CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Iqra: Pendedahan pandu ummah kenali musuh Islam

[Copy link]
Post time 14-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Judul: Sepuluh Tokoh Musyrik dalam al-Quran\rPenulis: Harun Arrasyid Tuskan dan Abu Azka Al-Madani\rPenerbit: Yamani Angle Sdn Bhd\r\n\n\n\nPengulas: Hasliza Hassan\rHarga: RM25\r\r\n\n\n\n\nPENEMUAN kisah tokoh musyrik yang diceritakan dalam al-Quran mencetuskan idea  menghimpunkan kisah mereka walaupun penulisnya mengakui ia mungkin menimbulkan persoalan di kalangan pembaca kerana penonjolan watak yang menentang perjuangan Rasulullah SAW.\rNamun, berbekalkan keyakinan  setiap wahyu Allah mengandungi hikmah, maka terbitlah buku Sepuluh Tokoh Musyrik dalam al-Quran hasil tulisan Harun Arrasyid Tuskan dan Abu Azka Al-Madani setebal 242 halaman.\rMengapa Allah menyelitkan kisah mereka dalam al-Quran kerana ingin mendedahkan identiti serta hati budi pihak yang dalam jiwanya penuh penentangan terhadap  Islam. Ironiknya, kumpulan itu wujud, kini dan sepanjang zaman.\rJusteru, hikmah serta iktibar yang relevan sepanjang masa itu sewajarnya diberi perhatian supaya umat Islam tidak tergolong dalam kumpulan Musyrik yang terdiri daripada orang munafik dan  suka bermuka-muka tetapi hatinya membenci Islam dan Rasulullah SAW.\r\n\n\n\n\rContohnya, Abdullah bin Ubai bin Salul al-Ansari  terkenal dengan sifat munafiknya seperti disepakati ahli hadis mengenai kisahnya dalam surah al-Munafiqun, ayat 1 hingga 8. Abdullah bin Ubai bukan saja bersekongkol dengan musuh umat Islam malah, dia juga penyebar gosip.\rWatak lain  diceritakan ialah bapa saudara Rasulullah SAW sendiri iaitu Abu Lahab bin Abdul Mutalib. Kisah ini membuktikan, dalam berdepan cabaran  mengajak ke arah kebaikan, tidak mustahil kita  berdepan tentangan daripada ahli keluarga sendiri.\rBuku Sepuluh Tokoh Musyrik dalam al-Quran menggunakan pendekatan mengimbau sejarah dilalui tokoh musyrik, sifat ditunjukkan mereka yang tidak beriman walaupun  diperlihatkan cahaya kebenaran kepada mereka diikuti sebab turunnya ayat.\rSuka atau tidak, perwatakan tokoh  diceritakan dalam al-Quran berada di sekeliling kita. Oleh itu, penting untuk mengenali watak mereka dalam usaha  mengajak umat Islam kembali menghayati ajaran agama.\rTidak dinafikan, ada juga watak musyrikin yang tidak memeluk Islam tetapi menabur jasa kepada perjuangan Rasulullah, menjadi pelindung  Baginda daripada tentangan dan kejahatan pihak kufur. \rKetokohan Abu Talib sebagai pelindung Rasulullah SAW menimbulkan rasa bercampur baur khususnya mereka yang mengharapkan balasan baik terhadap  perbuatan baiknya menyokong perjuangan anak saudaranya menyebarkan Islam.\rWalaupun menolak beliau tidak pernah menentang. Itulah keistimewaan  Abu Talib yang pastinya mengajak pembaca berfikir. Jawapannya, dalam halaman 80 yang mengulas ayat surah at-Taubah.\rMendepani kehidupan semakin mencabar, panduan serta iktibar daripada sejarah yang sudah berlaku boleh memberi manfaat untuk memandu umat Islam hari ini mengenali musuh Islam serta waspada tipu helah mereka.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.034545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list