CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

    [Copy link]
Post time 20-3-2012 10:00 AM | Show all posts
ish! x sabo lak nak tunggu esok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 11:50 AM | Show all posts
betul ke kak sya esok ada sambungannya, banyak2 yea sambungan tue

dah x sabar nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 08:10 AM | Show all posts
morning semua... hehehe....sambungnya mana nie hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 09:09 AM | Show all posts
sya.. ai tunggu nih!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 10:33 AM | Show all posts
salam. sy sukaa sangat dgn cerita  hj Din ni.
banyak  mengingatkan  erti hubungan suami-isteri terutama utk kita semua .
tahniah penulis .
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 10:04 PM | Show all posts
esoklah dear.....tinggal dua page je lagi ni...kan akak dah cakap...
Adilla Post at 20-3-2012 09:39



huhuhu...mananye..lame kite tunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2012 10:26 PM | Show all posts
Reply 903# Adilla

x sabar nunggu n3 baru...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 07:59 AM | Show all posts
Rasanya dah lama semua rumah kat sini tak n3 terbaru dan citer terbaru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 08:20 AM | Show all posts
erk....xde cerita lagi???
hari nie kot..... xpe sy tunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 09:48 AM | Show all posts
sekejap yeh...sya tgh tambah sikit lagi biar feel nya lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:36 AM | Show all posts
tunggu,,,,
sya dah ade tu....
sabar.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:39 AM | Show all posts
sabar menanti dgn penuh debaran ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 11:55 AM | Show all posts
show time...ready???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 12:03 PM | Show all posts
27

"Bagaimana? Suka tak?"Haji Din berkata bila melihat aku terpegun memerhati permandangan dari tingkap Hotel The Zon Regency yang mengadap laut. Angin yang menderu terasa menampar-nampar pipi ku.

"Minah tak percaya yang Minah boleh sampai disini. Sudah tentulah Minah suka." Ujar ku teruja. Mata masih tidak berkelip melihat keindahan alam yang terbentang didepan mata.

"Kenapa pula tak percaya, bukankah AminahAmia saya telah berada disebelah saya ini?" Usik Haji Din atas keterujaan ku ini. Bagaikan jakun pula. Haji Din menarik aku dan memeluk rapat kepadanya. Rambut ku yang panjang itu dibelai oleh tangan sasanya.

"Mulai hari ini kemana saya pergi, Aminah Amia kena ikut saya." Ujar Haji Din lantas mengucup dahi ku lembut.

"Kalau Minah ikut kemana Haji Din pergi, tidakkah akan mengundang rasa tak puashati orang lain nanti". Luah ku serba salah. Aku tahu yang kerjaya Haji Din memerlukan beliau sentiasa berada dimana-mana dan sesekali juga perlu berada diluar kawasan. Perlukah aku mengikut kemana Haji Din pergi dan sekali gus akan dicop sebagai Queen Control?

"Pastilah boleh sebab Aminah Amia adalah isteri saya dan tiada siapa yang boleh pertikaikan." renungan mata Haji Din membuat aku tertunduk malu. Haji Din terus mengeratkan pelukan dan bibirnya tersenyum melihat tingkah ku sebegitu. Haji Din terus mendera perasaan ku dengan mendaratkan bibirnya ke kening ku pula. Aku termangu dan terus memandang Haji Din yang mula berubah rentak. Pipi perlahan-lahan menjalar kemerahan. Ketika hidung ku menjadi mangsa, rasa seriau tiba-tiba muncul. Jarang HajiDin bertindak sedemikian. Segala sentuhan kasih sayangnya pasti dengan tingkah yang berhemah dan atas kerelaan ku.

"Haji Dinnnn..." aku cuba menyekat tindakan Haji Din agar tidak tersasar jauh. Takkan baru sampai sudah lain rentakkannya pula. Nanti apa kata Umi pula. Kata datang sini hendak berjalan-jalan.

"Ermmmm...." hanya itu kedengaran dari bibir Haji Din yang seakan mahu rapat ke wajah ku.

"Minah nak...." kata-kata ku mati di situ bila jadi telunjuk Haji Din dah menyentuh bibirku.

"Sekejap Aminah Amia, saya hanya ingin merasai dan berkongsi kegembiraan ini dengan Aminah Amia isteri saya. Saya juga berharap Allah membenarkan saya mengecapi rasa ini sehingga akhir hayat saya bersama insan yang saya sayangi ini Aminah Amia" luah Haji Din dan ia membuat hati dan perasaan diundang rasa terharu yang amat sangat. Tidak sangka aku terlalu berharga disamping lelaki inj yang pernah aku curigai tentangnya.

"Terima kasih Haji Din" Luah ku sambil dihantui rasa sebak dan terus menjatuhkan tubuh ku dalam pelukan erat Haji Din. Lama kami dalam keadaan demikian.

"Haji Dinnnn..." panggil ku sambil mendongak memandang Haji Din yang masih memelukku. Kelihatan mata Haji Din terpejam dan hanya bibirnya menjawab panggilan ku.

"Ermmmm..." suara Haji Din tenggelam timbul kedengaran.

"Dah ke belum?" tanya ku sambil merenung mata Haji Din yang bagai helang itu.

"Dah ke belum? Maksud Aminah Amia?" tanya Haji Din  dan membukan matanya bagaikan tidak faham dengan kata-kataku.

"Peluk Minah ni?" terus aku bertanya bila melihat dahi Haji Din yang berkerut.

"Aminah Amia isteri saya." Luah Haji Din dan terus mengucup dahi ku bersama senyumannya.

"Aminah Amia nak kemana ni, tak boleh berlama dengan saya ni kenapa?" Haji Din bertanya tetapi pelukannya masih tidak dileraikan. Renungannya sentiasa mengawasi pergerakkan ku. Bagai anak kecil yang sentias diperhatikan.

"Minah nak pergi bilik Umi boleh?" pinta ku pada Haji Din bila aku menatap wajah bersihnya.

"Nak buat apa?" Haji Din memandang ku tidak puas hati dan menagih jawapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 12:05 PM | Show all posts
"Minah nak ambil seterika. Minah nak gosok baju Haji Din yang berkedut." terang ku lantas meleraikan tangan Haji Din yang masih memaut pinggang ku sejak tadi. Aku mencapai beg baju yang diletakkan oleh Haji Din ketika kami masuk tadi. Ku keluarkan beberapa helai baju kemeja Haji Din yang sudah berkedut itu. Baju itu akan digunakan ketika menhadiri seminar itu nanti. Sudah aku jangka hal ini akan berlaku dan telah bersepakat dengan Alang untukmembawa seterika tersebut untuk kesenangan kami. Alang yang cerewet dengan tudungnya sudah pasti bersetuju dengan cadangan ku.

"Siapa punya idea ni?" Haji Din dah tergelak. Mungkin lucu dengan idea aku.

"Kamilah! Minah dan Alang, senang sikit kalau nak guna. Tak perlu pakai baju yang berkedut sana sini." terang ku bersama hati yang mula hendak tersinggung bila Haji Din memandang ringan rancangan kami.

"Bijak Aminah Amia isteri saya ini." Sempat Haji Din mencuit hidung ku bila melihat aku sudah menarik muncung. Terasa kembanglah pula.

"Jom!" segera tangan ku ditarik.

"Kemana?" aku pula merasa hairan bila Haji Din menarik aku menuju ke pintu.

"Kata tadi nak pergi bilik Umi." semakin melebar senyuman Haji Din bila melihat aku yang terpinga-pinga.

"Oh! Tapi kejap." pinta ku sambil menunjuk kepala ku yang tidak ditutupi tudung itu.

"Maaf! Hampir terlupa saya tadi." pinta Haji Din tanpa sempat aku berkata. Terlalu mudah lelaki ini meluahkannya tanpa mengira statusnya yang lagi tinggi dari ku. Ketika Haji Din menunggu aku mengenakan tudung kepala ku semula, telefonnya kedengaran berbunyi.

Aku tidak memperdulikan kerana mungkin ada panggilan dari teman sekerja agaknya dan mungkin bertanya sama ada Haji Din dah sampai ke belum. Aku terus mengadap cermin yang ada disediakan dalam bilik kami. Dari biasan cermin dihadapan ku, aku mengamati penampilan Haji Din yang agak smart hari ini. Hilang kemeja dan seluar slack diganti dengan t-shirt berkolar merah bersama seluar jeans hitam menampakkan Haji Din muda dari usia sebenar. Rambutnya yang kemas tersisir rapi menambahkan markah penampilan lelaki ini. Tidak sangka aku boleh bertemu jodoh dengan lelaki yang tidak pernah ku jangka ini. Daripada rasa janggal bila bertembung dan sering aku melarikan diri bila menatap mata helangnya dulu dan kini menjadi raja yang menghuni hati ini. Itu semua adalah takdir ALLAH S.W.T yang sesungguhnya maha mengetahui apa yang diperlukan umatnya.

“Ohh…abang dah selamat sampai Bad, ada dalam bilik ni dengan Aminah Amia abang.” Aku memandang Haji Din dengan tanda soalan bila mendengar nama aku meniti dibibir Haji Din tetapi Haji Din bagaikan tidak mengerti isyarat yang aku berikan dan masih melayan panggilan dari Badariah. Kenapa Badariah menelefon Haji Din iya? Adakah ingin mengambil tahu hal kami dan disampaikan pada Kak Zaida, bekas isteri Haji Din. Malas aku hendak mengambil tahu lantas aku ingin berlalu dan melangkah menuju ke muka pintu dan membiarkan Haji Din yang masih tegak berdiri melayan panggilan Badariah. Aku mahu segera meninggalkan bilik ini bila Badariah masih berada dihujung talian. Aku tidak mahu mendengar apa isi perbualan mereka. Bila terkenang kata-kata Badariah semalam, hati aku bagaik ditusuk jarum. Ada rasa ngilu disitu. Sengaja Badariah menekan-nekan untuk buat aku lebih terasa. Apatah lagi dengan kehadiran Zaida pula. Memang sengaja dirancang. Nampak sangat. Jika tidak merestu perkahwinan kami, mengapa sekarang baru nak tunjuk belang. Kenapa sebelum Haji Din bergelar suami kepada aku baru sekarang Kak Zaida terhegeh-hegeh ingin kembali pada Haji Din dan Badariah menjadi balacinya. Atau Badariah sendiri ada menaruh hati kepada suami aku. Astaqfullah…aku cuba membuang perasaan hasutan syaitan itu. Biarlah kerana bagi aku, Badariah telah lama kenal dengan Haji Din sejak kecil lagi dan aku baru datang dalam hidup Haji Din dan belum kenal sepenuhnya siapa Badariah. Aku ikhlas dengan Haji Din walaupun jarak umur kami berbeza hampir dua abad dan penting bukan aku yang pinang Haji Din.

Sebelum sempat aku meneruskan langkah ku, tangan kananku  ditarik erat bila melepasi tubuh Haji Din. Jari jemari kami bercantum. Aku renung Haji Din dan lelaki itu membalas pandangan ku tetapi bibirnya masih meneruskan perbualan.

“Tak perlulah Bad datang sini sebab abang tak ada nanti. Abang sibuk dengan seminar.” Haji Din masih berbual dengan Badariah dihujung talian.

“Errrmmmm…itukan isteri abang. Pastilah Aminah Amia ikut sekali.” Haji Din memandang ku. Entah apa yang Badariah merepek agaknya.

“Ohhh…Aminah Amia abang akan ikut Umi dan adik-adik abang pergi berjalan sementara abang berseminar. Sebab itulah abang bawa Umi dan adik-adik abang sekali. Nanti Aminah Amia abang bosan pula. Lagipun dah lama abang tak bawa family abang bercuti.” Haji Din berbicara lagi. Hati aku sudah mula hendak terbakar tetapi cepat aku beristifar agak perasaan aku kembali tenang. Jari jemari yang digenggam erat tadi cuba ku leraikan tetapi Haji Din mengeratkan kembali. Renungan mata helangnya garang merenung ku. Mungkin tidak suka tindakan aku itu. Akhirnya aku ditarik disisinya dan kami melabuhkan tubuh dibirai katil dan sementara tangan kanannya masih melekapkan telefon ke telinganya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 12:07 PM | Show all posts
“Iyalah, kalau abang senang abang call. Asalamualaikum.” Ujar Haji Din sambil menamatkan perbualannya yang lama itu. Haji Din meletakkan kembali telefon kedalam koceknya.

“Jom!” ajaknya dan menarik aku berdiri sama. Aku hanya diam membisu bila Haji Din menarik aku bangun.

“Kenapa ni? Muncung saja. Dah tak macam Aminah Amia saya. Mana pergi Aminah Amia saya itu iya? Menyorok dalam tudung agaknya.” Usik Haji Din sambil mencuit hidung ku dan menyelak kain tudung ku seperti mencari sesuatu. Kata-kata dan perbuatan Haji Din membuat aku tersenyum semula. Kalau bukan Aminah Amia Haji Din, jadi siapa punya Aminah Amiakah ini? Pastilah Haji Din yang punya. Perasan kau Minah!

“Kan cantik bila Aminah Amia saya tersenyum untuk saya.” Haji Din masih mengula-gulakan aku lagi. Jaket kulit yang terdampar diatas katil sempat disambarnya sebelum kami meninggalkan bilik.

Kami menyusur ruang menuju kebilik Umi dan Alang. Bilik Angah pula bersebelahan dengan Umi. Bilik kami yang agak terpencil sedikit kerana bilik Haji Din telah ditempah oleh jabatan tempat dia berkerja. Ketika memicit loceng bilik Umi, sempat Haji Din berkata sesuatu dengan ku tetapi aku tidak dapat menangkap butir yang diluahkan Haji Din kerana pintu telah terbuka dari dalam. Alang yang menyambut kedatangan kami dan ada keluhan kedengaran dari bibir Haji Din bila tidak mendapat balasan dari ku. Iyalah perlahan sangat suaranya mana aku nak dengar.

“Ingatkan tak nak keluar dari bilik?” Syukri bertanya sebaik kami masuk. Umi dah tersenyum.

“Along kemas bajulah.” Haji Din terus memberi alasan sedangkan tiada apa yang dibuatnya tadi.

“Along kemas baju????” Alang terus menyampuk. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Haji Din tadi.

“Iyalah, kenapa? Tak percaya?” Haji Din terus membela diri dan kata-katanya disambut ketawa adik-adiknya termasuk Umi. Aku hanya tersenyum.

“Sebiji macam dalam iklan dalam tv tu lah Along, Cuma mata Along tak sepet sahaja.” Syahrul yang senyap dari tadi menyampuk pula. Haji Din dah tarik muka dan terus duduk disamping Umi yang santai di sofa. Macam nak mengadu je.

“Aminah, mari duduk kat Umi ni. Jangan layan budak-budak ni. Along pun biarkan saja Aminah berdiri kat situ.” Ajak Umi dan sempat membebel dengan Haji Din. Mungkin melihat aku masih berdiri dan tiada tanda-tanda nak duduk. Iyalah Haji Din tak pelawa takkan aku pandai-pandai nak buat sesuka hati.

“Oh! Maafkan saya. Mari sini Aminah Amia, duduk sini.” Haji Din segera mengesot dan menberi ruang untuk aku duduk disampingnya. Aku hanya mengikuti arahnya dan tanpa berkata apa. Kami tenggelam dalam suasana gembira dan sikap Haji Din disamping keluarganya seperti keanak-anakkan. Adik beradiknya tetap menghormatinya sebagai abang yang sulung. Ada saja yang ditanya mereka dan dengan senang hati Haji Din menyuarakan pendapatnya. Umi hanya sesekali menyampuk dan sebagai pemerhati. Sesekali Haji Din menarik aku masuk dalam perbincangan keluarganya. Aku yang baru dalam keluarga ini, ada masa terpinga-pinga dan ini membuat Alang tergelak bila Haji Din menarik muka bila aku tidak dapat menyebelahinya bila ada pertelingkahan pendapat. Sungguh penuh dengan kasih sayang.  Tidak seperti keluarga ku sendiri. Abah dan mak buat hal sendiri. Hanya Kak Kirah  yang sentiasa menemani aku dan mendengar keluh kesah ku. Ada kala aku juga mendengar keluh kesah Kak Kirah bila mak bagaikan sengaja nak menyakiti hatinya dalam tiap tuturnya. Apakan daya aku, hanya kerana abah dan Kak Kirah yang buat aku bertahan. Jika tidak pasti aku membawa diri dan tidak mahu duduk sebumbung dengan mak. Tetapi mana langkah ku jika itu diaturkan untuk ku. Mujur Haji Din muncul dalam hidup ku dan menerangi kegelapan aku. Memimpin aku menyusur jalan-jalan yang hanya dipenuhi dengan si kunang-kunang dan Haji Din membawa lampu gaslen untuk aku. Walaupun kadang kala cahaya aku malap seketika tetapi Haji Din kuat memimpin tangan aku. Harap semua ini berkekalan seperti impian Haji Din. Bila memikirkan betapa teguhnya lelaki itu ingin memerajui aku bersamanya membuat aku sendu dalam sayu.
Tanpa aku sedari perasaan sudah menguasai jiwa dan air mata mula bertamu dibibir mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2012 12:08 PM | Show all posts
“Aminah Amia nak makan dimana?” tiba-tiba Haji Din bertanya. Aku yang sedang tenggelam terkejut bila Haji Din menarik hujung jari manis ku. Hanya jasad ku disini tetapi fikiran ku terbang kemana.

“Apa?” aku masih tidak dapat mengenalpasti apa yang keluar dari bibir Haji Din. Sedaya upaya aku berusaha agar Haji Din tiada dapat mengesan kesayuaan ku.

“Berangan ke? Fikirkan apa?” tanya Haji Din tanpa menghiraukan siapa dikeliling kami.

“Tak…takkkk pape..” gagap aku menjawab. Penyakit gagap aku dah sampai bila Haji Din serius bertanya.

“Along tanya nak makan dimana?” Alang cuba menyelamatkan aku dari terus ditanda soal Haji Din.

“Oh! Minah tak kisah. Terpulang pada Umi.” Jawapan ku dan Haji Din masih merenung aku.

“Aminah Amia okey ke?” bisik Haji Din dan menarik jari manis ku lagi.

“Minah okey.” Aku takut kalau Haji Din dapat menangkap mata ku yang bergenang tadi dan hampir mengalir.

“Jangan sedih-sedih, saya ada untuk Aminah Amia. Ingat itu!” tegas dalam bisikan Haji Din berkata dan yang pasti Haji Din dapat menangkap gerak geri ku tadi. Malunya Minah.

Kami makan direstoran yang berdekatan dengan hotel. Umi yang menyarankan. Berjalan beramai-ramai membuat suasana sungguh meriah. Bukannya jauh restoran yang kami hendak pergi itu. Dari berkereta menempuh kesesakan jalanraya, lebih baik berjalan sambil mengeluarkan peluh. Tetapi dengan bertemankan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, angin sejuk juga menampar muka. Ada kala sejuk itu mengigit tubuh hingga ke tulang hitam. Tidak tahan dengan tiupan angin yang memang degil itu, aku memeluk tubuh dan mengusap lengan ku berkali-kali untuk menghindar rasa sejuk sejak tadi. Walau baju berlengan panjang sekali pun, angin sejuk berjaya juga mencuri masuk dan menjamah kulit tubuh ku.

Haji Din menarik jari jemari ku ketika hendak melintas jalan.

“Sejuknya!.” Keluh Haji Din dan pandangannya terus dipahat pada ku. Tanpa rasa bersalah aku hanya tersenyum. Sambil mengeleng kepala, tingkah Haji Din membuka jaket yang tersarung dibadannya menarik perhatian ku. Mungkin mengetahui kedinginan aku, Haji Din dengan machonya menyarungkan jaket tersebut ke tubuh kerdil ku. Tenggelam aku dengan saiz jaketnya yang lari dari saiz tubuh ku.

“Minah okeylah.” Luah ku bila Haji Din membetulkan kolar dan mengenakan butang jaket berwarna coklat gelap itu.

“Tak mengapa. Angin sejuk ni. Tangan Aminah Amia pun dah macam air batu. Lagi pun saya takut Aminah Amia saya sakit. Tak senang hati saya nanti.” Senyum Haji Din sambil menatap wajah ku.

“Habis! Haji Din bagaimana pula?” tanya ku tidak senang hati bila melihat lengan baju Haji Din. Iyerlah, kalau aku demam boleh juga tidur dalam bilik. Tetapi kalau Haji Din yang demam pasti segala urusannya terbengkalai dan tidak guna kami berada disini.

“Tak mengapa lagi pun antibodi saya kuat. Tak macam Aminah Amia saya yang tiap-tiap bulan pasti ada sakit yang menyerang.” Usik Haji Din pula. Aku terpinga-pinga bila Haji Din berkata demikian. Bila pula aku sakit tiap-tiap bulan sedangkan usia perkahwinan kami baru lagi. Mana Haji Din tahu?

“Sakit apa?” rasa tertanya-tanya terus aku luahkan. Dahi yang berkerut menambah tawa Haji Din.

“Penyakit alam sejagat tu.” Luah Haji Din bersama tawa kecilnya dan terus aku terkedu. Ke situ pula Haji Din ni. Aku renung Haji Din dengan pandangan yang sengaja mahu merajuk. Ada ke hal sedemikian dibuat gurauan ditengah-tengah jalan ni. Buatnya orang tahu apa penyakit alam sejagat pasti aku dijadikan bahan lawak disini. Haji Din masih memandang ku dan senyumannya masih melebar. Mata dan keningnya bagaikan nakal mengejek aku. Bencinya….Tak sensitive langsung. Tiba-tiba ada orang tertawa.

“Along! Kami pun sejuk ni. Pinjamlah jaket Along.” Usik Syukri dan ditambah Alang dan Syahrul. Aku dah tertunduk malu. Terasa bahang di kedua-dua pipi. Kan aku dah katakan tadi. Bukan pasal penyakit alam sejagat tetapi perbuatan Haji Din menjadikan aku mangsa keadaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 12:09 PM | Show all posts
“Jangan nak mengada-gada. Pergi cari sweather sendiri. Jaket along untuk isteri Along saja.” Bentak Haji Din melayan karenah adik-adiknya. Wajahnya masih memandangku dan terus menarik tangan ku kembali bila aku masih memasamkan muka.

“Guraulah sayang. Senyum sikit.” Usik Haji Din lagi dan tanganya terus mendakap jari jemari ku tanpa menghiraukan orang sekeliling. Aku membalas senyuman Haji Din bila tipu helah ku tidak menjadi dan mencair rasa merajuk ku dengan kata-kata Haji Din itu.

Sepanjang perjalanan telatah Alang dan Syukri yang asyik bergaduh berjaya mencuit hati ku. Hinggakan bergaduh hendak duduk disebelah ku pula. Nasib baik Haji Din tidak mengamuk dengan usikan adik-adiknya. Lelaki itu tidak langsung berenggang dengan aku dan sentiasa memastikan aku mesti ada disampingnya sehinggalah duduk di meja makan. Umi hanya tersenyum melihat keceriaan anak sulungnya. Bermacam menu dipesan oleh Alang, Syahrul dan Syukri. Angah dan suaminya hanya menurut dan sempat memastikan ada menu yang boleh dimakan oleh Ehsan dan Elina. Haji Din sebagai abang long tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mengelengkan kepala.

“Aminah Amia nak tambah apa-apa?” Haji Din memandang aku dan menarik kerusinya rapat. Tangannya diletakkan di penyandar kerusi ku. Aku pandang wajah Syukri dan Syahrul dihadapan. Mereka berdua tersenyum simpul melihat Haji Din berperangai sebegitu. Pipi ku sentiasa memerah kerana segan dengan tindakan Haji Din itu. Kejadian tadi belum habis lagi Haji Din dah mulakan rentak gentalmen pula di sini. Entah apa mimpi, sejak dua menjak ini Haji Din dah bertukar kepada Prince Charming yang lembut berbicara dan macho dalam tindakannya. Tapi Prince Charming aku ni matang orangnya. Minah! Minah! Dah cair pun.

“Minah ikut saja apa Haji Din pesan.” Luah ku tanpa banyak karenah.

“Saya pesan ikan kukus untuk Aminah Amia iya? Kita rasa sama-sama. Nampak dalam gambar ini sedap pula.” Haji Din berkata sambil menunjukkan menu ditangannya. Aku hanya mengangguk dan menurut kata Haji Din.

“Alang pun nak kongsi sama-sama juga.” Alang menyampuk dan disambut tawa Angah.

Aku dah tak tahu nak pandang kemana. Haji Din dah tersenyum selamba dan hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang komen.

Ketika menu sampai, Haji Din mengetuai membaca doa. Tak sangka banyak lauk-lauk yang dipesan. Itulah masa nak membuat pesanan itu nak makan dan ini nak makan. Bila dah sampai penuh meja. Nasib baik ada ramai lelaki. Kalau tidak pasti makanan tersebut akan membazir. Akhir sekali baru ikan kukus diletakkan di tengah-tengah meja.

“Nah! Rasa ni.” Ujar Haji Din dan meletakkan sayur kailan ke dalam pinggan ku.. Sebelum orang lain menjamah ikan kukus tersebut, Haji Din lebih dulu mengambil isi ikan dan meletakkan dalam pinggan Umi dan aku. Semua memandang Haji Din. Mungkin meminta kebenaran untuk merasai ikan kukus tersebut sedangkan Angah ada juga memesan ikan siakap masam manis.

“Baik-baik tulang Aminah Amia.” Perlahan Haji Din berbisik hampir ditelinga ku ketika lelaki itu meletakkan lagi isi ikan tersebut bersama hiasan yang berupa timun dan lobak pada ikan kukus yang sedap itu.

“Haji Din makanlah juga.” Pinta ku bila melihat Haji Din masih sibuk mengambil lauk-lauk diatas meja untuk ku. Nasi putih didalam pinggannya masih belum terusik.

“Tak mengapa. Nanti saya makan.” Haji Din tersenyum dan masih tekun mengasingkan tulang ikan masak masam manis yang agak kasar lantas isinya diletakkan dalam pinggan ku juga. Hampir separuh dari pinggan ku terisi dengan lauk-lauk. Gemuklah aku macam ini. Bila melihat Haji Din masih tidak menjamah nasinya, aku mengambil ikan kukus sedikit dan meletakkan kembali dalam pinggan Haji Din.

“Kenapa?” Haji Din memandang ku penuh hairan.

“Haji Din makan sekali. Kalau tidak Minah pindahkan semua lauk ni dalam pinggan Haji Din.” Ugut ku. Iyalah sibuk sangat dengan pinggan ku sedangkan pingganya masih kosong. Sempat aku melihat Umi tersenyum memandang karenah kami suami isteri.

“Okey! Okey! Saya makan.” Haji Din mengalah bila melihat sudu ku dah mula mengaut sayur kailan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 12:11 PM | Show all posts
“Along! Bak sedikit ikan tu.” Pinta Syukri bila melihat Haji Din masih tidak mengendahkan mereka. Aku terus mengangkat wajah dan bertemu pandang dengan Syukri sambil tersenyum.

“Haji Dinnn…Adik nak ikan tu.” Aku berbisik dan mengulangi permintaan Syukri bila melihat Haji Din yang macam terpinga-pinga.

“Oh!” Haji Din terus mengambil pinggan besar yang berisi ikan kukus itu dan menyerahkan pada Syukri dan menyuruh membahagikan pada yang lain.

“Kita kongsi.” Aku pula tersenyum pada Haji Din dan meletakkan sedikit lagi ikan kukus yang penuh dalam pinggan aku. Tak larat nak menghabiskannya. Lama Haji Din memandang ku dan akhirnya bibirnya lebar merekah dan mempamirkan mutiara putihnya.

Kami meneruskan makan malam kami bersama suasana yang mesra. Haji Din tetap dengan sikapnya yang sering memastikan keselesaan aku dan Umi. Sehinggalah balik ke bilik, Haji Din bertanya sama ada ada barang yang hendak aku beli kerana esok masanya sudah terisi dengan hal kerjanya pula. Aku hanya mengeleng. Mata pun dah nak kuyu dan tak sanggup nak merayap kemana-mana.

“Jangan tidur dulu. Kita solat Isyak.” Pesan Haji Din bila melihat aku menuju ke bilik air bersama dengan baju tidur. Aku akur dan terus menutup pintu. Walaupun sudah hampir sebulan kami berkahwin, rasa malu pada Haji Din masih berbahang. Tidak boleh aku rungkai rasa tersebut bila Haji Din bertanya kenapa masih malu berhadapan dengannya. Aku keluar dari bilik air dan melihat Haji Din tenang menonton televisen. Melihat aku dah bersedia dengan telekung, Haji Din menghilang ke bilik air. Seperti biasa ungkapan ayat-ayat yang memuji Allah S.W.T sayu dari bibir Haji Din. Sedikit sebanyak aku sudah mula memahami apa yang dibaca oleh Haji Din. Ini adalah semua tunjuk ajar dari Haji Din sendiri. Dulu apa yang dibaca tidak pernah aku perduli isi kandungannya tetapi tidak sekarang. Setiap kali ada surah yang dibaca Haji Din pasti aku bertanya bila duduk bersantai dengannya. Harap rutin kehidupan ini akan berterusan sehingga Allah memisahkan kami.

“Aminah Amia! Jom tidur.” Ajak Haji Din sambil menutup televison walaupun aku sedang leka menontonnya. Aku pandang Haji Din dengan rasa tak puas hati. Baru nak melayan cerita drama dari Singapura dan kena cut. Di Kuala Lumpur mana dapat tengok cerita dari negeri seberang tambak ini. Baru nak berangan dengan hero handsome.  Biarlah habis cerita barulah tutup tv tu. Bukan kena bayar pun. Nak nangislah macam ini.

“Mari tidur Aminah Amia. Dah lewat ni.” Ujar Haji Din bila melihat aku masih mengeraskan diri. Minah nak merajukkkkkk…

“Boleh tak Minah nak tengok tv.” Pujuk ku pada Haji Din. Dah macam budak-budak.

“Dah lewatlah sayang. Tengok jam tu pukul berapa?” Haji Din pula memujuk dengan suara lembutnya. Lelaki ini memang sentiasa menjaga perasaan ku hingga kadangkala rasa bersalah menghambat hati ini.

“Minah nak tengok sikit je lagi.” Aku berusaha memujuk Haji Din lagi.

“Tak boleh! Tidur!” terasa keras suara Haji Din dipendengaran ku tetapi sikap degil masih menguasai perasaan ini. Tanpa ku sangka, Haji Din memaut tubuh ku dan mengendong aku terus ke katil. Tergamam tanpa suara nak membantah. Haji Din memandang aku tajam. Takut!!

“Duduk sini diam-diam.” Haji Din terus bersuara bila melihat aku dah menundukkan muka tanpa berani berkata. Baru saja aku puji Haji Din dan sekarang Haji Din dah jadi cikgu semula. Keras dan tegas. Aku memejamkan mata sebaik saja Haji Din meletakkan 2 biji bantal di belakang aku menjadikan kepala ku tersandar. Lelaki itu menarik selimut dikaki dan  menyelimutkan aku hingga ke pinggang. Seketika aku membuka mata bila terasa sesuatu yang lembut menyehtuh dahi ku. Wajah Haji Din terlalu dekat dan nafasnya menampar-nampar kelopak mata ini. Kemudian Haji Din turun dari katil dan menuju ke television semula. Aku perhatikan gerak gerinya. Haji Din menekan butang television semula dan serta merta terpaparlah gambar di skrin tersebut. Kata tadi suruh aku tidur tetapi Haji Din yang melayan cerita tersebut. Tak aci langsung. Haji Din kembali menghampiri katil dan aku terus memejamkan mata dan berpura-pura tidur.

“Aminah Amiaaa…buka mata tu. Drama tadi belum habis lagi.” Haji Din bersuara bila melihat aku diam tidak berkutik. Sedangkan dalam dada bagai nak rak berjoget. Dalam rentak begini semacam aku rasa. Hampir tiga minit masa berlalu dan suara Haji Din terus tenggelam tak timbul-timbul. Kemana Haji Din pergi? Hanya kedengaran suara dari peti television sahaja. Nak kata Haji Din turun dari katil tidak pula ada gerakan. Perasaan ingin tahu mempengaruhi mata ini lantas aku terus membuka mata. Hampir aku menjerit bila melihat Haji Din sedang tersenyum memandang ku. Kantoi kau Minah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 12:15 PM | Show all posts
“Haji Din niiiii….” Renggek ku geram dan selebihnya hendak menutup perasaan malu.

“Aminah Amia tipu saya iyaaa???” Haji Din menarik hidung ku lantas aku cuba menepis. Tetapi tubuh ku pula menjadi mangsa bila ditarik kedalam dakapannya.

“Isteri saya tipu saya?” sekali lagi Haji Din bertanya. Aku terdiam dan menganggukkan kepala.

“Maaf!” hanya itu yang  dapat diperkatakan buat masa ini bila mata Haji Din tidak lepas memandang ku.

“Dah semakin nakal Aminah Amia saya ini.” Tenggelam timbul suara Haji Din bila renungannya dah bertukar lain macam saja pada pandangan aku.

“Haji Din kata nak beri Minah tengok tv?” aku terus bersuara bila merasai Haji Din dah lain macam. Hahaha…Minah! Minah! Masih lagi tidak dapat sesuaikan keadaan rupanya.

“Iyalah, kita tengok tv dulu.” Haji Din terus melepaskan nafas beratnya sementara tangannya mengangkat kepala ku dan diletakkan diatas lengannya.

“Selesa?” tanya Haji Din bila aku beralih membetulkan duduk badan ku.

“Selesa.” Aku terus menjawab dan mata terarah kekaca tv tetapi yang sebenarnya hendak meredakan debaran didada ini yang sudah tunggang langgang.

Perhatian ku kini hanya pada drama yang separuh jalan ku tonton tadi. Tentang perjuangan seorang lelaki yang berusaha menagih kepercayaan keluarganya dan orang sekeliling bila ingin kembali ke jalan yang benar akibat dari dadah. Dan kesetiaan seorang wanita menunggu lelaki itu berubah memberi pengajaran pada ku dari sikap tabahnya wanita tersebut mengharungi ranjau dan duri untuk bersama kekasih hatinya yang telah insaf itu. Berbekalkan kasih sayang dan cinta mereka, pasangan itu berjuang untuk maruah sendiri. Bayangkan bila keluarga tidak menerima diri lelaki itu apatah lagi orang sekeliling. Atas cintanya pada wanita tersebut maka segala umpat keji masyarakat sekeliling dianggap sebagai cabaran untuk terus hidup muka bumi ini. Leka dengan drama itu, aku tidak menghiraukan Haji Din disebelah sehinggalah terdengar dengkuran halus. Lantas aku berpaling dan mendongak mencari wajah Haji Din. Lahhh….tidur rupanya. Ingatkan sama-sama tengok drama ini. Yang peliknya pautan tangannya di pinggang ku tetap kejap walau sudah terlena. Tersenyum aku sendiri melihat wajah lelaki itu yang tenang membuai kantuknya. Untuk tidak menganggu lena Haji Din, aku tidak beranjak sehingga lama-kelamaan cerita didalam drama tersebut menjadi kelam dan hilang. Sempat lagi aku bermimpi wajah hero dari Singapura itu. Lena ku terganggu bila mendengar sayup-sayup bunyi deringan telefon. Kemudian deringan itu senyap seketika dan kembali berbunyi. Aku terasa gerakan dan kedengaran suara Haji Din yang serak menjawab. Mata yang berat untuk dibuka aku gagahi juga untuk memastikan keadaan sekeliling. Dimana ini? Mata cuba diselaraskan dengan cahaya lampu tidur yang kelam. Kenapa nampak almari baju? Kenapa tidak nampak wajah Haji Din? Opsss!!! Baru aku perasan yang aku tidur membelakangkan Haji Din didalam bilik hotel kami. Dengan cepat aku berkalih dan mengadap Haji Din yang masih memejam mata tetapi telefon masih ditangan.

“Errrmmm….abang dah tidurlah. Esok sajalah jumpa abang. Tengoklah jam dah pukul berapa ni?” Itu ayat yang kedengaran dari bibir Haji Din. Aku cuba melelapkan mata kembali tetapi telinga masih terpasang.

“Esok…esoklah. Kenapa tak boleh nak tunggu-tunggu ni? Apa yang mustahak sangat tu sampai tak boleh tunggu siang?” Haji Din masih berkata lagi dan ayatnya seakan cuba menamatkan perbualan.

“Okey! Nanti abang beritahu. Asalamualaikum!” akhirnya Haji Din berjaya menamatkan perbualan dengan orang yang tak tahu agaknya masa tidur di Malaysia ini.

“Terjaga?” tanya Haji Din bila melihat aku membetulkan selimut di pinggang. Sempat aku melihat peti television dah terpadam. Entah siapa yang tutup. Pasti Haji Din dan mustahil aku.

“Tak! Siapa tadi?” terus aku menembak.

“Habis tu kenapa mata terbuka?” Dah lewat malam pun Haji Din masih nak berlawak. Pelukan dieratkan. Soalah berikut tidak dihiraukan.

“Minah terjaga tadi dan bila Minah sedar yang Minah dah tidur membelakangkan Haji Din. Minah minta maaf.” Terus aku berkata niat sebenar aku membuka mata tadi.

“Laahhh….tidak mengapa Aminah Amia. Saya tidak kisah. Ketika tidur anggota badan kita juga tidur. Dan bila kita berkalih, tubuh tidak mengerakkan mata dan otak. Hanya kaki dan tangan serta yang berkaitan saja. Jadi saya maafkan seandainya Aminah Amia isteri saya tidak sengaja tidur membelakangkan saya. Itu memang kita tidak boleh kawal sayang.” Dalam mengantuk sempat juga Haji Din bersyarah dan menyampaikan sedikit pengetahuan untuk aku berfikir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.134209 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list