|
WALAUPUN kurang dikenali dalam kalangan lepasan sekolah di negara ini, Perancis sebenarnya menawarkan peluang pendidikan tinggi dengan kelayakan akademik dan profesional yang diiktiraf di peringkat global.Negara itu mempunyai sejarah penyelidikan dan penubuhan universiti sejak ratusan tahun lalu dan sudah melahirkan pemenang hadiah Nobel pelbagai bidang.\n\n\n\n Penolong Pengarah, Pusat Universiti Malaysia-Perancis (MFUC), Katell Flourie, berkata negaranya mempunyai 88 universiti, 240 sekolah kejuruteraan, 20 sekolah seni bina dan lebih 3,000 sekolah vokasional.\n\n\n\n\n\n Katanya, lebih 2.2 juta mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di institusi pengajian tinggi (IPT) Perancis setiap tahun dengan hampir 216,000 daripadanya adalah pelajar antarabangsa.“Yuran pengajian juga rendah, iaitu beberapa ratus Euro setahun kerana kerajaan memberi subsidi yang tinggi untuk pengajian tinggi.“Pelajar antarabangsa dan warga Perancis membayar yuran pada kadar sama,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Flourie berkata, antara peranan MFUC ialah membantu pelajar memilih program pengajian sesuai, mengenal pasti peluang kerjasama peringkat ijazah doktor falsafah, membantu proses pendaftaran, menguruskan penginapan dan penempatan bagi program amali.\n\n\n\nBeliau berkata, sistem pendidikan Perancis tidak mempunyai kelayakan setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagaimanapun, pelajar perlu mempunyai kelayakan baccalaur閍t Perancis atau setara sebelum mengemukakan permohonan.Katanya, kelayakan lain yang setara ialah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), International Baccalaureate, A-Level dan matrikulasi.“Universiti swasta di Malaysia menawarkan program matrikulasi untuk lulusan SPM sebagai persediaan sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang hospitaliti dan pelancongan serta kejuruteraan,” katanya.Flourie berkata, program peringkat ijazah sarjana muda selama tiga tahun dan pelajar antarabangsa perlu memiliki sijil kecekapan bahasa Perancis seperti DELF, DALF atau TCF.Katanya, pelajar tidak perlu fasih dalam bahasa Perancis kerana ada lebih 600 kursus ditawarkan dalam bahasa Inggeris.Beliau berkata, ada juga program yang disampaikan dalam bahasa Perancis dan Inggeris.“Kebanyakan kursus dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan pengurusan disampaikan dalam bahasa Inggeris.Mengulas syarat kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi utama di Perancis, Grande 閏ole, Flourie berkata, pelajar antarabangsa perlu menduduki peperiksaan kemasukan khusus yang sangat kompetitif.Katanya, Grande 閏ole juga melatih pelajar dalam bidang sains dan kemanusiaan manakala lulusannya dianggap terbaik dalam kalangan terbaik kerana proses kemasukan yang sukar serta pengajian menyeluruh.“Universiti Kuala Lumpur menerusi Malaysia-France Institute memeterai perjanjian bersama dengan konsortium Grande 閏ole untuk membolehkan graduan sarjana muda teknologi kejuruteraannya terus ke tahun keempat dan kelima.“Selepas lulus, graduan akan menerima sarjana kejuruteraan Perancis, iaitu kelayakan setara sarjana di negara ini,” katanya.Flourie berkata, kos hidup di Perancis lebih tinggi daripada negara ini, iaitu kira-kira 1,000 Euro sebulan di Paris atau 800 Euro di wilayah lain di negara berkenaan.Katanya, negara itu juga mempunyai sejumlah penduduk Islam manakala masjid dan makanan halal mudah diperoleh dengan bantuan penduduk tempatan.Beliau berkata, selepas menamatkan pendidikan di Perancis, graduan boleh meluaskan rangkaiannya bersama alumni, masyarakat Perancis dan syarikat negara itu dengan bantuan MFUC dan Persatuan Graduan Universiti Perancis di Malaysia (FUGAM).Keterangan lanjut boleh layari laman web www.campusfrance.org.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|