CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Chika menanti hidayah

[Copy link]
Post time 10-9-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
KEINDAHAN Islam menghadiahkan kedamaian yang sulit diungkapkan dengan perkataan kepada pelakon dan pengacara, Jessica Iskandar meskipun ketika ini, dia masih belum memeluk agama suci itu.\rBintang Dealova berusia 23 tahun ini berkata, mendalami Islam itu ibarat sebuah proses yang harus dijalani secara santai tanpa terburu-buru dan diiringi keikhlasan hati. Selepas setahun mendekati Islam, Jessica masih belum menetapkan tarikh tertentu untuk bergelar mualaf. Sebaliknya dia cuma menanti hidayah Allah untuk datang mengetuk pintu hatinya dan menganut ajaran suci itu.\r\n\n\n\n\r        Gadis yang akrab disapa Chika itu semakin meyakini kesucian Islam kerana selama 23 tahun bernafas, Jessica melihat dirinya seperti berada dalam pencarian yang tidak pernah bernoktah.\r\r\n\n\n\n\n    “Saya pernah melewati masjid berhampiran rumah, namun saya tidak tahu bagaimana cara mahu memasukinya. Ketika itu saya berasa jiwa saya sepi dan kosong. Saya memerlukan dahan sebagai tempat untuk saya menyatakan terima kasih, selain menangisi setiap kesalahan yang dilakukan. \r“Lebih tepat, saya mahu meniti hidup dalam iman,” kata gadis yang bermula sebagai peragawati sebelum menerjuni dunia lakonan.\rJessica ternyata serius mendekati Islam. Akuinya, semakin didalami, Jessica meyakini agama yang sedang dipelajarinya itu menawarkan pelbagai keindahan untuk dinikmati.\rSemua agama kata Jessica, mengajar setiap penganutnya segala hal yang indah dan menyeru kepada kebaikan supaya lebih dekat di sisi Tuhan.\r\n\n\n\n\r“Saya rasa Islam itu indah dan berharap menemukan jalan yang baik bukan saja untuk diri sendiri tetapi mereka yang berada di sisi,” katanya.\rJessica tidak sendirian dalam pencarian itu kerana dibimbing oleh tokoh yang sentiasa di sisinya tatkala dia kebingungan dan memerlukan jawapan. Akuinya, sejak mendalami Islam, pelakon yang pernah membintangi filem Diva ini sudah mampu menghafal beberapa doa ringkas yang memberikannya ketenangan dan kedamaian.\r“Tiada siapa memaksa, sebaliknya saya belajar atas kerelaan hati. Saya senang belajar sedikit demi sedikit. Sudah ada beberapa doa yang mula sebati dengan diri seperti membaca doa sebelum makan dan sebelum naik pentas.\r“Tetapi saya masih memerlukan banyak lagi bimbingan, tidak hanya daripada tokoh agama sebaliknya juga teman-teman,” katanya.\rMenerima kenyataan pengetahuannya terhadap Islam masih cetek dan kerana itu, Jessica berasakan belum mencapai tahap untuk menghambakan diri sepenuhnya kepada agama suci itu.\rBagaimanapun, Jessica akur, sesuatu yang baru memerlukan masa untuk diselami dan difahami membuatkan dia tidak jemu membekalkan dirinya dengan ilmu sebagai persediaan memeluk Islam. \r“Sebelum mendekatinya pasti ada proses seperti tertarik, jatuh cinta, mencintai dan menghambakan diri. Saya masih pada fasa awal iaitu tertarik dengan keindahan Islam,” katanya mengakui Ramadan yang berlalu juga memberi ruang kepada anak pasangan Hardi Iskandar dan Wulandari ini mempraktikkan tuntutan Islam iaitu ‘berpuasa’.\rJessica berkata, dia teruja menyambut Ramadan malah sempat melapangkan diri untuk menyertai beberapa acara seperti majlis berbuka puasa dan sahur.\r“Saya menempuh pelbagai kesulitan untuk berpuasa penuh. Saya seperti anak kecil yang cuma mampu berpuasa separuh hari.Saya cuba untuk bertahan sehingga jam 2 petang. Jujurnya saya belum cukup kuat untuk berpuasa penuh. Masih di peringkat percubaan,” katanya.\rAkui Jessica, apa yang dilaluinya hari ini tidak semudah seperti membalikkan telapak tangan. Sesekali hatinya disapa perasaan berat, sekali gus menuntut Jessica mencari guru untuk membawanya meniti jalan lurus.\rKatanya, kesulitan terbesar adalah untuk menahan hawa nafsu ketika berpuasa. Ketika lebaran pula, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu melihat bagaimana teman-temanya meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Momen ketika bermaafan pada pagi 1 Syawal menyentuh hati pengacara program hiburan, Dahsyat itu.\r“Saya lihat suasana itu di rumah teman dan saudara. Hati saya luluh tatkala melihat mereka memohon maaf kepada orang tua. \rSaya tersentuh, apatah lagi tiada apa pun di dunia ini yang menggantikan orang tua,” katanya yang turut dikenali sebagai penyanyi menerusi lagu Surat Cinta.\rPenggemar opor ayam dan ketupat ini berkata, lebaran memberikan ruang untuk mendekatkan diri antara sesama insan yang sebelum dibatasi oleh tuntutan kerjaya dan masa.\rINFO: Peragawati  dan pelakon sinetron serta filem Indonesia ini memulakan karier sebagai seorang model dan pernah mengikuti pendidikan khas dalam bidang itu di John Casablanca.\rLahir di Jakarta, pada 29 Januari 1988, gadis yang mengambil jurusan Rekaan Dalam di Universiti Trisakti, Jakarta ini pernah membintangi filem Dealova bersama aktor Ben Joshua.\rDalam Dealova, Jessica membawakan watak Kara. Selain itu, dia juga pernah membintangi produksi dari Malaysia menerusi filem Diva.\rJessica menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan jejaka keturunan Belanda-Amerika. Percintaan dengan jejaka yang dikenali sebagai Efelon itui berlangsung lebih dua tahun.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060763 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list