View: 8778|Reply: 14
|
Hyundai Elantra 2011 - Review Pandangan Anda Di sini!!!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by azhartahir at 26-9-2011 21:00
Saya bercadang nak sambar Hyundai Elantra 2011. Apa pandangan anda dengan kereta ni?
Mengambil bahasa komuniti sekarang ini “Cer teka, cer teka mana lagi laku, Camry, Teana, Accord atau Sonata?” Honda Accord sudah lama menjadi saingan Toyota Camry dan baru-baru ini Nissan Teana menyertai pertarungan merebut pelanggan tempatan. Hakikatnya ketiga-tiga model itu dari negara sama iaitu Jepun yang bermakna pada penghujung hari, negara itu jugalah yang akan untung kerana hasil jualan akan dibawa pulang ke negara mereka. Walau bagaimanapun ada satu pengeluar yang sedang membocorkan kantung wang mereka untuk dibawa pulang iaitu Hyundai dari Korea dengan model Sonata.
Kempat-empat model itu, Camry, Teana, Accord dan Sonata masing-masing berada di dalam kategori sama dan bersaing dengan hebat. Kesemuanya mempunyai saiz lebih kurang sama selain daripada enjin bersesaran 2.0 liter dan 2.4 liter kecuali Teana dengan 2.0 liter dan 2.5 liter. Jika anda berada di dalam kelompok pembeli kategori tersebut pasti sukar untuk membuat pilihan kerana harganya juga dekat-dekat, ibarat tiga atau empat kedai makan yang masyhur diletakkan sebelah-menyebelah. Buntu untuk membuat pilihan.
Keempat-empat model itu berada di dalam kereta segmen D [sederhana] manakala kereta segmen C [kecil] pula terdiri daripada Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Kia Forte dan di dalam konteks artikel ini ialah Hyundai Elantra. Model itu fungsinya adalah sama seperti Sonata iaitu merebut seberapa banyak yang boleh daripada pesaing lain. Jika disebut Elantra pasti terbayang rekaan yang kurang menarik dan membosankan, hakikatnya itu adalah untuk model yang lepas-lepas dan model baru iaitu generasi kelima Elantra sudahpun mula dijual di Korea Selatan pada Ogos lepas.
Elantra 2011 menggunakan pendekatan moden dalam menghasilkan kereta kompak tradisional dengan menggunakan ciri pelaris seperti rekaan ‘beremosi’ dan peralatan yang terdapat dalam kereta mewah. Buat pengikut kereta Korea, terma Fluidic Sculpture [FS] pastinya kerap bermain di bibir mereka. FS adalah permainan angin yang dijelmakan pada badan kereta bagi menampakkannya seperti sentiasa bergerak. Elantra yang direka di fasiliti rekaan Hyundai di Irvine, California adalah evolusi rekaan FS yang terdapat pada Sonata. Sisi Elantra mempunyai garisan-garisan yang melambangkan hembusan angin dengan garisan keras pada bahagian bawah yang bermula dari pintu depan. Rekaannya menggunakan konsep Fluidic Sculpture, tema yang sama digunakan pada Sonata.
Garisan-garisan itu yang digabungkan dengan arca roda yang menonjol dan bumbung yang sleek pula menjadikan Elantra sebagai pakej yang menarik dan luas. Garisan pada badan juga menjadikan kereta itu lebih aerodinamik dengan pekali seret sebanyak 0.28, suatu yang rendah untuk kereta penumpang. Gril signatur Hyundai yang berbentuk heksagon dengan lampu utama yang seperti ditarik ke belakang pula memberikan wajah seolah-olah seorang atlet.
Di bawah bonet depan, Elantra dikuasakan oleh enjin serba baru iaitu 1.8 liter Nu berkuasa 148 hp. Enjin Nu dibangunkan untuk mengantikan enjin 2.0 liter Beta pada Elantra generasi keempat. Saiz enjin baru tersebut lebih kecil, 33.6kg lebih ringan dan 18% lebih baik lebih baik dalam penggunaan minyak di lebuh raya berbanding model sebelumnya. Komponen utama enjin itu ialah penutup dan blok yang diperbuat daripada aluminium, Dual Continuously Variable Valve Timing [D-CVVT], Variable Induction System [VIS], Roller swing arm dan Hydraulic Lash Adjusters [HLA], Electronic throttle control dan Offset crankshaft.
Enjin itu kemudiannya dipadankan sama ada dengan transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan dengan butang kawalan manual SHIFTRONIC. Harus tahu, Hyundai adalah antara empat pengeluar global yang menghasilkan sendiri transmisi unik enam kelajuan, pengeluar lain kebiasaannya mengupah firma luar untuk membina transmisi mereka.
Badan Elantra baru berasaskan casis dengan jarak titik roda berukuran 106.3 inci iaitu 2 inci lebih daripada model sebelumnya. Panjang keseluruhan pula ialah 178.3 inci dengan 69.9 inci lebar manakala tingginya pula ialah 56.5 inci. Dengan saiz itu Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat mengklasifikasikan Elantra sebagai kereta bersaiz sederhana berbeza dengan Civic dan Corolla yang diletakkan di bawah kategori kereta kompak. Pada bahagian gantungan casis, Elantra dipasangkan suspensi jenis McPherson dengan penyerap hentak isian gas. Suspensi belakang pula adalah jenis palang kilasan [torsion beam] dan penyerap hentak tiub tunggal [mono tube] untuk lebih keselesaan. Palang penstabil depan dengan diameter 23 mm pula dipasangkan untuk mengurangkan olengan badan sewaktu jalan selekoh.
Daripada segi keselamatan pula, Elantra model 2007 adalah antara sedan kompak terawal dipasangkan Electronic Stability Control [ESC] dan Elantra 2011 pula terus cemerlang dengan penggunaan Vehicle Stability Management [VSM], sistem yang sama dipasangkan pada model mewah Hyundai Equus. VSM adalah sistem utama yang mengawal ESC dan Motor-Driven Electric Power Steering [MDPS]. VSM berfungsi dalam dua keadaan, yang pertama ialah apabila pemandu memecut atau membrek dalam keadaan licin dan kering pada dua bahagian berbeza dengan kenderaan bergerak pada satu arah. VSM seterusnya mengesan keadaan itu dan menghantar isyarat kepada MDPS dengan menambah 8 Nm untuk pengimbangan stereng. VSM juga berfungsi apabila pemandu menukar lorong secara mengejut dan mengambil selekoh dengan laju. Peralatan keselamatan lain pad Elantra ialah enam beg udara, ABS dengan Brake Assist dan Electronic Brake-Force Distribution [EBD].
Katalah Elantra dipasarkan di Malaysia dan jika dikira rekod kereta Korea, harganya jualannya adalah di bawah paras kereta Jepun dengan pakej spesifikasi yang menarik. Berbalik kepada soalan saya pada awal artikel ini, jika jualan daripada bulan Januari hingga Mac 2011 dijadikan sandaran maka pemenangnya ialah Toyota Camry dan paling corot sekali ialah Hyundai Sonata. Namun Sonata hanya ketinggalan lima unit di belakang Honda Accord.
sumber : geartinggi.com
Berapalah agaknya rege keta ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
bila aku tgok bhgian dpn, aku asik terbayangkan mybi yg baru tu
overall rupa kete da ok da, cuma mcm ada terlebih fluiditynya berbanding sonata, aku suka lmpu blng kete ni yg mirip sonata
rear torsion beam suspension? kalo guna sistem multilink brula bole celen si civic tu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dari segi after sales service, aku lebih yakin hyundai dari kia |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi design and features, memang aku akan pilih hyundai la...tgk kokpit pun mengancam..harga maybe below 100k agak2 dlm 90k kot...
aftersales services ngan 2nd hand value still takleh lawan japan car tapi aku rasa still worth to buy this elantra2011 |
|
|
|
|
|
|
|
Lancer tetap dihati |
|
|
|
|
|
|
|
So hyundai ni nak cari spare macam mana ?
senang tak, lepas tu harga sparepart cmne? |
|
|
|
|
|
|
|
harga lebey kurang kia forte kah? |
|
|
|
|
|
|
|
sampai sekarang tktau harga kete nih lagi..tp sales agent bgtau dlm 90k-105k..launching mid december 2011 katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
cun..aku suka..tapi bini suka si dugong pulak huhu |
|
|
|
|
|
|
|
HYUNDAi skank ni makin lawa keta2 dia...ngancam gitu..nak 1 lah nnt.. |
|
|
|
|
|
|
|
saper y minat giler kat K Pop tu amat sesuai anda memiliki keta nie...huhu...takder kaitan pon... |
|
|
|
|
|
|
|
mantap seyh...saya pun berkenan gak...caner? ok ker? |
|
|
|
|
|
|
|
artline22 posted on 7-6-2012 08:55 AM
mantap seyh...saya pun berkenan gak...caner? ok ker?
artline22 ok sesgt..setakat ni dah ramai yg booking elantra..dah lbih 5000 org skrg waiting list..tp kalo nak test drive n nak tau maklumat selanjutye leh la contact sye..016-7357330..Zul atau email sye at [email protected] appointment dulu ye..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|