CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: huszua

Masalah Memilih Insurans Peribadi

  [Copy link]
Post time 14-3-2015 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam.
saya baru dapat kesedaran utk beli insurans utk family...agak lambat juga la sebenarnya. Saya mmg 0 knowledge pasal insurans ni.
kalau saya

saya plan nak beli takaful utk saya (35y) + 3 anak (12y, 11y + 9y). Lepas naca thread ni dari awal, saya buat kesimpulan utk ambik medical card, life insurance n savings (sorry ye kalau salah term).
masalahnnya adalah, saya rasa x mampu nak bayar mahal. Max amount yg saya boleh commit utk 4 org adalah <rm300. Ada tak polisi yg sesuai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2015 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam.
saya baru dapat kesedaran utk beli insurans utk family...agak lambat juga la sebenarnya. Saya mmg 0 knowledge pasal insurans ni.


saya plan nak beli takaful utk saya (35y) + 3 anak (12y, 11y + 9y). Lepas bac thread ni dari awal, saya buat kesimpulan utk ambik medical card, life insurance n savings (sorry ye kalau salah term).
masalahnnya adalah, saya rasa x mampu nak bayar mahal. Max amount yg saya boleh commit utk 4 org adalah <rm300. Ada tak polisi yg sesuai?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry, terpost 2x pulak. Ingatkan post pertama tak keluar
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 09:44 AM | Show all posts

just nak sharing especially for ladies

FEMALE ILLNESS
------------------------
Female illness is a separate package (we called rider) that been added to the package. Mostly semua kampeni insurance plays the same rule; added rider.
Utk ladies plan -
* Pays benefits for life events such as marriage, childbirth, and more
* Covers female illnesses not covered by critical illness plans.
* Pays benefit for female cancers, even if you receive payment from a critical illness plan
* Covers pregnancy complication and delivery of an infant with congenital illness, not covered by most other medical plans

NOTA KAKI: mana-mana Takaful atau insurans tak cover keguguran atau first stage or second stage kanser. Kecuali virus dah malignant.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 10:08 AM | Show all posts
rahana347 replied at 14-3-2015 07:51 AM
Salam.
saya baru dapat kesedaran utk beli insurans utk family...agak lambat juga la sebenarnya. Sa ...

Apa kata puan focus pada medical card dulu. Medikal kad penting sekarang nie kerna kos rawatan dah tinggi. Bila sis ada income lebih sikit dimasa akan datang, sis boleh upgrade manfaat yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 11:03 AM | Show all posts
mbk replied at 16-3-2015 10:08 AM
Apa kata puan focus pada medical card dulu. Medikal kad penting sekarang nie kerna kos rawatan dah ...

tq mbk...akan difikirkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2015 10:50 AM | Show all posts
Tiram replied at 8-3-2015 08:54 AM
Saya tak ambik risiko lah........ Kekawan saya yang ambik insurans yang ambik risiko tegar........sb ...

Apa Tiram buat dlm hal kewangan peribadi tu dh cukup betul. Namun Tiram hanya tumpukan pada satu hal saja iaitu ' menggandakan kekayaan ' dengan memiliki shoplots. Mungkin kawan2 Tiram tak kaya mcm Tiram utk ada beli shoplots dan sewakan utk dapat pasif income. Sbb tu kawan2 Tiram perlukan perlindungan kewangan terlebih dulu sebelum mereka ada duit lebih utk melabur dlm sektor hartanah spt yg Tiram buat. Mungkin Tiram adalah golongan pendapatan ' tinggi ' yg ' tidak perlukan' perlindungan takaful. Namun adakah Tiram sanggup tanggung segala kos perubatan dan kos hidup harian kawan2 Tiram ketika mereka sakit? Mesti tak sanggup kan? Inikan sedara pun kita takat sedekah berapa ratus je utk ringankan beban tp RM beberapa ratus yg sedara kita kumpul tu takleh menanggung kos rawatan dan kehidupan seharian dia dan famili dia. Sbb tu mereka perlukan perlindungan kewangan dlm insurans/takaful. Takaful ialah satu terma Islamic utk perlindungan berasas syariah. Ia ialah untuk berkongsi risiko sesama peserta dlm tabung tabarru sesuatu pengendali takaful tu. Kalau ejen mereka mengingatkan ttg pembayaran premium itu dikatakan satu ' risiko',apa pula ejen nak buat kalau klien lupa bayar dan polisi mereka telah ditutup? Itulah sebenarnya kerja ejen spt saya ni. Saya nak mereka ada habit menyimpan so sbb tu la saya ingatkan ketika sampai tarikh pembayaran. Org miskin,org kaya sume perlu perlindungan takaful. Yang tak perlu pun akan kata perlu ketika dah sangat2 memerlukannya. Namun polisi dan kad perubatan takaful ni hanya leh apply ketika sihat je. Kalau dah sakit, mmg payah sikit. So, kita beringat sblm kena. Kontek ejen yg bagus agar anda rasa diri anda terjaga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 11:53 AM | Show all posts
Tiram replied at 6-2-2015 03:06 PM
Itu la tujuannya saya malas ambik insurans sbb saya tak suka bila sakit rasa macam 'kena ikut caka ...

saya rsa medical insurans kena ada .. we dont know later in future tiba2 negara Malaysia privatise sektor kesihatan, baru merangkak2 kita nanti.. who knows in ten years time tukar govenrment banyak polisi berubah..

katakan lah 15 tahun di masa hadapan, anda disahkan menghidap sakit kanser, yang mana anda tidak menjangkakan langsung.. kos merawat kanser adalah beratus ribu ribu ringgit.. buat masa sekarang, ada ubat yang subsidi, ada yang tidak.. mahu tidak mahu anda kena masuk nama bawah makna dan tunggu bantuan kewangan..

saya beri contoh.. jika anda menghidap kanser dan merebak ke bahagian tulang, rawatan kemoterapi dn radiotherapy banyak yang subsidi, ada a few drugs yang di luar subsidi..
tetapi oleh sbb kanser telah merebak ke bahagian tulang, anda memerlukan prosthesis yakni tulang besi yang harga nya adalah puluhan ribu ringgit.. prosthesis bukan di dalam subsidi kesihatan.. banyak kali saya lihat patient saya tergendala rawatan menukar prosthesis kerana mereka tidak punyai wang belas2 or puluh2 ribu untuk bayar.. terpaksa tunggu unit kebajikan/ zakat

saya punya pendapat, jika anda punyai investment yang sudah cecah ratus2 ribu ringgit, then tak perlu insurans, tetapi kalau tidak ada pelaburan sebanyak itu, i think better subscribe at least one medical card.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2015 05:28 PM | Show all posts
saya dah lama amik medical card tapi sy sekarang nie menetap di luar negara.....tapi still bayar direct debit monthly....sebab dah berpindah randah,saya dah hilang contact no agent....bolehke kalau nak tukar kepada agent lain....sy pakai prubsn....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 04:18 PM | Show all posts
epal21 replied at 27-3-2015 05:28 PM
saya dah lama amik medical card tapi sy sekarang nie menetap di luar negara.....tapi still bayar dir ...

Hi epal21

Boleh. Kena isi borang transfer service agent.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 08:45 PM | Show all posts
mbk replied at 31-3-2015 08:18 AM
Hi epal21

Boleh. Kena isi borang transfer service agent.

ok, terima kasih.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 11:59 AM | Show all posts
Edited by mbk at 1-4-2015 12:02 PM

salam forumers board Takaful.. saya nak share Ilmu yang manfaat buat semua. Pasal cara nak isi Takaful/Insurans dalam E-Filing.



Nampak tak F16 dan F 18? Siapa tak nampak..... alamatnya............................... hahahaha.. pikirlah sendirik dikkk... Ok F16 adalah untuk kotak Insurans atau Takaful Nyawa dan KWSP. Manakala F18 adalah untuk kotak mengisi Insurans atau Takaful pendidikan dan perubatan (medikal kad).

F16 - Insurans/Takaful Nyawa dan KWSP
Hanya had RM6,000 sahaja. Sesungguhnya, bahagian ini MESTI diisi oleh semua pembayar Tax. Cukup sayang jika ia hanya tinggal jumlah 0 (kosong) sahaja. Bahagian ini terdiri daripada Insurans /Takaful hayat + KWSP. Ada yang terlupa atau gopoh semasa isi dibahagian ini. Kerna hanya suka amat sumbangan asas insurans/takaful tinggi sangat , hingga lupa nak tambah jumlah KWSP. Kebiasaanya, jika gaji sudah mencecah RM4,550 sebulan, secara dasarnya KWSP anda sudah pun dikira maksimum RM6,000.

F18- Insurans/Takaful Pendidikan dan Perubatan
Hanya had RM3,000 untuk yang mencarum Insurans/Takaful Pendidikan dan Perubatan. Pencarum itu tidak kiralah untuk diri sendiri, untuk isteri atau suami, dan anak-anak. Dengan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat pada masa kini, kebanyakan orang akan mempunyai beberapa jenis pelan perubatan, seperti penyakit-36 kritikal perlindungan insurans yang terkenal. Oleh itu, jangan lupa untuk memasukkan ini untuk pelepasan cukai.

Kalau kita tengok kat kotak F16 tue, maksimum yang boleh kita letak adalah RM6,000 sahaja dan untuk F18 pula, maksimum hanya RM3,000 saja. Suka tak?? Mesti suka kannnnn.. Jangan korang semua tak tahu, Insurans atau Takaful nie boleh tolong korang kurangkan jumlah pembayaran Income Tax..

Macam mana nak letak? Sebagai contoh dibawah:-


Jika sesiapa saja yang sudah dapat penyata sumbangan dari syarikat Takaful atau Insurans masing-masing, (berdasarkan gambar diatas CONTOH PENYATA SUMBANGAN TAHUNAN TAKAFUL) sila ambil jumlah di Sumbangan Takaful / Insurans Keluarga untuk diisikan kedalam petak F16 yaitu RM462.00 + jumlah KWSP = RM462.00 dan KWSP. Perlu diingat sekali lagi petak bertanda F16 perlu juga ditambah dengan jumlah tahunan KWSP. Nanti tak pasal-pasal kena bayar income tax lebih. Jika Sumbangan Asas Insurans/Takaful Keluarga tiada jumlah yang di tulis, maka TIADALAH jumlah untuk diisi.

Untuk petak F18, (berdasarkan gambar CONTOH PENYATA SUMBANGAN TAHUNAN TAKAFUL), boleh ambil Sumbangan Asas Takaful pendidikan dan Sumbangan Asas Takaful Perubatan yaitu RM 0.00 + RM 748.00 = RM748.00. Kan... penting sumbangan Takaful Pendidikan anak-anak tue. Bayangkan jika kita mencarum 2@3 orang anak. Kan dah dapat "exemption" yang banyak.

Ok... dah faham semua sekarang? Kalau udah, sila ke website LHDN sekarang untuk isi E-Filing. Moga ilmu ini memberi manfaat buat semua.

PS:// Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Income Tax deduction. Saya sarankan web site nie untuk rujukan korang semua. Web site ini memberi tunjuk ajar bagaiman cara mengisi borang E-Filling dengan lebih terperinci. Dengan ayat yang bersahaja dan santai, mudah kita fahaminya. Siap ada gambarajah lagi untuk pemahaman yang lebih baik.

15 Tax Deductions You Should Know – e-Filing Guidance

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 08:32 PM | Show all posts
mbk replied at 1-4-2015 11:59 AM
salam forumers board Takaful.. saya nak share Ilmu yang manfaat buat semua. Pasal cara nak isi Takaf ...

takaful prubsn premium bulan2 tu, kna gst x? x dpt apa2 surat/notis pn....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 10:06 AM | Show all posts
Edited by mbk at 2-4-2015 10:19 AM
aechae replied at 1-4-2015 08:32 PM
takaful prubsn premium bulan2 tu, kna gst x? x dpt apa2 surat/notis pn....

kena.. tapi pihak Takaful akan tolak dari Protection Unit Akaun. So.. bayaran bulanan tak terjejas. Tapi at the end, saya sarankan sis increase premium 6% untuk sustain.





Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mohdlorong replied at 18-10-2011 05:10 PM
Reply 9# asian



Ko ni kan @asian.... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 1-4-2015 08:32 PM
takaful prubsn premium bulan2 tu, kna gst x? x dpt apa2 surat/notis pn....

Kena. Ada kat website rasmi mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2015 01:05 PM | Show all posts
epal21 replied at 27-3-2015 05:28 PM
saya dah lama amik medical card tapi sy sekarang nie menetap di luar negara.....tapi still bayar dir ...

Boleh transfer agent. Find another agent. I just did last week. Ok shj
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 04:36 PM | Show all posts
addamnor replied at 4-4-2015 05:05 AM
Boleh transfer agent. Find another agent. I just did last week. Ok shj

ok, thanks....mmg kena buat juga la nampaknya bila balik msia nanti.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 08:51 PM | Show all posts
mbk replied at 1-4-2015 03:59 AM
salam forumers board Takaful.. saya nak share Ilmu yang manfaat buat semua. Pasal cara nak isi Takaf ...

boleh tak nak tanya yang NCB tue cmn......sebab saya tak pernah buat claim....adakah NCB nie auto-credited kpd investment kita every year atau kita kena buat claim sendiri? saya dah baca prospectus di online prubsn tapi tak berapa faham ttg NCB nie......ke dia mcm insurance kereta.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:54 PM | Show all posts
epal21 replied at 4-4-2015 08:51 PM
boleh tak nak tanya yang NCB tue cmn......sebab saya tak pernah buat claim....adakah NCB nie auto- ...

hi sis,

Ya, NCB tue akan auto direct ke investment kita jika kita tak pernah buat claim within a year. Berapa NCB yg kita dapat adalah berdasarkan package medikal kad kita tue. Saya tak pasti sis ambil medikal kad package yang mana. Tapi contoh nya seperti dibawah:


Misalnya sis ambik package TH2 plan 150, maka NCB setiap tahun adalah RM100. Dan RM100 akan di masukkan dalam investment kita.

Harap saya menjawab soklan sis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.097326 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list