CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Negeri Negeri Melayu Tidak Pernah Dijajah [Merge]

[Copy link]
Post time 25-7-2007 02:10 PM | Show all posts
alpha, aku takley imagine kalau ada satu briged askar melayu (dlm 3 btn) berjuang kat north africa n italy cam 4th, 5th, 8th and 10th indian division pastuh transfer lak gi burma berjuang bersama gen slim 14th army; in the same time anta satu btn gi new guinea berjuang bersama australian infantry force...perghhh.. sure byk battle honours disulam kat panji2 YDP Agung hehehe......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2007 02:41 AM | Show all posts
erm abis tu Jepun masuk ke seluruh msia (selama 3 tahun 8 bulan) pun dikira di naung jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:52 AM | Show all posts

Reply #22 almari_buruk's post

ntah la...so what kalau x pnh kene jajah? does it make any difference now?
rakyat jelata zaman tue still gak idup susah,yg dah mati bukan leh idup balik pun...
sultan ble arrr cakap macam2, keturunan dier idup senang semasa rakyat kene tindas dek british n jepun dulu...
klu xpnh kene jajah, so meaning perjuangan mat kilau n d geng2 zaman tue sia2 je la?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 07:12 PM | Show all posts
Pulau Pinang pun tak pernah dijajah jugak .. kalau dijajah kenapa perlu bayar pajakan 10,000 setahun kepada Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 07:32 PM | Show all posts

Reply #23 veitchac's post

aku setuju dgn ko...
dijajah atau dinaung sama saje bg aku...

kalo setakat negeri naungan, buat apa pejuang2 bangsa mcm rentap, mat kilau, tok janggut dll bgn memberontak????

[ Last edited by  ijad_adiputera at 26-7-2007 08:22 PM ]
Reply

Use magic Report

egp This user has been deleted
Post time 27-7-2007 01:41 AM | Show all posts
malaysia emang aneh klo bicara soal sejarah,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2007 03:01 AM | Show all posts
Yang dijajah 400 tahun lebih tu cuma Melaka iaitu oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.Negeri2 lain tidak dijajah Portugis.Kemudian apabila datang Belanda,juga hanya Melaka dan beberapa tempat yg ada kepentingan bagi Belanda yg dijajah,majoriti negeri dan kawasan lain tidak dijajah.Malah empayar Johor masih menguasai kebanyakan negeri2 Melayu pada ketika itu sehinggalah kedatangan Inggeris.Di Utara pula Patani menguasai negeri2 utara dan pantai timur sehingga kurun 19 apb Patani akhirnya jatuh ke tangan Siam.

Jadi,kurang tepat Malaysia dijajah selama 400 tahun.Mungkin juga boleh diambilkira tahun penjajahan sebenar adalah tahun kedatangan Inggeris pada 1823 yg menguasai negeri2 di Tanah Melayu dgn lebih menyeluruh.Tapi mungkin juga ahli2 sejarah mengambilkira tarikh mula campurtangan asing di Tanah Melayu sebagai detik mula penjajahan.

[ Last edited by  rempo at 28-7-2007 03:14 AM ]
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 28-7-2007 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 28-7-2007 03:01
Yang dijajah 400 tahun lebih tu cuma Melaka iaitu oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.Negeri2 lain tidak dijajah Portugis.Kemudian apabila datang Belanda,juga hanya Melaka dan beberapa tempat yg a ...


lagi lama dijajah lagi la nampak umph..boleh cerita lebat..kami dijajah beratus2 tahun..walhal Melaka je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2007 10:48 PM | Show all posts
betol... melaka saja dijajah selama 400 tahun.. negeri lain tidak..kalau ada pun bernaung kejap je di bawah empayer barat
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 11:38 AM | Show all posts
Portugis dan Belanda pun hanya menjajah Melaka di skitar dalam Kota Melaka....dalam KUBU tu jer...keluar jer mereka kena tembak...atau kena tetak oleh pehlawan-pahlawan Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 24-7-2007 10:51 AM
Walaupun Askar Melayu sebahagian British Army masa tu...mereka mempertahankan tanahair mereka sendiri...lain le ada askar melayu mati kat Afrika ke, Europe ke....


thnx. faham bos! mmpertahankan tanahair yg dikuasai pentadbiran oleh British,tp tanah tetap milik Raja2 melayu(kcuali N.Selat). Gaji time service,British bayar,duit gaji hasil dr bumi Malaya. ok..ok..clear. Raja Melayu control adat&agama jer,management British pegang. Tp camne kes Lt Adnan? Singapura bukan milik Melayu lg masa tu...x masuk dlm Fed Malay State. Singapura tanahair kita ke bos??
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 09:55 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 22-7-2007 10:20 AM
Malam tadi Sultan Pahang (dalam berita Buletin Utama) bertitah sewaktu merasmikan "kolokium" sejarah bahawa negeri-negeri Melayu sebenarnya tidak pernah dijajah...sebenarnya negeri-negeri Melayu  ...


LOL This ole fart is talking cock. He was too busy screwing around to learn any history
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:07 AM | Show all posts
haih aku lak yg pening bace psl jajah, penaung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2011 05:46 AM | Show all posts

[MERGE] NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH ?

Post Last Edit by winamp05 at 10-9-2011 14:33

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British
09/09/2011 20:41:00  


Ini pula fakta sejarah negara yang disahkan oleh Majlis Profesor Negara, MPN.

Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, tetapi cuma diletakkan di bawah naungan British dan diiktiraf kedaulatannya.

Hanya tiga negeri, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi tanah jajahan British.

PROF DATUK DR ZAINAL KLING / KETUA KLUSTER SEJARAH, WARISAN DAN SOSIO BUDAYA MPN
Maka fakta sejarah dan perspektif sejarah ni mesti di ubah. Jangan lagi menyebut kita terjajah selama 400 tahun, itu adalah kesalahan yang amat besar. Kita tidak pernah terjajah kecuali kita hanya terjajah 2 tahun di zaman Malayan Union dari awal 1946 sampai akhir 1947. Dua tahun sahaja kerana rancangan Malayan Union untuk menjadikan Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu sebagai direct rule dari London melalui govenor yakni koloni. Maka itu saja tempoh kita terjajah. Selainnya kita tak pernah terjajah kecuali zaman Jepunlah. Jepun tu datang untuk menakluk maka mereka menang selama 3 tahun.

Menurut Profesor Datuk Doktor Zainal, jajahan dan naungan membawa pengertian berbeza dari sudut sejarah pemerintahan Tanah Melayu sejak sebelum merdeka.

Ia kerana sebagai negara di bawah naungan kerajaan British, pemerintahan Tanah Melayu ketika itu tertakluk di bawah institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Justeru, tuduhan anggota polis, pemimpin parti politik dan pegawai Melayu sebagai kakitangan British adalah tidak benar dan bercanggah dengan fakta sejarah.

Sebaliknya, golongan berhaluan kiri seperti PKM yang menentang polis adalah golongan yang menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu.

PROF EMERITUS DATUK DR ZAKRI ABDUL HAMID / PENGERUSI MPN
Kita di sini ingin membetulkan sebarang fakta ataupun interpretasi yang mungkin tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Jadi kita punya respon ini bukannya respon dalam konteks politik.

8 wakil MPN hadir pada pada sidang media khas ini bagi menjelaskan fakta sejarah sebenar yang cuba dicemari pihak tertentu.

MPN juga akan menganjurkan bengkel dan sessi penerangan bersama Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI, berhubung fakta berkenaan tidak lama lagi.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tanah_Melayu_Tidak_Pernah_Dijajah_British.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2011 05:47 AM | Show all posts
nie bideo dr MKini......



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2011 06:35 AM | Show all posts
apa motip sambut merdeka selama nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2011 06:44 AM | Show all posts
bawak2 berehat cong....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 07:20 AM | Show all posts
Mampos cikgu sejarah pas ni.... apa nak jawab ngan anak murid..... taun ni budak ambik peksa PMR , SPM  n STPM semua kantoi subjek sejarah angkara seorg anak keling......

Malaysiaku yang makin cacamerba......

Aku rasa puak2 ni baik diam dari bercakap......... kalau tak makin haru......

Mat Sabu senyum panjang.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 08:12 AM | Show all posts
ups.............
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 08:29 AM | Show all posts
bagi saya lah.... 31 Ogos 1957  hari Tanah Melayu bebas dari campur tangan kuasa asing.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.195736 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list