CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariapersanta

Seni Tafakur Melayu

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2011 06:50 PM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=nVS0hFyqXPs
Road Tour Team Tafakur Melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2011 09:27 PM | Show all posts
firaun kata dia tuhan sebab dia kata dia yang berkuasa maksudnya dia itu (firaun ramses). tetapi apa ...
ariapersanta Post at 1-10-2011 13:57



    jangan slah paham bukan nk jadikan ruangan ni jd forum hakikat...sekadar perbincangan untuk manfaat bersame hehe...jadi ape yang kite kurang,sedikit sebanyak akan terisi dan akan kurangkan kekeliruan..dengan perbincangan kat sini hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 09:30 PM | Show all posts
carik guru yang sesuai kalau hajat nk belajar....bende2 cmni umpama meniti di atas seurat benang...salah langkah sikit je boleh jadi macam2.....sekadar menasihati heheh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 10:57 PM | Show all posts
ehh tak. mana ada nak buat, nak tahu cara je bukan nak praktikkan. takut la macam yg dikata kat atas, dah bukak tak tutup2, mau gila jadiknya hehe. nak tahu aje kot kena ada apa amalan. curious. tapi ni dah kira rahsia la kot? tak bleh bagitau kot org seleweng info?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2011 11:00 PM | Show all posts
dia bukanlah rahsia sangat, ramai guru yang boleh bagi tahu, tapi adat bealajar ..ilmu juga kena dipinang bukan isteri je yang kena pinang, risik, ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 11:20 PM | Show all posts
Reply 39# pecintanya


   x ..x .. saya penakut. hehe. curious nak tahu saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2011 11:21 PM | Show all posts
dia bukanlah rahsia sangat, ramai guru yang boleh bagi tahu, tapi adat bealajar ..ilmu juga kena dip ...
ariapersanta Post at 2-10-2011 23:00



ok faham rasanya. macam kena diijazahkan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 12:20 AM | Show all posts
Reply 47# kismis

ijazah tu bukan nak ambik senang2 cm2 je..
mcm konvo uitm jugak tu.. kena pakai jubah bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2011 02:02 AM | Show all posts
Reply 48# pecintanya


   tau.. tau tapi tau sikit2 je hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2011 10:30 AM | Show all posts
tu baru ijazah blum Phd lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 11:51 AM | Show all posts
hahah...phd lagi otai.....tapi bagus jugak kalau tahu...boleh bentuk diri agar lebih taat dan akur akan kebesaran dan kejadian...di samping dapat menginsafi diri kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 04:10 PM | Show all posts
tafakur melayu adalah jalan untuk merapatkan diri kita dgn pencipta selain dari ibadah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 02:29 PM | Show all posts
yup betul2...salah satu jalan jugak untuk memohon di permudah kan segala urusan.selain dari kite berdoa selepas sembahyang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2011 04:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 6-10-2011 16:26

Pengenalan

Pengenalan, bangsa melayu ialah bangsa yang terkenal di nusantara, terkenal dengan keberanian dan semangat waja. Lagenda menyatakan bahawa orang pertama mengelilingi dunia ialah orang melayu bernama Panglima Awang atau dikenali di barat dengan nama Enrique atau Henry The Black. Beliau lah yang melengkapkan pengembaraan Ferdinand Magellan mengelilingi dunia,

Asal usul seni tafakur ini adalah dari golongan pahlawan , mereka menggunakan seni ini untuk memperolehi kekuatan luar biasa. Mereka menggabungkan kekuatan fikiran bawah sedar dan spiritual untuk mencapai perkara yang dihajati. Hasilnya para pendekar melayu ini mampu bergerak dengan lebih pantas, mampu menahan kesakitan, mampu menyembuhkan diri sendiri dan lain lain perkara yang mereka hajati sesuai dengan diri mereka.

Rahsia ini dipusakai oleh para guru, mahaguru dan pendita silat melayu dan hanya diwariskan kepada mereka yang benar benar layak dan sanggup menerima amanah untuk menjaga rahsianya.

Setelah kedatangan agama Islam di nusantara pada penghujung kurun 13seni ini mengalami asimilasi dimana unsur mistik alami (animisme) diganti dengan amalan amalan berunsur kerohanian islam.

Pada tingkat ini lah para pendita silat tersebut  berjaya mencapai tahap yang tertinggi yang dipanggil kesedaran minda tertinggi. Kaedah ini juga diamalkan oleh para ulama, sesuai dengan ajaran Islam yang  menganjurkan tafakur . Ia diperbaiki dari masa ke semasa  menjadi satu seni dan kaedah  mengenal diri yang sempurna dan sesuai sepanjang zaman.

Apa bila ianya diwariskan kepada  YTM  Tks Datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al Qadiry , beliau men dapati seni ini bukan sekadar berguna dalam dunia persilatan malah dapat memberi manafaat dalam kehidupan seharian . ia juga dapat dijadikan medium untuk mencapai keharmonian sejagat.

Jadi beliau mengambil keputusan untuk berkongsi rahsia ini agar semua manusia tidak kira agama dan bangsa dapat mencapai kesedaran tahap tertinggi dan menjadikan mereka manusia yang lebih baik, fizikal , mental dan rohaninya .

Ini menjadikan beliau mahaguru yang pertama membawa rahsia ini ke persada dunia, dengan harapan dapat menyampaikan mesej kedamaian dan kesejahteraan  supaya seluruh dunia dapat hidup dalam aman damai, sihat dan berjaya dalam bidang masing masing.  Inilah Seni Tafakur Melayu

Tafakur atau meditasi telah dipopularkan oleh para pengamalnya dalam pelbagai bentuk dan cara, kebanyakannya bersifat universal dengan pelbagai konsep, yoga adalah salah satu cabang yang popular dan dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat diseluruh dunia.

Tafakur Melayu atau Malay Meditation adalah salah satu cara yang diwarisi oleh YTM Tks Datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al Qadiry yang mana ia menggabungkan konsep kerohanian Islam dan kaedah saintifik , sekaligus menghasilkan satu kaedah yang moden tetapi masih mengekalkan prinsip prinsip tradisi yang unik.

Didalam pelajaran Tafakur Melayu , kaedah yang disampaikan adalah mudah dan praktikal. terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :-

o        Pembukan pintu tenaga
o        Tafakur diam/senyap
o        Tafakur kreatif







Objektif
Objektif utama pengajaran ilmu ini ialah :-

o        Menyampai , serta memperkenalkan satu warisan Bangsa Melayu yang hampir pupus        
o        Memperkenal dan menaikkan  nama Malaysia dan bangsa Melayu dipersada dunia
o        Menyampaikan satu ilmu yang bermanafaat untuk menanganai segala macam masalah fizikal , spiritual dan mental masyarakat moden
o        Menggalakkan satu aktiviti yang sihat serta bermanafaat
Golongan sasaran

Kaedah tafakur ini sesuai diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama bangsa atau usia namun adalah lebih sesuai diamalkan oleh golongan berikut

o        mempunyai masalah steress
o        pelajar/ pengajar
o        artis atau orang yang bekerja didalam bidang yang memerlukan kreativiti
o        jurujual/promoter
o        mempunyai masalah kesihatan
Manafaat dan kegunaan

Meditasi atau tafakur adalah satu cara yang diguna pakai oleh masyarakat timur untuk mencapai keharmonian dalam kehidupan. meditasi atau tafakur mampu merangsang otak untuk menjadi lebih kreatif, membantu mengurangkan kesan tekanan atau stress, dan pelbagai kegunaan lagi.






Manafaat Tafakur Melayu

o        membersihkan diri dari unsur negatif  baik dari segi fizikal, mental ataupun spiritual
o        menangani masalah stress
o        memperolehi ketenangan dan mampu mengawal emosi dengan lebih baik.
o        meningkatkan kemampuan penyembuhan semulajadi tubuh
o        mempertingkatkan ketahanan diri dari segi fizikal , mental dan spiritual.
o        mampu meningkatkan fungsi otak kepada lebih dari 5% sedikit demi sedikit.
o        meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti
o        meningkatkan kualiti kerja /pelajaran
o        menangani masalah kehidupan, baik dari segi fizikal mental dan spiritual.
o        kebolehan beladiri dan juga kemampuan merawat diri dan orang lain


Cara penyampaian kaedah tafakur ini terbahagi kepada tiga iaitu:-

o        Mengikut kaedah moden iaitu pelajaran melalui video yang boleh di muat turun dari internet. Kaedah ini sekaligus membolehkan kaedah ini dipelajari diseluruh dunia.
o        Melalui panggilan telefon iaitu pembukaan pintu tenaga dilakukan melalui telefon oleh Guru Utama (YTM Tks Datuk Dr Azam Zulkifli Al Qadiry)
o        Melalui cara tradisi iaitu pembukan pintu tenaga melalui kaedah berhadapan dengan Guru Utama (YTM Tks Datuk Dr Azam Zulkifli Al Qadiry)

Perlaksanaan Tafakur Melayu
Tafakur Melayu boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu

o        Kaedah moden (universal)
o        Kaedah tradisi (islamic )





Pengasas dan Grandmaster



YTM Tks datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al Qadiri ialah Pengasas dan Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas kepada kaedah rawatan alternatif PUTRA(perubatan tenaga rohaniah dan alam) dan merupakan Presiden Persatuan Pengamal Pengamal Perubatan Alternatif PUTRA Malaysia

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang rawatan Alternatif dan kerohanian Islam, juga merupakan CEO Gayong Maarifat Group of Companies sebuah syarikat bumiputera yang berjaya .

Anak jati negeri Pahang ini bermula hanya dengan kepercayaannya kepada ilmu yang diwarisi, beliau dengan beraninya terjun ke bidang perniagaan hanya berbekal dan bermodalkan Meditasi Melayu. Kini Gayong Marifat Group of Companies telah menjadi induk kepada 3 anak syarikat yang berjaya iaitu Gmsue Resources Network Sdb Bhd, Life Gold Sdn Bhd, dan Pusat Rawatan Panji Alam Sdn Bhd. Disamping menjadi ahli lembaga pengarah Koperasi Maarifah Bhd.

Beliau adalah testimoni hidup yang membuktikan bahawa penggunaan Tafakur Melayu tidak hanya terhad kepada beladiri , tetapi amat bermanafaat untuk kehidupan.

Beliau kini mempunyai lebih dari 50,000 murid seluruh dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 04:30 PM | Show all posts
Dulu aku suka bertafakur bersendirian........ tapi sekarang... kesibukan dunia menyebabkan aku terlalai dan teralpa... sungguh sedih... bila keluar thread nih, mcm nak bertafakur semula...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2011 10:04 PM | Show all posts
insyaalah eddy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 11:22 AM | Show all posts
info yang tersangat lah bagus..t.kasih ariapersanta..meremang baca sejarah nye..buat edy,amalkan semula..cahaya tak ilang..cume pudar...aku pun pernah terlalai jugak hehe..tapi alhmdulillah...sekarang lebih rajin....terutama bile lewat malam....lagi senang khusyuk heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 02:58 PM | Show all posts
niat untuk bertakarub dgn Allah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply 57# sil-khannaz


   dgr kata Sil Khanaz da album baru {:1_137:}{:1_137:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 04:23 PM | Show all posts
eh dgr jugak ke..yup....saye beli cd lagi....tapi paling feberet lg santapan terakhir raj bersiong la...hehe rajin jamm lagu tu dulu..sound je kurang sebab dh tukar gitaris hehe bkn lg cd khanzab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061289 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list