CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?

   Close [Copy link]
Post time 28-9-2011 06:04 PM | Show all posts
Mmm... Haku sendiri mcam blur2 sket nan apa yg nak disampaikan oleh TT.. Tapi perasaan ingin tahu tu ...
BabeYSHa Post at 28-9-2011 11:08



    aku setuju gak dengan bende ni..kalo setakat nak PM jek baik tak payah bukak threat....ishh buat orang tertanye2jek..ni yang marah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 06:07 PM | Show all posts
em ..penah rasa masa acheh kene tsunami..sehari sblm tsunami tu aku ade kat penang.. then baru cadang nak mandi kat batu feringgi hari ahad tu..bersamaan dengan hari tsunami..but cam mane tah tergerak nak balik universiti sebb hari khamis dah ponteng kelas..so malas la nak ponteng lagi hari ahad tu..(tak penah rasa baik sanagt cam ni..selama ni pontengg bayak hari pun rilek jek) pengetahuan kedah ahad adalah waktu bekerja ya

nasib baik aku balik hari sabtu tu..kalo tak aku lah antara mangsa2 dibatu feringgi kene pukulan tsunami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 07:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 28-9-2011 20:19
Mmm... Haku sendiri mcam blur2 sket nan apa yg nak disampaikan oleh TT.. Tapi perasaan ingin tahu tu ...
BabeYSHa Post at 28-9-2011 11:08



Maaf, saya tak nampak di mana salahnya saya membuka thread ini. Lagipun, tajuk & isi thread sendiri sdh memberi bayangan apa yg ditanyakan. Bukannya langsung takde petunjuk. Malah saya sudah mengatakan, sekiranya anda 'tidak merasakan', SKIP saja thread ini. Ada banyak lagi thread lain bukan? Masalah PM atau tidak, itu hak forumer utk melakukannya - sama ada mereka nak PM saya atau tidak. Klu tak nak, itu juga hak mereka. I respect their rights to do so.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 07:52 PM | Show all posts
kalo yg takde 'rasa' tp nak tahu boleh pm tak???
purple_orchid Post at 28-9-2011 11:09



    Honestly, saya merasa berat hati. Sebab saya tak mahu menjadi org yg menyebarkan sesuatu yg mgkn menjadi 'fitnah' di mata org lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 07:54 PM | Show all posts
awat tt ni pemalu sangat
mai la borak2 kat sini
kan ramai yg ada ni
tak pe kottttt
jangan ambik  ...
orangbesi Post at 28-9-2011 11:13


Ini bukan soal malu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 07:58 PM | Show all posts
event yang diramalkan akan menyebabkan banyak kemusnahan dan kesusahan kepada rakyat semesta

-le ...
jerangkoong Post at 28-9-2011 14:47



Saya tambah 1 lagi - projek Bluebeam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2011 07:59 PM | Show all posts
Reply  andria


    ye betul tu.... tapi ramai bebeno yang trtanya-tanya kan... clock hint secar ...
Clockwise Post at 28-9-2011 15:02



    clock, you are indeed correct in your scenario.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 08:00 PM | Show all posts
iols pun berminat nk tau apa yg T.T rasakan.....

boleh pm iols jugak ker?
reeny Post at 28-9-2011 15:47



    It's the other way around.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 08:01 PM | Show all posts
kebanyakan yang punya "rasa" rata-rata umur belia 30-an.Allahualambissawab.
tarabas1976 Post at 28-9-2011 17:16



    In my case, you are correct.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 08:22 PM | Show all posts
P.S Yg saya kata tentang boleh PM saya tu, ianya ialah utk mereka yg 'merasakannya', tapi atas sebab2 tertentu, mereka tak mahu dedahkan di thread. Jadi klu mereka sudi berkongsi cerita, tapi tak mahu dedahkan di thread, mereka boleh PM saya. Inilah maksud saya. Bukannya saya suruh semua org PM saya. Maaf klu saya tak jelas di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 08:33 PM | Show all posts
'raen si emit'
time is near...;)
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 08:50 PM | Show all posts
thread ni buat aku rasa neves!

i know someone yg ade instinct yg kuat...dan rasanya dia mcm ade penah sebut2 menda yg sebegini rupanya...dh link kan thread ni kt dia..harap2 dia merasa menda yg sama...

dan akhirnya boleh cita kt aku..sbb i'm really curious right now!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 09:40 PM | Show all posts
ermmm... ha ye lah. aku penah mimpi psl gunung berapi jugak.n tsunami.dlm mimpi tue aku lari sekuat hati, tp setakat mimpi2 aku y lebih dr 5 kali mimpi y sama tue sume aku terselamat n mmg tempat y aku tuju ialah tempat tinggi mcm gunung/bukit. perghhh..aku xsangka bukan aku sorg y rs bende nie. selama nie aku nk explain kat org lain ttg ape y aku rs aku xberani.tkt dorg kate aku giler plak. mmg hari2 aku runsing bile pk y aku rs nie.aku cume berdoa jek la n cube tingkatkan amalan2 aku sbb aku tau aku terlalu byk sgt dosa. mmg kt xmampu nk  buat ape2 sbb nie mgkin perkara y mmg allah dah tentukan akan jd. lgppn tue kan janji Dia.kt pn sedia tahu y kt adalah umat y terakhir kat dunia nie. tp sbb kt leka ngan keseronokan dunia, kt mcm xnak pk bende y dijanjikan nie dan seolah2 mcm nk menafikan ttg hari itu semakin hampir.iaitu kehancuran....sbb kt terlalu cintakan dunia hingga lupe tmpt y kita akan tuju utk selama2nya.wallahuallam
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 11:34 PM | Show all posts
Reply 67# andria


    i'll send u a PM..plz do check ur box yer....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 12:01 AM | Show all posts
salam semua
semuanya kuasa Allah yg satu,yg lebih mengetahui
menarik..tpi aku xde pengalaman sgt...
emm bila topic ni di buka aku duk pikir pasal rancangan national geography, yg bincang pasal tahun 2012, yg di tafsir oleh tamadun maya sbgai tahun kehancuran?
atau nk bincang pasal kontroversi aktivis yg bercerita pasai New World Order di amerika yg mugkin juga bakal bermula tahun depan,yg bertujuan membunuh kebanyakan manusia utk jaga populasi dan memudahkan memerintah yg berpaksikan syaitan

ha3..plik kn,klu kita kdg2 seaching kt internet mcm2 info kita x pikir leh terjadi terjadi,dan kita x terpikir,ramai sangat org yg hebat2 kat dunia ni,menyembah syaitan,atau terpaksa walau pun sedar,dan mahu mengubah keadaan itu,tapi x mampu  nak buat apa2..x kira la bidang apepun mcm hiburan,mcm michael jackson tu la...ada org ckp dia mati tu dibunuh,sbb dia dalam usaha mempelajari Islam & nk umumkn ke Islamannye pada konsert dia yg terakhir tu,tpi akhirnya dibunuh,konspirasi org yahudi,pengurus dia tu as u know yahudi...cube korg bygkn klu la di sempat buat cmtu,brape ramai peminat fanatik dia yg trut konvert ke Islam kn kn?

pe aku merepek ni,back to the topic ye..sorry
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 12:09 AM | Show all posts
sy juga salu merasa rasa mcm yang TT rasa
tapi tiada yang lebih baik daripada berdoa daripada Allah dan mintak di jauhkan dari gangguan syaiton...

apa2 yang berlaku pon semua kehendak Allah


negara kita sudah lama makmur........
org sudah mula lalai dan banyak maksiat.........
itu yg buat aku risau........

kan dalam Alquran ada menyebut dalam surah yusuf ttg negara yang subur selama 9 tahun dan kemudian di timpa bencana........ mcm tu la jugak yg berlaku kat indonesia
sebelum nih mereka telah mengecapi kegemilangan bertahun2 lbih awal dari mesia.. now banyak kehancuran disana..
boleh rujuk tafsir dalam surah yusuf psl hal nih
so kita semua berdoa la moga negara kita terus dilindungi Allah

salah satu filem yg boleh bg klue ( sy rasa la ) ttg perasaan TT ialah filem 'KNOWING'
try tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2011 12:30 AM | Show all posts
Ya, saya tahu tentang thread dari Highlander tu berkenaan Future Phenomenon (FP). Cuma saya ta ...
andria Post at 28-9-2011 09:29



   doom and gloom...coulnt have said it better my self
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 01:33 AM | Show all posts
aku pun ada 6th sense yang sangat kuat dengan orang-orang yang rapat dengan aku especially bapak aku ...
missayeen Post at 27-9-2011 14:04


aku slalu kena cam ko...  tetiba rasa kuat sangat nak contact parents...  pastu kompem  ada menda yang perlukan pertolongan aku cuma parents aku serba salah nak contact aku...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 09:13 AM | Show all posts
Urmm... haku dh letak RP2... Ikutkan memang nak biar rkan2 lain je komen.. nampaknyer haku kena la komen gak sket2....

Haku paham apa yg cuba disampaikan oleh TT tue... Ya.. Sesuatu yang "besar".... Tetapi biasanya kita akan memberi komen bertaubatlah sebelum tiba saat terbesar itu.. Beribadah dan bersiap sedia utk bekalan akhirat kelak.... Komen yg penuh nasihat utk kesedaran kita bersama. Seperti apa yg ingin disampaikan oleh TT... ianya apa yg dirasai... apa yg dia "nampak"... Bukan maksudnyer peramal.. Tapi "rasa" tue....

Macam cakap2 rakan yg laen.... Filem "Knowing"... yer.. haku dh tengok citer tue..... Memang pasal kehancuran dunia... Haku bukan nak bercerita bab filem lam hal neh.. Tapi just nak kongsi pendapat pasal apa yg haku baca dan artikel2 yg korang mungkin dah penah baca... dan korang sendiri pernah berpikir secara logik apa yg ingin di sampaikan melalui filem neh....

Lord Of The Rings - Konspirasi Dunia dan Disebaliknya

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi,

Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara2 ini.

Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.



Mordor = Markas dajjal Laknatullah


Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.

*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.

*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.



Sauron = All Seeing eye = The False Messiah


The All of Seeing Eye


Dinding = Isengard


Witch king = Ya'juj & Ma'juj


Gandalf = Imam Mahdi


Aragorn = Isa almasih


Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar


Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.


Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)


Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 09:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by BabeYSHa at 29-9-2011 09:17
Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiah di akhir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.

nota tambahan:
Lord Of The Ring adalah novel yang ditulis oleh J.R.R Tolkien dalam 3 siri. Gambar buku-buku yang disematkan ini adalah novel beliau yang dicetak pada tahun 1965, edisi kedua. Besar kemungkinan beliau telah mengkaji kandungan Al-Quran dan Hadis2 Rasulallah SAW dan dari kajian itu beliau mendapat ilham untuk menulis buku ini yang mirip seperti apa yang sedang berlaku sekarang dan akan berlaku diakhir zaman.

Waallahu’alam bissawab

** dipetik dari blog konspirasi dunia**

'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).

p/s : Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(QS. Al-A’raaf (7): 187)

~ kredit to http://warisanizryn4u.blogspot.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.876743 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list