|
IBADAH haji rukun Islam kelima difardukan kepada setiap Muslim yang mukalaf, mampu, berkuasa dan memenuhi syaratnya, hanya sekali seumur hidup, manakala adalah sunat bagi umat Islam menunaikannya berulang kali. \rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan corak rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka.” (Surah al-Hajj, ayat 27-28) \r\n\n\n\n\rIbadah haji menarik jutaan umat manusia seluruh dunia untuk beribadah di tanah suci Makkah. Kita dapat menyaksikan jutaan umat Muhammad berkumpul mengucapkan kalimah ‘Labbaikallah, Humma Labbaik’ (aku dengar panggilan-Mu Ya Allah).\r\r\n\n\n\n\nKetika Nabi Ibrahim membina bangunan sebagai tempat ibadah kepada Allah, mungkin saat itu tidak ada yang mengira ia akan menjadi pusat beribadah dan jalinan persaudaraan paling tulus dari jutaan umat manusia yang ingin mendekatkan diri kepada Allah Taala.\rUlama besar Lubnan, Syeikh Muhammad Yazbaki, menyatakan falsafah ibadah haji sebagai kongres kaum Muslimin sedunia adalah gerakan ummah untuk menyatu padukan langkah dan hati kaum Muslimin sedunia berjuang menegakkan agama mulia ini. \rImam Khomeini dalam salah satu pidatonya berkata, salah satu tugas penting kaum Muslimin adalah memahami hakikat haji dengan bertanya mengapa kita harus menunaikan ibadah haji yang pelaksanaannya menelan belanja sangat besar. \rHaji adalah muktamar kaum Muslimin dalam bentuk mempamerkan kekuatan spiritual. Ulama dan cendekiawan Muslim harus berupaya memahami dan memberi kefahaman kepada orang lain, mengenai mutiara hidayah, hikmah dan kebebasan terkandung dalam ibadah ini.\r\n\n\n\n\rDaripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW ditanya: “Amalan manakah yang lebih utama? Baginda menjawab: Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya. \rKemudian Baginda ditanya lagi, Selepas itu apa lagi? Baginda berkata: Berjihad di jalan yang diredai Allah. Kemudian apa lagi? Baginda menjawab: Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur).”\rJusteru, mereka yang mengerjakan haji dengan ikhlas dan sempurna, menjauhi diri daripada melakukan maksiat serta dosa, nescaya bersih dari segala dosa seperti mana dia baru dilahirkan.\rIbadat haji adalah amalan suci yang menguji kekuatan iman seseorang hamba kerana ia berkait rapat dengan pengorbanan harta benda, tenaga serta nyawa. Umat Islam yang mengerjakan ibadat haji hendaklah mengerjakannya dengan penuh ikhlas kerana Allah.\rAbu Hurairah berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan haji, kemudian tidak mengerjakan dosa dan maksiat, nescaya ia bersih daripada dosa seperti mana ia baru dilahirkan oleh ibunya.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|