CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83976|Reply: 175

Sejarah Atau Mitos Legasi Dr Mahathir: TEROWONG RAHSIA DI PUTRAJAYA

    [Copy link]
Post time 14-10-2011 12:29 AM | Show all posts |Read mode
1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.
3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.
4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.
7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.
8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.
9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.
10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.
11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.
12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.
13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.
14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.
15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.
16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.
17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.
18.Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.
19.Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.
20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.
21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.
22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.
23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.
24.Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.

25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.
26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.
27.Kebangkitan akan bermula dari sini…
NOTA PENULIS : ADA SEBAB PUTRAJAYA DI BINA WALAUPUN DAHULU KAUM-KAUM PEMBANGKANG   AMAT AKTIF MENGUTUK PROJEK TERSEBUT. BILA ORANG MELAYU BUAT PROJEK, MULALAH DITABURKAN FITNAH MACAM-MACAM SEOLAH-OLAH TIDAK MAHU MELIHAT ORANG MELAYU MEMBUKTIKAN KEPADA SEJARAH BAHAWA BANGSA INI JUGA MAMPU MENGUNGKIT TAMADUN KETIKA TAMADUN LAIN SEDANG MATI.
DUNIA SEDANG MENANTI KEBANGKITAN KAUM INI, TAMADUN YANG DAHULUNYA MALU-MALU SELEPAS KEJATUHAN MELAKA. SAMPAI BILA NAK BANGGA DENGAN SEJARAH MELAKA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2011 12:31 AM | Show all posts
Pendakyah Yahudi berbangsa Cina yang suka memburukkan Melayu & Isle di Forum C.I (current issue) tentu tak suka baca .......
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 12:50 AM | Show all posts
laaa, aku tahu melalui harakah tahun 1999 je, tahun tulah harakah membongkar kisah mahligai mahathir (yg sebenarnya putrajaya)
-diceritakan jugak pasal terowong ni dlm harakah tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:10 AM | Show all posts
Mengarut...abaikan berita ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 07:54 AM | Show all posts
aku dah lihat sendiri dan berdiri di hadapan laluan masuk salah satu dari terowong rahsia ni,kalau takde lampu gelap teramat mcm dlm gua........
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:27 AM | Show all posts
Reply 1# cmf_WonBin

tak bagi kredit ke tuan blog ke wahai TT

pasal ni la yang uneks penah bukak thread dan terkantoi dulu. tak sangka pulak TT tak tau. kalau mod rajin tolong la merge thread ni dengan yg dah ada tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2011 09:44 AM | Show all posts
aku rasa ramai kakitangan kerajaan, especially yg duduk dlm perdana putra tau kewujudan terowong rahsia ni...macam dah jadi rahsia umum la..perdana putra ni ofis pm yg kubah hijau tu la

tasik putrajaya tu bukan saja2 buat, memang saja dibuat sebelah perdana putra..ada benda bawah tasik tu, bilik operasi..macam tu jugak bahagian penyelidikan kat kompleks B..

standardla, buat pusat pentadbiran besar2 tp takde ciri2 keselamatan, rugi la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 10:01 AM | Show all posts
tau dah...mmg ada pun....dulu aku pernah nampak tahi bintang kene 'tembak' dengan sesuatu sebab dia punya asap ada bentuk 'X'...standar asap peluru pepandu...aku tanya orang sana...tu perkara biasa...cehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 10:15 AM | Show all posts
Citer nie dah lama aku dgr. Bukan sahaja kewujudan terowong tue yg mengkagumkan aku. Byk lagi "rahsia" lain diPutrajaya. "Rahsia" ini berkaitan dgn sistem PERTAHANAN negara. Dalam keadaan dunia ketika ini. PERLU DIADAKAN SEMUA INI.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:34 PM | Show all posts
ye ke?cam dlm cite mat salleh lak...
tp ni dh cite kt umum xde apa2 ke?nti pihak musuh tau bahaya lol...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 03:51 PM | Show all posts
klu betul ada,mahathir nk wat mcm pentagon kot, tapi klu org nk seranf dorang ckp org akan seranng pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dulu,ntahla ni dgr khabar2 jer la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 04:25 PM | Show all posts
Citer nie dah lama aku dgr. Bukan sahaja kewujudan terowong tue yg mengkagumkan aku. Byk lagi "rahsi ...
mertzxx Post at 14-10-2011 10:15



    agreed...plus ramai org luar yang makin risau & dengki dgn msia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 04:49 PM | Show all posts
standard la dalam perang, kalau tertawan ibu negara, maknanya satu negara tu dh kena tawan...contoh WWII, berlin kene tawan, satu jerman la kene tawan.

mmg ketinggalan la Malaysia kalau Putrajaya langsung takde ciri2 keselamatan. Putrajaya - pusat pentadbiran Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 04:52 PM | Show all posts
kalau la Malaysia diserang, mesti lokasi2 ni sasaran utama:

1. Putrajaya
2. Bngunan Petronas
3. Menara KL
4. Mana2 bangunan media penyiaran
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 05:16 PM | Show all posts
kalau la Malaysia diserang, mesti lokasi2 ni sasaran utama:

1. Putrajaya
2. Bngunan Petronas
3. ...
zaharul_asriq94 Post at 14-10-2011 16:52


aku agree...  sebab tu security di Petronas Twin Towers ni sangat ketat...  kalo orang luar nak masuk, kena tanya macam2 dulu n staff Petronas kena turun amek dia as a bukti yang orang tu memang ada urusan dengan Petronas...

Astro (media penyiaran) pun ketat gak...  memang diorang akan buat checking from time to time...  guard slalu pusing...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 05:30 PM | Show all posts
Reply 15# eyansss

petronas terpacak tengah2 KL...takkan tak jadi target musuh kot? logik la kan
media penyiaran, tak kisah Astro/Media Prima/RTM , kalau dh kene tawan, habis la rakyat Malaysia hilang sumber informasi... tak kira la revolusi rakyat ke, serangan musuh luar dll.... cth je zaman jepun dulu, tak boleh simpan radio , nanti kene pancung..supaya orng ramai x dpt maklumat..... tapi ni konteks zaman dulu..... rakyat x bleh simpan radio.... kalau ikut konteks sekarang, baik serang je stesyen radio tu terus

kalau korang ada tngok filem V For Vendetta, mcm tulah keadaan bila stesyen tv ditawan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 05:37 PM | Show all posts
Reply  eyansss

petronas terpacak tengah2 KL...takkan tak jadi target musuh kot? logik la kan
med ...
zaharul_asriq94 Post at 14-10-2011 17:30


Petronas ni sebab sume data dan maklumat negara ada kat sini...  aku tanak sentuh banyak tentang ni sebab nanti kang aku kena panggil ngan management la plak

pasal serangan ke atas media penyiaran, niat permulaan serangan media penyiaran sebab nak timbulkan perasaan panik dikalangan rakyat...  cukup hanya dengan satu siaran daripada pengganas kata : Malaysia dah ditawan!...  kompem sume rakyat akan panik dan menimbulkan huru hara...  lagi mudah mereka nak menawan...

seterusnya, macam yang ko cakap la...  untuk pastikan rakyat tak dapat apa2 informasi...  dan juga rakyat takleh berkomunikasi untuk melawan balik serangan diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 06:23 PM | Show all posts
;) byk betul info kat sini...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 06:57 PM | Show all posts
tu je ke citernye? nak lagi! nak lagi! we want more!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:52 PM | Show all posts
Reply 17# eyansss

penting woo media penyiaran... aku sendiri pernah masuk stesyen media prima..taknak ketat pulak kawalan...nak masuk bukan senang...kene ada tu, kene ada ni, kene pakai sticker..apa tujuan masuk...manalah tahu entah2 ada pengganas nak ambik alih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.087144 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list