CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
Post time 5-1-2012 04:06 PM | Show all posts
dulu cam rasanya ade sorang forummer kt cari nih yg bleh baca isihati ssorg. dr jauh lg. maknanya ki ...
alya1 Post at 5-1-2012 00:33



yup saya setuju mse skola mmg asik nak bangkang aje kejenye tp bile dah berfamili nie selalu contact mak sbb mak kat kl sy di phg (xla jauh mane) n bile dah ade anak baru tau besarnye pengorbanan mak kite mse mjga kite kecik2 dlu..
selalu jd SR aje dlm thread nie tp bos bg relax sbb 2 nak sebukkan diri menjoin komen disini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2012 08:01 PM | Show all posts
cik es, selepas ustaz dan arwah mak, cik es tak ada lagi ker jumpa siapa2 yang punya kebolehan memba ...
Orange_7491 Post at 4-1-2012 10:44


tiada lagi pernah bertemu insan lain selain daripada arwah mak & arwah ustaz sy..setakat ini lah.. tak tau lah kalau esok2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 08:02 PM | Show all posts
rasa mcm tgh baca komik X-men jer... mak ada kebolehan.. turun kat anak tapi anak nyer punya keboleh ...
want2bhappy Post at 4-1-2012 14:16


sebelah nenek Sha x pasti,lagipun arwah mak tak pernah berkongsi tentang ni secara terbuka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 08:13 PM | Show all posts
dulu cam rasanya ade sorang forummer kt cari nih yg bleh baca isihati ssorg. dr jauh lg. maknanya ki ...
alya1 Post at 5-1-2012 00:33


sepanjang arwah mak hidup, sy memang tak pernah rapat dengan dia. bagi sy, arwah mak mengongkong dan tak pernah faham kemahuan sy. tapi waktu itu,sy masih remaja lagi, jiwa masih muda,darah panas kata orang. sy hanya rapat dengan arwah beberapa minggu sebelum dia meninggal dan itu salah satu yg sy kesalkan sampai skrg. sy akui, waktu zaman remaja sy memang sangat kurang ajar dengan arwah mak hingga ayah pernah tampar sy bila sy keterlaluan. ya,sy lebih rapat dengan ayah,tp dengan mak,sy berlainan. kawan-kawan atau orang sekeliling sy kadang2 terkejut bila sy cakap dengan mak pun kasar2,sedangkan sy pada luarannya,org kata sy jenis lembut. luaran sy ya mungkin nampak lembut,tp hati sy tidak,sy terlalu keras hati waktu tu.


hingga saat-saat akhir arwah mak hidup, baru sy rapat dengan dia. alhamdulillah,sy sempat berbaik dengan arwah mak walaupun sepanjang hayat sy, sy tak pernah buat dia bangga dengan sy yg sebegini.


sekadar pesanan sy untuk sesiapa yang masih ada ibu/emak/mama/umi atau apa sahaja panggilan kamu pd mereka, sementara mereka masih ada, tolong jangan derhaka pada mereka. walau seteruk macamana pun seorang ibu itu, ibu tetap ibu dan kasih ibu tetap agung. sekarang ni mungkin kita rasa dia mengongkong,asyik membebel, tapi bila mereka sudah tiada, kongkongan dan bebelan itu lah yang kamu akan rindu.


Maafkan Sha mak, Al-Fatihah.


p/s : maaf,sy kalau bercakap tentang arwah mak, sy boleh jadi seorang yang amat sensitif kerana sy dibendung rasa bersalah hingga sekarang. sy kesal,sangat kesal. apa-apapun sy selalu ingat apa pesan ayah, kalau sy tidak pernah membanggakan arwah mak sepanjang mak masih hidup, buat lah arwah mak rasa bangga walaupun dia sudah tiada, kerana di alam sana, dia tetap melihat sy dari kejauhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 08:22 PM | Show all posts
Reply  cik_es

arwah ustaz tu meninggal sebab aper yer?
mnaa Post at 5-1-2012 02:48


Penyakit kanser hati tapi waktu tu ada juga yang heboh konon dia terkena buatan orang. Sy pun jadi tak pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:35 PM | Show all posts
p/s : maaf,sy kalau bercakap tentang arwah mak, sy boleh jadi seorang yang amat sensitif kerana sy dibendung rasa bersalah hingga sekarang. sy kesal,sangat kesal. apa-apapun sy selalu ingat apa pesan ayah, kalau sy tidak pernah membanggakan arwah mak sepanjang mak masih hidup, buat lah arwah mak rasa bangga walaupun dia sudah tiada, kerana di alam sana, dia tetap melihat sy dari kejauhan.


menitis air mata baca ayat es yg ni... tak pe es.. Allah maha mengetahui semua yg terjadi..
she will be and always with u.. es kan darah daging dia dan ada kelebihan yg dia pun ada.. don't be sad ya... Al-Fatihah untuk ibu es...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2012 09:36 PM | Show all posts
sepanjang arwah mak hidup, sy memang tak pernah rapat dengan dia. bagi sy, arwah mak mengongkong ...
cik_es Post at 5-1-2012 20:13



Tak apa cik es...sekurang2nya cik es sempat rapat juga dengan arwah mak cik es...alhamdulillah. Doa anak yang soleh tetap sampai pada ibu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 02:47 AM | Show all posts
Reply 1004# cik_es

akk rasa skg ni pun mak es 'di sana' bangga ngan es kerana es dah jadi ank yg tahu menghargai kasih seorg ibu dan mengakui kesilapan lalu. dan yg paling bangga...cik es menjadi seorg yg suka menolong org dan mjd ank yg disukai ramai org

teringat kata2x/peribahasa ke apa tah...

''kita tidak akan menghargai sesuatu itu sebelum kita kehilangannya''
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 08:22 AM | Show all posts
saya pernah bekerja dengan orang yang berkebolehan macam cik es..mampu membaca isi hati orang,walaupun org tu xde kaitan ngan dia,mampu mentafsir perangai orang hingga ke kisah masa silam orang tu,dan kadangkala mampu nampak ape yang orang lain x nampak..pernah jugak didatangi orang yg telah meninggal dunia,tapi dalam mimpi..mula2 saya agak teruja dengan kebolehan beliau,tapi lama kelamaan saya jadi x selesa,sbb dia tau setiap ape yang terdetik dalam hati saya,smp kadang2 boleh jadi gaduh..akhirnya saya berhenti keje dgn dia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 01:48 PM | Show all posts
sepanjang arwah mak hidup, sy memang tak pernah rapat dengan dia. bagi sy, arwah mak mengongkong ...
cik_es Post at 5-1-2012 20:13


sha mcm chilly..tp mak still ada..masih cuba jadi anak yg terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 02:22 PM | Show all posts
x semena mena air mata berlinang bile bace luahan hati Cik Es pasal arwah mak cik es.. teringat bile whadda pon pernah buat sampai mak menangis sbb kuang ajar ngan die... bukan sekali tp selalu... cakap pon nak marah je ngan mak... biasela bile setan dah menguasai diri...

tp alhamdulillah pas kawen pelan2 kikis sikap kuang ajar tuh... cume bezanya mak whadda masih ade tp cik es pula kehilangan awal... btol cakap ayah cik es tuh... sekurang kurangnye arwah boleh berbangga di sana dgn perubahan cik es skarang... Doa dari anak soleh/solehah kepada arwah ibu atau bapa boleh dijadikan penyambung pahala mereka di alam barzakh. Jadi sedekah kan lah doa banyak2 kepada arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 02:41 PM | Show all posts
Bila ayah mendengar penjelasan aku, ayah juga mengakui adakalanya dia terperanjat bila arwah mak sel ...
cik_es Post at 3-1-2012 10:18 PM



    Wuah kagumnya. Nampaknya cik-es mewarisi jugak sikit2 bakal arwah ibu. Cant wait for the next episode
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 05:51 PM | Show all posts
wah, sambungan kali ni mmg betul2 best.. thanks cik es!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:45 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 01:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 11-1-2012 13:30

18 ...

Aku naik ke bilik di tingkat atas dan masih kedengaran suara Danny dan Adib bersembang sesama sendiri. Niat nak curi dengar dibatalkan sebab mereka hanya bersembang dalam bahasa Cina Hakka yang sepatah pun aku tak faham. Sebaik je mandi dan melabuhkan diri ke katil, aku nekad lagi, esok juga aku mesti jumpa Akash.

Mesti...

Sebelum melenakan diri,sekali lagi mata aku meneroka ke sekeliling bilik. Ringkas sahaja,tiada apa-apa perhiasan sangat pun,tetapi kemas. Mata ku tertarik pada beberapa bingkai gambar yang digantung di dinding bilik. Perlahan aku hampiri, kelihatan seperti gambar-gambar lama kerana warnanya yang sudah agak pudar dan kekuningan. Ternyata ia gambar Danny sewaktu masih kecil dahulu, wajahnya masih dapat di kenalpasti, terutamanya gigi bahagian depan nya yang macam rabbit

Agak lama aku merenung gambar itu, sejenak aku terfikir semula,patutkah aku memberi peluang itu pada dia? Gagal bercinta sebelum itu membuat aku takut, apatah lagi bila ia sudah sampai ke tahap mengikat tali pertunangan,tapi akhirnya putus begitu sahaja. Jika aku menerima Danny dan andaikata ianya gagal lagi, kuat kah aku untuk bangkit kali kedua atau aku bakal terus tersungkur? Aku mengeluh sendiri.

Malam itu aku agak mudah lelapkan mata,tiada lagi gangguan apa-apa mimpi seperti malam-malam sebelumnya. Pagi esoknya aku tersedar lebih awal dari biasa, baru pukul 5 pagi tapi aku sudah terjaga dari lena, kedengaran seperti bunyi air mengalir, mungkin Adib atau Danny gunakan tandas kot,fikirku. Mata yang terjaga awal tidak lagi mampu lelap semula,dan aku ambil keputusan untuk tidak menyambung tidur. Handphone terlebih dahulu dicapai, dan ternyata ada 1 message yang belum dibaca.

"selamat pagi..!" sms dari Danny. Ternyata sms itu di hantar sewaktu aku masih lelap tadi iaitu lebih kurang setengah jam yang lalu. Tersenyum sendiri. Aku membalas "Awal bangun ni nak ke mana?". Tapi,tiada jawapan. Tertido balik lah tu, macam kita tak tau! Aku melangkah ke bawah,menuju ke bahagian dapur sebab tekak aku dah kering, rasa nak minum sangat. Aku ada satu habit yang memang sejak dari dahulu lagi, iaitu suka minum air kosong dengan sangat banyaknya hingga waktu aku tidur pun beberapa kali akan bangun semata-mata nak minum air. Tapi disebabkan malam tadi aku nih menumpang tido rumah orang dan kebetulan pulak baru lepas dengar cerita menakutkan dari ayah pada malam sebelum tu, makin lah aku tak berani nak pergi dapur tengah-tengah malam untuk cari air. Sekarang dah masuk waktu subuh ni berani lah sikit. Suis lampu dipetik dan aku mula mencari air untuk diminum. Air dalam peti sejuk memang aku tak nak, pagi-pagi nak minum air sejuk kang sakit perut pulak. Lepas mengambil segelas besar air kosong,aku ke ruang tamu,ingatkan nak lepak situ la sementara tunggu yang lain bangun. Tersentak seketika bila ternampak Danny dan Adib tengah solat subuh berjemaah di ruang tamu dan aku tergamam.

Tergamam bukan sebab aku nampak apa-apa yang menakutkan, cuma tergamam dan rasa bagai tak percaya bila melihat mereka solat bersama. Rasa macam kena tampar ada la jugak. Jujur aku akui, walaupun aku ni lulusan sekolah agama pun, aku dah lama tak sarungkan telekung, dah lama tak sujud pada yang Maha Esa, dah lama tak solat, dah lama lupa pada Dia, dah lama jugak. Rasa malu terbit dalam diri bila melihat Danny begitu menjaga solat. Tapi aku?

Niat nak ke ruang tamu dibatalkan sebaliknya aku hanya duduk lepak di dapur saja,sambil mata melilau ke sana ke sini. Semuanya aku perhatikan,segenap sudut. Tiba-tiba aku rasa kagum jugak, dapur pun agak kemas dan barang-barang memasak juga agak lengkap walaupun tak lah lengkap sangat pun, tapi boleh lah dikatakan lengkap untuk kategori orang bujang. Peti ais nya pun agak penuh dengan sayur-sayuran dan buah-buahan belaka, aku juga sedia maklum mereka adik-beradik ni semuanya vegetarian sejak kecil, ikut arwah mama mereka. Alang-alang aku dah ada di dapur tu, aku buatkan terus satu teko teh. Tapi,aku tak letakkan gula sebab ayah aku selalu minum yang kosong je, aku pun sama. Nanti kalau Danny atau Adib nak minum, bubuh je lah gula sendiri. Aku bermonolog sendiri dari tadi.

Bila terasa ada yang memerhati, aku menoleh. Danny sudah bersandar di dinding melihat aku membancuh teh. Aku biarkan sahaja,tidak tahu perbualan yang bagaimana yang harus dimulakan. Danny kemudian menarik kerusi dan duduk berhadapan.

"Takde ke mana-mana pun,nanti kerja je macam biasa" katanya. Kau ni kenapa,tiba-tiba?
"Owh...tak tanya pun?" aku mengusik.
"Ada.."
"Bila masa sy tanya?"
"Tadi.. dalam sms tu" katanya. Aku tersenyum sahaja.

Aku menuang segelas teh untuk dia, segelas untuk aku.

"Adib mana?" tanyaku.
"Abang Adib.." ulang Danny,menegur cara aku menyebut nama Adib.
"Ok.. Abang Adib mana?" kataku, dan Danny terus ketawa besar.
"Awk ni memang lurus eh, ikut je apa orang suruh" kata Danny.
"Dah memang betul dia lagi tua,betul lah tu sebut Abang Adib" jawabku.
"Haha.. ada kat ruang tamu,tengah sibuk"
"Sibuk dengan apa pulak?"
"Sibuk main game"
"Itu bukan lah sibuk namanya..setakat main game"
"Sibuklah tu..."
"Awal-awal pagi macam ni main game ke? Matahari pun belum nampak lagi?"
"Dah takde apa nak buat. Itu je lah yang dia mampu,hehe"
"Masih awal lagi ni..baru pukul 6 pagi,awak tak nak sambung tido ke?"

Danny cuma menggeleng kepala,katanya kalau tidur balik nanti liat nak bangun,kepala pening. Selalunya dia tak tidur lagi selepas Solat Subuh.
Oh,bagus lah,bisik hati aku sendiri. Aku pulak membandingkan diri Danny dengan diri aku sendiri. Aku ni dah lah Solat Subuh pun tak, kalau tak kerja, memang hampir nak tengahari baru nak bangun kot. Anak dara apa lah macam ni, sempat lagi aku mengutuk diri sendiri.

Danny bingkas bangun dan tangannya mencapai beberapa jenis biskut yang ada dalam almari.

"Sorry.. ini je ada,ke awak nak breakfast yang heavy sikit? Sy boleh masak nasi goreng" kata Danny.
"Tak payah lah,sy bukan jenis yang breakfast berat-berat pun" kataku. Ok,yang ini sumpah tipu, kalau diberi pilihan memang aku melantak nasi lemak kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 01:28 PM | Show all posts
Adib muncul tiba-tiba dan mengambil tempat duduk di sebelah Danny. Melihat dia di situ, aku menuang segelas teh lagi untuk Adib. Masing-masing diam dan berpandangan sesama sendiri. Mula lah aku tak selesa bila semua senyap,nak tak nak terpaksa jugak mulakan perbualan. Belum sempat berkata apa-apa, Adib bertanya..

"Tak kerja ke hari ni?"
"Kerja tapi shift tengahari" jawabku.
"Kalau shift tengahari,masuk pukul berapa?"
"Pukul 10.30 pagi, balik pukul 7.30 malam"
"Malam memang tak kerja eh?"
"Tak lah,kecuali sebulan sekali je kalau ada general cleaning"
"Owh..." Adib terangguk-angguk.

"Macamana korang berdua boleh kenal?" tanya Adib lagi, investigation. Aku memandang Danny, bagi aku biarlah Danny yang cerita. Tapi Danny buat bodo je, sikit pun dia tak response.

"Err.. kenal dia dari Madam Wong. Sebab dia replace Madam Wong hantar stok telur kat kedai" jelasku sedikit.
"Telur apa?" Adib tanya lagi. Eh,apa punya soalan lah.
"Telur ayam" jawabku, Danny dengan Adib dah senyum-senyum menahan ketawa. Dia orang ni nak kenakan aku ke apa ni? Geram.
"Owh.. hehehe" Adib tersengih-sengih.

"Awk single ke? Dah ada boyfriend?" Adib bertanya lagi. Danny sudah merenung aku bila mendengar soalan itu.
"Erm... kalau single kenapa?" soalku,mahu mengelak.
"Kalau single, sama lah.. sy pun single" kata Adib.
"So?"
"So..boleh lah awk jadi girlfriend sy,nak tak?" kata Adib selamba.
"Amboi..senang macam tu je? Awk tak kenal pun sy kan, nanti menyesal je" kataku. Danny masih lagi diam.
"Kalau macam tu,awk couple lah dengan Dan,dia kan lebih kenal awak"
"Dan?" aku mula blur.
"Danny lah, sy biasa panggil dia Dan kan..." kata Adib. Owh ya,lupa pulak.

Aku tak menjawab soalan tu. Aku biarkan sahaja. Aku sangkakan Adib takkan bertanya lagi,tapi..

"Kenapa awk masih single sampai sekarang?Tak nak cari pengganti ke?" Adib sambung.
"Hei dah la tu, kau ni macam desak dia pulak" baru kedengaran suara Danny.
"Takde lah,saja tanya"
"Yang kau tu,tak nak cari pengganti ke bang? Cakap orang lebih" kata Danny. Sah ada adegan tembak-menembak lepas ni.
"Bukan tak nak..tapi macam tak jumpa yang sesuai. Aishah ni macam sesuai je,nak berkenan boleh?" usik Adib.
"Ye lahhh tu.." kata Danny.

Aku ketawa sahaja. Agak senang hati melihat kemesraan mereka adik-beradik. Adib nampak lebih nakal,mungkin sebab tu dia nampak macam adik kepada Danny. Kedua-duanya tinggi,cuma Danny lebih tinggi sikit, jadi model boleh ni kot. Tapi aku masih ingat lagi Danny pernah cakap Adib ni pemalu. Tang mana pemalu tu pun aku tak pasti.

"Sha, Abang Adib ni macam banyak pulak cakapnya dengan awk. Selalunya dia tak macam ni,malu lebih dengan perempuan" kata Danny.
"Ala...kalau dengan bakal adik ipar,tak malu kot" jawab Adib, kena lagi. Sebelum apa-apa, Danny minta diri untuk ke bilik, nak bersiap katanya. Nanti nak pergi kerja. Padahal nak lari dari kena usik dengan Adib. Haha.

"Eleh...nak bersiap pergi kerja la konon dia tu,padahal dah segan lah tu" kata Adib sebaik sahaja bayang Danny tidak lagi kelihatan. Aku tinggal berdua sahaja dengan Adib di dapur. Air teh sudah beberapa kali dituang, dituang lagi untuk kesekian kali kerana kami masih lagi bersembang. Ayah aku pula dah ada di ruang tamu,lepak-lepak minum kat situ, ajak minum di dapur,katanya tak nak kacau daun. Eh ayah ni,kacau daun apa lah pulak.

"Erm..awk ni cuti ke apa?" aku pulak yang bertanya,asyik dia je kan. Adib mengangguk.
"Cuti 4 minggu,sebab tak tau nak vacation mana,so sy datang lah sini sebab Dan ada sini,sy pulak tak pernah ke sini kan"
"Awk sambung study course apa?
"Interior design"
"Owh..." aku mengangguk, padahal binatang ape la Interior Design tu pun aku tak tau.
"Kalau awk tak kerja,boleh la bawa sy jalan-jalan eh?" tanya Adib.
"Haha.. tapi sy kerja,minggu depan baru ada off lagi,boleh lah kot. Malam pun ok je kalau nak keluar tp,ye lah..kat sini takde night life sangat"
"Takpe lah,gurau je. Kalau sy nak,sy gi jalan-jalan by my own je,lagi adventure kot" kata Adib.
"Awk minat photography eh?" tanyaku.
"Mana awk tau?"
"Sebab Danny minat photography,dengar cerita,adik beradik awk semua photographer kan?"
"Yup,abang sy yang sulung asalnya photographer tp sambilan je lah,takde kerja dengan mana-mana company pun"
"Lepas tu?"
"Lepas tu,abang sy dapat kerja tetap yg lebih ok lagi,lebih steady,so dia tak buat dah photography,sekarang dia dalam bidang finance. Memandangkan sy minat, jadi dia hadiahkan salah satu camera dia pada sy. Sy explore lah until sy dapat wedding job atau potraiture yang simple tu,boleh la sekadar nak belajar2 waktu tu. Lepas tu, adik perempuan sy pun terlibat sama sebab dia selalu bantu kan. Last-last, dia pulak yang betul2 jadi photographer over pulak dari sy sendiri,sy sambung belajar tapi adik perempuan sy teruskan dengan photography dia" terang Adib.Mak aihh panjang lebarnya dia cerita.

Ingatkan dah habis.. ada lagi.. "Lepas tu,bila adik perempuan sy tu jadi photographer,kadang-kadang dia bawa Danny sekali,sampai Danny pun terjebak sama, beli camera sendiri lepas tu,sampai sekarang Danny ambik part-time buat photography jugak" Aku mengangguk-angguk je. Adik-beradik semua minat photography, cantik lah tu.

"Yang awk ni masih sambung belajar lagi tapi Danny dah habis,apa kes pulak?"
"Sebab sy sambung study agak lewat, sy kerja dulu baru sambung lagi. Sy cuma tak nak abang sy tanggung banyak. Sy sambung study pakai duit sendiri je.So sy kerja dulu.Sy bagi Danny sambung dulu,itu pun dia setakat Diploma dan tak nak sambung lagi,sy pun tak desak sangat. Sy ni pun final semester dah,dalam tahun depan habis belajar dah. Even sy rasa bidang Interior Design mungkin bukan bidang kerja sy akan pilih nanti,tp sy minat konsep dia. Maybe lepas belajar,masih teruskan dengan photography,tengok lah dulu" jelasnya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2012 01:29 PM | Show all posts
Kami terus bersembang dan bersembang sampai lah pukul 8 pagi macam tu, Adib pula minta diri sebab nak bersiap jugak,rupa-rupanya dia kena hantar Danny gi kerja. Katanya sebab Danny nak dia pakai kereta tu pergi mana-mana nanti,walaupun tak tau jalan sangat,redah je. Aku masih lagi di dapur, mengemas apa yang patut. Sebelum Danny pergi kerja, dia jumpa aku di dapur.

"Nanti kalau awk balik rumah,inform tau" kata Danny.
"Ok,boleh. Sekejap lagi memang dah nak balik. Lagipun pukul 10 nanti dah nak pergi kerja" jawabku.
"Nak cakap sesuatu boleh?"
"Boleh" kata ku tanpa sedikit menoleh ke arah Danny, berpura-pura membersihkan gelas-gelas yang digunakan tadi.
"Pandang sini Sha.."
"Cakap je,sy dengar.."
"No..pandang sini Sha,please?" Danny sedikit merayu. Suara kelelakiannya yang sedikit husky itu benar-benar menggetarkan perasaan.

"Oh,ko nak sangat aku pandang kau kan,okay.." hati aku berbisik.

Aku menoleh ke arah Danny, dengan berani aku melangkah dan berdiri benar-benar di hadapan dia,yang jaraknya kurang dari satu langkah sahaja. Disebabkan dia jauh lebih tinggi,jadi kedudukan yang agak rapat itu membuatkan aku terpaksa mendongak sedikit untuk berhadapan dengan dia.

"Wooo...sy minta pandang sy je,bukan dekat-dekat macam ni lah" kata Danny tersenyum, dia berundur setapak. Tapi,aku dekatkan lagi setapak ke arah dia. Makin dia jauh,makin aku dekat pada dia. Danny nampak agak tak selesa,dan sekali lagi dia jarakkan kedudukan dia dengan aku,dua tapak ke belakang lagi. Aku masih lagi mendekati dia,sama jugak dua langkah lebih dekat. Hingga Danny akhirnya sampai ke sudut almari dapur dan tak punya ruang untuk berundur lagi. Dia nak ke tepi pun dah tak boleh sebab aku dah blok jalan dia di sudut penjuru dapur, kecuali kalau dia tolak aku,boleh la dia lari. Aku renung dia dengan pandangan biasa, dia diam. Aku tak tahu apa yang buat aku berani sampai macam tu sekali.

"Erm, pergi sana sikit boleh?" pinta Danny.
"Kenapa? Tadi nak sangat sy pandang awk kan,ok sy pandang. Jarak dekat lagi" kata ku.
Danny terdiam.

"Nak cakap apa tadi?Cakap lah" aku tanya.
"No,awak kena undur sikit. Awk ni dah dekat sangat dengan sy ni kenapa?"
"Awak cakap dulu lah,tadi nak cakap apa ye?" aku melangkah lebih dekat.
"Jap..jap... ok ok.. tapi awk undur dulu" Danny belum mahu mengalah.

Aku mengalah, berundur beberapa tapak ke belakang. Sebab aku dah agak penat mendongak pandang dia,tinggi yang amat. Ke aku pendek yang amat? Mana-mana lah!

"Boleh sy beritahu sesuatu?"
"Beritahu je lah..dari tadi tunggu ni,awk dah lambat nak ke office kan? Tau lah awak bos situ" usikku.

Danny diam.

"Nak beritahu ke tak? Awak nak lamar sy ke apa yang awak nervous sangat nih?"
"Kalau sy lamar pun,sy tahu apa jawapan awk. Awk tolak kan?"
"Hah.. tau pun.. so?"
"So.. sy nak cakap, awak nampak comel sangat pakai baju sy.." kata Danny sambil angkat-angkat kening.

Aku tersentak. Spontan aku menoleh ke arah baju yang aku pakai. OMG aku pakai baju Danny tapi aku sendiri lupa, aduh malunya! Malam tadi selepas mandi, disebabkan aku tiada pakaian lain, jadi aku ambil sahaja baju milik Danny dan juga seluar pendek berwarna biru dalam almari, seluar sukan kot? Sampai ke pagi aku masih pakai lagi sebab belum mandi kan, cuma aku betul-betul tak sedar dan terlupa. Kalau aku ingat,sumpah aku tak keluar bilik pun. Memalukan.

"Err..malam tadi kata boleh pakai kan baju awk?" Aku sembunyikan perasaan segan dan gugup itu.
"Boleh.. sy takde cakap tak boleh. Sy cakap comel je kan?"
"Ye lah tu.. oklah,sy naik atas dulu. Nanti sy balik,sy inform" kataku,cuba nak lari cepat dari situ. Tapi Danny bertindak lebih pantas,dia pulak blok jalan aku supaya aku tak keluar dari situ.

"Dah awak ni kenapa pulak?" bentakku.
"Awk berani eh hari ni?" dia melangkah dekat pada aku. Giliran aku pulak jauhkan diri setapak dari dia. Drama apa pulak ni wei?
"Berani lah sangat.. dah la,sy nak naik atas dan awk,ke sana sikit. Tumpang lalu please?"

Danny memberi laluan dan aku berlalu dari situ,dengan perasaan yang agak segan disebabkan aku pakai baju dia. Dah la baju dia besar, baju tshirt dia aku pakai,labuhnya hingga ke paha. Betul-betul macam baju tidur dah. Dari dalam bilik, aku menjenguk ke luar melalui tingkap. Kelihatan kereta Danny sudah mula bergerak ke luar, Adib yang drive. Danny menanti di luar untuk tutupkan pagar rumah. Selepas tutup pagar dan sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta, tiba-tiba dia menoleh ke arah aku yang tengah berdiri di tingkap, dia lambai tangan dan bagi isyarat "I Love You" pada aku. Oh please lah,ini bukan filem Kuch Kuch Hota Hai ko nak buat macam ni.

Aku cepat-cepat tarik langsir dan duduk di atas katil. Di suasana yang hening dan sunyi itu,telinga aku menangkap suara seseorang. Aku menahan nafas seketika kerana suara itu, terlalu perlahan.

"Awk...tolong sy please?" suara itu kedengaran perlahan. Suara itu kedengaran sayu,dan merintih. Kedengaran esakan tangis dalam suaranya.
"Tolong sy please.. awk.." kedengaran lagi. Aku berdebar-debar dan cuba bertenang. Aku tak boleh takut,aku tak boleh panik.

Aku cuba berhubung dengan suara itu,tapi suara tu dah tiada. Hilang. Lenyap begitu sahaja,dibawa angin mungkin?

Tiba-tiba handphone aku berbunyi,terkejut gila aku. Dengan pantas aku melihat ke arah skrin handphone, nombor aku sendiri yang hilang tu,dah mula call aku balik. Aku biarkan sahaja. Mungkin ada kena-mengena dengan suara yang berbisik minta tolong tadi. Tapi,tak macam suara Swati pun? Swati, seorang wanita yang meninggal dunia kerana kemalangan,meninggalkan suaminya dalam keadaan dia tidak rela, aku terkenangkan dia. Aku teringatkan plan aku malam tadi untuk berjumpa Akash. Sempat ke tidak ni nanti? Kalau nak tangguh esok,aku macam tak rela pulak, kang tak pasal-pasal Swati jenguk aku lagi dalam mimpi. Yang suara berbisik tu tadi entah suara siapa pulak,kalau nak minta tolong pun,tunggu lah aku settle hal Swati dulu. Kata hatiku merungut,seolah-olah dia dengar.

"Awk... tolong.." suara merintih itu kedengaran lagi.
"Awk siapa..?" aku cuma berbisik dalam hati, berharap agar dia dengar.
"Nani.."
"Nani..?" aku tersentak. Watak baru kah?
"Nani,kau nak apa?"
"Tolong aku Sha....aku tau kau mampu...kau saja mampu" kata suara yang mendakwa dirinya Nani.
"Kau di mana? Tolong macamana?" tanyaku,masih lagi berbisik melalui hati saja.
"Cakap pada ayah... maafkan aku. Pada mak.. maafkan aku"
"Mak kau siapa? Ayah kau..siapa?"
"Tanya mereka.."
"Mereka siapa..?"

"Mereka siapa Nani?" aku tanya lagi, masih tidak berjawab. Akhirnya suara itu hilang begitu sahaja,tanpa ada jawapan lagi. Aku berusaha sedaya upaya untuk berhubung semula,tapi gagal. Dahiku berpeluh-peluh dan agak keletihan. Macam tu lah keadaan aku kalau aku cuba berhubung dengan 'mereka yang di sana',pasti aku akan rasa letih sangat.

Lebih kurang pukul 9 pagi macam tu,aku dan ayah ku berangkat pulang ke rumah. Sempat ayahku mengucapkan terima kasih pada Adib, ayahku sempat berpesan kalau ada apa-apa hal,minta tolong dari dia pula,anggap je macam ayah sendiri. Mereka bersalaman dan Adib secara tiba-tiba sahaja terus memeluk erat ayah aku. Ayah aku nampak tergamam. Bagi aku yang sudah mengetahui perjalanan hidup Danny dan adik-beradiknya lain,aku faham kenapa Adib begitu. Mesti dia terasa terharu kerana ayahnya tidak selayaknya dipanggil ayah, tetapi insan lain yang tiada pertalian darah, lebih mengambil berat. Adib memeluk ayahku, agak lama dan aku dapat lihat matanya yang berkaca, aku sebak. Ayah menepuk-nepuk bahu Adib. Aku hampir menangis, cepat-cepat aku mengalih pandangan, terus bergerak ke arah kereta.

Sedang aku memanaskan enjin sebelum mula berangkat, aku sms Danny, ucapkan terima kasih atas bantuan dia malam tadi dan aku mohon maaf atas apa-apa sahaja kerana mungkin aku dah susahkan dia,lebih-lebih lagi pagi tadi sempat lagi bergaduh sikit di dapur. Aku tidak terus mengundurkan kereta, sempat lagi menghabiskan setengah botol air mineral. Ayah aku yang memandu kereta sendiri sudah lama berlalu, tapi aku masih di situ. Sebaik sahaja aku menukar gear untuk reverse, kedengaran suara tadi kembali memanggil.

"Sha .. tolong ya,kalau ada masa" Suara Nani kembali. Serentak dengan itu, telefon ku juga berbunyi, juga dari nombor aku sendiri seperti kebiasaan. Dan seperti kebiasaan juga,aku tak jawab pun panggilan itu.

"Tolong ya Sha.. kali ini saja" kata Nani. Aku tidak menjawab,terus reverse kereta dan berlalu dari situ. Bukan aku mahu bertindak kejam,cuma aku tak bersedia untuk tahu lebih lanjut.

Tapi di hati tetap tertanya-tanya..

Nani.. siapakah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 01:29 PM | Show all posts
Sepanjang hari itu,aku fikirkan tentang suara itu,suara Nani. Misteri Swati belum lagi terungkai sepenuhnya tapi aku sudah mula diganggu dengan satu suara yang lain. Aku mempunyai firasat sendiri, mungkin Nani ada kaitan dengan mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah Danny, mungkin jirannya kah? atau jiran kepada jirannya kah? Hermm.. Di office,aku tak berapa sibuk sangat, staff pun cukup jadi aku biarkan sahaja mereka buat kerja kat luar tu, setiap setengah jam aku pantau mereka, mereka ni kalau tak dipantau memang kuat main-main jugak ke sana sini. Kebanyakan mereka budak-budak lagi,paling tua pun 20 tahun kot,darah muda masih nak enjoy,macam aku gak dulu.

Aku duduk di office sahaja sambil update beberapa kerja pejabat dan kemaskini beberapa dokumen yang perlu,macam biasa lah. Sesekali hati ku meronta-ronta, aku ingin sekali Nenek Misteri itu call lagi, rindu. Rindu sangat. Sangat-sangat. Antara satu kenangan yang aku takkan boleh lupa. Sehingga sekarang,aku masih berharap lagi, berharapkan sesuatu yang tidak pasti macam ni sakit,terlalu sakit.

Aku pandang lagi ke arah telefon pejabat,yang dahulunya kerap dihubungi nenek misteri,tapi kini tiada lagi. Kalau dulu,setiap kali telefon itu berdering,aku berdoa mudahan Nenek itu yang call, tapi selalunya berakhir dengan hampa. Sehingga kini,harapan aku untuk mendengar suara dia biar untuk kali terakhir,semakin pudar,harapan yang semakin jauh. Aku berhenti mengelamun, satu kerja pun tak siap lagi. Mengeluh lagi.

Sedang sibukkan diri dengan kerja,aku tercium bau wangi bunga potpuri. Tangan ku yang tadi lincah ke sana sini dengan pelbagai kerja,kaku seketika. Dari mana pula datang bau bunga potpuri ni kalau bukan dari... Swati? Bau kegemaran Swati bukan? Aku cuba memcari dari mana datangnya punca bau itu,tapi aku tak nampak pun ada mana-mana bunga potpuri di sekitar situ.

"Swati ..." aku cuba memanggil.
"Mana kau tahu aku datang?" jawab Swati. Aku tersenyum.
"Kau memang dah lama sukakan bunga potpuri?" tanya ku, buat pertama kali aku tak ada perasaan takut. Macam dalam mimpi pulak, selalunya di alam nyata macam ni,bukan main takut lagi kalau kena tegur Swati. Mungkin sebab kali ni bukan pada waktu malam,kot?

"Ya..baunya cantik,indah sekali"
"Macam kau juga Swati..cantik"
"Macam kau juga.. hati kau cantik, segalanya pada kau semuanya cantik Sha.."

Ahhh sudah...dia dah pandai bodek sekarang.

"Kau mahu apa Swati.." tanya aku.
"Bukankah kau nak jumpa Akash.."
"Ye ke? Mana kau tahu?"
"Aku tahu isi hati kau Sha.."
"Kalau aku jumpa dia,kau mahu aku cakap apa?"
"Apa-apa sahaja yang boleh buat dia lupakan saja aku Sha.."

Aku pelik dengan permintaan itu. Kenapa Akash perlu lupakan mendiang isterinya,walau ada pengganti sekalipun, tetap takkan boleh lupakan isteri,walaupun setelah isteri pergi selamanya.

"Kenapa perlu Akash lupakan kau?Kau tetap hidup dalam kenangan dia Swati.Aku tak boleh lakukan itu" jelasku.
"Tapi dia tak perlu ingat aku hingga dia tutup hati dia untuk orang lain Sha"
"Mana kau tahu dia tutup hati untuk orang lain?Mungkin dia belum jumpa orang yang serasi dengan dia,mana tau kan?" aku membangkang.
"Aku tahu...dia kan suami aku,aku lebih tahu.Minta saja dia lupakan aku. Aku...sentiasa bahagia untuk dia,dia tak perlu risau" pinta Swati.

Aku terdiam. Swati sudah berlalu pergi.

Kedengaran bunyi seseorang mengetuk pintu pejabat,aku terperanjat sikit.

"Masuklah.."

Staff aku, Liza masuk ke dalam. Liza ni agak nakal, dan jenis mulut cakap tak berhenti. Disebabkan aku malas nak sembang banyak nanti,aku diam saja. Biar Liza yang mula cakap dulu.

"Kak..ada lelaki nak jumpa akak kat luar"
"Danny ke?"
"Dalam fikiran tu Danny je ke,motif?"
"Ok,siapa?"
"Sathiya"
"Sathiya?"

Liza tergelak-gelak. Dia suruh aku keluar je tengok sendiri. Aku cakap okay,nanti aku keluar.

Selepas mengemas meja yang agak berterabur, aku keluar dan mula meninjau,siapa yang nak jumpa tadi. Aku pandang Liza, Liza menjuihkan bibir,menunjuk ke arah seorang lelaki india yang sedang duduk di penjuru kedai dengan segelas minuman.

"Haa.. Akash?" aku agak terkejut. Spontan aku memandang ke arah Liza yang masih tergelak-gelak. Banyaklah kau punya Sathiya..

Aku melangkah ke meja Akash. Dan bau bunga potpuri itu kembali...

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 01:48 PM | Show all posts
JENG JENG JENG....
nani plak...ooohhh...misteri lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 01:52 PM | Show all posts
thank u sha.... hope to read the next chapter soon..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070931 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list