CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: carbike

Pakatan mahu gantikan Jalur Gemilang?

  [Copy link]
Post time 19-9-2011 09:12 AM | Show all posts
Usir Manoharan – PPPMM

JOHOR BAHRU 18 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan perlu diusir keluar dari negara ini berikutan kenyataan biadab yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi (gambar) berkata, kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali dan di luar batasan kebebasan bersuara yang tidak boleh lagi ditolak ansur.

“Tindakan segera perlu dikenakan dan sebaik-baiknya diusir atau dilucutkan kerakyatannya. Ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak biadab.

“Sekiranya tidak dikenakan tindakan, selepas ini lebih banyak lagi perkara sensitif akan dipermainkan tanpa rasa bersalah atau bertanggungjawab terhadap negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, Manoharan dalam akaun Facebook miliknya menyatakan hasrat menukar Jalur Gemilang jika menang pilihan raya umum akan datang.

ADUN dari parti DAP itu juga menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia.

Tegas A. Rahman, Manoharan perlu membezakan perkara yang boleh dijadikan modal berpolitik kerana majoriti rakyat amat terkejut dengan sikap kurang ajarnya.

Beliau percaya kenyataan itu dikeluarkan setelah melihat tiada tindakan dibuat terhadap pihak yang menghina raja-raja Melayu, agama Islam, pejuang kemerdekaan dan mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.

“Tindakan usir juga perlu dikenakan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mencetuskan kontroversi berhubung tragedi Bukit Kepong dan (Datuk S.) Ambiga yang menganjurkan perhimpunan haram Bersih 2,” katanya lagi.

Ujarnya, perkembangan seperti itu amat mengejutkan yang dikhuatiri generasi muda menjadikannya bahan ejekan dan tidak lagi menghormati perkara sensitif.

Tambah beliau, jika perkara sensitif tidak dipertahankan akan muncul lebih ramai pengkhianat negara yang tidak tahu bersyukur dengan keamanan sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 09:39 AM | Show all posts
Tiada yg kekal selama2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 09:44 AM | Show all posts
kalau setakat alasan bendera
hampir sama dengan amerika,

ada banyak lagi bendera negara2 lain yang hampir sama
antara satu sama lain, cuma warna dan posisi garisan je berbeza

biawak punya kel1ng
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 09:54 AM | Show all posts
ada yg kata, pasal bendera hampir sama yg dikatakan punca sukarelawan Msia diserang di Somalia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 09:54 AM | Show all posts
apalah nak jadi... sepatutnya bangga dengan bendera Malaysia yang sedia ada.. bendera Malaysia tu ada maksudnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2011 11:06 AM | Show all posts
LIHAT DAN SAKSIKAN MOTIF BENDERA INI

TUKAR BENDERA : PEMBANGKANG TAK HO ...

kecimpret Post at 19-9-2011 08:59

Bukankah sebenarnya Amerika Syarikatlah yang menciplak bendera 'Jalur Gemilang' yang sejak masa tahun 1400 sudah digunakan sebagai bendera Kerajaan Malaka?

Bukankah lagu 'Terang Bulan' qq 'Negaraku' diciptakan oleh P Ramlee dan kemudian diciplak oleh orang Perancis dan Belanda/Indonesia ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by crossfire at 19-9-2011 11:17
dia ingat tukar bendera free kot.
5229 Post at 16-9-2011 19:09

Pun begitu,masih ada dikalangan rakyat menegur tingkahlaku biadab ADUN Alam shah ini ...
Syabas Anak Malaysia !!!

apa pun terjadi kita tidak perlu lagi bersusah payah membuat laporan polis.Laporan polis bakal tinggal menjadi laporan polis akhirnya.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-9-2011 11:36 AM | Show all posts
mmg pembangkang xleh pakai isu2 ini yg dimainkan
kata demi rakyat bagai...
demi rakyat ke isu haprak nie.... mmg dah diri tu haprak, haprak jugak ler isu yg dibawa
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:53 AM | Show all posts
agak2 la nak jadi pembangkang..

isu nak tukar bendera pulak nak ditukar..

pejuangkan la isu2 lain rakyat yg lebih nak perjuangkan..bukan pasal bendera la..

nak cakap stupid pun ada gak..

bagi malu pembangkang pun ade gak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:59 AM | Show all posts
tembak mati je pariah ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:02 PM | Show all posts
Tidak masuk akal, merepek - Kay Kim

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menyifatkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang sebagai tidak masuk akal dan merepek.

Beliau menegaskan, kenyataan itu juga menunjukkan ADUN tersebut cetek ilmu pengetahuan terutama sejarah.

Menurutnya, isu persamaan bendera Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dibangkitkan oleh Manoharan turut menunjukkan wakil rakyat DAP itu tidak memahami tentang pelaksanaan sistem persekutuan yang diamalkan di negara ini.

"Bendera kedua-dua negara itu mempunyai kaitan dengan sistem persekutuan yang diamalkan.

Saya yakin dia akan faham tentang asal-usul Jalur Gemilang yang dia katakan meniru bendera AS jika dia mempelajari sejarah tersebut.

"Saya nasihatkan lebih baik beliau simpan sahaja idea mengubah bendera tersebut dalam minda beliau daripada berterusan mengeluarkan kenyataan tidak logik, merepek dan langsung tidak bermakna," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Manoharan yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Tambah Kay Kim, ADUN DAP itu seperti sengaja mencari jalan untuk menimbulkan lagi huru-hara dalam negara ketika isu mengagungkan tali barut komunis, Muhammad Indera sebagai hero dalam peristiwa Bukit Kepong oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu masih belum selesai.

"Macam-macam isu dan ideologi merepek yang seperti sengaja dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang untuk menghuru-harakan keamanan negara dan mengelirukan minda rakyat.

"Mungkin tindakan mereka yang menimbulkan isu sensitif ini disengajakan ataupun mereka sebenarnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan sejarah yang baik," katanya.

Menurutnya, rakyat negara ini sepatutnya tidak cepat mempercayai sesuatu ideologi dan kenyataan yang merepek dan tidak bermakna.

Sementara itu, pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, kenyataan tersebut benar-benar melampau, sempit otak dan jelas menampakkan ketaksuban dalam politik.

"Ideologi menukar Jalur Gemilang yang dinyatakan ADUN DAP itu mengarut dan sengaja mencabar perlembagaan negara.

"Lebih saya kesalkan apabila isu kematian, jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor di Somalia turut dikait dan dipolitikkan dengan Jalur Gemilang," katanya.

Ramlah juga berkata, banyak negara mempunyai bendera yang seakan-akan sama, jadi memang sangat keterlaluan jika isu kematian pun mahu dipolitikkan.

Post time 19-9-2011 12:06 PM | Show all posts
‘Niat nak buang warisan’

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kenyataan wakil rakyat DAP, M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya memperoleh kuasa merupakan bukti jelas bahawa pembangkang sedia mengubah segala-galanya termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menilai kenyataan itu secara rasional kerana kesan daripada hasrat tersebut boleh memberi implikasi paling buruk kepada negara serta rakyat.

Ujarnya, selain itu perkara diucapkan oleh Manoharan turut memperlihatkan niat sebenar pihak pembangkang bahawa mereka sentiasa berusaha menghapuskan warisan dan sejarah negara yang selama ini amat dipertahankan oleh rakyat.

‘‘Kita tahu niat pembangkang apabila mereka berkuasa mereka mahu membuang sebahagian daripada warisan kita. Mereka mahu menukar segala-galanya dan bukan setakat Jalur Gemilang sahaja. Mereka mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Mudah-mudahan mereka tidak berkuasa kerana apa yang mereka hasratkan ini akan menyebabkan negara dan rakyat bakal berhadapan dengan satu fenomena luar biasa serta implikasi yang amat besar,’’ katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S. Thanenthiran dan naibnya, R.K. Ramesh.

Kelmarin, Manoharan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my, semalam.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.

Muhyiddin berkata, perkembangan terbaru itu wajar membuka mata rakyat kerana ia hanya akan membawa keburukan kepada negara terutama dalam konteks sosioekonomi dan budaya masyarakat.

‘‘Seperti yang saya katakan tadi mengenai hasrat mereka untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan. Mereka tidak bersetuju dalam beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,’’ ujarnya,

Beliau berkata, itulah yang akan berlaku sekiranya pembangkang diberi peluang untuk memerintah.

Muhyiddin berkata, tindakan terbaru Maoharan itu juga menjadi petunjuk kepada tahap dan nilai akhlak yang dimiliki oleh pemimpin pembangkang.

‘‘Mereka gagal menghormati hak dan budaya warisan bangsa. Oleh itu saya amat berharap rakyat Malaysia bijak membezakan antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

‘‘Segala apa yang dilakukan sejak merdeka hingga hari ini hingga sekarang memang tidak dinafikan ia adalah hasil perjuangan rakyat menerusi BN. Sebab itu pihak pembangkang mahu menafikan pencapaian ini,’’ katanya.

Hakikatnya, beliau berkata, hasil daripada perjuangan BN, rakyat kini menikmati pelbagai faedah manakala Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang berjaya mengecapi kemajuan.

Post time 19-9-2011 12:20 PM | Show all posts
tolonglaaaaaaaaaaaaa kibarkan jalur gemilang kat kete masing2
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-9-2011 12:25 PM | Show all posts
tk kisah la apa latar belakang bendera kita sekalipn, rasanya setelah berpuluh tahun berbenderakan jalur gemilang sebahagian besar rakyat malaysia kecuali mungkin kecimpret dan pyopura menerima bendera tersebut sebagai bendera kita.berkompromi dengan segala kekurangan dan kecacatannya jika ada.bagi aku itu yg plg penting.
kalu segala benda nk tukar,maka caca merba la negara kita.esok2 ada plk mangkuk cadang nk tukar nama malaysia, kerana ianya agak malay-centric.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:28 PM | Show all posts
.....aku heran, salah ke tukor bendera? apa masalahnya? banyak negara lain buat bende nih....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:30 PM | Show all posts
tuko bendera bleh improve hidup oang malaya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:41 PM | Show all posts
tuko bendera bleh improve hidup oang malaya ka?
ajinomotonosuga Post at 19-9-2011 12:30

buleh la kot,

tu langau bangang yang tunjuk
penumbuk kat atas tu kata buleh, mesti pileyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.301352 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list