CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Maersk mahu tambah ekuiti dalam PTP

[Copy link]
Post time 24-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AP Moller-Maersk Group (Maersk), syarikat perkapalan kontena terbesar dunia yang berpangkalan di Copenhagen, Denmark, berminat untuk meningkatkan pegangan ekuitinya dalam Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) susulan potensi pertumbuhan besar pelabuhan itu dalam jangka panjang.\rSumber berkata, Maersk yang sebelum ini sudah menguasai 30 peratus ekuiti dalam \r\n\n\n\nPTP sejak 11 tahun lalu itu, sudah mengemukakan hasrat itu menerusi surat rasmi kepada Lembaga Pengarah MMC Corp Bhd iaitu pemilik terbesar pelabuhan itu dengan 70 peratus ekuiti.\r\rTujuan utama Maersk meningkatkan pegangannya dalam PTP untuk merebut peluang mendapat pulangan tinggi yang bakal dijana oleh pelabuhan itu dalam jangka panjang.\r\n\n\n\n\n\rIa susulan PTP dilihat antara platform terbaik yang akan menikmati manfaat hasil pembangunan Iskandar Malaysia serta beberapa projek petroleum lain yang bakal dibangunkan di Johor, menerusi aktiviti pengurusan kontena. \rJusteru, sejajar dengan matlamat kumpulan yang sentiasa ingin mencari peluang terbaik untuk membuat atau menambah pelaburan baru di negara ini, pertambahan ekuiti dalam PTP dilihat sebagai langkah strategik yang mampu merealisasikan matlamatnya itu, katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.\rSumber itu berkata, selain Maersk, beberapa syarikat perkapalan serta institusi pelaburan asing lain turut mengintai peluang membeli pegangan dalam PTP.\rPTP adalah pelabuhan kontena ke-17 paling sibuk di dunia dan pelabuhan itu berserta sebuah lagi pelabuhan di bawah kumpulan MMC Corp, Johor Port Bhd (Johor Port) menguasai kira-kira 40 peratus aktiviti pengurusan kontena di Malaysia dan dijangka meningkat kepada 43 hingga 45 peratus dalam masa terdekat ini.\rOperasi kedua-dua pelabuhan itu juga adalah penyumbang pendapatan kedua terbesar kepada MMC Corp dikuasai hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari selepas operasi tenaga dan utiliti serta kejuruteraan dan pembinaan.\rMengulas perkembangan itu, seorang pegawai kanan MMC Corp yang enggan dikenali, mengakui Lembaga Pengarah kumpulan itu sudah menerima surat hasrat yang dikemukakan Maersk itu.\rKami sudah menerimanya dan akan mengadakan perbincangan lanjut sebelum memutuskan sebarang keputusan mengenainya.\rBuat masa ini, apa yang saya boleh katakan adalah MMC Corp memang tidak bercadang untuk melupuskan sebarang peratusan ekuiti pegangan dalam PTP buat masa ini kerana kami ingin meningkatkan lagi nilai pelabuhan itu, sebelum sebarang tindakan, termasuk sama ada ingin menjual pegangan boleh diputuskan, ka-tanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066759 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list