CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: huszua

Masalah Memilih Insurans Peribadi

  [Copy link]
Post time 27-11-2015 03:25 PM | Show all posts
hafezjaafar replied at 26-11-2015 02:59 PM
Kan senang berurusan dgn ejen.. Nak marah pun boleh sbb ejen ni manusia. Cuba nnti klu pape jd and e ...

itulah tuan. mungkin ada yg bagus mungkin ada yg tak bagus ajen ni. biasalh manusia.
cuma mungkin ada yang jenis tak suka nak berurusan dgn ajen takpon dah pernah ada sejarah ngna ajen ke mcm mana, tak salah cari alternatif lain.
sbb tu bank negara buat e-polisi utk insuran. utk memenuhi kehendak smua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 02:54 PM | Show all posts
fidra replied at 27-11-2015 03:25 PM
itulah tuan. mungkin ada yg bagus mungkin ada yg tak bagus ajen ni. biasalh manusia.
cuma mungkin ...

eloklah bank negara buat mcm ni. sama2 dpt mnfaat. belah insuran dpt, belah pengguna dpt. win2 situation.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 06:38 PM | Show all posts
milooaiss replied at 30-11-2015 02:54 PM
eloklah bank negara buat mcm ni. sama2 dpt mnfaat. belah insuran dpt, belah pengguna dpt. win2 sit ...

yg penting ambik je insuran. at least ada insuran hayat. utk perlindungan diri takpun utk famili kalau apa2 jadi kat diri.
terpulang nk amik ngan ajen ke online ke cuma mana yg rasa tak nak berurusan dgn ajen, taknak bayar premium mahal bulan2, better ambik online yg murah takde byr komisen apa. just bayar utk polisi kita yg apa yg kita dpt jika claim je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:59 AM | Show all posts
Pilihan sentiasa ada di tangan kita utk memilih cara cmne nak amik insurans hayat dan takaful ni. Ada yg kata leceh nak buat mcm2 spt isi borang sume. Namun sbnrnya, ia hanyalah alasan saja krn sume tu ejen yg buat. Korang nak amik insurans/takaful ni perlu sign je. Skrang lg canggih, sign je kt Ipad. Pastu sume settle. Within 24hours dah dpt approval klu clean case lah. Klu dah ada condition, maka ada la sikit term n condition. Ramai juga yg cakap klu amik dgn ejen ni konfirm premium bulanan akan mahal. Betul ke cmtu? Tp sbnrnya tugas ejen ni ialah memastikan perlindungan yg korang pilih tu mencukupi utk sekarang dan masa akan datang. Dh mmg tugas kami utk menerangkan. Kami terangkan plan yg lengkap maka akan jd mahal la sikit. Klu nak murah sikit krn bajet, maka kene la potong manfaat yg tak berkaitan. Sama je mcm beli kereta, klu byr mahal bulan2 maka dpt la pkai kete best. Klu byr bulan2 murah, maka dpt la yg biasa2 je. Klu kata premium ni mahal sbb nk byr komisyen pd ejen, apa boleh saya ckp ialah kami dibayar utk segala tugas perkeranian yg perlu kami buat. Bermula dari isi borang dan segala tugas bila tiba masa tuan/puan nak claim pd insurans/takaful satu hari nanti. Kami dh dibayar awal secara sikit2. Cuba bayangkan klu tuan/puan tkde ejen, bermula dr peringkat awal lg dh kene isi borang sendiri. Bila tiba masa nak claim nnti,pun kene isi borang sendiri. Ni la sbnrnya tugas kami sbg ejen. Klu ikutkan, tak perlu pun buat semua tu. Kami boleh je duduk kt opis dan tunggu org dtg nak amik insurans/takaful. Namun ejen ni sedar yg gaji kami dr komisyen. Klu tuan/puan stop byr premium, kami pun tk dpt apa. Jadi sbnrnya, jgn la jadikan alasan kononnya komisyen tuan/puan dari satu polisi tu boleh buat ejen jd kaya. Kdg2 Allah swt je yg balas segala penat lelah kami ni slps seharian bekerja. Seronok dan gembira bila selalu dpt jmpe klien. Ada yg bermula dr stranger yg ditegur di dpn ATM,skrang dh rapat hingga selalu breakfast sesama. NIkmat sbg ejen ni mmg amik masa. Pilihlah ejen yg baik, In Syaa Allah dia akan jd yg terbaik utk tuan/puan dan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 05:44 PM | Show all posts
Since cerita pasal insurans, so aku nak mintak pendapat sikit..

Macam mana cara nak report kes agen insurans yang kerja sambil lewa/pemalas/hilangkan documents/kurang ajar dgn customer? Member aku suruh report ke Bank Negara dgn insurance company. Ada kata tak perlu Bank Negara dan ada kata report kat kaunter insurance company....ntah la...macam-macam teori..Ada sape2 boleh ngeshare?

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:18 AM | Show all posts
tungkai replied at 10-12-2015 05:44 PM
Since cerita pasal insurans, so aku nak mintak pendapat sikit..

Macam mana cara nak report kes ag ...

ada masalah sama.. mcm mana nak report agen yg songlap duit client? walaupun rm 170 tapi duit gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2015 01:02 PM | Show all posts
tungkai replied at 10-12-2015 05:44 PM
Since cerita pasal insurans, so aku nak mintak pendapat sikit..

Macam mana cara nak report kes ag ...

Hantar ke bank negara attention kepada intan darlina

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 02:28 PM | Show all posts
Langkah pertama nak tangani kes ejen yg berapa nak semenggah tu ialah report pada sykt insurans/takaful tu terlebih dulu. Utk kes2 lebih bsr, repot ke Bank Negara. Pastikan details sume cukup spt nama, kod ejen dan bukti kejadian ada dlm tgn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 09:42 AM | Show all posts
Edited by mbk at 5-4-2016 09:45 AM

Salam semua,

dah lama tak berkuntum disini. Just nak share Ilmu harta pusaka yaitu Hibah. Sepanjang permerhatian saya, tak ramai ejen yang menekankan konsep Hibah. Harap video yang saya share nie memberi Ilmu yang berguna buat kita semua. Dalam borang Takaful, korang boleh pilih sama ada nak wasi (faraid) atau hibah.

Oh ya. Jika kita meletakkan nama anak yg umur kurang dari 18 tahun, saya sarankan lantiklah public trustee sebagai pemegang amanah. Alaaaaa macam citer 3 abdul tue.. Peguam apalah namanya yg P Ramlee pi jumpa untuk harta luar negara. Peguam itu dikira sebagai pemegang amanah (public trustee).

Selamat menonton...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 02:54 PM | Show all posts
Good sharing Bro MBK..mmg penting utk org Islam tahu ttg hibah kerana ia juga kelansungan harta dalam Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 12:12 PM | Show all posts
Jika diberi pilihan, yang mana satu anda pilih?

a) Kad rawatan RM20,000 sethaun dengan had seumur hidup 10 Juta, atau

b) Lump Sum RM500,000

Yang mana satu anda pilih. Mohon pilih salah satu. Dan berikan sebab kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 11:52 AM | Show all posts
i'll take RM500k. RM20k setahun x cukup sbb sekali buat rawatan kanser or jantung could be more than 20K. kalau dalam setahun kena buat pulak rawatan susulan, mana nak cekau duit nya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 10:37 AM | Show all posts
pikochew replied at 11-11-2015 12:47 PM
Dulu sy mcm nie la..xnk ambik sbb bujang..
tapi skrg dh ambik..dh sthn lebih sy ambik prudential  ...

Bagus bro..tu la kenapa perlu kena ada insurans/takaful. Daripada duit tu mengarut ntah kemana,baik ada insurans..kurang2 nnti tkde bila sakit dok korek2 simpanan kat bank n tabung haji. Tahniah kerana ada insurans. Jgn dok sesakkan kepala otak pikir psl ejen yg tak bagus sbb ejen kad kredit lg la nampak tak bagusnya. Kan??Ramai yg bankrap sbb kredit kad berbanding ada kad perubatan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 10:28 AM | Show all posts
Are Medical Bills Leading Malaysians To Bankruptcy?
Masih ingat dengan pelari pecut Negara, Watson Nyambek? Beliau disytihar muflis susulan pinjaman bank lebih dari RM100,000 untuk membayar kos perubatan bapanya. Watson gagal untuk membayar balik pinjaman bank kerana beliau ada komitment kewangan lain yang perlu di bayar.

Hakikat sebenarnya, ramai rakyat Malaysia yang diistihar muflis akibat kegagalan membayar bill hospital. Menurut AKPK, dari jumlah 8,321 kes hutang yang telah mereka selesaikan pada tahun 2015, 14.3% (atau 1,190 kes) adalah disebabkan oleh bill hospital yang tinggi.

Adakah anda semua masih tunggu untuk mencarum Takaful?



Sumber:iMoney.my
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mitos Takaful/insurans: Bila ada duit lebih, baru boleh buat Insuran dan Takaful.

Hakikatnya, bila anda mendapat gaji sepatutnya menyimpan dahulu. Selebihnya baru dibuat untuk berbelanja. Tabiat ini untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari kerana tiada perlindungan kewangan – insuran dan takaful.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 11:27 AM | Show all posts
Edited by mbk at 8-6-2016 11:29 AM

Selamat berpuasa buat forumer board insurans.. Moga Ramadhan kali ini memberi rahmat, limpahi rezeki dan kesihatan. Amin



Dari saya mbk
Perunding Takaful
0192853910
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2016 11:26 AM | Show all posts
Tahukah anda?
Harta si mati perlu dituntut. Itu adalah hak si mati. Tapi tahukah anda bahawa, urusan faraid di Malaysia paling cepat untuk diproses akan mengambil masa 18 bulan.

Tahukah anda?
Seorang isteri hanya berhak mendapat 1/8 daripada harta bersih suami. Sekiranya anda tinggalkan RM1 juta, isteri hanya layak mendapat RM125,000.

Tahukah anda?
Untuk anda menuntut harta si mati, anda memerlukan modal yang sangat tinggi. Caj guaman untuk harta yang melebihi RM900,000 sahaja sudah RM16,000 lebih. Jangan lupa harta si mati perlu dinilai, sekiranya nilai harta Rm225,000, caj pengurusan adalah RM7,000. Semuanya duit.

Tahukah anda?
Bahawa sebaik sahaja si mati meninggal, SEMUA akaun bank akan dibekukan. KWSP, ASB, dan semua jenis perbankan akan dibekukan sehinggalah selesainya urusan faraid.

Tahukah anda?
Sebanyak RM 66.6 billion harta beku yang belum dituntut oleh umat Islam di Malaysia?

Tahukah anda?
Bahawa di dalam Takaful, adanya kaedah HIBAH, iaitu hadiah yang diniatkan oleh si mati sebelum meninggal untuk dilitinggalkan kepada mereka yang disayangi. Dan tahukah anda, proses claim dalam Takaful hanya mengambil masa 2 minggu sahaja dan cheque akan diserahkan kepada pewaris.

Tinggalkan sebanyak mungkin DUIT CAIR kepada orang yang anda sayang. Selepas ketiadaan anda, mereka perlukan DUIT untuk teruskan hidup.

#kempenhibahkan1juta

mbk
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 01:35 PM | Show all posts
mbk replied at 21-6-2016 11:26 AM
Tahukah anda?
Harta si mati perlu dituntut. Itu adalah hak si mati. Tapi tahukah anda bahawa, urusa ...

salam bro/sis,

ni bukan board insurance
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai ade masuk bijak malaysia insurans tu...3 yearly dapatla duit sikit..so far oklah...
Insurans2 lain tu rase nak terminate la pulak..sebab masuk by phone..dokumen takde depan mata ni jadi tak best lak..

Insurans untuk pelaburan tu macam mane ek?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 08:12 AM | Show all posts
marumaru replied at 25-6-2016 09:29 AM
Ai ade masuk bijak malaysia insurans tu...3 yearly dapatla duit sikit..so far oklah...
Insurans2 la ...

Insurans berbentuk perlaburan nie akan allocate certain amount untuk dilaburkan di dana saham sama ada berbentuk ekuiti, dana bon atau management fund. Hasil dari duit yg dilaburkn akan jadi cash value dalam akaun perlaburan.
Sekiranya pencarum ada financial problems, cash value dalam akaun perlaburan akan tolong bayarkn protection pencarum. Bila ini berlaku, cash value akan kurang tapi tolong polisi kita terus aktif atau inforced.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.104574 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list