CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: huszua

Masalah Memilih Insurans Peribadi

  [Copy link]
Post time 18-12-2011 07:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by mbk at 18-12-2011 07:26
10q 4 penjelasan...monthly berapa erk basic yg kena byr...so duit yg kita kuarkan bln2 tu d ...
puankhairil Post at 16-12-2011 21:12



    Monthly basic berdasarkan kemampuan kita dan berdasarkan umur kita, pekerjaan,gender dan cara hidup kita (merokok atau tidak). Umur, pekerjaan, gender dan merokok atau tidak akan menentukan budget kita sesuai ngan kita atau tidak.
Dan mode of payment:

1) auto debit
2) boleh beri duit pada agent untuk buat pembayaran (x digalakkan kerana takut agent main duit client laks).


So, better ambik auto debit, mudah, tak perlu takut takut insurans kiter lapse atau ejen main duit client. kalau nak bayar macam tue boleh, asalkan ejen tue kiter kenal sesangat.

Saya harap saya menjawab persoalan puan..

cheers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2011 06:53 PM | Show all posts
10q 4 penjelasan...monthly berapa erk basic yg kena byr...so duit yg kita kuarkan bln2 tu d ...
puankhairil Post at 16-12-2011 21:12


Good ... dah berurusan dgn nurFarhana yer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 07:37 PM | Show all posts
Reply 102# ibm632


    aah..tq to farhana n yg lain2 4 the info..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:43 AM | Show all posts
Reply 103# puankhairil


    Tahniah puankhairil..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 05:06 PM | Show all posts
Rasa lega dan happy biler org ader awareness mengenai insurans... Tahniah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 11:51 PM | Show all posts
Sharing Datang Lagi

Kerajaan sedang mempertimbangkan Skim Insurans Kesihatan Sosial khas untuk pesara swasta. nampaknya ramai pesara swasta sekarang menghadapi masalah setelah bersara. Dulu anak emas company, beranak kat Prince Court pun company bayar.. Bila dah bersara, keistimewaan dah ditarik balik.. Nak apply insurans baru, umur dah WAJIB kena buat medical checkup.. Confirm jarang yang terlepas.. Kalau lepas pun belum tentu mampu bayar.. RM150 sebulan waktu muda boleh lagi bayar, tapi kalau dah caruman pun RM850 sebulan waktu dah berumur, macam mana ye?

p/s : Lihat sekeliling kita dan jangan cuba menafikan realiti yang dah berlaku depan mata ataupun yang sedang berlaku depan mata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 10:55 AM | Show all posts
Sharing Datang Lagi

Kerajaan sedang mempertimbangkan Skim Insurans Kesihatan Sosial k ...
nur.FAR.hana Post at 21-12-2011 23:51



Lindungilah diri kita dan keluarga sebelum musibah datang. Nie nak tambah sharing gaks.. semalam pi tengok sedara sakit.. Isteri ader cakap siapa nak tahu akan jadi macam nie.. sihat alhamdulillah ngan tetiba boleh sakit terlantar atas katil... Nasib baik anak 2 dah kerja.. dan dah boleh kuar duit EPF pasal umur dah 55 thn. Kalau jadi masa usia yg masih muda macammana?

Macam cik Nurfarhana cakap.. jangan menafikan realiti yg ader sekarang nie....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:31 AM | Show all posts
Just nak sharing di pagi Jumaat yang indah.     Dipetik dari Utusan Online: 23.12.2011


Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun



PUTRAJAYA 22 Dis. - Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing meningkat daripada 70 tahun dan 74.7 tahun pada 2000 kepada 71.9 tahun dan 77 tahun pada 2010.

Ketua Perangkawan, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun).

''Indikator demografi menunjukkan bahawa 475,816 bayi dilahirkan pada 2010 berbanding 129,327 yang mati pada tahun sama, ini bermakna pertambahan semula jadi penduduk Malaysia adalah seramai 346,489 orang," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, kadar kesuburan atau kelahiran anak oleh pasangan di Malaysia telah merosot daripada purata tiga orang anak pada 2000 kepada 2.2 orang anak pada tahun 2010.

''Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak).

''Antara faktor yang menyumbang kepada trend ini adalah peningkatan jumlah wanita yang bekerja, wanita tersebut juga boleh membuat keputusan untuk menentukan saiz keluarga mereka dengan menggunakan teknologi (mencegah kehamilan) yang ada," katanya.

Tambahnya, sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal dalam kawasan PBT berbanding 89 peratus pada tahun 2000.

''Daripadanya, 67.5 peratus penduduk terdiri daripada kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun berbanding 63.1 peratus pada tahun 2000.

''Bagi kumpulan umur melebihi 64 tahun, saiz penduduk ialah lima peratus dan umur kosong hingga 14 tahun sebanyak 27.5 peratus," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Nor Mohamed berkata, Malaysia belum lagi mencapai tahap negara tua kerana hanya kira-kira lima peratus daripada rakyat berumur 65 tahun ke atas berbanding standard antarabangsa untuk negara tua iaitu tujuh peratus.
''Populasi Malaysia masih muda dan peratusan yang tergolong dalam kumpulan produktif adalah tinggi," katanya.

Enjoiceeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!! Yeay cuti hari Isnin...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 11:04 PM | Show all posts

Masalah Memilih Insurans Peribadi

tompang tanye pasal medicard card untuk mama umur 26thn dan baby setengah tahun. Keutamaan:

i) cashless
ii) standalone
iii) auto renewal

tulung bagi suggestion.. Tq


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by jenglut at 30-12-2011 23:58
tompang tanye pasal medicard card untuk mama umur 26thn dan baby setengah tahun. Keutamaan:

i) ca ...
ella. Post at 30-12-2011 23:04



    Prudential la sis, ada hadiah cemerlang utk peperiksaan anak
Complete protection & gerenti renewal sampai mati
Medical card cashless, masuk prince court hospital tunjuk kad je..tak perlu deposit

Mcm client sy kat bwh ni, bilik sorang satu family rm150. View menarik, parking pun byk tak mcm HKL
Emely 100




Anyway, rujuk quotation dlm pm utk u consider ya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:09 AM | Show all posts
tompang tanye pasal medicard card untuk mama umur 26thn dan baby setengah tahun. Keutamaan:

i) ca ...
ella. Post at 30-12-2011 23:04



    check your pm.. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 12:16 PM | Show all posts

Artikel untuk dikongsi bersama.. Tak kisah lah ko kerja gomeng atau swasta.... yang penting medikal kad untuk semua dan ia amat penting.. tak perlu lah saya membebel pepanjang, jom sesamer kiter bacaaa.. Enjoiiiceeeeeeeee


Staff Kerajaan Tak Perlu Medical Card?


Pada mulanya saya agak terkejut apabila diberitahu rakan saya, seorang pegawai tinggi angkatan tentera bergelar datuk juga terpaksa beratur mengikut giliran di institut jantung negara bagi mendapatkan rawatan “bypass”. Bukankah beliau pernah menjadi seorang hero negara? Namun kenapa masih tidak diberikan layanan yang lebih istimewa.

Itu bukan satu cerita sahaja  yang saya dapat. Masih banyak lagi yang merungut apabila terpaksa bersesak dengan orang ramai bagi mendapatkan rawatan perubatan dari hospital-hospital kerajaan yang bermutu tinggi. Walaupun mereka pegawai kerajaan, namun mereka tidak terkecuali dari situasi kesesakan giliran rawatan.

Ia satu realiti. Walaupun mereka pegawai kerajaan yang mempunyai pendapatan besar, ramai memilih untuk terus bersesak dengan rakyat bawahan yang tiada pendapatan semewah mereka. Saya tidak ingin menyinggung perasaan mana-mana pihak, namun sedih apabila melihat ramai keluarga kenalan saya yang tidak mempunyai wang yang banyak terpaksa bersesak dengan pegawai-pegawai kerajaan dalam mendapatkan rawatan perubatan. Bukankah mereka yang menjawat jawatan awam patut diberikan kelonggaran dan rawatan yang lebih istimewa seperti di hospital-hospital swasta?


Apabila sakit menjengah, manusia sanggup berhabisan untuk merawat dan mendapat kembali kesihatannya. Pada saat tersebut, wang tidak akan menghalang keperluan mereka pada rawatan. Ada yang bergolok gadai harta warisan, ada juga yang terpaksa menjual segala aset pencarian, bahkan ada juga yang meminjam dan mengemis simpati orang ramai. Itu semua bukannya kesalahan. Orang yang sakit pada saat tersebut mungkin tidak akan menghadapi kesukaran ini. Mereka barangkali sedang berehat di atas katil menanti rawatan. Namun ‘sakit’ sebenar dihidapi oleh insan-insan yang mereka kasihi. Kesukaran yang saya sebutkan di atas ditanggung oleh isteri, suami, anak-anak, ibu bapa mereka.


Keadaan bertambah parah jika mereka yang sakit terus pergi meninggalkan dunia ini. Sudahlah bergolok gadai harta sehingga habis, insan-insan yang mereka tinggalkan ini akan menghadapi saat yang lebih sukar dari kematian. Mari kita bayangkan. Bagaimanakah keadaan anak -anak kita di saat semua harta telah habis dibelanjakan untuk perubatan kita? Bagaimana pula isteri kita berusaha membantng tulang mencari rezeki sesuap nasi setelah semua pendapatan yang pernah kita hulurkan dulu kini hilang buat selama-lamanya? Bagaimana pula keadaan ibu bapa kita yang semakin berusia terpaksa melupakan impian dipelihara anaknya sewaktu usia tua? Dan pelbagai lagi…


Alangkah baiknya jika sewaktu kita sakit nanti, :

  • duit simpanan tidak diusik untuk rawatan perubatan
  • mendapat rawatan perubatan istimewa dari hospital yang istimewa. Kos pula ditanggung pihak ketiga tanpa perlu menyusahkan keluarga
  • jika rawatan gagal, dan kita mati. Insan yang kita tinggalkan tidak perlu bersusah hati mencari rezeki dalam tempoh 5 tahun mendatang

Segala-galanya boleh dicapai dengan tindakan kecil hari ini. Jika sebelumnya kita selalu menyimpan wang di bank, ayuh mulakan simpanan tambahan di takaful pula. Dengan amaun simpanan yang sama, kita sebenarnya memberikan nafas kelegaan kepada ahli keluarga kita kelak.


dipetik dari: http://naimrahim.com/blog/2011/10/31/staff-kerajaan-tak-perlu-medical-card/

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 02:33 PM | Show all posts
Just for sharing :

bayangkan jika impian kita melabur untuk mendapatkan RM1 juta pada umur 60 tahun terkubur pada umur 50 tahun. Kita disahkan menghidapi penyakit kriikal seperti masalah jantung, otak, kanser dan kegagalan buah pinggang. Yakinkah yang kita tidak sesekali akan menggunakan duit pelaburan yang belum matang tersebut? Impian mendapat 1 juta juga akan terkubur kerana di waktu itu kita harus membelanjakan segala harta yang kita ada untuk melanjutkan hayat yang ada.

Lebih sadis apabila usaha kita pada waktu itu gagal. Sudahlah impian 1 juta musnah serta merta, harta pula habis dibelanja. Mati pula yang kunjung tiba. Persoalannya apa yang kita tinggalkan untuk keluarga kita pada masa tersebut?

Fikir-fikirkanlah… Bukannya anda membuang duit dengan menyertai takaful atau melanggan insurans, tetapi anda telah mengurangkan bahana kewangan apabila sesuatu yang pasti itu tiba. Kesimpulannya, beli insurans itu buang duit atau tak?


dipetik dari: http://naimrahim.com/blog/2011/12/22/beli-insurans-buang-duit/

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 03:04 PM | Show all posts
Dengar cerita SPBA mengurangkan benefit medikal pada pesara awal
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 05:16 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 10:26 AM | Show all posts
Reply  wani_ta


Betul saya bersetuju dengan anda beli takaful ikut kemampuan..Jika tidak ditaku ...
alfariq Post at 14-1-2012 17:16


Tepat sekali ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 10:13 AM | Show all posts
Tetiba teringat kisah bekas pengurus cawangan pejabat pos yang disabitkan pecah amanah semata2 nak bayar kos perubatan. Masa sihat kiter tak akan ingat sakit, masa sakit sanggup buat apa sahaja.. asalkan hilang sakit itu...

Moral of the story, Insurans dibeli waktu kiter sihat.. biler sakit jangan harap senang nak dapat approved...kalau nak insured waktu sakit.. banyak ceriter pulaks... So.. saya mengingati diri saya juga dan kekawan di saner.. akan kepentingan insurans nie. Tak kisah lah brand apa, asalkan kiter dan org tersayang dilindungi..

Cheers
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 02:49 PM | Show all posts
Insurans nyawa nir macam insurans keta/motor. kalau berlaku kemalangan boleh claim ngan insurans. kalau kiter nie yg nernafas nie, kalau tak dilindungi ngan insurans, nak claim ngan apa? Kalau nak duit yg ribu raban tue, settle masalah. Kalau yg setakat ader duit ciput jer.. nak minta tolong ngan saper. Takkan nak kena masuk paper kot.. Kiter bukanyer public figure.. so.. beringatlah kekawan semua... walaupun kiter kata kiter tak cukup duit... Itu sebenar nyer expenses kiter dah terlebih. Kan elok kalau kiter plan bebetul expenses kiter tue. Bolehlah sesangat nak beli insurans hayat. insured lah setakat yg kiter mampu. Apa yang penting dalam Insurans hayat nie adalah MEDIKAL KAD. Kos rawatan dah tinggi... kos perubatan pun dah tinggi...  maka, beringat-ingatlah...


Terlebih bebel laks........ Selamat berholdiday.. Cheers
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 07:18 AM | Show all posts
Salam Forumer,
Nak minta pandangan dan bantuan serta buah fikiran.

Saya nak beli life insurans,  ...
huszua Post at 18-10-2011 15:38


Huszua aka TT...macam? persoalan anda dah selesai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:52 PM | Show all posts
Kalau nak ambik insuran better masa muda dan tak ada masalah kesihatan lagi. Once kita dah ada masalah kesihatan,
sorry to say lah...mungkin dah terlambat. Company insuran akan reject ur application to ambik insuran. Bak kat org tua sediakan payun sebelum hujan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.639075 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list