CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?

   Close [Copy link]
 Author| Post time 1-3-2012 11:21 PM | Show all posts
explain more plez??
hAzEL^nut Post at 1-3-2012 14:25



    Elaboration below, as promised.

*Mengikut beberapa pendapat, dunia kita ini sebenarnya mempunyai Alternate Timeline. Dlm erti kata lain, ada sebuah 'dunia' lain yg selari dgn dunia kita, juga dipanggil sebagai Parallel Universe. Menurut pendapat ini, dunia lain itu adalah SAMA seperti dunia kita, cuma bezanya adalah pada KEPUTUSAN yg kita ambil.  

Contoh 1:

Di dalam DUNIA KITA

Selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan, Ali mempunyai 2 pilihan, sama ada menyambung pelajaran dlm bidang kedoktoran, atau menyambung pelajaran dlm bidang guaman. Kedua ibu bapa Ali mahukan Ali menjadi doktor. Tapi Ali mahu menjadi peguam. Tekanan dari kedua org tua Ali membuatkan Ali terpaksa memilih bidang kedoktoran, wlupun dia tidak menyukainya. Di universiti, Ali berkenalan dgn Sarah dan mereka berkahwin, serta mempunyai 2 orang anak.

Tapi bagaimana pula kesudahannya, sekiranya Ali memilih bidang guaman dan bukan bidang kedoktoran? Maka itu adalah di dalam Parallel Universe yg lain pula.


Di dalam parallel universe/alternate timeline pula

Ali menyambung pelajaran dlm bidang guaman, mengikut kata hatinya. Tapi di dlm Parallel Universe, Ali tidak berkahwin dgn sesiapa, dan tidak pernah mempunyai anak.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh 2:

Suatu malam, Abu sedang memandu kereta di sebuah jalan sempit bergaung, di mana HANYA ada satu laluan saja dan CUKUP2 MUAT utk 1 kereta saja pada satu2 masa. Tiba-tiba, entah bagaimana, dari arah depan, datang sebuah lori meluncur laju ke arah kereta Abu. Tiada laluan lagi utk mengelak, tiada ruang kosong utk pusing ke kiri atau ke kanan.. nak tak nak, mereka terpaksa bertempur. Abu dan pemandu lori itu hanya tergamam... masing2 sudah tahu, ajal berada di depan mata.. dan masing2 menutup mata dan menunggu maut datang menjemput...

5 saat kemudian, Abu membuka mata dan merasa amat terkejut kerana dia masih hidup.. dia memandang ke belakang, dan merasa lebih terkejut lagi apabila melihat lori itu sudah pun melepasinya, sedangkan TIADA jalan lain yg memungkinkan ia berlaku... dia sempat melihat reaksi pemandu lori yg juga tergamam dan terkejut dgn apa yg telah berlaku... kalau mengikut logik, mereka sepatutnya sudah mati kerana terjatuh ke dlm gaung... bagaimana lori itu boleh melepasi kereta Abu???


Di dalam DUNIA KITA

Abu dan pemandu lori tu dah meninggal dunia...


Di dalam parallel universe/alternate timeline pula

Abu dan pemandu lori tu masih hidup, tapi kehidupan mereka 'bersambung' di dlm parallel universe... kerana jasad/diri mereka di dlm dunia kita, dah takde...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Analoginya di sini ialah - kalau mengikut teori Alternate Timeline/Parallel Universe, setiap Action, akan menimbulkan/mewujudkan Timeline. Timeline pula bermaksud (kurang lebih) KESAN yg terjadi akibat dari sesuatu keputusan yg diambil/tidak diambil. Ini boleh menyebabkan timbul berpuluh, beratus atau malah beribu timeline. Dan mengikut pendapat ini lagi, TPTB (elite group/Illuminati) sudah lama mengetahui tentang kewujudan Alternative Timeline, dan mereka mempunyai 'cara' utk mengubah mana2 timeline yg mereka ingin. Akibatnya ialah, apabila sesuatu Timeline diubah, ia menyebabkan segolongan manusia mengalami sesuatu yg dipanggil sebagai Time Slip (boleh jadi seperti di dalam Contoh 2).


Contoh 3:

10 tahun dahulu, mungkin anda pernah membaca berita tentang kematian Nelson Mandela. Atau 5 tahun dulu anda pernah membaca berita tentang kematian Charlie Sheen. Tiba2, suatu hari anda bangun dan anda membaca berita tentang Nelson Mandela masih hidup, atau Charlie Sheen muncul di dlm episod terbaru 3 Men and A Half. Sedangkan anda TAHU DENGAN PASTI, bahawa 5 tahun dahulu, berita tentang kematian Charlie Sheen keluar di semua media massa utama. Jadi bagaimana sekarang mereka masih hidup? Sama ada dunia ini sudah gila, atau anda yg sudah gila. Which one? It can't be both. Sesuatu telah menyebabkan anda TERMASUK KE DALAM TIMELINE.


Ada beberapa kes sudah terjadi, di mana beberapa orang telah membuat pendedahan tentang Time Slip yg membabitkan diri mereka. Salah satu contoh:


Train Ride to a Parallel Dimension

Posted on: Friday, July 30, 2010 by John Carlson in the Paranormal category
Station Road, Newtonmore, Scotland


On May 30th of this year I received a comment on my post titled Missing Time Experience? about the time slip and memory loss incident that I experienced in my early teens. The comment came from a woman named Linda Smith who, as I later learned, was an American and a frequent visitor to the British Isles.

Linda related to me two very fascinating unexplained events that she endured while traveling to the England and Scotland. Last week I wrote of the first experience in Missing Time Inside a Stone Circle.


theparanomalist




Contoh 4:

Anda sudah melalui kedai Pak Mat 1000 kali, dan tiada kedai lain di sebelah kedai Pak Mat, cuma kedai Pak Mat saja yg ada. Tiba2 suatu hari anda melalui kedai pak Mat, dan tiba2 saja ada KEDAI di sebelah kedai Pak Mat. Anda merasa sangat hairan dan tercengang2. Sejak bila pula wujudnya kedai di sebelah kedai Pak Mat itu? Anda pun bertanya kpd Pak Mat. Tapi Pak Mat kata, sudah bertahun2 kedai itu ada di situ. Pak Mat memandang anda seperti anda pula yg gila.  


Sejak akhir2 ini, insiden Time Slip semakin mendapat perhatian kerana terdapatnya unsur2 Mistik/Misteri, yg tidak dpt dijelaskan dgn kata2. Beberapa pendapat yg mengaitkan insiden ini dgn TPTB/Hidden Hands, mengatakan bahawa TPTB telah menemui 'portal' yg dpt mengubah Timeline, sehingga ia memberikan efek kpd segolongan manusia, yg mana membuatkan mereka mengalami peristiwa2 pelik seperti di dlm Contoh 3 dan 4.

Sekiranya anda mengalami gangguan Timeline, anda akan mendapati bahawa Memori anda adalah BERBEZA dgn memori2 orang lain d sekeliling anda. Contoh, anda TAHU anda pernah baca tentang kematian Michael Jackson. Kalau suatu hari nanti anda bangun tidur, dan tiba2 anda dapati Michael Jackson masih hidup, itu bererti anda sudah terkena pengaruh Timeline (affected by Alternate Timeline). Kaitannya dgn TPTB?

Mengikut pendapat sesetengah pihak, kemungkinan besar TPTB akan merubah lagi Timeline yg ada, bagi memastikan perancangan mereka berjalan selari dgn timeline yg mereka kehendaki. Namun sekiranya terlalu banyak timeline yg diubah/diganggu, efeknya akan dirasakan oleh manusia. Inilah yg membuatkan ramai manusia mengalami Time Slip. Mungkin juga TPTB sedang mencuba mempengaruhi Timeline, kerana ingin memastikan 'kemenangan' di pihak mereka, terutama bagi memastikan kemenangan Dajjal dan perlaksaan NWO dilancarkan dgn jayanya...

Benar atau pun tidak pendapat pihak2 tertentu tentang Alternate Timeline/Parallel Universe, ia masih tidak dapat menjawab soalan2 tentang KENAPA dan BAGAIMANA contoh2 yg diberikan di atas boleh terjadi...



Wallahua'lam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 11:57 PM | Show all posts
Makna nya di setiap alternative timeline..wujud juga Andria..cuma Andria di Timeline 'A' adalah guru..manakala Andria di timeline 'B' adalah seketeri..gitu x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 12:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by razhar at 2-3-2012 00:03

hmmm boleh ke setiap timeline tu dimusnahkan? kerana setiap timeline adalah satu salinan kepada timeline yang lain juga...membunuh individu di timeline 'C' tidak akan mematikan individu berkenaan yg berada di timeline 'D'..kan? OB mesti pening2 baca nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 12:03 AM | Show all posts
Reply 1983# razhar


   "salian" tu ape?typing error ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 12:15 AM | Show all posts
Reply 1984# rose_liz

salinan sebenar nya..dah fixed...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 12:56 AM | Show all posts
Reply 1981# andria


   boleh caya ke mende2 mcm ni.. macam mana nak faham benda ni? kalau dari segi agama pulak, macam mana nak explain..? rohnya dimana, jasad ada berapa pulak.. haduhh pening sudah kepala ku.. OB mesti terer bab2 gini.. agaknya ada kaitan dgn alam nurr ke ape hari tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2012 01:05 AM | Show all posts
Reply 1975# razhar


   contoh makanan kering tu macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 01:08 AM | Show all posts
momod san dulu ade penah bukak benang explain berkaitan qada'qadar .. kena korek balik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 01:14 AM | Show all posts
Reply 1976# rose_liz


   tu la.. maknanya atok mandela kat timeline kita dah mati.. tapi ada sesetengah orang sudah termasuk ke timeline yg satu lagi dan tibe2 terjumpa mandela masih hidup? mcm tu ke konsepnya TT?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 05:38 AM | Show all posts
Lebih kurang mcm ni la.. cuma pada sesetengah orang, ia mungkin disertai dgn mimpi2, bayan ...
andria Post at 1-3-2012 13:47



   mimpi2 ni time kanak2 je....dh tua2 ni xdela...gpun apa yg aku ada masa kecik, masa besar dha xde sgt...
dulu aku siap leh cakap g antara kawan2 aku, sapa yg leh dapat 5A n sapa yg dapat 3A...n btol lakz tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 08:58 AM | Show all posts
Reply 1981# andria


    sebijik macam cerita fringe NTV7, setiap sabtu mlm.. ap ajuga keputusan yang dibuat dalam dunia A.. akan mempengaruhi situasi di dunia B....

pening kepala nak 'absorb' huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 09:30 AM | Show all posts
Makna nya di setiap alternative timeline..wujud juga Andria..cuma Andria di Timeline 'A' adalah guru ...
razhar Post at 1-3-2012 23:57



    Kalau ikut pendapat Alternate Timeline/Parallel Universe ni, begitulah.. tapi saya sendiri masih berdiri di atas pagar.

Wallahua'lam...


hmmm boleh ke setiap timeline tu dimusnahkan? kerana setiap timeline adalah satu salinan kepada time ...
razhar Post at 2-3-2012 00:01


Kita ANDAIKAN kita percaya kpd konsep Timeline, bolehkah kita kata dgn pasti bahawa 'setiap timeline adalah satu salinan kepada timeline yg lain'? Sebab masalahnya ialah, kita tak tahu BILA timeline pertama wujud. Adakah ia wujud sebaik saja kita lahir, atau wujud setelah kita mula mempunyai CONSCIOUS tentang sistem kehidupan yg mempunyai hukum Sebab dan Akibat? Atau ia mula wujud setelah kita pertama kali berhadapan dgn PILIHAN, di mana kita dikehendaki membuat HANYA SATU KEPUTUSAN?

Kalau betullah TPTB/Hidden Hands ada kuasa utk merubah mana2 Timeline, maka kita takkan tahu sebesar mana KUASA mereka dlm menguasai mana2 timeline. Mungkin saja mereka mampu 'memusnahkan' mana2 timeline, memindahkan timeline, merubah sebarang kejadian di dlm timeline, etc...

Saya teringat kpd CERN, bagaimana mereka begitu bersungguh2 mahu mewujudkan 'big bang' mereka sendiri. Apakah tujuannya? Mahu membuka 'dimensi portal'? Dan adakah Time Slip yg segolonga manusia lalui pada masa kini, ada kaitan dgn dimensi portal yg telah dibuka?

Bear in mind, ini hanyalah soalan retorik, dgn ANDAIAN, we believe in this concept. Truth is, only God knows...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:25 AM | Show all posts
Mintak maaf, saya tak dapat grasp konsep timeline ni. Macam dalam movie Hollywood plak. Wujud ke timeline dalam Islam? Mohon pencerahan.

(Saya memang cetek ilmu sbb hanya belajar ikut pengajian islam ko kurikulum Malaysia. Takde belajar pondok dll).
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:40 AM | Show all posts
Aku rasa  bila kita bina time line baru, time lime lama akan hilang, time line  yang asal adalah berdasarkan original program of nature yang selalu dikatakan sebagai takdir. Jadi untuk mengubah time line, kita kena ada pengetahuan tentang nature ataupun takdir. Kiita kena tahu takdir dulu, baru boleh ubah takdir atau time line kita.  Contoh, jika kita tahu takdir kita jadi doktor, dan kita ubah jadi arkitek pulak. Ini bermakna kita telah mengubah time line kita.

Tetapi, mengikut hukum keseimbangan alam, bila sesuatu berubah dari kejadian asal, maka alam akan bertindak untuk menyeimbangkannya. Jika alam gagal menyeimbangkannya terjadilah sesuatu bencana. Konsep ini sama dengan kejadian cancer didalam tubuh kita akibat gangguan persekitaran.

Jadi, apabila kita mengambil keputusan untuk menjadi arkitek. Perlu ada orang lain menggantikan tempat kita. Memandangkan doktor yang menggantikan tempat kita itu tidak minat menjadi doktor, maka terhasillah doktor yang tidak berkualiti. Maka akan terjadilah lebih banyak kerosakkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 10:41 AM | Show all posts
Reply  rose_liz


   tu la.. maknanya atok mandela kat timeline kita dah mati.. tapi ada seseten ...
manganini Post at 2-3-2012 01:14



    Ya, lebih kurang begitulah maksudnya. Kerana, setiap orang yg PERNAH termasuk atau terkena efek Timeline ni, akan mendapati WUJUDNYA perbezaan2 dlm kehidupan SELEPAS timeline, dan SEBELUM timeline. Malah anggota keluarga sendiri biasanya akan MENAFIKAN memori yg pernah wujud dlm otak kita.


Contoh:

Selepas peristiwa hampir bertembung dgn lori, Abu pulang ke rumah dan mendapati beberapa perkara pelik. Sebelum terkena efek Timeline/Time Slip, jalan ke rumah beliau yg beliau kenal selama ini (kita andaikan beliau telah tinggal di sana selama 20 tahun), ialan jalan kampung -  tiada tar, tiada jalan raya. Tiba2 saja setelah berlakunya Time Slip, dia dapati jalan itu telah berubah menjadi jalan tar. Dia pun hairan, sejak bila pula jalan ke rumahnya sudah dibaiki? Dia pun bertanya isterinya. Tapi isterinya kata, 'dah 20 tahun jalan tu memang jalan TAR!' Semakinlah Abu bertambah pening... Abu tak puas hati, pergi tanya ibu bapa beliau yg tinggal bersamanya. Tapi ibu bapa Abu juga memberikan jawapan yg sama seperti isterinya...

Topi yg selalu Abu pakai utk berkebun, juga bertukar warna, dari putih ke biru... pokok bunga raya yg tumbuh di halaman rumah, sudah bertukar menjadi bunga mawar merah.. kepala tiang letrik di hadapan rumah yg dulunya berbentuk lonjong, kini berbentuk segiempat...  Malah apabila masuk ke pejabat, beliau yg dulu bekerja sebagai Pembantu Pengurus, kini tiba2 saja sudah menjadi Pengurus! Bila pula dia dinaikkan pangkat? Abu benar2 keliru dan bingung. Kenapa perkara2 ini sudah berubah? Sejak bila ia berubah? Sedangkan sudah 20 tahun Abu tinggal di sana dan setiap hari Abu melihat benda yg sama.. bekerja sebagai Pembantu Pengurus sudah bertahun2... tiba2 saja, selepas peristiwa 'hampir bertembung dgn lori', benda2 itu berubah.. tidak masuk akal.. Abu mengerti, kalau dia menceritakan perkara ini kpd orang lain, sudah pasti org akan menuduhnya gila.. akhirnya Abu pun menutup mulut dan meneruskan kehidupannya...   


*********************************************************************************

Peristiwa di atas diolah dari kisah benar yg pernah disampaikan oleh beberapa orang, antaranya kisah seorang wanita Rusia (kalau tak silap) yg pernah masuk akhbar di sana... kenapa dan bagaimana ia terjadi? Masih menjadi persoalan misteri...


Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:51 AM | Show all posts
Topi yg selalu Abu pakai utk berkebun, juga bertukar warna, dari putih ke biru... pokok bunga raya yg tumbuh di halaman rumah, sudah bertukar menjadi bunga mawar merah.. kepala tiang letrik di hadapan rumah yg dulunya berbentuk lonjong, kini berbentuk segiempat...  Malah apabila masuk ke pejabat, beliau yg dulu bekerja sebagai Pembantu Pengurus, kini tiba2 saja sudah menjadi Pengurus! Bila pula dia dinaikkan pangkat? Abu benar2 keliru dan bingung. Kenapa perkara2 ini sudah berubah? Sejak bila ia berubah? Sedangkan sudah 20 tahun Abu tinggal di sana dan setiap hari Abu melihat benda yg sama.. bekerja sebagai Pembantu Pengurus sudah bertahun2... tiba2 saja, selepas peristiwa 'hampir bertembung dgn lori', benda2 itu berubah.. tidak masuk akal.. Abu mengerti, kalau dia menceritakan perkara ini kpd orang lain, sudah pasti org akan menuduhnya gila.. akhirnya Abu pun menutup mulut dan meneruskan kehidupannya...


Peristiwa ini terjadi kepada aku, aku baru perasan pagar rumah aku bentuk lain, masa sekolah rendah dulu bentuk dia lain. Baru aku perasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2012 10:54 AM | Show all posts
Reply  andria


   boleh caya ke mende2 mcm ni.. macam mana nak faham benda ni? kalau dari segi  ...
manganini Post at 2-3-2012 00:56


Mintak maaf, saya tak dapat grasp konsep timeline ni. Macam dalam movie Hollywood plak. Wujud ke tim ...
rozzelle Post at 2-3-2012 10:25



Sebagai orang Islam, kita berpegang kpd Al Quran, hadis dan sunnah. Selagi TIADA bukti/dalil sahih mengatakan Alternate Timeline ini wujud, atau kita rasa ia menggugat IMAN kita, maka adalah lebih baik kita teruskan pegang Al Quran, hadis dan sunnah. Itu lebih selamat. Saya berkongsi perkara ini di sini bukanlah kerana saya mahu kita percaya bulat2, tapi sebagai sekadar menambah ilmu pengetahuan saja, dan mungkin juga boleh bertindak sebagai catalyst, utk mereka di luar sana menceritakan pengalaman mereka, yg PERNAH melalui perkara yg sama.

Selama ini kita diajar bahawa masa adalah LINEAR. Tapi dlm konsep Timeline ini, ia mempunyai banyak cabang2... mungkin ada berpuluh, beratus atau beribu... jadi utk tidak memeningkan kepala, ikutlah konsep masa itu LINEAR...


Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:57 AM | Show all posts
Saya pernah sekali seingat saya terdengar cerita dari seorang guru.. tapi soheh tak soheh saya tak pasti.. cuma rasanya ada macam related dengan timeline jugak..Pada zaman Nabi SAW selepas peristiwa Iskrak Mikraj ada seorang sahabat lelaki ragu dengan perjalanan  Nabi SAW naik kelangit dalam masa satu malam sahaja. Pada satu ketika sahabt lelaki itu telah mandi dalam satu kolam/sungai apabila dia bangun shj daripada menyelam tu tiba2 dia berada dalam tubuh seorang perempuan.. dalam timeline tersebut dia sempat berkahwin dan sempat melahir kan anak. kalau ikutkan timeline satu lagi mungkin mengambil masa bertahun2.. tapi dengan izin Allah Sahabat Nabi SAW tersebut telah kembali ke timeline yg asal... dan menceritakan dan bertambahla yakin dia pada malam Iskrak Mikraj Nabi SAW..

Kalau Yahudi nak kaji Timeline aku rasa diorang rujuk gak peristiwa sahabat Nabi ni jugak kot.. Wallahu aklam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 11:01 AM | Show all posts
Peristiwa ini terjadi kepada aku, aku baru perasan pagar rumah aku bentuk lain, masa sekolah r ...
Emoloser Post at 2-3-2012 10:51


Mungkin ditukar waktu anda tiada di rumah [contoh: waktu anda (kalau) bersekolah di asrama]? Sebab 'perbezaan memori' ini berlaku HANYA kpd mereka yg pernah mengalami Time Slip sahaja...  



Aku rasa  bila kita bina time line baru, time lime lama akan hilang, time line  yang asal adalah ber ...
Emoloser Post at 2-3-2012 10:40



Ramai orang tidak akan boleh menerima konsep ini. Ia terlalu ADVANCE bagi mereka. Dan sesetengah org sudah pasti akan kata, 'ini ajaran sesat' dan 'propaganda Barat/Yahudi'. Tapi saya rasa ulasan anda menarik. Mungkin kita perlukan seseorang yg ARIF dlm hukum Takdir dan bagaimana Takdir dpt diubah (menggunakan DOA).

Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 11:03 AM | Show all posts
Saya pernah sekali seingat saya terdengar cerita dari seorang guru.. tapi soheh tak soheh saya tak p ...
neofim Post at 2-3-2012 10:57



    Sangat menarik cerita ini... first time saya dengar. Kalau ada, mohon dikongsikan lagi.. sama2 kita diskusi.. Insya Allah..

Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.801847 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list