CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
Post time 29-12-2011 02:40 PM | Show all posts
Terbaik Cik Es....
Dah habis merempit dah.... suka2 sangat, mcm baca novel jer...
Teruskan usaha Cik Es..... Kita sabar menunggu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 06:02 PM | Show all posts
harap semua ok..
gws cik es...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 07:23 PM | Show all posts
ik es,

aku rase kan, ko memang ada 6 sense la. cuma 6 sense ko tu, macam memberi peluang kepada dunia luar tu, jadikan ko perantaraan diorang..mungkin ko lg senang kowteam kot..kehkehkeh..kalau bomoh, asik nak pengeras jek..haha..anyway cik es, aku cadangkan ko berkarya, buat novel, tapi bukanlah cerita ni...ko buatlah cerita ko sendiri yg lain...even ko cipta sendiri pon cerita tu, aku yakin, mesti gempak..ko ada bakat...aku yakin ko takkan terikat dengan satu cerita ni je kan...hope to see ur name in one of the books on the rack later bila aku mencari2 novel untuk dibaca...


stuju sangat... hope 1 day it will be happen...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 09:33 PM | Show all posts
Akhir nya aku habis merempit 2nd thread ni... caya la Es... semoga Allah sentiasa bersama kita semua..Aminnn sangat suka dengan penulisan Es.. teruskan berkarya ye Es.. dah add Es kat Fb.. n Tq approve.. best of luck.. tak sabar nak tunggu ending cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 07:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 01:10 PM | Show all posts
take care cik es....
get well soon!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2011 02:20 PM | Show all posts
cik es.. seram sejuk tengkuk sy baca citer cik es nih walaupun baca tgh2 hari terik tetap rasa berdiri bulu roma.. ni pon still imagine lagi ape yg ayah cik es citer tuh..mesti dia sgt risau dgn cik es masa kecik2 dulukan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 01:45 AM | Show all posts
first time dgr citer mcm nih........dari pencerita sendiri. selalu org dok citer diatu dia ni...

best tp serammmm nyaaa.........jam dah 1.43 am nih. sorang2x plak tuh.....bye2x nk tidur. kena tutup mata rapat2x nihh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 06:13 PM | Show all posts
best ar cita cik es ni... tunggu sambungan... ngeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 10:17 PM | Show all posts
17 ..

"Ayah.. ada orang meninggal kat rumah hujung sana,kesian dia. Ayah pergi lah tengok.." kata kamu.
"Mana kamu tahu?" tanya ayah.

Kamu merenung ayah dan berkata .. "Macam biasa ayah,dia bagitahu saya..." sambil tersenyum dan kali ini,senyuman kamu tidak lagi kelihatan manja, malah ..menakutkan.. Dan apa yang kamu katakan berkaitan kematian, selalunya benar belaka. Pernah sekali ayah bertanya, bagaimana sebenarnya kamu boleh tahu perkara seperti itu, kamu tiada jawapan lain kecuali "Mereka yang beritahu.."

Bila kamu meningkat dewasa,kebolehan kamu dapat melihat dan mendengar suara dari alam ghaib akhirnya hampir hilang begitu sahaja. Tidak lagi sekerap sewaktu kamu masih kecil dahulu, atau mungkin kamu yang memilih untuk tidak lagi berkongsi berkenaan hal itu,ayah tidak pasti. Ya, ayah mengaku ayah pernah bawa kamu berubat satu ketika dulu, tapi arwah mak kamu tak berapa selesa. Katanya,kalau itu sudah dianugerahkan pada kamu, maka biar lah saja. Lagipun, tidak menyusahkan. Mendengar tentang perkara itu, arwah mak kamu seolah-olah pernah melalui perkara yang sama, namun dia hanya diam apabila ditanya.

Tetapi sejak akhir-akhir ni, peristiwa berhubung dengan orang yang sudah mati seakan-akan kembali dalam hidup kamu. Kamu kongsi cerita itu bersama ayah, terutamanya kisah Nenek Misteri yang selalu menghubungi kamu melalui telefon, hingga ke akhirnya, Nenek itu kamu bantu. Ia seolah-olah pengalaman pertama bagi kamu tapi tanpa kamu sedar, ia nya sudah lama bermula, cuma ianya berlaku ketika kamu masih kecil dan kamu sudah lupa. Mungkin. Ataupun mungkin kamu yang memilih untuk tidak lagi berkongsi dengan ayah apabila kamu meningkat remaja dan sudah makin dewasa. Ayah sudah lama tahu tentang hijab kamu yang terbuka itu, pandangan dan pendengaran menjauhi kemampuan orang lain, itu antara sebab kenapa adakalanya kamu suka menyendiri dan kuat memberontak, ayah mengagak sahaja.

Cerita ayah berhenti di situ. Aku terkedu, baru hari ini aku tahu bahawa uri aku ditanam di kawasan perkuburan, sedikitpun aku tidak pernah tahu tentang itu. Aku teringat dulu abang Syaz pernah di marahi ibunya sebab tanam uri tapi tak dibasuh dengan sempurna hingga menyebabkan bayinya mengalami masalah kulit yang terlalu kemerahan dan berair. Apabila uri itu digali semula dan dicuci dengan sempurna,ditanam semula dengan lebih bersih dan teratur,akhirnya bayi itu tidak lagi mengalami masalah kulit. Apakah semuanya kebetulan?

Lama aku terdiam. Ya, aku mengakui kata-kata ayah. Adakalanya aku mampu melihat atau mendengar sesuatu yang tidak orang lain dengar atau lihat. Mula-mula aku fikir ia perkara biasa tetapi aku mula tertekan bila kawan-kawan mula melabel aku sebagai seorang yang pelik kerana berkelakuan tidak menentu,sedangkan mereka tak tahu apa sebenarnya yang aku nampak. Bila aku semakin meningkat remaja, aku melalui pelbagai cerita dan kisah pelik,sewaktu di sekolah terutamanya.

Salah satu peristiwa yang masih segar dalam ingatan aku, sewaktu aku berada di dalam kelas, Ustaz aku sibuk mengajar di depan. Cuaca waktu itu agak buruk kerana hujan lebat serta angin ribut secara tiba-tiba, menyebabkan pelbagai kertas yang berada di atas meja guru mula berterbangan, langsir berkibar sana sini macam nak tercabut. Kami pun apa lagi, memeluk erat tubuh masing-masing yang kesejukan,kipas mula ditutup. Bunyi guruh sabung-menyabung dan Ustaz kami memberhentikan seketika pengajarannya dan mula meninjau keadaan di luar. Tiba-tiba ada seorang pembantu makmal datang dan meminta bantuan Ustaz tu untuk mengalihkan keretanya, Ustaz tu memang selalu parking keretanya bawah pokok besar tu sebab redup dan tak panas. Mereka meminta Ustaz tu mengalih kereta sebab pokok tu seperti mahu tumbang gara-gara angin terlalu kuat. Sebelum apa-apa perkara buruk berlaku, Ustaz bergegas keluar untuk mengalihkan kereta dan sempat berpesan pada kami untuk membuat kerja masing-masing dan jangan bising. Kami mengangguk sahaja,walaupun gembira sebab pembelajaran dihentikan seketika, tapi terasa takut pula pada hujan lebat dan ribut di luar yang seolah-olah bunyi hendak berperang. Waktu tu, aku tak tahu kenapa tapi aku seolah-olah teringin sangat nak tengok pokok yang dikatakan nak tumbang tu. Selepas minta izin dari ketua kelas untuk keluar sekejap, kononnya nak ke tandas. Aku keluar dengan harapan dapatlah curi tengok sekejap pokok tu, sebab kalau nak ke tandas yang terletak di bangunan belakang, memang kena lalu kawasan pokok tu. Aku sengaja melambat-lambatkan langkah bila semakin hampir ke kawasan pokok tu dan aku nampak beberapa orang lelaki berjubah putih berpegangan tangan mengelilingi pokok besar itu. Aku rasa aneh, kenapa mereka tak basah pun walaupun hujan? Kenapa mereka buat macam tu? Macam tak betul je? Aku memberhentikan langkah apabila menyedari Ustaz aku yang tengah alih kereta tadi, tiba-tiba hentikan kereta dia dan dia merenung tepat ke arah aku. Tanpa ada gerakan bibir, dia cuma pandang aku dan bertanya "Awk nampak apa yang Ustaz nampak?" Ustaz tu cakap dalam hati, tapi aku boleh dengar. Aku agak takut, tapi perlahan-lahan aku mengangguk kepala,tanda aku nampak apa yang dia nampak. Lepas tu Ustaz tu tanya lagi (dalam hati,bukan melalui lisan) "Kalau betul awak dengar apa yang Ustaz bicara melalui hati sekarang, awk pergi ambil wuduk dan kembali ke kelas, jangan peduli mereka,mereka bukan urusan kita.Pergi!" Ustaz memberi arahan,aku agak terkejut dan terus berlalu dari situ menuju ke surau untuk berwuduk seperti yang diarahkan.

Lepas tu aku kembali ke kelas dan Ustaz tadi dah pun masuk. Aku tunduk,tidak berani bertentang mata dengan Ustaz kerana masih terkejut yang rupanya aku boleh berkomunikasi dengan dia melalui cakap dalam hati sahaja, itu lah pengalaman pertama aku dan Ustaz itu adalah satu-satunya insan yang aku boleh berhubung melalui hati dan jarak jauh. Bila kelas habis, Ustaz tu arahkan aku untuk jumpa dengan dia kat dalam library dengan ditemani oleh seorang lagi guru pelatih yang sy sudah tak ingat namanya. Ustaz tu bertanya, aku perasan ke tidak dia berhubung dengan aku mengguna indera lain. Aku cakap ya aku tahu, tapi aku sendiri tak tahu macamana boleh jadi macam tu. Aku tak pernah ikut apa-apa kelas ke untuk belajar benda-benda macam tu. Ustaz tu akhirnya berpesan dan nasihatkan aku untuk beritahu keluarga dan perlu berubat, kerana menurut Ustaz tu, mungkin aku dilahirkan dengan kasyaf terbuka. Aku tak berapa faham waktu itu dengan kasyaf terbuka tapi Ustaz tu cakap, tak elok untuk aku dan biarlah ada orang yang mampu tutup balik kasyaf tu dengan cara yang betul. Bila aku balik rumah, sikitpun aku tak cerita pada mak atau ayah, aku sembunyikan sahaja dari pengetahuan mereka. Sebab waktu tu aku rasa aku tak nak berkongsi, lebih-lebih lagi waktu tu hubungan aku dengan arwah mak, agak dingin dan kami memang tak rapat sangat.

Selama 3 tahun iaitu dari tingkatan satu hingga tiga, beberapa kali Ustaz tu cakap dalam hati sahaja dengan aku kerana aku mampu mendengar. Pernah sekali aku bergaduh dengan arwah mak kat perkarangan parking sekolah berhadapan dengan pejabat guru, aku bengang masa tu bila mak mendesak aku pulang bermalam sebab minggu tu giliran pelajar asrama perempuan balik bermalam. Aku tak nak sebab nak duduk di asrama sahaja, lagipun bukan aku berseorangan,ramai lagi pelajar lain yang tak balik bermalam jugak jadi apa masalahnya sekarang? Mak aku tetap nak aku balik juga sebab aku dah beberapa minggu tak balik. Sedang kami bergaduh dan bertikam lidah tu, aku terdengar Ustaz itu memanggil nama aku dengan nada tegas. Aku menoleh ke belakang dan mula mencari Ustaz tu tapi dia tiada. Mata aku mula menangkap lokasi Ustaz tu yang sedang berdiri di tingkap pejabat guru dan memandang ke arah aku. Sangat jauh dan mustahil aku boleh dengar dia bercakap, tapi masa tu aku teringat tentang kebolehan kami berdua,maka aku diamkan sahaja.

"Aishah,baliklah. Derhaka pada ibu, tiada syurga untuk kamu. Baliklah" kata Ustaz itu, sekali lagi melalui bicara hati sahaja. Aku terdiam, hati aku agak sakit dan aku mula merasakan Ustaz tu dah pandai nak sibuk hal aku, kan bagus kalau dia tak tahu pun akan kebolehan aku, tp nak buat macamana,sudah terlambat. Akhirnya aku bersetuju sahaja walaupun aku sebenarnya rasa terpaksa sangat balik. Bila sampai rumah, malam tu mak masak makanan kegemaran aku, ayam masak kicap, untuk memujuk aku. Aku makan dengan berselera sekali,melupakan sudah sengketa yang terjadi pada petang sebelumnya. Lepas aku selesai makan dan mengemas dapur, aku tersenyum sendiri dan cakap dalam hati,sedapnya mak masak, nasib baik Ustaz suruh balik, kalau tak,memang aku makan makanan dewan asrama yang tak sedap tu. Tiba-tiba mak kata "Haaa,itu lah,kalau ustaz tak suruh balik,sampai tingkatan lima pun kau tak balik kot Sha?Balik la sekali sekala,mak masak semua apa Sha suka,bukan selalu" kata mak yang sedang membelakangkan aku, tangannya ligat menyental belakang kuali yang hitam legam.

"Mak cakap apa ni?" aku mengerutkan dahi.
"Mak cakap,baliklah kalau dah giliran pelajar perempuan balik bermalam tu,bukannya selalu" kata mak,lembut.
"Bukan mak, yang sebelum tu, mak cakap apa?" tanya aku tak puas hati.
"Pasal apa?"
"Pasal ustaz suruh balik tu?"
"Ya la... kalau ustaz tak suruh balik, tak la kau balik kan Sha?"
"Mana mak tau Ustaz suruh balik?"
"Tadi Sha cakap"
"Bila masa Sha ada cakap dengan mak?"
"Tadi?" kata mak.

Aku tidak lagi bercakap melalui lisan selepas itu. Aku tanya dalam hati je "Mak dengar ye apa Sha cakap dalam hati?Mak jawab jujur dengan Sha,mak dengar?"

Mak agak terkejut dan merenung ke arah aku. Tapi, tak lama selepas itu dia terus menyambung menyental kuali dan tidak mengendahkan. Itu lah saat aku mula mengesyaki mak juga punya kebolehan yang sama, cuma dia memilih untuk tidak berkongsi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 10:18 PM | Show all posts
Bila ayah mendengar penjelasan aku, ayah juga mengakui adakalanya dia terperanjat bila arwah mak selalu dapat dengar apa yang dia keluhkan dalam hati. Pd awalnya ayah anggap itu semua kebetulan, tapi apabila semuanya sudah terlalu kerap berlaku, maka itu bukanlah lagi kebetulan semata-mata. Sudah puas ayah bertanya, tetapi mak tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut.

Jika mak mampu mendengar bisikan hati orang sekeliling yang rapat dengan nya, tetapi aku sedikit berbeza. Aku hanya akan mendengar bisikan hati seseorang sekiranya dia ada kebolehan yang sama. Contohnya macam Ustaz aku yang kat sekolah tu lah. Dan juga dengan arwah mak, cuma bezanya arwah mak tidak pernah mengaku secara terbuka, tapi hati aku kuat mengatakan dia juga punya kebolehan itu.

Malam semakin larut, dan jam pun sudah menghampiri pukul 12 malam, leka sangat bersembang hingga tak sedar hari sudah larut malam. Ayah sudah meminta diri untuk masuk tidur dan Adib membawanya ke biliknya yang sudah dikemas sebelumnya untuk tempat tidur ayah aku. Adib kemudian berpatah balik ke ruang tamu dan duduk di situ balik, bersama dengan aku dan Danny. Masing-masing diam. Terlalu sunyi dan aku pula yang rimas.

"Kenapa diam?" aku bertanya.
"Eh,kita ajak borak tadi tapi dalam hati,tak dengar eh?" kata Adib lepas tu gelak. Danny tergelak sekali. Aku membaling bantal kecil tu ke arah Adib, dia mengelak sambil ketawa lagi.

"Sy dah lama tak pakai kebolehan itu, since arwah mak sy dah meninggal dan Ustaz yang sy cerita tadi pun sudah meninggal waktu sy di tingkatan 3. Sy tak tau lah sama ada sy masih ada kebolehan itu atau tak. Tapi tak bermakna sy boleh dengar apa korang cakap dalam hati, sikit pun tak" jelas aku, aku risau kalau mereka salah faham dan tak selesa pulak. Ye lah, siapa pun memang tak selesa kalau apa kita cakap dalam hati, orang boleh dengar,tiada privasi langsung,nak kutuk sikit pun dah tak boleh,hehe!

"Awk tak nak masuk tidur ke?" tanya Danny. Aku teragak-agak nak menjawab sebab aku belum mandi lagi dari petang tadi,sangat tak selesa.
"Kalau awak nak mandi, mandi lah. Pakai je baju sy kat dalam almari,but up to u. Seluar pendek dengan baju t shirt ada,pakai je lah,untuk tido je pun kan" Kata Danny lagi seolah faham, aku pulak nervous kot-kot dia dengar apa aku cakap dalam hati,haha!

"Seluar dalam ko tak nak bagi dia pinjam sekali ke?" tanya Adib tersenyum lebar.
"Over lah, tak ingin" kata aku.
"Eleh, tak ingin. Konon" usiknya lagi.
"Jangan layan la abang sy tu Sha, awak naiklah atas,mandi. Pandai-pandai lah hidup dalam bilik bujang tu" kata Danny.
"Haha... macam pelik lah Adib ni abang awak,muka dia nampak bebudak sangat. Ni betul-betul abang awak eh?" tanya ku.
"Betul. Tapi dah biasa sangat orang tak percaya, esok tunjuk ic kat awak,haha" kata Danny. Nakal betul.

Aku naik ke bilik di tingkat atas dan masih kedengaran suara Danny dan Adib bersembang sesama sendiri. Niat nak curi dengar dibatalkan sebab mereka hanya bersembang dalam bahasa Cina Hakka yang sepatah pun aku tak faham. Sebaik je mandi dan melabuhkan diri ke katil, aku nekad lagi, esok juga aku mesti jumpa Akash.

Mesti...

Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 11:29 PM | Show all posts
rasa seronok dapat baca sambungan...thanks cik es...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 03:26 AM | Show all posts
cik es, kalau orang yang suka berangan, asyik cakap dalam hati je, macam saya la. macam tu pun boleh dengar jugak ke? aduy. dah tak boleh berangan dalam hati dah. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 09:47 AM | Show all posts
cik es, kalau orang yang suka berangan, asyik cakap dalam hati je, macam saya la. macam tu pun boleh ...
membesar Post at 4-1-2012 03:26


soalan ni sy ada jawapan dalam apa yg sy update kat atas ni, mesti awk ni baca laju2 sampai terlepas kot? baca balik! baca balik! ini arahan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 10:44 AM | Show all posts
cik es, selepas ustaz dan arwah mak, cik es tak ada lagi ker jumpa siapa2 yang punya kebolehan membaca hati macam cik es? Kiranya kebolehan cik es ni hilang bila orang2 yang sama cam cik es tu meninggal?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 02:16 PM | Show all posts
rasa mcm tgh baca komik X-men jer... mak ada kebolehan.. turun kat anak tapi anak nyer punya kebolehan yg lain sikit.... huhuhuhu nenek sya belah mak mcm mana pulak eh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 09:00 PM | Show all posts
Kalau nizz jumpa org yang boleh dengar suara hati nizz, teruk laa...huhuhu. Best laa cik es...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 12:33 AM | Show all posts
dulu cam rasanya ade sorang forummer kt cari nih yg bleh baca isihati ssorg. dr jauh lg. maknanya kita sembang kt forum pun dia bleh baca isihati org tuh. lupa dah tajuk apa tread tuh. ada sesapa igt tak?

nk ty cik es.............nape hubgn cik es ngan mak dingin je...ada kemungkinan ke sbb masing2x bleh baca isihati msg2x....????!!!!  

tp masa remaja mmg kita sll x sependapat ngan mak ayah. akk dulu pn mmg x sebulu ngan mak, sll ckp mak ni cam 'dengki' je ngan akk sbb sll nk kepoci ngan apa yg akk buat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 02:48 AM | Show all posts
Reply 991# cik_es

arwah ustaz tu meninggal sebab aper yer?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 02:33 PM | Show all posts
dulu cam rasanya ade sorang forummer kt cari nih yg bleh baca isihati ssorg. dr jauh lg. maknanya ki ...
alya1 Post at 5-1-2012 00:33


aku pun tak berapa mesra ngan mak. Dan aku slalu kecik ati ngan sikap mak . Aku ni tomboi sket slalu lawan ckp dia masa sekolah dulu pastu duduk asrama jarang2 balik. Tu sbb agaknya tak mesra sgt. Tp hakikatnya aku sayannggg dan rindu kat dia selalu...
sorri off topik jap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.082166 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list