CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Washington, New York sasaran bom

[Copy link]
Post time 11-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ayman al-Zawahiri dituduh tuntut balas dendam kematian Osama hari ini atau esokWASHINGTON: Amerika Syarikat percaya pemimpin baru al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri merancang membalas dendam kematian pengasas pergerakan itu, Osama bin Laden, semalam, hari ini atau esok menerusi serangan bom dalam kenderaan di Washington atau New York.\rMaklumat yang diperoleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam masa 48 jam lalu menunjukkan sekurang-kurangnya tiga individu memasuki negara itu Ogos lalu melalui jalan udara dengan hasrat melancarkan serangan itu ketika Amerika memperingati ulang tahun ke-10 tragedi 11 September, kata pegawai perisikan.\r\n\n\n\n\rPegawai berkata, rancangan itu diilhamkan pemimpin baru al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, yang berjanji membalas tindakan komando Amerika membunuh Osama bin Laden awal tahun ini di Abbotabad, Pakistan.\r\r\n\n\n\n\nPegawai perisikan dan penguat kuasa undang-undang memberitahu ABC News, sekurang-kurangnya seorang daripada penyerang ialah warga Amerika dan seorang pegawai berkata dua lagi mungkin mempunyai dokumen Amerika, sama ada kad pengenalan berwarna hijau atau pasport masih belum dipastikan.\rAncaman itu digambarkan pegawai undang-undang sebagai tepat dan boleh dipercayai.\rAl-Qaeda menunjukkan minat bertindak pada tarikh tertentu termasuk ulang tahun. Maklumat ancaman itu boleh dipercayai, spesifik tetapi belum dapat disahkan, kata Ejen Pembantu Khas Biro\rSiasatan Persekutuan (FBI), Janice Fedarcyk, dalam satu sidang akhbar.\r\n\n\n\nPada sidang akhbar sama, Datuk Bandar New York, Mike Bloomberg, berkata Jabatan Polis New York sudah bersiap sedia serta akan menempatkan lebih ramai anggotanya di sekitar Big Apple kerana ulang tahun itu dilihat oleh pengganas sebagai detik sesuai untuk melancarkan serangan.\rBeliau juga berkata, ancaman itu boleh dipercayai dan perlu diambil serius walaupun tiada bukti sokongan.\rKita tinggal dalam dunia yang memandang serius ancaman dan itulah yang kita lakukan, katanya.\rKetika berita maklumat itu diketahui umum, pihak berkuasa mula menimbang sama ada untuk menaikkan taraf ancaman itu. FBI dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menghantar buletin kepada 18,000 agensi penguat kuasa seluruh negara memberi amaran mengenai kemungkinan serangan itu.\rBuletin turut menyatakan al-Qaeda mungkin membalas dendam di atas kematian Osama dan beberapa tokoh penting lain pada tarikh simbolik seperti ulang tahun serangan 11 September.\rWalaupun pihak berkuasa mengakui belum mengenal pasti suspek, mereka meneliti beberapa nama individu yang memasuki Amerika sejak pertengahan Ogos. - Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037264 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list