CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9320|Reply: 91

Pening Apabila Deejay Lebih Suka Menjerit

[Copy link]
Post time 9-9-2011 01:49 PM | Show all posts |Read mode
RADIO adalah satu medium hiburan kepada kebanyakan penduduk dunia. Orang mendengar radio terutamanya ketika memandu kenderaan.

Dalam kenderaanlah kita akan mendapat banyak informasi dan maklumat yang disampaikan oleh deejay-deejay.

Malah melalui radio juga kita dapat mengetahui lagu-lagu baru yang di hasilkan oleh artis-artis kita. Kebanyakan kita mengakui radio pada hari ini mempunyai kepentingan kepada manusia.

Ketika dunia penyiaran radio berkembang pesat, stesen-stesen radio juga mempunyai macam-macam strategi untuk menarik perhatian dan rating pendengar.

Bayangkanlah kalau dahulu hanya seorang deejay sahaja berada di studio tetapi hari ini sudah sampai tiga atau empat orang.

Agaknya kalau dalam masa sepuluh tahun akan datang, tak mustahil satu bas deejay mengendalikan sesebuah siaran radio.

Saya tidak hairan pun berapa orang deejay akan bertugas pada satu-satu masa untuk menghiburkan peminat jika pendekatan itu mampu menarik perhatian pendengar kerana stesen radio pada hari ini lebih mementingkan nilai komersial.

Tapi sayang sekali saya perhatikan ada deejay yang kerjanya menjerit. Daripada mula bersiaran sehinggalah tamat, tak habis-habis dia menjerit, terpekik terlolong macam orang kena sampuk.

Adakah ini amalan seorang deejay yang baik? Pendengar mahu mendengar celoteh deejay yang mampu menghiburkan mereka dengan gaya dan corak penyampaian yang menarik.

Tapi sayang sekali apabila terdapat sesetengah stesen radio yang memperkenalkan pendekatan lain sehingga menyebabkan telinga pendengar menjadi sakit.

Saya malas nak sebut stesen radio mana tetapi saya percaya stesen berkenaan akan memahami maksud tulisan saya ini.

Paling naik muak apabila deejay-deejay yang bertugas itu “bergaduh-gaduh” di antara satu sama lain. Orang itu mengata orang ini, orang ini mengata orang itu.

Kalau sekali dua tu boleh dimaafkan lagi tapi jika saban hari benda yang sama saja berlaku, pendengar mana yang tak jadi muak?
Tidak semua orang sukakan jeritan dan leteran. Deejay perlu faham waktu mana nak menjerit dan waktu mana hendak ketawa.

Saya menerima banyak rungutan daripada pendengar yang sakit hati dengan pendekatan stesen radio seperti itu.

Saya cakap mudah saja, di Malaysia ini banyak stesen radio. Kalau tak suka, tukar kepada stesen lain. Apa nak susah?


NIEZAM: Sukar dengar bicara cinta Deejay Lin di Suria FM.



~~Credits: Niezam Abdullah @ mStar~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 01:56 PM | Show all posts
i xbleh dgr hot fm...tambah2 bile dah msk usop ni...pening xtau sape yg ckp
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:00 PM | Show all posts
sinar pg ke..? huhu! so far haku cam okay lg cuz its entertaining to me.
ala2 dramatic gitu bila si SY dgn KE gado.
n i think its not easy nk tukar2 character masa on air

tp kalau nizam ni talking about hitz fm, minah natalie tu
yg tu mmg haku surrender laaaa..
haku naik pening plus nk sawan tiap kali dgr dia jerit
dat gurl dh category menjerit on air okay..!! bkn berckp
ada time je la dia bertenang skit.. haku rasa dia ni mmg jenis hyper plus bdn penuh gula kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:03 PM | Show all posts
kak engku la tuh kot..

kadang2 bosan gak dengar kang engku jerit2..

tp overall still entertaining laaa

neeway.. aku dengar natalie ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:05 PM | Show all posts
tak boleh lah dgr dj duk trjerit2 ni, nak2 plk dlm keter tgh jem teruk...
kang tak pasal2 aku lak yg jerit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:05 PM | Show all posts
agak2 lagi 3 tahun dr skrg hot fm bakal ada 6 deejay utk amkrew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2011 02:10 PM | Show all posts
suka radio dlu2...suara dj smua tenang n cool je wlupun xdikenali.dj skrg mcm kejar glamer jek.paling annoying is linda onn.skrg pagi2 dgr radio muzik je sbb xbyk iklan n muaz tu pun ok la kot..hrp kekal la n tolngla jgn terikut2 mcm stesen2 lain tu.sakit telinga!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:16 PM | Show all posts
saper yg menjerit tu....yang aku tau suka meneran2 suara si Azura radio muzik tu....menyampah aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 02:21 PM | Show all posts
fafau pun asyik dok menjerit jugak. antara sebab kenapa aku tak suka dengar hot.fm pagi


KE pun selalu menjerit  bertengkar ngan SY ngan kyrill..tapi aku seronok je dengar
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:23 PM | Show all posts
bingit betul kalau ramai dj untuk satu sesi...
masing2 nak bercakap...

suka dgr dj lin, suria cinta...tangkap jiwang seh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 02:24 PM | Show all posts
agak2 lagi 3 tahun dr skrg hot fm bakal ada 6 deejay utk amkrew
Login_ID Post at 9-9-2011 14:05

skrg pun dah ada 5 org.....termasuk fifi.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:26 PM | Show all posts
Reply 11# blackberry90

huhu ye ker? tak mengikut sgt.. boring bla ramai deejay..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 02:31 PM | Show all posts
Reply  blackberry90

huhu ye ker? tak mengikut sgt.. boring bla ramai deejay..
Login_ID Post at 9-9-2011 14:26

fifi a.k.a. AG....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:33 PM | Show all posts
radio skang semua bosan... kdg2 ada gak terdengar suria DJ Lin. mmg best sgt dia on air.. tp payah sebab kat astro xde suria. tu yg buat lama x dgr radio. radio era, hot, xfm, sinar, hitz bosaaaaaann gileeeee!! segmen2 haramjadah buat radio makin merapu nak2 segmen PAKNIL buat... cam syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:37 PM | Show all posts
sape la pulka nih kan ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:38 PM | Show all posts
pada aku segmen SY ngan KE ngan krill tu plg entertaining...lawak gile time KE ngan SY gado kdg2 merapu2 smpai terbabas..sib baik ade krill tlg redakan keadaan..

time abby fana pn best gak...

tp still xleh lawan merapu arwah din
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 02:40 PM | Show all posts
radio yg suka menjerit yg ada Kak Engku
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:41 PM | Show all posts
KE tu aku tak pernah minat. Annoying kot

Abby Fana... merapu. Dia ingat dia tu muda remaja agaknya. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:02 PM | Show all posts
radio skang semua bosan... kdg2 ada gak terdengar suria DJ Lin. mmg best sgt dia on air.. tp payah s ...
fukadaminchi Post at 9-9-2011 14:33

Paknil mmg syok sendiri pun....paling menyampah dgn slot "Can I Help U"....tang mana yg dorg membantu pendengar bercakap BI...sekadar jadi bahan lawak dorg je....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:03 PM | Show all posts
x penah lak aku dgr mana2 dj mnjerit dlm konti...
sinar pagi tu ok je aku dgr..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.075244 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list