CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9524|Reply: 33

Kemewahan di banjaran Himalaya..

[Copy link]
Post time 21-9-2011 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Biarpun dianggap terpinggir dari peta pelancongan dunia, Bhutan tetap mempunyai tarikan tersendiri yang sukar diperoleh di mana-mana negara lain di dunia.



BHUTAN yang terletak di barat dan hujung Himalaya merupakan salah satu destinasi percutian termahal di dunia. Tidak hairanlah ia dianggap syurga dalam kalangan golongan berada dan selebriti terkenal. Atas tarikan dan status tetamunya itu, kosnya juga dijangka bertambah mahal pada tahun hadapan.

Pelancong asing yang berkunjung ke sini perlu membuat tempahan awal melalui operator pelancongan yang berdaftar. Lazimnya, mereka mengenakan kadar minimum pada waktu puncak sekitar AS$200 (RM600) sehari merangkumi pakej seperti penginapan, makanan dan pengangkutan.


Keaslian banjaran Himalaya yang dilitupi gunung salji dan sungai-sungai dari gunung yang sentiasa mengalir meneruskan polisi 'pelancongan mewah, berimpak rendah' yang sengaja diperkenalkan bagi memelihara persekitarannya yang masih belum terusik daripada gangguan pelancongan komersial.

Bermula tahun hadapan, kadar caj pada waktu puncak akan meningkat kepada AS$250 (RM750) sehari per musim. Ini bermakna, pasangan pelancong yang menginap di hotel-hotel yang menawarkan pakej tersebut terpaksa membayar harga AS$500 (RM1,500) semalam.


VILA mewah ini disukai ramai pelancong yang sanggup membayar harga tinggi kerana mahu merasai keindahan dan ciri privasinya.


"Percutian mewah ini mungkin nampak seperti tidak berbaloi dari sudut ekonomi, namun ia bertujuan memastikan keaslian alam semula jadi Bhutan terus kekal untuk tatapan para pelancong dan generasi akan datang," kata Pengarah Urusan Lembaga Pelancongan, Kesang Wang."Jika kami membuka negara ini seluas-luasnya, pendapatan kami mungkin meningkat mendadak, tetapi apakah harga yang perlu dibayar?


"Kami menahan diri daripada merosakkannya dalam mengejar pembangunan ekonomi tanpa mengambil kira impak sosial dana alam sekitar," ujarnya.Walaubagaimanapun, pada tahun hadapan, lembaga itu berharap dapat meningkatkan jumlah pelancong kepada lebih 50 peratus iaitu sejumlah 100,000 orang dengan menawarkan pakej percutian.


Laluan penerbangan juga mahu ditambah di beberapa bandar utama seperti Hong Kong dan Singapura.
Selama ini, Bhutan dikenali melalui doktrin pembangunan ekonomi yang dikenali sebagai 'Kebahagiaan Kebangsaan Kasar' yang mengambil kira kesejahteraan mental hampir 700,000 rakyatnya berbanding mengukur keuntungan kewangan semata-mata.
Negara yang terasing dan tidak pernah dijajah biarpun kedudukannya terletak di antara India dan China itu menjadikan hal perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai salah satu polisi yang mendasari budaya uniknya.


SUASANA hebat di pinggir gunung dekat Paro ini dapat disaksikan pelancong yang mahu melawat biara Taktsang yang digelar  Tiger's Nest.

Ia juga pernah digelar Tanah Naga Kilat sebelum ini kerana ketiadaan jalan raya dan mata wang sehinggalah tahun 1960-an. Rangkaian televisyen pula hanya dinikmati pada 1999 sebagai salah satu cara menarik perhatian pelancong asing.

Seorang ahli terapi, Nicole Feerbrucker, 56, yang berasal dari Belanda memberitahu bahawa dia mahu melawat ke negara itu sejak melihat gambar-gambar yang menunjukkan bekas raja negara itu melalui majalah National Geographic pada tahun 1974.



LELAKI tempatan ini berjalan melewati ruang siar kaki Memorial Choeden yang dibina bagi mengingati Raja  Jigme Dorji Wangchuk.



PATUNG Buddha Dordemnma sedang dibina di salah sebuah puncak panorama di Thimphu.




p/s : aku dengar orang cakap Bhutan ni penduduk paling friendly didunia..betul ke? ada sape pernah pergi sini?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 12:24 PM | Show all posts
teringat kat lecturer aku, die ckp perempuan kat bhutan blh kawen lebih dr seorang llki. sbbnya lelaki kat sana sllu travelling, isteri pulak sllu kena tinggal..
moral of the story: sape nak ade suami lebih dr sorang, jadi la rakyat bhutan.. hehehe;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2011 12:29 PM | Show all posts
teringat kat lecturer aku, die ckp perempuan kat bhutan blh kawen lebih dr seorang llki. sbbnya lela ...
el-ain Post at 21-9-2011 12:24


haa? biar betul
tak berebut turn ke si suami2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 12:34 PM | Show all posts
Reply 3# jejai

rsnya mcm perkahwinan diorg ni mmg x akan kekal lama.. dh org tu travel, cari bini baru la kot.. hohohoho
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 12:35 PM | Show all posts
nyamannya di situ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:22 PM | Show all posts
bestnya kawasan ni..berbukit gunung ganang...sejuk je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2011 04:57 PM | Show all posts
bila la nak dapat pegi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 06:23 PM | Show all posts
bestnyer klu dpt gi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 08:47 PM | Show all posts
negara yang still fresh lagi dengan keindahan smula jadi...
pasti life penduduk penduduk kat negara ni begitu relaxing... tiada stress... tak rushinggggg...
everything ... so easy and slowwww
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 09:34 PM | Show all posts
rasa cam nyaman je,  aku pun suka,  tapi kalu nak pi kena kumpul $ dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:26 AM | Show all posts
sejuknye....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:27 AM | Show all posts
kalo pompuan kawin ramai mesti susah nak letak sir name kan...

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:29 AM | Show all posts
saper bapak buda2 comel nih??

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:57 AM | Show all posts
macam mana nak tahu negara mana yang happy? list forbes ke?

malaysia nombor berapa happy?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 12:27 PM | Show all posts
yuhuuuuu..kompom best tggal kt cnie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2011 12:37 PM | Show all posts
teringin kan rasa nak pergi melancong di negara orang..tengok life, food ngan culture diaorang..mesti best..wahhh indahnya dunia ciptaan tuhan..dekat malaysia pun aku x abis round lagi..ape tah lagi nak round the world
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2011 01:07 PM | Show all posts


tak terjangkau difikiran macamana cara rumah ni asalnya dibuat..?memang terrer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 05:23 PM | Show all posts
Reply 1# jejai


    Bhutan satu2nya negara yg mempunyai indeks 'happy' bagi rakyatnya berbanding indeks kemantapan ekonomi bagi negara lain.
Kerana hampir keseluruhan rakyatnya adalah terdiri daripada Sami.
Depa x kejar duit sangat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 05:24 PM | Show all posts
Selama ini, Bhutan dikenali melalui doktrin pembangunan ekonomi yang dikenali sebagai 'Kebahagiaan Kebangsaan Kasar' yang mengambil kira kesejahteraan mental hampir 700,000 rakyatnya berbanding mengukur keuntungan kewangan semata-mata.
...
jejai Post at 21-9-2011 12:03



    This is what i'm talking about
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 09:03 PM | Show all posts
This is what i'm talking about
solstice Post at 22-9-2011 17:24



    betul tu,. unik nye bhutan...mesti takde pening2/gaduh2 pasal politik kan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.112934 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list