CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306925|Reply: 1167

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 28-9-2011 12:24 PM | Show all posts |Read mode

1

“Mak! Jangan paksasaya sampai begini sekali.” Dalam sendu aku cubamemujuk mak yang sejak tadi memandang aku penuh benci.


“Aku tak perduli!Kau mesti ikut cakap aku. Putih kata ku maka putihlah jawapan ku. Jangan kaunak bantah apa yang aku suruh.” Bentak mak sambil cubamenghampir tubuh ku yang kaku diatas kerusi rotan buruk dihujung serambi.


“Dahlah dari kecikaku bagi makan. Dah besar nak melawan. Ingat! Jangan sesekali engkar cakap akuburuk padahnya.” Serta merta kepala ku ditunjal oleh jari telunjuk mak. Takcukup dengan itu, rambut aku pula ditarik-tarik. Aku dah meraung. Sakit! Samamacam dahulu. Hampir tercabut tetapi nasib baik akar rambut aku kuat kalautidak dah lama aku botak. Bukan sekali mak berbuat begini. Sejak dari kecillagi.

“Dahlah mak! Sakitsi Minah tu. Dari tadi mak asyik membebel. Sekarang tangan mak pula yang naik.Tak kasihan ke dengan dia mak?” nasib baik Kak Shakirah menyampuk dan segerameleraikan pautan jari mak dirambut ku. Sempat aku kerling wajah dan dada makyang turun naik.


“Menangis!Menangis! Kalau berbunyi lagi aku kerjakan kau.” Ugut mak sambil ditarikmenjauhi aku. Suara ku serta merta senyap dan hanya sendu dan bahu kuterhenjut-henjut menahan tangisan supaya tak kedengaran.


“Kau cakap dengansi Minah ni Kirah supaya ikut apa yang aku suruh. Jangan nak melawan.” Makmasih mengamuk.


“Dahlah mak. Cubabertenang.” Pujuk kak Shakirah.


“Kau nak suruh akubertenang. Kau tahu tak si Minah ni tak nak terima pinangan Haji Din si tuabangka tu. Habis kau nak gantikan ke?” sergah mak pada kak Shakirah. Hati kukembali meraung tapi cukup ku tahan dalam diam. Aku tak mahu mak sakiti tubuhbadan ku seperti mak sakiti hati ku.


Kak Shakirah dahterdiam. Kak Kirah tahu bahawa pinangan tersebut adalah untuknya sebenarnyatetapi dia menolak dan sebagai galang ganti aku yang menjadi mangsa. Aku tidakmarah dengan Kak Kirah tetapi cara mak memaksa aku seperti meletakkan pisaudileher ini. Mentang-mentanglah aku anak tiri dan semuanya diletakkan ataskepala ku bila kak Kirah tak sanggup buat. Abah pula hanya mengangguk danmengganguk seperti lembu dicucuk hidung. Apa kata mak itulah kata abah.Entah-entah abah dah diberi nasi kangkang seperti yang dicakapkan orangkampung.


“Kalau kau lariatau tidak terima pinangan ini, mati kau aku kerjakan.” Bentak mak sambilberlalu menuju kebiliknya. Kak Kirah hanya memandang dan berpaling melihat kupula. Serba salah agaknya dan dia pun meninggalkan aku keseorangan bersamasendu yang tidak pernah habis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 12:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by Adilla at 28-9-2011 12:49

2

“Petang ini bawa aku ke Masjid India.” Arah mak pada abah yang baru memijak lantai dapur. Ku pandang wajah abah yang dibasahi peluh penatnya. Berkerja di Alam Flora bukannya senang dan kepenatan akan ditanggung sepanjang hari.

“Iyalah!” jawab abah sambil duduk di kerusi sebelah mak. Topinya dikibas-kibas untuk mengurangkan haba panas dari atap zink rumah setinggan di Kampung Pandan ini.

“Pergilah sana. Busuk!” marah mak sambil menutup hidungnya. Badan abah ditolak dengan kayu pengaru belakangnya. Abah menganjak menjauhkan dirinya dari mendekati mak. Aku hanya memerhati dari singki dapur. Kasihan abah.

“Aku nak duit lima ratus.”

“Manalah ada duit. Gaji pun belum masuk.” Luah abah lemah.

“Aku tahu gaji belum masuk tapi duit simpan takkan tak ada. Mana pergi semua duit?”. Marah mak. Abah hanya memandang aku tanpa rasa rendah diri. Mungkin maruah abah dah tak ada sejak kahwin dengan mak.

“Iyerlah nanti abang keluarkan duit tabung haji.” Akur abah.

“Duit tabung haji awak saja yang keluar. Jangan akaun aku pulak.” Bentak mak lagi.

“Baiklah. Abang tahu.” Akur abah lagi. Aku dah tak sanggup melihat drama itu segera mengangkat kaki.

“Dah! Pergi mandi dan makan. Bau awak ni buat aku nak muntah.” Mak masih menutup hidungnya. Abah dengan segera berlalu mencapai tuala di ampai baju. Kedengaran jirusan air dicelah-celah didinding bilik air. Kasihan abah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:47 PM | Show all posts

special utk k.sya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 02:21 PM | Show all posts
special utk k.sya...
midar Post at 28-9-2011 12:47


thanks midar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:24 PM | Show all posts
sangat la bestttt...  nak lagiiiiiiiii....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 02:24 PM | Show all posts
3
Beg-beg plastik bergelimpangan di lantai serambi. Aku hanya duduk ditepi dinding setelah dipanggil mak tadi. Abah dah hilang kedapur mengambil air untuk mak. Kak Kirah sibuk mengirai kain baju kurung berbunga pink yang baru dibeli mak. Cantik dan aku suka. Tapi aku tahu itu bukan untuk aku. Abah datang menbawa segelas air sejuk dan menghulur pada mak. Setelah habis diteguk, mak menyerahkan kembali kepada abah dan abah berlalu kedapur semula.

“Nah! Baju nikah kau.” Mak menyerahkan plastik berwarna hijau yang tertera perkataan terima kasih. Teragak-agak aku hendak mengambilnya. Berat rasa hati.

“Huh!” beg plastik tersebut tepat mendarat diwajah ku bila dibaling oleh mak. Terkejut aku.

“Lembab!” suara mak keras kedengaran. Abah yang baru nak melabuhkan punggungnya disebelah mak hanya selamba memandang tanpa riak.

“Kirah! Petang ni kau bawa budak ni pergi tempah baju kat rumah si Ina. Aku dah cakap dengan dia paten apa nak buat. Jangan pula kau pandai-pandai ubah pulak. Dengan kau-kau sekali kena dengan aku.” Mak mengeluarkan perintah yang tak sanggup aku dengar.

Tak sanggup aku nak melangkah ke jalan seterusnya. Tapi apa daya aku yang hanya hidup sebagai anak tiri dirumah ini. Berkahwin dalam usia tujuh belas tahun dan pasangannya lelaki berusia empat puluh tiga tahun yang memegang status duda tiada anak. Cuba bayangkan bagaimana aku hendak melayari bahtera dengan lelaki yang boleh digelar bapak. Kalau antara kami ada rasa cinta, mungkin segala halangan diharungi. Ini sebaliknya. Halangan tiada tetapi keadaan yang memaksa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2011 09:07 PM | Show all posts
kak sya ada citer baru..
Nah untuk kak sya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 10:47 AM | Show all posts
4
Aku cuma menundukkan wajah bila bertembung dengan Haji Din dan Tok Ketua yang baru balik dari madrasah. Mengigil kepala lutut ku bila semakin dekat jarak kami. Lengan Kak Kirah ku genggam kuat. Seakan mengerti, Kak Kirah memegang kembali tangan ku.

“Asalamualaikum!” sapa Tok Ketua pada kami.

Haji Din hanya memandang kami dengan pandangan yang tajam. Macam nak makan orang saja. Lain pula dengan Tok Ketua yang mesra dengan anak-anak buahnya. Tak kira tua atau muda. Kampung Pandan yang semakin maju dengan arus permodenan. Rumah-rumah di Lorong Kiri Satu dan Dua banyak yang telah berubah wajah. Salah satunya rumah Haji Din. Rumahnya sudah berubah ke taraf mini banglo. Dicat dengan warna kelabu. Tersergam indah. Hanya rumah aku dan segelintirnya saja masih berpapankan kayu. Entah bila rumah kami hendak bertukar wajah seperti rumah Tok Ketua dan Haji Din. Di sekeliling Kampung Pandan, segala-galanya pesat membangun. Rumah-rumah pangsa berderet di laluan masuk ke Kampung Pandan dan terdapat Tesco Ampang di laluan MRR2. Kalau sesiapa yang melalui Jalan Ampang hendak ke Kampung Pandan, akan menemui kondo-kondo yang berharga ratusan ribu. Cantik-cantik semuanya. Cuma aku agak terkilan dengan kawasan aku ini dan kawasan Kampung Pandan Dalam. Majoriti penduduknya perlahan-lahan bertukar ke wajah-wajah bangsa asing. Ramai pendatang yang dapat duduk di rumah-rumah rehda yang dahulunya ada orang melayu kita yang mendiaminya. Entah bila kita dapat bertahan ditanah sendiri agaknya. Kerana wang sanggup membiarkan kaum pendatang ini menyewa di tanah sendiri.

“Nak kemana ni Kirah! Minah!” Tok Ketua memulakan kata. Aku tidak berani mengangkat muka. Biarlah Kak Kirah yang menjadi wakil.

“Nak tempah baju Tok.” Terdengar suara Kak Kirah perlahan.

Mungkin Kak Kirah pun segan dengan Haji Din agaknya. Iyalah awal-awal Kak Kirah dah beritahu pada mak dan abah yang dia tidak mahu mak menerima pinangan sesiapa sebelum dia dapat kerja. Biar dia yang tentukan siapa yang akan menjadi suaminya. Justeru itu mak terus memberitahu Haji Din yang teringin sangat berbesan dengan mak hanya aku, anak tirinya yang masih belum berpunya. Manakala Haji Din tidak menolak bila nama ku disua mak.

“Ohhh…Minah punya baju ke?” Tok Ketua bagaikan mengetahui apa yang terisi dalam beg plastik hijau yang erat ditangan Kak Kirah.

Sudah pastilah Tok Ketua tahu kerana lelaki tua ini yang menjadi wakil meminang untuk Haji Din pada minggu lepas. Kata sepakat dah dipersetujui majlisnya dilangsung dalam masa sebulan. Bagi Haji Din wang tidak menjadi masalah kerana dia adalah orang senang dikampung ini. Kerjanya pun bagus di Jabatan Kerajaan. Pegawai pula. Bagi aku itu tidak menarik minat aku untuk menerimanya kerana aku masih dalam usia yang muda dan tidak betah untuk bercinta atau lebih tepat berkahwin dalam usia begitu mentah. Entah gila apa Haji Din ini. Masih ada lagi anak dara yang lanjut usia di tempat kami. Entah apa yang mak ‘cong’ Haji Din agaknya. Dahlah muka tak pernah senyum. Jauh sekali nak bertegur sapa dengan kami.

“Ye Tok. Mak suruh hantar rumah Kak Ina.” Terang Kak Kirah berani.

“Minah diam saja. Malu ke bertemu dengan bakal suami?” entah kenapa Tok Ketua nak bergurau senda ditengah jalan pula. Sengaja mencari nahas.

“Takdelah Tok.” Aku cuba menjawab dan sekilas bertemu pandang dengan Haji Din. Cepat saja aku tunduk kembali bila Haji Din menjeling pada ku. Macam biasa tiada senyuman. Orang macam itu ke hendak dijadikan suami.

“Kami jalan dulu Tok.” Pinta Kak Kirah bila melihat aku tidak selesa dengan keadaan ini.

“IYerlah! Jalan baik-baik.” Lembut Tok Ketua memberi pesanan. Aku dan Kak Kirah segera berlalu. Ketika melintasi Haji Din yang berdiri disamping Tok Ketua, aku cuba berlagak selamba sedangkan dalam hati ini rentak dipalu tak berhenti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2011 11:45 AM | Show all posts
best....best...nak ag....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 03:02 PM | Show all posts
wah ... Sya da ada citer baru...hoyeeeeee hoyeeeeeee


lalu dulu....dan bookmark, nanti baca.

thanks sya !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 04:24 PM | Show all posts
5
“Minah! Keluar!” aku yang sedang duduk melipat baju didalam bilik hampir terkejut mendengar jeritan mak. Kelam kabut aku meletakkan baju yang dah siap dilipat ke rak dinding kanan bilik aku dan kak Kirah.

“Iyer mak.” Jawab ku bila melihat mak duduk bersilang kaki di kerusi rotan berkembang tiga.

“Cepat siap. Kejap lagi Haji Din nak bawa kau keluar.” Arah mak.

“Hah!” nada aku agak kuat.

“Kau pekak ke apa?” nada suara mak dah mula naik noktah.

“Nak keluar buat apa mak?” jujur aku bertanya. Bertembung pun aku takut apatah lagi nak keluar bersama dengan Haji Din.

“Jangan nak menjawab. Ikut je apa aku suruh. Kau nak pelempang ke?” tone mak dah semakin kuat. Aku tertunduk takut.

“Pergi masuk! Siap! Dalam masa sepuluh minit aku tahu kau mesti ada depan aku. Kalau tidak, kau tahu jawapannya.” sergah mak dan aku pantas berlalu.

Baju blouse berwarna biru ku sarung bersama seluar jeans putih. Rambut yang panjang berkilat separas pinggang ku ikat satu. Sedikit bedak batu ku sapu di keliling wajah. Tak sampai lima minit aku dah terpacul depan mak. Setelah berpuas hati, mak menyuruh aku duduk dikerusi rotak dihujung tingkap sementara menunggu kedatangan Haji Din.
Hati menjadi tak keruan bila mendengar deruan enjin kereta Haji Din. Peluh takut terasa mula membasahi anak-anak rambut didahi. Entah apa mimpi  Haji Din nak bawa aku keluar pada hari Sabtu ini.

“Minah! Keluar!” dalam takut aku gagahi juga untuk menuruti arahan mak. Senyuman mak yang plastik itu menyambut langkah aku memijak tangga kayu.

“Ni Haji Din dah datang. Katanya nak pergi beli cincin.” Suara mak bagaikan angin bayu yang lembut bertiup. Aku pandang wajah Haji Din yang melingas matanya kearah ku. Seramlah.

“Ni tunggu apa lagi.Pergilah! Minta yang besar-besar. Dia banyak duit.” bisik keras mak membuat langkah aku cepat menuruni tangga. Dalam hati menyumpah-yumpah mak yang mata duitan.

“Saya pergi dulu kak.” Haji Din meminta diri sambil membuka pintu kereta sebelah penumpang yang berjenama Toyota itu. Aku dengan lemah menenggelamkan diri dikerusi kulitnya. Panggilan ‘kak’ pada mak buat aku nak termuntah. Entah usia dia lagi tua dari mak, siap panggil ‘kakak’. Perasan muda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 10:54 AM | Show all posts
he3...hoyeh......lagi..lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:12 AM | Show all posts
next next.. cam besh plak.. tak sabo nak tunggu mak tak sedar diri neh ditimpa pokok klapak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2011 11:41 AM | Show all posts
6
Dalam kereta aku tegak membisu. Malas nak berkata apa-apa. Biarlah Haji Din ni tahu aku tak suka dan tak mahu berkahwin dengannya. Haji Din pun dari tadi tidak berkata apa-apa. Sepatutnya mesti ada orang lain yang bersama kami. Ini tidak. Nama saja Haji tapi tak tahu hukum hakam.

“Dah sampai.” Entah bila komplek Ampang Point ini berada dimata aku. Mungkin masa tengah membebel dalam hati agaknya.

Aku terus mengikuti langkah Haji Din yang menuju ke Habib Jewel yang tersegam indah itu. Besarnya. Pertama kali aku datang sini.

“Pilih satu.” Keras saja bunyi suara Haji Din bila sales girl itu mempelawa aku duduk di bangku depan rak berkaca itu.

“Hah!” aku tergangga dan tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Haji Din.

“Pilih mana satu kamu suka.” Masih keras nadanya.

“Saya tidak tahu.” Dalam takut aku berkata menyalurkan rentak hati.

“Pilih saja!” keras lagi bunyinya.

Melihat aku terkebil-kebil begitu, sales girl itu tersenyum dan mengeluarkan sedulang cincin yang bermacam bentuk. Aku hanya memerhati tetapi tidak berani menyentuhnya. Cantik sungguh. Dah rambang mata jadinya melihat aneka paten yang berkilau-kilau.

“Ah Moi! Tengok ni” jari telunjuk Haji Din terarah ke sebentuk cincin berbatu satu. Ada ukiran dikiri kanan batu tersebut yang menampung batu itu menjadi tegak bersinar. Sales girl itu menyerahkan kepada aku dan dari isyarat mata Haji Din menyuruh aku menyarungnya.

“Ok?” sepatah Haji Din bertanya. Aku tak tahu nak jawab apa. Nak kata okey macam tak okey. Nak kata tak okey macam okey saja.

“Tengok yang ini.” Pinta Haji Din bila melihat aku hanya membisu. Dengan patuh sales girl tersebut mengeluarkan sebentuk lagi cincin yang ukirannya agak menarik juga. Sekali lagi Haji Din menyuruh aku mencuba. Pertanyaan yang sama berulang. Mungkin Haji Din ingat aku masih tidak berpuas hati, hampir lima bentuk disuruhnya  sales girl itu susun atas dulang kosong dihadapan ku.

“Ambik mana yang berkenan.” Tanpa senyuman Haji Din bersuara.

“Saya tak tahu nak pilih yang mana. Boleh Haji Din pilihkan.” Pinta ku perlahan. Iyerlah aku beku untuk memilih. Dah terlampau banyak. Bulau mata.

“Pilih ikut kehendak kamu. Bukan saya yang pakai.” Agak garang kata Haji Din. Aku dah tak tahu nak cakap apa.

“Encik! You ambil yang inilah untuk anak you. Tak terlalu besar untuk jari dia yang kecil. Untuk present ke?” tak sayang mulut betul sales girl ni. Sempat aku tengok wajah Haji Din yang dah bertukar merah. Padan muka.

“Iyer…iyer…” aku yang tolong menjawab bila melihat Haji Din masih merenung sales girl tersebut. Nanti ada pula makan penampar pula.

“Nak yang inilah.” Aku mengambil cincin yang mula-mula ditunjuk oleh Haji Din tadi bagi menyelamatkan keadaan.

“Haji Din, saya ambil yang ini.” Tunjuk ku pada Haji Din yang masih membeku. Dengan wajahnya yang tiada senyuman bertambah dengan ketegangan membuat wajahnya macam penyangak pasar.

“Betul yang ini?.” Antara dengar dengan tidak suara Haji Din yang dah berat nak keluar itu.

“Betul.” Sepatah aku menjawab. Lantas Haji Din mengarahkan sales girl itu membungkus untuk aku. Sales girl yang masih tidak menyedari keadaan Haji Din itu hanya menurun saja.

“Ini saja ke Encik?” sempat sales girl itu bertanya. Haji Din menjeling dan aku hendak ketawa melihat wajah Haji Din yang bertambah kelat. Tersindir kot.

“RM552.00 Encik.” Sales girl tersebut mengunjukkan resit dan Haji Din mengeluarkan not-not RM100.00 dan menyerahkan kepada Sales Girl itu. Setelah mengambil wang baki Haji Din terus mengajak aku keluar.

“Makan?” tanya Haji Din yang melangkah bagaikan dikejar anjing. Penat aku menyaingi satu-satu langkahnya. Berpeluh badan bertambah pula cuaca panas.

“Hah!” aku bertanya kembali.

“Tak korek telinga ke pagi tadi?” pertanyaaan dijawab dengan pertanyaan.

“Maaf tak dengar soalan tadi.” Aku berubah takut bila Haji Din tanya begitu.

“Kita pergi makan.” Jawabnya tegas dan menonong masuk kedalam sebuah restoran di deretan kedai di sebelah bank RHB. Haji Din memilih duduk ditepi dinding dan meletakkan plastik berisi cincin itu dihadapan ku. Aku ingin mencapai tetapi ditarik  balik oleh Haji Din. Aku termalu. Haji Din buat selamba. Bengkek je.

“Nak makan apa bang?” pelayan lelaki yang beruniform kuning itu melemparkan senyuman kepada aku tetapi mulutnya bertanya pada Haji Din. Aku hanya tunduk tanpa membalas bila melihat Haji Din dah cemelut wajahnya. Kasihan nak makan pun tak senang. Siapa suruh gatal nak kahwin dengan budak mentah.

“Anak abang nak makan apa?” sekali lagi keadaan berulang kembali. Haji Din pandang aku dan menjeling tajam.

“Minah nak makan apa?” tanpa menjawab pertanyaan pelayan tersebut Haji Din bertanya pada ku. Wajahnya kembali tegang. Janganlah Haji Din mengamuk disini.

“Minah ikut saja apa yang Haji Din makan.” Jawab ku dan baru aku lihat Haji Din tersenyum. Kan elok begitu.

“Bagi saya nasi goreng ayam dua dan teh O ais dua.” Haji Din membuat pesanan tanpa bertanya aku lagi.

“Itu saja dik?” pelayan lelaki itu gatal pula bertanya pada ku.

“Itu saja. Cepat sikit.” Haji Din yang tolong menjawab. Aku menahan gelak sekali lagi.

Sambil menunggu pesanan tiba Haji Din memandang aku bagaikan tak cukup makan. Seriau. Lama begitu. Peluh didahi dah mula naik. Nasib baik pesanan kami cepat tiba dan aku makan tanpa mengangkat kepala. Berlakon bagaikan benar-benar lapar. Selesai makan kami terus keluar menuju ke kereta tanpa sepatah bicara. Alhamdullilah.

Sampai rumah mak sibuk bertanya mana cincin yang Haji Din beli. Besar ke kecil? Aku naik menyampah bila mak tanya harga dan berat. Sempat mak membebel kerana aku hanya minta sebentuk saja. Nasib baik cincin tersebut Haji Din yang simpan. Kalau tidak mak mesti komplain saiz cincin tu kecil. Sebelum lebih panjang mak membebel aku masuk bilik untuk solat zohor yang dah tinggal dua jam sahaja. Dalam solat aku titipkan doa untuk arwah ibu yang bertahun meninggalkan aku. Juga aku mohon pada yang SATU agar berkatilah segala perjalanan hidup aku yang penuh dugaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 12:16 PM | Show all posts
lama2 nti ..jyuh cinta gak si minah ni ngan hj din..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:01 PM | Show all posts
kesian minah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2011 11:14 PM | Show all posts
Reply 14# Adilla


    salam sya.... wah diam2 ada buah tngan baru ya.... ni cerpen ke novel sya... nak letak kaler ni... u kan?....
baby baru dah kuar ke? cari2 gak kat book store cam tak nmpak abg khai pun... bila nak kuar ni????hehehe

hari ni dan seterusnya jaza akan bersiaran malam hari lak..... harap dpt beramah tamah dgn ramai forumner kat sini memalam hari nnti...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2011 08:30 AM | Show all posts
wsalam, ni nak kata novel tidak cerpen pun tidak.....apa ek...taruk jelah novel bersiri pendek. sbnrnya idea dtg masa tgk citer si Seri. nak asah bakat semula. dah lama bertapa. Citer Khai blm siap lagi. entahlah bila agaknya...insyallah sdg mencuba kembali menulis....

klu malam bersiaran agak susah sikit dgn sya...biasalah tido awal...tak tahan berjaga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 11:33 AM | Show all posts
cerita yang best .... sila sambung ... hehehe ....

Hj din cemberut jek sbb kirah tak mau kat dia ... hehehe

nanti bila dah kawen sure hj din suka kat minah ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2011 12:21 PM | Show all posts
7
Hari yang dijanjikan takdir menjelang juga. Dalam kebasahan airmata, aku terpaksa menyarung baju nikah yang berwarna krim. Bersama selendang yang ditepinya manik-manik mutiara megah tersusun dikiri kanannya. Kalau anak dara lain mesti ceria menghiasi wajahnya tetapi tidak aku. Pipi terasa sembab dan mata seakan bengkak. Dah tak tertangis lagi. Aku sungguh sedih dengan kepayahan yang terpaksa aku lalui ini. Semalam sempat juga tangan mak singgah di pipi ku bila secara tak sengaja terlihat aku menangis disamping abah. Mak terdengar keluhan aku pada abah yang aku tidak mahu berkahwin dengan Haji Din walau cincin dah dibeli. Apa yang memilukan hati ku, abah hanya memandang tanpa berkata apa-apa. Sedikit pun abah tidak menghalang perbuatan mak. Hanya Kak Kirah yang segera meleraikan kekusutan itu dan menasihatkan mak agar tidak menimbulkan sebarang sengketa pada hari hampir menjelang pernikahan ku. Memang aku pergi dengan Haji Din tetapi bila semakin dekat hari nikahnya, hati aku cuba menolak. Aku tidak sanggup menghancurkan masa depan ku sendiri. Kalau boleh aku hendak melarikan diri dari penikahan ini tetapi melihat wajah mak aku menjadi kecut. Aku takut mak akan bertindak jauh.  Apatah lagi melihat wajah abah yang menurut saja telunjuk mak. Aku bimbang sekiranya aku tidak ada abah disamping lagi teruk abah didajalkan.  

“Dah siap?” kepala mak terjengul di muka pintu. Mak andam yang ditugaskan mengandam aku tersenyum dan mengangguk. Aku tak berani mengangkat muka. Teringat kejadian semalam.

“Kau jangan nak buat hal. Ingat tu!” sempat mak berbisik di tepi telinga ku. Setelah itu aku ditinggalkan keseorangan di dalam bilik yang telah berhias indah. Ku renung celahan tingkap kaca yang terbuka sedikit. Keriuhan diluar buat aku bertambah takut. Malang sungguh nasib aku. Kak Kirah hilang dalam keriuhan majlis. Sarat matanya takkala melihat aku yang dah berpakaian pengantin. Tak sanggup hendak menerima keadaan aku yang dikahwin paksa.

“Pengantin lelaki dah sampai.” Terdengar riuh rendah diluar rumah. Hati aku dah tak tahu dipalu berapa rentak. Airmata sudah kering lantaran ugutan mak tadi. Seketika senyap seketika dan hanya suara keriangan diluar sana. Hampir sepuluh minit kemudian, pintu bilik ditolak dari luar. Bunyi kriuk pintu kayu tersebut begitulah bunyi pintu hati aku yang gundah gulana.

“Dah bersedia?” tok kadi yang membawa sekeping fail bertanya pada ku.

“Dah!” sepatah aku menjawab.

“Saya ingin bertanya dengan awak.” Mukadimah tok kadi mula kedengaran. Disampingnya abah segak berbaju melayu biru. Itulah pertama kali aku melihat abah tampan berdandan. Songkok hitam terletak kemas atas kepalanya. Kenapa hari-hari sebelumnya aku tidak pernah dapat melihat abah setampan ini?

“Awak yang bernama Aminah Amia Bt Abdul Bakar?” tok kadi terus menjalankan tugasnya.

“Saya!” aku akur menjawab.

“Hari ini awak akan dinikahkan dengan Sharifuddin Bin Shawal berwalikan hakim. Adakah awak setuju?” Tanya tok kadi.

Aku pandang wajah tok kadi. Kemudian Tok Ketua dan beberapa orang yang ada disitu. Dari celahan orang yang ada sekeliling itu terlihat kelibat mak. Dari jauh mak merenung aku tajam. Aku jatuhkan pandangan dan menarik nafas panjang. Sekali lagi aku menaikkan kepala dan pandangan jatuh pada wajah abah yang tekun merenung aku. Lama aku menatap wajah abah yang tiada riak pada perkiraan aku.

“Saya setuju.” Sekali lafaz aku menyerahkan nasib ku pada takdir yang tertulis. Aku tidak bentah untuk membantah lagi.

“Baiklah. Tandatangan disini iya.” Tok kadi menyerahkan helaian kertas dari failnya.

Pen di tangan tok kadi aku capai dengan tangan yang mengigil. Mata pen bulat itu rasanya agak lama untuk mendarat atas kertas putih akibat kegigilan aku. Akhirnya tandatangan aku tertera diruang yang dikhaskan. Selesai itu mereka meninggalkan aku semula. Suasana yang bingar tadi senyap sekali lagi. Dengan pintu yang terbuka aku akan dapat mendengar lafaz ijab kabul dari suara Haji Din.

“Sharifuddin Bin Shawal, aku nikahkan dikau dengan Aminah Amia Bin Abdul Bakar dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit tunai.” Suara tok kadi mula kedengaran. Agak lama baru kedengaran suara bersambut tetapi separuh jalan sahaja.

“Sekali lagi iya! Sharifuddin Bin Shawal, aku nikahkan dikau dengan Aminah Amia Bin Abdul Bakar dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit tunai.” Sekali lagi kedengaran suara tok kadi mengulangi.

“Aku terima nikahnya, Aminah Bt Abdul Bakar dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit tunai.” Kedengaran garau suara Haji Din dan keluhan disambut orang ramai.

“Tertinggal nama Amia lah tok.” Ada suara yang menyampuk.

Wah susah juga Haji Din nak mengangkat nikah kan. Ingat dah terror. Tak praktis dirumah ke. Itulah gatal sangat nak bernikah dengan aku yang mempunyai dua nama ini. Abah kata arwah mak yang berikan nama Amia dan abah pula yang meletakkan nama dihadapan.

“Sekali lagi kita ulang. Harap pengantin jangan mengelabah. Istiqfar banyak-banyak iya. Tenangkan diri.” Nasihat tok kadi pada Haji Din. Aku dah mula nak tergelak dalam debaran. Nasib nama aku tak panjang berjela-jela.

“Sharifuddin Bin Shawal, aku nikahkan dikau dengan Aminah Amia Bin Abdul Bakar dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit tunai.” Sekali lagi suara tok kadi mengulang ayat yang sama.

“Aku terima nikahnya Aminah Amia Bin Abdul Bakar dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit tunai.” Akhirnya suara tersusun Haji Din berjaya mengangkat ijab kabul.

“Sah! Sah!” kedengaran suara-suara yang menyatakan kesahihan ijab kabul itu.

Serta merta airmata aku mengalir sayu. Maka dengan kedengaran perkataan ‘SAH’ itu aku bukan lagi kepunyaan abah tetapi sudah jatuh kepada tanggungjawab Haji Din.  Tiada lagi suara-suara abah yang melarang itu ini. Memang sejak berkahwin dengan mak baru ini suara abah dah tenggelam memarahi aku. Hanya suara mak yang bagai halilintar dalam rumah ini. Aku rindu dengan suara abah yang sering membebel mengungkap kenakalan aku. Mana suara abah yang dahulu? Yang sering mentertawakan aku bila bibir aku muncung sedepa. Yang sering memanggil nama penuh aku bila marah menguasai jiwanya. Mana suara abah itu?

Agak lama aku menanti dan mengeluh pada mak andam bila agaknya semuanya akan selesai. Aku ingatkan Haji Din dah balik tetapi sangkaan aku meleset bila mak andam menyatakan yang Haji Din sedang solat sunat di pinggir serambi. Hampir lima belas minit kemudian aku terdengar derap kaki menghampiri bilik aku sekali lagi. Dari muka pintu aku terlihat tubuh Haji Din yang berdiri menghampiri tubuh aku yang sedang duduk dipinggir katil. Tidak berani aku hendak memandang bila semakin ramai yang memasuki bilik aku yang sempit ini.

“Asalamualaikum!” terdengar suara Haji Din yang perlahan memberi salam. Aku menjawab dalam hati dan berdebar menunggu tindakan selanjutnya.

“Hulurkan tangan Minah.” Sempat mak andam mencuit siku aku. Belum sempat tangan ku hulur, Haji Din lebih dahulu mencapai jari jemari dan disarungkan ke jari manis ku dengan cincin yang dibelikan tempohari. Dapat ku tangkap jari jemari Haji Din juga mengigil seperti diri aku. Seri satu sama.

“Cium tangan Minah.” Sekali lagi mak andam membisikkan arahannya bila melihat aku hanya terkebil-kebil tidak tahu hendak berbuat apa-apa.

Segera aku menunduk mencium tangan Haji Din yang dari tadi setia menanti. Dan tindakan tidak aku duga, Haji Din menyentuh dagu ku dan mendongak memandangnya. Itulah pertama kali aku melihat kearah anak mata Haji Din. Senyumannya terukir dan bibirnya dengan lembut menyentuh dahi ku lama. Darah di pipi serta merta menyebu. Kerlipan lampu flash sana sini berterbangan. Agak lama begitu. Ditambah pula dengan permintaan jurugambar tidak bertauliah yang mengila hendak mengambil gambar kami bersama.

Selesai acara membatalkan air sembahyang, aku dipimpin ke ruang tamu dan terus turun ke laman rumah. Khemah siap terpasang menempatkan meja-meja makan yang menjamu para tetamu dan orang kampong yang sejak seminggu berpenat lelah bergotong royong untuk menjayakan majlis Haji Din. Siapa yang tidak suka menolongkan. Orang banyak duit. Aku cuba melayan tetamu yang datang berduyun-duyun atas jemputan keluarga aku dan Haji Din. Saudara Haji Din tidak ketinggalan. Mereka tersenyum melihat aku yang bagai anak kecil tenggelam dalam kesasaan tubuh Haji Din. Dah macam anak dengan bapak. Aku berharap saudara mara Haji Din tidak menganggap aku mata duitan kerana mengahwini Haji Din yang hampir dua puluh tahun tuanya dari aku. Haji Din bagaikan tidak kisah bila kadang-kala tertangkap dengan pandangan segelintir orang kampung yang memandangnya sinis. Tangan kecil aku tetap tenggelam dalam genggamannya walaupun aku cuba menariknya berulang kali. Mungkin hendak menunjukkan kemesraan kami pada semua. Terasa juga malu tetapi dah takdir tertulis aku terpaksa menghadapi sampai sudah. Ada yang kata aku beruntung tetapi agak-agak aku kalau diikat kaki aku dengan sabut mungkin timbul tetapi kalau diikat dengan batu bata dengan aku sekali tenggelam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067967 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list