CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?

   Close [Copy link]
Post time 1-10-2011 11:29 PM | Show all posts
wah dah jadi topik pasal perang akhir zaman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2011 11:42 PM | Show all posts
mmg betul masa berlalu begitu pantas, dan aku sangat bosan asik bekerja siang malam tanpa penghujung seolah2 hidup tiada halatuju, hidup kelam kabut asik nak cepat, sembahyang kelam kabut, mengaji ke mana, aktiviti bersama keluarga ke mana, x cukup tidur. tak seperti 10 tahun dahulu hidup tenang dan lengkap pengisian masa tanpa kelam kabut
baru2 ini pergi soping tetiba asik belek beg kalis air, baju hujan, mangkuk tepen, benih pokok, dan merancang standby pakaian/mandian/berus gigi/kasut dalam kereta kerna kebetulan ai diarah outsatation3 bulan yg mungkin bermalam sehari dua di beberapa tempat. sblm ini kerja di ofis dan outsataion balik hari ja.bila baca ini thead baru teringat, mungkin tindakan tanpa sedar kot. dan terus teringat thread lampau yg hangat dibincang berkaitan dajal, future fenomenon, nibiru, blue beam, red lady n macam2. tahun ini tahun x best seperti bekerja hanya sia2 dapat gaji n habis mebayar macam2, dapat penat ja bekerja, hidup kelam kabut, apa yg dikejar tak tahu lah (kejar masa, duit, knowlegde, masa beribadah dan bersama keluarga yg singkat). rasa bilakah keadaan ini berakhir
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 12:47 AM | Show all posts
mmg betul masa berlalu begitu pantas, dan aku sangat bosan asik bekerja siang malam tanpa penghujung ...
ninja boy Post at 1-10-2011 23:43




so true. kekadang aku tgk dokumen2 kat opis ni pun aku terfikir..ni semua kertas jezaman kita ni, kita semua di programkan dgn budaya kerja yg mcm ni
keje mcm robot.....
semua sibuk bekerja dgn komputer & kertas
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 01:02 AM | Show all posts
datuk2 nenek dulu, ada kebun hanya bekebun 3 jam ja, then menuai n menjual di kedai, ptg boleh mancing, malam ke masjid, simple life betullah, kewangan sikit masih boleh hidup. x spt sekarang pergi balik kerja buang masa jem di jalanraya, bekerja di atas jalan dgn menggunakan telefon, fb, email, etc di kedai mamak/hotel/wifi berukband, buat report sana sini, meeting itu ini sampai ke malam, balik sudah penat, esok rutin yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 01:09 AM | Show all posts
kerja deal dgn kertas, komputer
long working hours....stressful life, hectic lifestyle
urusan jual beli pulak guna kertas & plastik (credit card)
tu semua part of 'their' program
and we are the victims
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 02:48 AM | Show all posts
cuba la bel tanya...nanti share ngn clock...clock pun actually tak dapat gambaran jelas tt ...
Clockwise Post at 1-10-2011 16:51


bel dah tanya, sedang tunggu jawapan dia.
minta2 la dia sudi nak jawab..err clock blh bg clue tak ttg isu apa? maybe dia pernah cerita dulu bel lupa..clock blh PM bel kalau it's a bit sensitive...

hmmm....anak saudara bel pun ada sorang commando tp tak sure la dia tau ke tidak sbb dia tu mcm takde keje aje..asik standby aje. cuma thn lepas dia jd tentera pengaman kat Lubnan kalau tak silap. cuma menurut dia ada few ujian lagi dia belum ambil mcm graviti tu, then serangan taktikal untuk iring org kenamaan...nnt kalau ada kesempatan bel tanya dia juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2011 02:53 AM | Show all posts
lepas tuh jangan lupa kongsi2 kat sini........... kalau takleh cakap terang2... bagi klu2 dah lah. ...
Risma Post at 1-10-2011 16:34


insyaallah selagi ia tak melibatkan keselamatan negara.
kadang tu kita ni komen bukan main kan?
walhal kita tak tahu kisah sebenar di sebalik sst kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 02:57 AM | Show all posts
ishhh...aku baru terbaca benda ni tadi...macam tetauuuu jerr....
madeinborneo Post at 1-10-2011 21:18


email tu sebenarnya dah circulate sejak few years back.
asalnya takde letak thn..bel pun pernah persoalkan ttg thn..
sekali tu tgk2 this year pandai dah letak tarikh.
tp tak mengapa..ia mengingatkan kita supaya tak lupa pd allah..
cuma, benda2 mcm ni kadang tu dtg dr musuh agama juga.
sbb mereka tahu bila kita mula tumpu pd persediaan nak kiamat, kita mula lupa terus pd yang lain.
dan umat islam akan mula lemah dr segi ekonomi. bila ekonomi lemah, apa akan jd pd umat islam?
masing2 akan jd terdesak untuk teruskan kehidupan dan pada masa yang sama masih asyik memikirkan ttg kiamat.
sedangkan semua umat islam tahu kiamat pasti dtg, kita cuma perlu bersedia dari awal supaya hidup kita seimbang tak kucar kacir.

itu pendapat bel aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2011 08:23 AM | Show all posts
datuk2 nenek dulu, ada kebun hanya bekebun 3 jam ja, then menuai n menjual di kedai, ptg boleh manci ...
ninja boy Post at 2-10-2011 01:02



    Perasan tak, hidup kita adalah seperti robot? Pegi keja jam 8, balik jam 5. Nilai kerja kita diukur dgn wang kertas. Kemudian stuck dlm traffic jam, tgk2 balik rumah kdg2 dah malam. Lepas tu sambung membuang masa di FB, Twitter, Friendster dan kdg2 merapu2 di Forum tanpa ISI. Kita bergantung kpd sistem teknologi utk hidup. Kita menghabiskan usia kita dgn menjadi hamba kpd 'sistem' yg dicipta ini. Pernahkah kita bertanya - siapakah pencipta sistem ini?

Siapakah yg mencipta sistem 'kerja' dan sistem 'gaji'? Siapakah yg mencipta sistem bank, insurans, semuanya - yg memberikan impak & efek bahwa "life is SUPERFICIAL"? Inilah yg kita lakukan sehingga kita mati.

Saya rasa, ramai yg sudah sedar tentang perkara ini dan ramai yg mempunyai cita2 utk duduk saja di kampung, kembali seperti zaman sebelum manusia menjadi lebih moden. Tapi kpd mereka yg lebih mementingkan standard, ya, tentu saja mereka tidak akan merasakannya. Mereka cuma nampak duit - as if there is no tomorrow.

Bayangkan suatu bencana besar berlaku, yg melumpuhkan sistem teknologi yg kita kenal pd hari ini - tiada lagi elektrik, tiada lagi kereta, tiada lagi internet, tiada lagi televisyen, tiada lagi telefon mudah alih. Kita kembali ke zaman seperti zaman moyang kita. Tiada lagi artis2, lagu2, filem2, model2, politicians yg perlu disembah sebagai idol. Semua manusia sama rata - back to zero. Agaknya berapa ramai manusia akan dpt bertahan dlm kehidupan baru itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2011 08:35 AM | Show all posts
Sejak akhir2 ini, ramai yg mendapat mimpi2 akhir zaman (bukan maknanya kiamat) - antaranya meteor jatuh ke bumi, matahari menjadi dekat dgn bumi sehingga langit menjadi hitam, gempa bumi yg dahsyat, langit berwarna merah, bulan ada 2, bintang2 jatuh ke bumi, tsunami setinggi gunung, bah besar, etc...  

Cuba cek2 instinct anda. Ada tak rasa gelisah, kerap terjaga dari tidur (tak dpt tidur lena), rasa mcm serabut, rasa mcm mengejar masa, rasa mcm anda digesa utk melakukan sesuatu, tapi anda tak tau, apa dia?

Hidup dlm sistem yg kita ada seperti hari ini, membuatkan kita 'alpa' utk mendengar suara hati kita sendiri. Walhal suara hati kita sering memberi amaran utk kita agar tidak lalai, tapi kita yg enggan mendengarnya - termasuk saya.

Semoga Allah membantu kita menjadi manusia yg sebenar2nya bersifat 'hamba' kepadaNYA.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 09:42 AM | Show all posts
Perasan tak, hidup kita adalah seperti robot? Pegi keja jam 8, balik jam 5. Nilai kerja ki ...
andria Post at 2-10-2011 08:23



   aku tak takut menghadapi apa yg mendatang..kecuali mati. aku memang takut mati. kenapa? between me and Allah.

jangan tanya aku tahu dari mana...but yes, we will back to zero...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 09:57 AM | Show all posts
datuk2 nenek dulu, ada kebun hanya bekebun 3 jam ja, then menuai n menjual di kedai, ptg boleh manci ...
ninja boy Post at 2-10-2011 01:02


exactly the same i experience.. cuma tak tempuh jam jer... huhuhuhuh... sedar2 dah bgn balik keesokkan utk the same routine....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 10:01 AM | Show all posts
aku tak takut menghadapi apa yg mendatang..kecuali mati. aku memang takut mati. kenapa? bet ...
madeinborneo Post at 2-10-2011 09:42


kongsi2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 11:11 AM | Show all posts
Reply 154# want2bhappy


    ye ye ye
sokong!!!!!!

lagipun ALLAH tu cukupp cukuppp baikkkkk
aknnnn kannnnnnn kannnnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 04:49 PM | Show all posts
bila baca tred ni mmg nina jd sangatttttttttttt takuttt nak2 tringat akan mati bila2 masa... sdgkan amalan lom cukup utk jd bekalan....

br mgu lps jd sgtttttttttttt takut nak tido lps baca kes kematian rakan forumer kita kt bod gossip tu... wpon sblm2 tu xde rasa apa tgk kes2 kematian ngeri sekalipun.... hinggakan rasa xnak pejam mata takut tertidur wpon tau esok nk bangun awal nak keja... utk buang rasa takut susah payah cari zikir utk hilangkan rasa takut tu... sedar2 esok sbb spai tertidur baca ayat nk ilangkan rasa takut tu.... :cf:

dulu2 x ingat tahun bila nina penah mimpi 2-3x gak la mcm kiamat berlaku.... bangunan sume runtuh... banjir besar melanda... nampak ombak bergulung besar mcm mengejar manusia... mmg bila mimpi camtu bangun2 sbb takuttttt sgttt berpeluh2... xnak tdo lagi.... emmmm minta2 lom masanya dunia ni hancur kerana belum ada bekalan utk akhirat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 05:07 PM | Show all posts
bagi yang baca sejarah atau kitab maka akan tahu ...tanda tanda nya banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2011 06:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 2-10-2011 18:44

LARI TOPIC SORRY TT ha3


KONSPIRASI DUNIA - MAKHLUK ASING KEBENARAN YANG SEBENAR
Based on MistisFiles article "Alien"
Writer : MistisFiles Photo/Editor : MacJay.Net

Bila bercakap tentang UFO, perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya 'alien' itu?. Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?

PROPAGANDA

Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk jin dan syaitan kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa. Jika di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin. Di Amerika tiada bezanya, modus operandinya sama. Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan. Hallucination, abduction, space travel, implant, mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang sama. Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam pengalaman orang-orang Melayu. Bezanya di Amerika, terdapat campur tangan manusia.

Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?. Kerajaan Amerika, yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi, atau kita panggil The Hidden Hand, Illuminati, Freemason, konspirasi Zionis atau apa sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini. Pertukarannya adalah teknologi. Gambar diatas merujuk kepada kawasan bernama Area 51.

Jin adalah makhluk mukallaf. Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di dunia. Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka. Sebab itu ada Jin Islam dan Jin Kafir. Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia, maka pada masa yang sama, mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia. Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi besar ini?.

Dajjal dan para penyembah Iblis. Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya, sebab itu tiada seorang Nabi pun diutuskan melainkan dia akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal. Dajjal juga mempunyai teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama, disamping itu dia tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.

Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau 'shadow government' perlu melakukan tugas khas. Apakah tugas itu? Tugas itu adalah kerja-kerja mempromosikan 'alien' sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas. Untuk apa?

Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.

Keduanya untuk propaganda susulan. Iaitu 'upgrade' imej 'alien' kepada para dewa atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi. Kini para dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?). Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria).

Ketiganya untuk membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau penyelamat bagi manusia. Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.



Dari premis di atas, para Elit telah mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran awam. Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah 'alien' ini. Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang ditulis oleh nabi makhluk asing itu. Para cendekiawan juga diupah untuk menulis tentang Annunaki atau 'ancient astronauts' yang kononnya merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang 'hilang' kini kembali untuk menguasai bumi.



Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan lebih jauh. Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas pertubuhan inspirasi Dajjal. Freemason (Scottish) adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang ini. Begitu juga lambang helang. Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang yang sama pada logo Nazi. Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra In America.

Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis. Segitiga adalah lambang khas kultus sihir dan juga materialis. Semua puak 'alien' menggunakan kombinasi lambang-lambang ini. Anehkan? Mereka dari 'tuan' yang sama.



Cuba lihat salah satu tulisan 'alien' yang sempat direkodkan (gambar atas). Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah dapat mengecam jenis tulisan ini. Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code. Sudah terang lagi bersuluh.

Seperkara lagi, teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud). Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.

Sebagai tambahan, ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling mudah bagi jin. Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia dalam bentuk ular. Cicak pula adalah lambang pengkhianat. Teliti kisah Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik. Dan apakah rahsia sabda Nabi yang mensunatkan kita membunuh cicak?

===sumber info : http://aku-macjay.blogspot.com/search/label/Konspirasi%20Zionis =============================

LAIN2-KONSPIRASI DUNIA_NEW WORLD ORDER
http://saint-guerre.blogspot.com/search/label/Konspirasi%20Dunia

pss: byk lagi info2 yg menarik baca la blog tu,sekadar membuka minda,x salah kn
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 11:38 PM | Show all posts
masa / waktu jadi lebih cepat disebabkan oleh gempa bumi.. paksi bumi bergerak beberapa mm bila gempa berlaku dan diramalkan tahun dpn lebih banyak gempa bumi yg berlaku.. dan lebih dasyat..wallahualam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2011 01:09 AM | Show all posts
LARI TOPIC SORRY TT ha3


KONSPIRASI DUNIA - MAKHLUK ASING KEBENARAN YANG SEBENAR
Based on Mi ...
mrjinggozzz Post at 2-10-2011 18:28



Info ini mungkin lebih sesuai klu diletakkan dlm thread tentang UFO/alien.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 02:04 AM | Show all posts
six sense nk kiamat ha ha ha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.079166 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list