CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34284|Reply: 523

Zul Nordin dakwa suami boleh liwat isteri dalam hudud PAS

   Close [Copy link]
Post time 21-10-2011 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Khamis, 20 Oktober 2011 23:43                                        Administrator                                                               

               



Sidang Dewan Rakyat yang dingin sehari dua ini tiba-tiba jadi panas pada sebelah petang Khamis bila ahli Parlimen Bebas, Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.

Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang 'panas telinga' dan menimbulkan kekecohan.

"Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam) Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

"Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki...kita faham lah itu... atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

"Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata 'selain daripada isterinya'. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna) tidak liwat dalam hudud PAS ini," kata Zulkifli.

Bernama melaporkan, Zulkifli juga mendedahkan di dalam enakmen itu berhubung pelantikan hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina di mana sekiranya salah seorang saksi menarik diri maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.

"Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Zulkifli keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyokong kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: "Bolehkah liwat isteri sendiri?", dan Zulkifli menjawab: "Boleh mengikut hudud PAS."

Salahuddin yang mula berang bangun mencelah dan berkata: "Dia (Zulkifli) tidak boleh tuduh macam itu. Tak ada (suami dibenar meliwat isteri) dalam hudud PAS. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk Kulim-Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mereka mengatakan meliwat isteri itu hudud PAS."

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.

Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa lagi anggota Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.

Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada seorang anggota Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat.-20/10/2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 09:26 AM | Show all posts
biaq betuiii..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:36 AM | Show all posts
Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".

Credit:http://zul4kulim.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:36 AM | Show all posts
Teman berikan contoh Seksyen 1 didalam Enakmen tersebut yang memperuntukkan bahawa "mukallaf itu maknanya seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna aqalnya". Bukankah ini bercanggah dengan syara' secara sarih. Sedangkan dalam hukum Islam mukallaf itu ialah mereka yang sudah mencapai umur aqil baligh, iaitu datang haid bagi perempuan atau datang mimpi bagi lelaki, atau dalam ketiadaannya, sudah mencapai umur 15 tahun hijriah. Itulah makna muqallaf disisi Islam. Tapi PAS menjadikan umur mukallaf sebagai 18 tahun.

Credit:http://zul4kulim.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:37 AM | Show all posts
Liwat meliwat dan seks ni kan UMNO sahaja pro?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by zakry at 21-10-2011 09:39

AJK UMNO Tasek Gelugor Meliwat Isteri dan pernah tidur dengan lebih 10 wanita..!
[size=10.8333px]



[size=10.8333px]Photo kiri - Mastura ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya," katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

"Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

"Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

"Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali," katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

"Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

"Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

"Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

"Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

"Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga," ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2011 09:38 AM | Show all posts
isu liwat2 ni, abg zul kulim mmg pakar...jangan cuba putar belit aaaa..dia leh tafsir..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:39 AM | Show all posts
yg ni la maideen dok ulang2 tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 09:44 AM | Show all posts
Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun ...
zalliza1717 Post at 21-10-2011 09:36Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".






memang benar dalam islam, suami tidak boleh mendatangi isteri dari belakang....... tetapi tidak dipanggil liwat...tetapi salah atas hukum lain...

siapa yang lebih arif, sila beri pencerahan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:46 AM | Show all posts
memang benar dalam islam, suami tidak boleh mendatangi isteri dari belakang....... tetapi tid ...
flight714 Post at 21-10-2011 09:44

yg aku paham yg belakang tu boleh bkn kat dubur... tp posisi blkg.... rasa malu plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 09:46 AM | Show all posts
yg ni la maideen dok ulang2 tuh
dino Post at 21-10-2011 09:39


Aaa...taw tak pa...kami dah bebuih membincangkan isu dalam hudud PAS Terangganu yg diluluskan tu membenarkan isteri diliwat oleh suaminya.

dan akhirnya..Nik Aziz terpaksa membuat statement hudud boleh dibeaki..boleh dibaiki..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by zakry at 21-10-2011 09:48

liwat hukumnya rejam sampai mati bagi yg dah kahwin...tapi jika liwat bini sendiri, takkan lah nak direjam sampai mati juga ? ulama berpendapat liwat bini sendiri ini tidak termasuk dalam hudud...tapi masuk dalam undang2 takzir yang mana hukumannya lebih ringan daripada rejam...

kita reka satu contoh ,

jika Anak Nogori meliwat bininya sendiri di rumahnya di hulu langat, wajarkah Anak Nogori yang tua itu dihukum rejam sampai mati ?

sudah tentu tidak kan.......Anak Nogori memang boleh bersetubuh dengan bininya tetapi tidak boleh meliwatnya, jika meliwat juga bininya hukuman takzir yg lebih ringan dari hukuman hudud akan dikenakan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:48 AM | Show all posts
Reply 1# Anak_Nogori


   betul ke ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:49 AM | Show all posts
liwat hukumnya rejam sampai mati bagi yg dah kahwin...tapi jika liwat bini sendiri, takkan lah nak d ...
zakry Post at 21-10-2011 09:47



    kalo la Anak_nogori liwat bininya, manalah kita taw kan. Takkanlah bini mau bagitaw kat kengkawan anak_nogori pasal kes liwat malam tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:51 AM | Show all posts
liwat hukumnya rejam sampai mati bagi yg dah kahwin...tapi jika liwat bini sendiri, takkan lah nak d ...
zakry Post at 21-10-2011 09:47

amboi contoh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 21-10-2011 09:53

bila orang yang bukan (tak layak) yang sepatutnya dilantik menjaga agama/pemimpin dah tak ada ilmu, begini lah jadi tafsirannya. dah jadi fitnah.
berhati2lah saudara, takutlah dengan azab dari Allah

bila pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2011 09:52 AM | Show all posts
Reply  Anak_Nogori


   betul ke ni....
mierrr Post at 21-10-2011 09:48


Betul mierr..hudud yg diluluskan diTerengganu tu dulu memperuntukkan tidak salah suami meliwat isterinya...sebab tulah ramai dikalangan cerdik islam negara ini termasuk Dr M mempertikaikannya...malah..didalam enekment tersebut turut dinyatakan, sekiranya wanita tidak boleh mendatangkan 4 saksi rogol, wanita itu boleh dikenakan Qazaf dan disebat sebanyak 80 sebatan....ni yg pakcik ngan maideen selalu ulang2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:53 AM | Show all posts
Betul mierr..hudud yg diluluskan diTerengganu tu dulu memperuntukkan tidak salah suami meliwat i ...
Anak_Nogori Post at 21-10-2011 09:52



senang2 ja depa buat hukum sendiri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 09:57 AM | Show all posts
senang2 ja depa buat hukum sendiri....
mierrr Post at 21-10-2011 09:53


Kita tak anti Hukum Hudud sebenarnya...tapi kalau dah macam tu hukumnya..macam mana kita nak sokong...kalau kita sokong bermakna kita menyokong penganiayaan dan penindasan...tak mahu lah tak pasal2 ingat boleh masuk syurga krn menyokong, last2 masuk neraka..minta dijauhkan lah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:59 AM | Show all posts
Kita tak anti Hukum Hudud sebenarnya...tapi kalau dah macam tu hukumnya..macam mana kita nak sok ...
Anak_Nogori Post at 21-10-2011 09:57



apa agaknya komen beliau tentang kenyataan beliau ni dah jadi isu...kan pakcik?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.292634 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list