View: 119|Reply: 0
|
Taufan Roke tidak jadi ke Fukushima
[Copy link]
|
|
TOKYO: Taufan Roke menghala ke utara Jepun semalam selepas membawa hujan lebat ke kawasan yang musnah akibat tsunami dekat pantai sekali gus menghilangkan kebimbangan mengenai kesan buruk terhadap loji nuklear Fukushima.\rBagaimanapun, ia melumpuhkan operasi kereta api komuter di sini dan menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang maut atau hilang di seluruh negara.\r\n\n\n\n\r Operasi kereta api pada waktu sesak ditunda menyebabkan beribu-ribu orang terkandas di stesen seluruh bandar itu selain menyebabkan ramai berbaris menunggu bas atau teksi.\r\r\n\n\n\n\n “Beberapa hotel dekat kawasan stesen sudah penuh, jadi saya terus tunggu kereta api laju,” kata ahli perniagaan, Hiromu Harada, 60.\rAgensi berita Kyodo pula melaporkan, amaran mengenai Roke juga menyebabkan 5,000 orang bermalam dalam beberapa kereta api laju atau Shinkansen di stesen Tokyo dan Shizuoka.\rAda kebimbangan bahawa Roke mungkin memberi lebih banyak masalah buat loji jana kuasa nuklear Daiichi Fukushima, yang mengalami takat lebur akibat gempa dan tsunami 11 Mac lalu, namun pihak berkuasa berkata loji itu berjaya mengharungi ribut tanpa insiden besar.\rHiroki Kawamata, jurucakap bagi pengendali loji Tokyo Electric Power Co (Tepco), berkata beberapa kamera dipasang untuk memantau loji musnah, namun tiada kebocoran lanjut air radioaktif atau bahan ke persekitaran. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|