mek. i tak berminat nak tau psl julia ni. yg buat ai berminat psl syed bolkiah yg selalu blakon dlm ...
tapibukanaku Post at 28-9-2011 13:14
die hidup.. but sgt berbeza dr dulu.. jap mek tepek..
BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah gambaran yang dapat disimpulkan apabila melihat sendiri keadaan pelakon baru Sheikh Boolkiah yang terlibat akibat kemalangan jalan raya. Barangkali ramai yang masih tidak mengenali siapakah gerangan Sheikh Boolkiah, 24, atau lebih mesra disapa dengan nama Abol ini. Dia merupakan antara teraju utama filem Pulau Asmara yang sedang ditayangkan mulai 17 Disember lalu.
Sayu hati tak kala melihat sekujur tubuh yang pernah menghiasi drama-drama tempatan lewat kebelakangan ini. Dia sekarang sudah tidak bermaya angkara kemalangan jalan raya pada 30 April yang lalu.
Ketika itu Abol sedang berkonvoi menaiki motosikal berkuasa besar dan kejadian tersebut berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur apabila di gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya. Abangnya Sheikh Fakira, 30 tahun yang turut berada di tempat kejadian sama sekali tidak menjangka yang adiknya akan mengalami nasib sedemikian rupa memandangkan itu bukanlah kali pertama di menunggang motosikal berkuasa besar. “Sebaik kemalangan berlaku, Abol terus di bawa ke Hospital Selayang (HS) dan berada dalam keadaan koma selama tiga hari. Dia terlantar di HS selama 19 hari dan kemudian kami sepakat membawanya ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC). “Selepas sebulan berada di SJMC, Abol menunjukkan tanda-tanda positif dan kami membawanya ke India untuk mendapatkan rawatan di sana selama dua bulan.
“Sepanjang tempoh itu banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Abol dan sebagai abang saya berharap agar dia akan cepat sembuh dan kembali kepada sedia kala,” jelas Sheikh Fakira lagi. Sepanjang tempoh itu, pelbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan oleh mereka sekeluarga termasuklah memberikan ubat-ubatan yang terbaik selain melakukan fisioterapi dan proses berurut. Sebagai seorang bapa sudah pasti Datuk Sheikh Ahmad juga sedih apabila mengenangkan nasib anaknya yang masih lagi terlantar dan tidak mampu bergerak akibat kemalangan itu. Malah pelakon itu juga tidak boleh berkomunikasi. Segala pergerakannya perlu dibantu oleh orang lain. “Sebagai seorang ayah saya sering kali mendoakan agar dia kembali pulih seperti sedia kala. Saya sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik kepadanya.
“Kalau tengok keadaan Abol sebelum ini, mungkin ada yang akan mengatakan yang dia sudah tiada harapan lagi. Tapi saya tak pernah putus asa dan yakin dia akan sihat seperti sedia kala. “Kemalangan ini bukan salah sesiapa. Mungkin ini adalah takdir-Nya dan kita kena menerima dengan hati yang terbuka,” jelas Ahmad lagi. Abol merupakan pelajar jurusan undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan pernah membintangi beberapa buah drama televisyen termasuklah Roda-Roda Kuala Lumpur. Pulau Asmara merupakan filem pertama lakonannya digandingkan bersama Faizal AF4, Shasha Arsheela, Abby Aziz, Leez AF4 dan Nadia Kesumawati.
Ibunya Datin Fatimah Sudin pula mahu peminat mendoakan agar kesihatan Abol kembali pulih memandangkan dia sudah tidak sanggup melihat anak kesayangannya itu terus menderita. “Saya sangat berharap agar dia pulih dan terus berlakon seperti mana yang diidamkan. Ini minat dia, jadi saya tidak ada halangan apa-apa dan akan terus menyokong kerjaya seninya jika itu yang dimahukan. Pancaindera cuba merakamkan gambar keadaannya yang terlantar sakit itu tetapi tidak dibenarkan atas permintaan keluarga.
|