerdekakan tanahair dari British .... Mat Sabu seorang aktivis, jadi pemimpin parti politik berhaluan agama memilih jalan demokrasi atas nama nak memenangi PRU.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:58 PM | Show all posts
Cuba bayangkan, jika parti komunis malaya berjaya mendapat kuasa pada 1950-an (makluman komposisi kaum PKM adalah 90% Cina), adakah mungkin pemimpin paling tinggi PKM adalah melayu Islam?


Mungkin juga. Di Indonesia, dalam revolusi menentang penjajahan Belanda, Soekarno banyak dibantu tokoh2 revolusioner PKI (Partai Komunis Indonesia). Of course, Soekarno jadi Bapak Kemerdekaan Indonesia, so masa Indonesia merdeka, atas pengaruh kuat PKI, Russia & China banyak bagi bantuan kewangan & persenjataan kepada Angkatan Tentera Indonesia. Bukan sikit, dari kereta kebal / perisai, penasihat ketenteraan, jet pejuang, kapal selam, helikopter ... perghhhh .... kira angkatan termaju di Asia Tenggara pada era 1950an hingga pertengahan 1960an. Nasib baik masa Konfrontasi Indonesia hanya lancar serangan ala gerila je, bukan perang konvensional versi perang saudara Korea ke, atau perang Vietnam ... itupun pasal faktor Tentera Pertubuhan Komanwel dok sama2 pertahankan Malaysia dengan ATM.

Soekarno tumbang pun sebab hasil propaganda CIA-US & perang saraf UK, sehingga rakyat Indonesia menyedari Soekarno dah jadi boneka PKI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 07:05 PM | Show all posts
BTW, contoh sosialis nasionalis juga diamalkan di negara2 Islam, seperti fahaman sosialis Ba'ath di Iraq (zaman Saddam Hussein) serta kini Ba'ath di Syria (rejim Assad). Ohh ya, juga versi Sosialis+Nasionalis Arab yg diamalkan rejim Anwar Sadat, Mubarak di Mesir dengan si Muammar Gaddafi kat Libya.

Fahaman sosialis Ba'ath condong pada golongan pekerja & berkiblat ideologi antarabangsa dgn Soviet Union & China serta semangat nasionalis perkauman bangsa Arab. Ala2 versi Fasis Nazi Jerman dicampur ideologi Sosialis Marxist sikit2. Nak contoh ekstrem sket, kalau Perkasa kawin campur ngan ideologi sosialis DAP laaa ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:42 PM | Show all posts
Al Fatihah untuk keluarga2 polis Bukit Kepong
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:17 PM | Show all posts
boleh bantu saya tak?

ciri2 seseorang itu layak dianggap pejuang kemerdekaan:
1.
2.
3.
4.
5.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:21 PM | Show all posts
Petola, hang beri bebudak sekolah nak amik SPM je jawab. Geng2 org bekerja idak ndak selak buku sejarah nye de ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:30 PM | Show all posts
Petola, hang beri bebudak sekolah nak amik SPM je jawab. Geng2 org bekerja idak ndak selak buku seja ...
robotech Post at 7-9-2011 21:21



tak ler...
ada yg lawan penjajah omputih, alih2 bila dia ada bau2 komunis atau komunis betul terus tak jadi pejuang dah..

atau pejuang mesti satu ideologi dgn umno jer?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:33 PM | Show all posts
Kalo haku ler .... dok tmpt student Sarjana (Master) in History .... berpeluh carik reference .... apatah lagi waima open book exam .... perghhh .... tafsiran pejuang amatlah berbeza mengikut sudut ilmiah ....

Tercirit pun boleh ada wooo ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:34 PM | Show all posts
Petola, hang beri bebudak sekolah nak amik SPM je jawab. Geng2 org bekerja idak ndak selak buku seja ...
robotech Post at 7-9-2011 21:21


lagi satu dia berjuang lawan penjajah, alih2 bila dia guna senjata jer terus tak jadi pejuang dah

agaknya pejuang sebenar mesti guna cara bincang2 jer macam umno kot... kalau guna senjata tak leh dianggap pejuang..

gitu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:42 PM | Show all posts
Tak jugak, buka buku Sejarah Mesia SPM, ada citer bab pejuang terdahulu lawan British cam Dato' Maharajalela, mat Kilau, Datok Bahaman, Tok Janggut, Rahman Limbong, dan ramai lagi. Pejuang berhaluan kiri pun disebut je ... cuma penekanan tak le sangat ... iye le, hanya setakat penglibatan mereka dalam parti berhaluan kiri je yang ditekankan, bukan penglibatan mereka dalam PKM.

Cuma, amat wajar sejarah itu dirombak & dikaji semula, dari sudut ilmiah le ... lebih seswai di dewan2 kuliah Universiti ... bukan gelanggang politik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 10:43 PM | Show all posts
Kalo haku ler .... dok tmpt student Sarjana (Master) in History .... berpeluh carik reference .... a ...
robotech Post at 7-9-2011 22:33


lagi satu adakah pejuang tak boleh bunuh langsung bangsa dia sendiri... kalau bunuh jer terus tak boleh dianggap pejuang dah..

gitu ker? sedang perjuangan di mana2 pun pada bila2 masa pun selalunya akan ada korbannya...
mungkin yg dikorbankan itu musuh tapi tak kurang juga puak atau bangsa sendiri...
bukan perkara aneh pun..

macam kata saamun dalam novel keluarga gerilya pramoedya ananta toer katanya lebihkurang: aku korbankan kemanusiaanku agar orang lain tak perlu korbankan kemanusiaan mereka...

so camna nih?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:45 PM | Show all posts
Tak jugak, buka buku Sejarah Mesia SPM, ada citer bab pejuang terdahulu lawan British cam Dato' Maha ...
robotech Post at 7-9-2011 22:42


kalau sejarah hanya satu kajian ilmiah di universiti tapi tak boleh di bawak kepada umum termasuk politik baik takyah belajar sejarah sebab takda gunanya..

kata kita diminta belajar drp sejarah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:26 PM | Show all posts
perjuangan golongan kiri dan kanan bermatlamat sama cuma cara berbeza... puncanya adalah akibat dari penjajahan...dah takdir mungkin orang Melayu bertelagah sesama sendiri sedari dulu sejak kitul dan mendeliar...kita dilaga-lagakan oleh kuasa luar yg berkepentingan...so terimalah sejarah sebagai sejarah yang meneladani bangsa kita...yg penting perjuangan hari ini...ke mana hala tujunya bangsa melayu? "benarkah tuah menuturkan bahawa melayu tidak akan hilang di dunia ini" tidak lah penting tetapi yang pentingnya "adakah melayu ini akan lenyap menjadi sejarah atau kekal sebagai bangsa yang gah?"
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:27 PM | Show all posts
Bile masa pulak Rasulullah SAW dirasuk jin? Sila betulkan fakta.
ajie Post at 7-9-2011 11:46



    Sihir yg dikenakan ke atas baginda oleh seorg yahudi..sihir tu guna jin le. Bukan rasuk mcm histeria..dia demam dan lupa..asyik bertanya pd aisyah dh solat ke blm...rambut baginda yg dijadikan alat sihir di dalam dlm sebuah telaga usang..ni diberitahu oleh jibril yg dtg mengubatkan baginda..dan diajarkan bacaan 3 qul utk menghindari sihir..
Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.341927 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list