CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21114|Reply: 1

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

[Copy link]
Post time 11-10-2011 06:56 PM | Show all posts |Read mode

PROSES      KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

      
      

                 PERINGKAT SATU

      
     NUTFAH :      iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama.      Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani      
Maksud firman Allah dala surah      al-Insan : 2      
            " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis      air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan      larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "      
      
            Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air      yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung      dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan      masyj yang bererti percampuran      
      
              Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah      sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan      air mani perempuan.      
                    Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,      tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada      nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari      nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.      
                         
      
A- Sperma                                      B-Sperma menembusi ovum      
      

PERINGKAT      KEDUA

      
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah      ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh      telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar      makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.      
Firman Allah yang bermaksud      

"      Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

      
                                                                      al-Mukminun : 14

      
              Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini      mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu      benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai      beberapa maksud :      
  • sesuatu yang bergantung atau          melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah
      
      
Peringkat alaqah adalah peringkat      pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.      
      

PERINGKAT      KETIGA

      
MUDGHAH : Pembentukan mudghah      dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak      dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah      al-Mukminun ayat 14      
Firman Allah yang bermaksud      

"lalu      Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

      

al-Mukminun : 14

      
      
           Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan      anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah      terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai      saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk      perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi      kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang      tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.      
      

PERINGKAT      KEEMPAT

      
IZAM DAN LAHM : Pada      peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat      pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang      belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.      
Firman Allah yang bermaksud :      

"Lalu      Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami      membalutkan Izam dengan daging"

      

al-Mukminun : 14

      
      
Kemudian pada minggu ketujuh      terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus ,      seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan      itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga      ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar,      hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan      lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata,      telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah      sempurna dan lengkap.      
              

   Janin      pada usia 12 minggu

      
      

PERINGKAT      KELIMA

      

NASY'AH KHALQAN AKHAR      : Pada peringkat ini iaitu menjelang      minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini      bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga,      semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun      mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap      menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan      semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi       perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

      
      

      

Janin mendapat      makanan melalui uri

      
      

PERINGKAT      KE ENAM

      

NAFKHUR-RUH : Iaitu      peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan      ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan      peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya      organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun      bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka      bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai      hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang      disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini      entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan      kejadian insan disisi Allah s.w.t.


ALLAH MAHA BESAR...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2011 04:07 PM | Show all posts
alhamdulilah.good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058503 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list