CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
Post time 10-10-2011 04:08 PM | Show all posts
yeayyy.. daha lama tak buka mps..tetiba harini tergerak hati nak buka rupanya cik es ada sambungan ... dah kena belek part 1 nak recall balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2011 05:31 PM | Show all posts
wahh..de sambungan lagi..suka2...sib bek aku dah abes bc thread lame punyer...x sabo nk tau sambungan nyer..nenek kamsia muncul kembali kah??
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 05:33 PM | Show all posts
TT,lagi bagus kalo TT tepek sekali link benang lama kat first post supaya org yg baru nak follow cite ni dpt baca yg part 1 punye..sbb kdg2 diorang malas nak search..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 05:37 PM | Show all posts
aku da lama x masuk MPS nih...ni pun sebbek cik es bagitau kat fb...kalo x,mmg melepas...terlepas la ...
suatumasa Post at 10-10-2011 11:24


Hang kalau kat MPS...minat thread yang brutal je kan suatumasa....
Thread ni thread santai gitu......
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 07:00 PM | Show all posts
ok cik es xyah gopoh2, yg penting ada sambungan dan yg paling bagus ada rasa nak tahu yg mendalam barulah ngam kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 08:11 PM | Show all posts
yes. check in. tak sabau2 nak baca misteri seterusnya. chaiyok2 cik es.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2011 08:37 PM | Show all posts
2 ...

Pernah sekali, ok aku tipu, beberapa kali, bukan hanya sekali.. aku menangis sendiri dalam office sebab rindu dengan nenek tu. Aku ni dah sebijik macam orang hilang anak pulak. Aku ambik masa jugak lah nak lupakan nenek tu,tapi macam aku tak mampu je.

Aku tak mampu ..

"Kepala hotak kau tak mampu! Bukannya balak kau pun la weiii,ya ampunnnn" percuma je kepala aku kena sekeh dengan minah tomboy ni. Nama dia Syazura (Bukan nama samaran hahaha) tapi selalu aku panggil dia Syaz je, kadang-kadang Hoi. Walaupun sejak dulu dia lebih suka dipanggil "Zet" tapi aku tetap panggil Syaz, nampak la perempuan sikit, walauuupun tak berapa nak perempuan... hik hik..

Syaz ni rakan baik aku since aku sekolah rendah, menetap di area perumahan yang sama sampai sekarang. Boleh dikatakan agak rapat jugak cuma aku jarang nak berkongsi dengan dia kalau ada apa2 yang bersangkut paut dengan misteri-misteri dan perasaan rindu2 nih. Confirm la kena gelak, kena sindir, kena hina, dan pelbagai jenis yang negatif-negatif lagi. Tapi walaupun Syaz macam tu, hati dia baik, tak berkira sangat. Apa-apa je yang aku mintak tolong, selalunya dia on aje.

Waktu tu, aku keluar lepak dengan dia, pergi tengok movie. Lepas tu lepak tepi pantai,minum air kelapa & makan ayam panggang. Kedengaran jugak la suara2 nakal yang menyindir aku lepak dengan Syaz, maklum la,perwatakan dia macam laki, dan orang pulak ingat aku ni awek dia. Aku pun dah biasa dengan pandangan serong orang ramai. Orang tak tahu, lepas tu nak cakap yang bukan2, nak judge bukan2, perlu ke nak ambik kisah? Tak perlu rasanya dari sudut pandangan aku yang tak berapa nak pandai ni.

"Syaz .."
"Herm..."
"Kau kalau berhenti merokok tak boleh ke?" mula la aku cari jalan nak buat dia bengang. Memang dah hobi.

"Kau kalau berhenti rindukan nenek tua telefon-telefon tu tak boleh ke?" dia sindir aku balik.

Aku pandang dia, nak marah. Dia angkat2 kening. Kitorang sama-sama gelak. LOL.

"Syaz..."
"Oi pompuan,kalau nak cakap,cakap terus lah boleh tak? Syaz syaz syaz je dari tadi,malas ar nak menyahut je tiap kali"

Amboih,garang gila. Period kot.

"Syaz.." aku menahan senyum.
"Eh ko ni kan,sengaja tau! Kau kalau suka kat aku,cakap je lah!"
"Excuse me,habis lelaki kat dunia ni pun,takde faedahnya aku nak pilih kau, Cik Syazura!"

Syaz senyap. Aku pun senyap. Aik, takkan kecik hati kot? Kata minah rock?

"Syaz.." aku panggil lagi sekali. Syaz dah menjeling.
"Erm.. kau percaya ke,kisah nenek yang aku cerita tu?" Syaz terus geleng kepala, tak percaya. Menurut Syaz, orang mati mustahil boleh kacau orang yang masih hidup. Apa la nak merasuk-rasuk badan orang lain macam dalam kisah Nenek Misteri tu.

"Mungkin ada orang nak kenakan kau kot.. Si Danny tu ke? Jangan2 Danny tu yang pakat dengan orang2 tua kot buat camtu kat kau, senanglah dia nak rapat dengan kau,nak cucuk jarum ke, nak mengayat ke, nak letak teddy bear kat belakang kereta sambil tulis apa tu...apa eh, i love u,i do?" Syaz gelak besar, spontan je aku tumbuk belakang badan dia.

"Mustahil sangat la dibuat-buat,dirancang ke apa. Banyak sgt dah orang yang related dengan cerita tu,aku jumpa. Si Freddie tu,si Kenny. Isyh, kalau orang nak kenakan aku dengan cara macam tu, kenakan dari segi apa? Merepeklah!" Aku bantah pendapat Syaz.

Macam-macam yang aku dengan Syaz bualkan malam tu, tapi 70 % memamg tentang kisah Nenek Misteri tu lah. Aku cuma nak dia tau,apa yang aku rasa. Rasa kehilangan ni,perit tau. Lebih-lebih lagi rasa kehilangan akan sesuatu yang kita tak pasti. Herm..

"Satu je la aku nak cakap kat kau.. Jangan biarkan perkara tu mengganggu fikiran kau. Tak guna kau nak murung2 macam ni. Yang dah lepas tu,lepas la. Anggap lah nenek tu dah tenang kat sana atas bantuan kau. Kau nak fikir lebih2 pun, di luar jangkaun pemikiran kita jugak kan? Sudah-sudah la tu" ..

Syaz sebenarnya perasan akan perubahan aku yang nampak murung. Betul jugak cakap dia,sampai bila aku nak ingat nenek tu. Entah-entah nenek tu tak ingat pun aku. Aku mengeluh sendiri.

Bila hari dah makin larut malam, Syaz ajak aku balik rumah. Tapi entah macamana kunci kereta Syaz tercicir pulak,takde dalam poket dia. Aku dah berdebar-debar sebab handphone aku dalam kereta Syaz, kereta Syaz pulak berkunci. Ini lah salah satu habit aku yang pernah jadi punca kemarahan arwah mak aku dulu, badan ke lain, handphone ke lain. Orang emergency nak contact pun susah.

Syaz membelek-belek semua poket yang dia ada, termasuk poket aku pun dia seluk jugak.

"Hoi,yang kau seluk-seluk ni apesal?? Aku boleh check sendiri la!!" Aku agak bengang sebab aku tau Syaz ni bernafsu pada perempuan, aku tak nak ada episod lain pulak berlaku nanti, walaupun aku tau dia baik orangnya.

"Mana la tau kot2 kau main sembunyi-sembunyikan pulak kunci aku. Hei,kalau aku nak meraba pompuan pun,taste aku yg mcm Deborah Henry,bukan macam kau,badan macam papan!"

Eh, macam gampang betul ah pompuan ni. Dia marah aku balik pulak. Macam tu la kitorang, selalu sangat bergaduh tapi tetap berkawan baik jugak dunia akhirat.

"Eh Syaz,kau call abang aku kejap,cakap kita balik lewat, handphone aku tertinggal la dalam kereta kau"
"Terrrrtinggal ke atau sengaja ditinggalkan? Terrrtinggal konon" Kata Syaz sambil tangan nya menekan-nekan handphone, cari nombor abang aku kot.Syaz cuba call abang aku. Tak lama lepas tu, aku dah nampak dahi dia berkerut.

"Apasal" aku panjangkan leher,nak tengok handphone dia.
"Aku try call abang kau,tak dpt pun? Dia dah tak pakai nombor lama eh?" kata Syaz. Alamak.. baru aku teringat yang abang aku dah tuka nombor since dia broke up dengan awek dia beberapa minggu lepas. Aku pulak mana la nak ingat nombor baru tu, nombor lama dia pun tak aku ingat dah. Main save je selama ni, mana pernah ada inisiatif nak hafal nombor. Hadei lah.

Aku risau jugak, aku tahu abang aku sure akan call kalau aku belum balik rumah lepas pukul 11 malam. Aku tengok jam,waktu tu dah pukul 10 lebih. Aku suruh Syaz call je sesiapa kat rumah, hantar kunci spare. Syaz pun ok je sebab mak dia sentiasa kat rumah. Nasib baik lah takde masalah apa-apa, mak dia boleh hantarkan kunci spare.

Sementara tunggu mak Syaz sampai, kitorang cuba jugak cari di kawasan sekitar tu, kot-kot jumpa kunci dia tercicir kat mana-mana ke.

Aku pulak cuba cari gak dekat kawasan berumput sebab ada kemungkinan terjatuh lepas tu tak dengar pulak bunyi jatuh tu kan, tapi tak gak jumpa2. Kitorang patah balik ke kereta, kitorang decide nak tunggu je lah kat situ.

Aku pulak terfikir akan kemungkinan kunci tu terjatuh waktu Syaz keluar dari kereta. Aku pun terjenguk-jenguk la kan kat bawah kereta kot2 ada tercicir termasuk ke bahagian bawah kereta ke. Tengah aku terbongkok-bongkok nak tengok bawah kereta tu, tiba-tiba aku ternampak macam kelibat kain putih, seolah-olah terbang dan waktu tu la telinga aku terdengar macam bunyi loceng. Tersentap seketika, terus imagine ada pontianak mana entah terbang kat sebelah kereta, sampai aku cuma nampak bahagian kain putihnya aje.

Sepantas kilat, aku berdiri. Perasaan takut mula menguasai tapi aku cuba untuk bawa bertenang sebab aku risau kalau hal ni akan mendatangkan kemarahan Syaz. Dia ni memang pantang dengar aku mengadu takut nampak yang bukan-bukan, tak pasal2 dia tinggalkan aku kat situ je mcm yang pernah di buat beberapa bulan yang lepas.

Mata aku masa tu masih lagi tak berani untuk melihat dengan lebih jelas, kain putih apakah tu. Perasaan berdebar-debar, dahi mula berpeluh. Dengan keadaan aku macam tu, of course la Syaz dah syak sesuatu. Tapi, dia diamkan je.

Untuk pengetahuan korang, aku memang beberapa kali ternampak kelibat kain putih dan jugak lembaga menakutkan. Aku banyak kali terserempak dengan perkara-perkara macam ni, tapi sekali ianya berlaku, selalunya takkan lama. Sepantas kilat je. Ada kalanya aku macam dah biasa dengan situasi macam tu, hinggakan kalau aku ternampak lagi benda-benda aneh dan menakutkan tu, aku tak rasa nak bagitau sesiapa,sebab bukan semua orang nak percaya, lebih kepada aku mengadakan cerita kononnya.

Tak lama lepas tu, mak Syaz sampai. Teruk jugak lah Syaz kena leter dengan mak dia, aku diam je. Syaz ni banyak bagi alasan pd mak dia, macam tak nak mengaku salah. Ada je la alasan yang dia nak bagi, nak mintak maaf, jauh sekali. Aku yang waktu tu duduk kat bahagian tempat duduk belakang, terus cuit bahu Syaz sebagai isyarat supaya dia diam je, tak lah maknya makin bengang dan terus berleter.

Tapi, terkejut gila aku bila ada sesuatu yang turut sama mencuit bahu aku dari belakang, serentak sewaktu aku mencuit bahu Syaz. Spontan aku menoleh ke belakang, kain putih tadi ada kat belakang kereta yang mak syaz pandu, terbang semakin tinggi dan tinggi. Waktu tu aku tak rasa takut, cuma tertanya-tanya kain apa tu, dan kenapa.... ada bunyi loceng?

Kling... Kling... bunyi loceng tu lebih kurang macam bunyi gelang kaki yang heroin hindustan selalu pakai. Langkah sekali, berbunyi. Langkah lagi, berbunyi lagi. Tapi locengnya aku tak nampak pun. Akhirnya, loceng tu dah tak berbunyi dan hilang macam tu je. Akhirnya beberapa minit kemudian, kitorang sampai di depan rumah aku dan aku mintak supaya mak Syaz tunggu aku masuk rumah dulu, baru dorang boleh blah.

"Alah... takut la tu, mula lah tu" usik Syaz. Memang aku takut. Dia boleh la tak takut sebab tak nampak dan tak dengar apa yang aku alami.

Sampai je kat rumah, bunyi loceng dan kain putih tu tak lagi muncul. Aku lega.
Bersambung ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 08:43 PM | Show all posts
wah dah ada new entry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2011 09:01 PM | Show all posts
fuh... dah stat seraaaam.... uwaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 09:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by hungryhenry at 10-10-2011 21:23

Hola Cik_es.. fenomena nenet kamsia kembali

iolls masuk dengan harapan mengikuti kisah cik_es. momod jgn cantas tacangku okeh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 09:32 PM | Show all posts
waaaaaaaaaaaaaaaa..nape la aku baca citer ni malam2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 10:12 PM | Show all posts
TT,lagi bagus kalo TT tepek sekali link benang lama kat first post supaya org yg baru nak follow cit ...
melinda_gordon Post at 10-10-2011 17:33


Terima kasih atas cadangan,memang sy terfikir nak buat mcm tu tapi malangnya sy ni sama jugak pemalas nak buat
Tapi,sy percaya mereka yang betul2 nak mengikuti cerita ni, dia akan usaha cari sendiri dekat link belakang2 (Part 1). Sy dah berusaha selama beberapa bulan ni untuk siapkan cerita ni,dan bagi sy tugas sy hanya berkongsi cerita ni di sini, kalau nak tepek lagi mcm2 kat page 1, agak sukar untuk sy sebab tak berapa reti, tak berapa rajin. Hal2 lain macam mencari link yang lepas2 dan untuk baca balik posting2 sebelum ni, sy percaya pembaca akan usaha sendiri kalau mereka betul2 nak dan ingin tahu.

Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 11:13 PM | Show all posts
Check in ..... cik Es sgt best...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 12:48 AM | Show all posts
teruskan cik_es..

sonok baca corak penulisan camni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:31 AM | Show all posts
trimas cik ES!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 10:11 AM | Show all posts
TQ Cik Es..sy menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 11:18 AM | Show all posts
Hang kalau kat MPS...minat thread yang brutal je kan suatumasa....
Thread ni thread santai gi ...
jazaa Post at 10-10-2011 17:37



    aku mmg pengikut setia cik es ni dr umah 1 lg....dulu2 mmg aku hadap sgt citer2 kat MPS ni...tp..skrg ni aku lebey hadap umah gosip dan lawak jenaka.....tp,citer cik es ni mmg aku layan habis beb....sebbek cik es canang kat pesbuk....kalo x....mesti dah bermuka2 surat br aku masuk sini...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 11:21 AM | Show all posts
cik es....
Masa mak syaz hantar kunci tu, naik apa sbb balik sekali dengan cik es & syaz.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 11:57 AM | Show all posts
best! best!
dh sampai part seram puloks...aiyo...dh la slalu duk sorang kt opis...tabah..tabah...
tp kucen tetap sokong cik es!! w/pon cik es cuma hapdet 1 stori sehari, kucen tetap baca hari2 (sbb bkn ada masa sgt nk bacer byk2....)
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 12:15 PM | Show all posts
aku sokong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.124528 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list