CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Zul Nordin dakwa suami boleh liwat isteri dalam hudud PAS

   Close [Copy link]
Post time 21-10-2011 09:59 AM | Show all posts
Dalam istilah syari'e .. melakukan persetubuhan dengan isteri melalui dubur tidak disebut liwat tapi dikelaskan sebagai persetubuhan luar tabie. haram tetap haram cuma tiada hukuman hudud bahkan dikenakan hukuman takzir yg bersesuaian dengan kesalahannya agar ia tertegah tidak lagi melakukan pekara sedemikian.

Jadi di sinilah silapnya zulkiflee apabila ia tidak merujuk kepada pakar dahulu tapi hanya merujuk kepada emosi dan prejudisnya.  Adapun di segi pemahaman org kebanyakan, liwat adalah merujuk kepada persetubuhan antara lelaki dan perempuan melalui dubur, tak kira samada permpuan itu isterinya atau tidak.

Konklusinya Zulkiflee prejudis sehigga menyerlahkan kejahilannya dalam memahami ungkapan2 dalam draft undang2 tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 10:19 AM | Show all posts
ada lagi kah mahkluk-makluk di malaysia yang pecaya pada si zul pembohong ini  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 10:47 AM | Show all posts
kekadang pelik arrr malaysia nih, sekolah menengah ade mata pelajaran Tassawur Islam, bab munakahat, bab hudud yang berlandaskan al-Quran dan hadis, tapi cume bab munakahat yang dipraktikkan, bab hudud x de dipraktik kan.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 11:36 AM | Show all posts
Kita tak anti Hukum Hudud sebenarnya...tapi kalau dah macam tu hukumnya..macam mana kita nak sok ...
Anak_Nogori Post at 21-10-2011 09:57



ya....ya...kita tak anti..... cuma kita tak nak laksanakan hudud je....  cuma kita dalih je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 11:38 AM | Show all posts
Dalam istilah syari'e .. melakukan persetubuhan dengan isteri melalui dubur tidak disebut liwat tapi ...
cecari Post at 21-10-2011 09:59



    pencerahan ...terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 11:45 AM | Show all posts
yg aku paham yg belakang tu boleh bkn kat dubur... tp posisi blkg.... rasa malu plak
dino Post at 21-10-2011 09:46



    aku pun paham tang tu! Zul ni buduh ke hapa! Tak takut hukum Allah SWT ke?   Duniawi punya pasal!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2011 11:57 AM | Show all posts
Reply 17# Anak_Nogori


   bertaqwalah. hang ni kaki fitnah .  Cuba check balik ... ayat tu nak menerangkan apakah yg dimaksudkan dengan liwat .. bukan menghalalkan atau membolehkan liwat isteri. Ia menjelaskan bahawa melakukan persetubuhan dengan isteri melalui dubur itu tidak diistilahkan sebagai liwat yg dikenakan hudud, itu sahaja, tetapi ia tetap haram dan dikenakan hukum ta'zir.

Kalau tak faham sepatutnya bertanya dan bukannya membelit dan memfitnah ... di sana ada perbezaan di antara hukum hudud dan ta'zir.

insaflah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 12:10 PM | Show all posts
Reply 19# Anak_Nogori

Jadi fahamilah bahawa "tidak dikenakan hukum hudud TIDAK BERMAKNA tidak juga dikenakan hukum ta''zir.. setiap jenis dan kelas kesalahan ada hukumannya yg tersendiri.. faham??  

CONTOHNYA >   Seseorang yg meragut di tepi jalan di siang hari di khalayak ramai, org itu TIDAK DIKENAKAN hukum hudud potong tangan kerana ia melakukan kesalahan yg bukan dikelaskan dalam kesalahan yg berhak mendapat hudud. bahkan ta'zir.

Potong tangan adalah hudud untuk pencuri. Mencuri dalam istilah syar'ie adalah berbeza dengan istilah meragut. Mencuri yg berhak mendapat hudud ada syarat2nya yg tertentu yg mana kalau tak cukup syarat ni ia takkan boleh dilaksanakan potong tangan ke atasnya. Antaranya ia mencuri secara sembunyi2 akan sesuatu barang itu ditempat simpanan yg sesuai untuknya. (secara ringkas ) Jadi apabila seseorang itu meragut org di tempat terbuka contohnya.. dengan pengetahuan si empunya barang tersebut... maka itu bukan dikelaskan sebagai kesalahan hudud... bahkan ta'zir . sebab ia bukanlah perbuatan mencuri dalam istilah syara'

satu pertanyaan.. apabila peragut tidak dikenakan hudud.. adakah meragut itu dihalalkan dan dibolehkan dalam Islam ???? jawab!  dan adakah ia tidak dikenakan hukuman?? jawab!  begitulah kes kesalahfahaman dan putarbelit terhadap isu liwat isteri dalamj hudud yg disebut hudud pas tersebut.

Insaflah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2011 12:31 PM | Show all posts
Reply  Anak_Nogori


   bertaqwalah. hang ni kaki fitnah .  Cuba check balik ... ayat tu nak men ...
cecari Post at 21-10-2011 11:57


Apa kelulusan ko kalau dibandingkan dgn kelulusan Zul Kulim tu?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 12:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 21-10-2011 12:40

20 October 2011
HUDUD SIAPA?
(Walaupun Karpal sanggup mati demi menentang hudud, ada Muslim yang sanggup mati untuk Karpal. Namun teman menyeru dan berdoa semoga Karpal akan menerima dan memeluk Islam satu hari nanti insyallah)

Salam 2 all.

Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS.

Itu yang teman kemukakan semasa berbahas didalam Dewan Rakyat sebentar tadi. Kenyataan itu menyebabkan ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang menjadi histerikal, menjerit racau memaki hamun saperti orang kehilangan aqal.

Teringat teman peristiwa dimana pimpinan kafir Quraisy mengarahkan anak buah masing-masing supaya membuat bising ketika Rasulullah saw membaca Al Quran! Teringat teman kisah Nabi saw dibaling batu oleh kafir Taif sehingga cedera berdarah hanya kerana membawa risalah kebenaran! Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, terutama oleh kaum kafir, musyrik dan munafik. Berdoalah supaya kita semua tidak termasuk golongan menentang kebenaran ini!

Yang teman pelik, dema nak marah pasal apa yop? Sedangkan itulah kenyataannya, itulah hakikatnya, itulah faktanya.

Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".

Sudah terang bersuluh pula. Cukup jelas daripada peruntukkan ini bahawa "bermain" melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS!! Persoalannya ialah, mengapa bermain "dubur" isteri tidak termasuk kesalahan hudud PAS?

Sedangkan liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan, termasuk dubur pondan, mahupun dubur isteri (samada dubur isteri sendiri, dubur isteri kawan, mahupun dubur isteri orang lain), dubur pemandu, dubur pembantu, dubur pekerja, dubur pembancuh kopi, malah dubur sesiapa pun. Asal main melalui "dubur", ianya adalah satu kesalahan hudud! Kenapa PAS membezakan bermain dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud?

Jadi kat mana yang salah kenyataan teman tu yop? Itu adalah peruntukkan enakmen undang-undang hudud yang dibuat oleh PAS sendiri. Bukan teman reka atau rekayarsa. Malahan peruntukkan yang sama terkandung didalam deraf cadangan rang undang-undang Jenayah (Hudud & Qisas) yang dibawa oleh Kerajaan PAS semasa menjadi Kerajaan di Terengganu. Walaupun menerima bantahan yang hebat ketika bahas, rang undang-undang itu diluluskan juga oleh Kerajaan PAS.

Apa tujuan teman dedahkan perkara ini? Kerana teman sedang membawa bahas usul supaya janganlah ada pihak yang mempermainkan hukum ALLAH, menulis hukum sendiri dan memanggilnya hukum ALLAH! Persoalannya adakah benar enakmen PAS itu adalah hukum daripada ALLAH, undang-undang Islam yang sebenarnya?

Teman berikan contoh Seksyen 1 didalam Enakmen tersebut yang memperuntukkan bahawa "mukallaf itu maknanya seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna aqalnya". Bukankah ini bercanggah dengan syara' secara sarih. Sedangkan dalam hukum Islam mukallaf itu ialah mereka yang sudah mencapai umur aqil baligh, iaitu datang haid bagi perempuan atau datang mimpi bagi lelaki, atau dalam ketiadaannya, sudah mencapai umur 15 tahun hijriah. Itulah makna muqallaf disisi Islam. Tapi PAS menjadikan umur mukallaf sebagai 18 tahun.

Selain daripada dua yang teman sebut disini, ada beberapa contoh lain didalam enakmen hudud & qisas PAS ini yang menunjukkan apa yang dikatakan "hudud" oleh PAS itu bukan hudud disisi syara', tetapi undang-undang yang diperbuat oleh "tangan PAS" tetapi dilabel sebagai "Hudud". Dan teman dedahkan ini kerana teman ingin memperingatkan diri teman dan mike semua mengenai ayat ALLAH didalam Surah Al Baqarah: 79, dimana ALLAH berfirman,

"kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah kalam ALLAH dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata, "ini ialah dari sisi ALLAH", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar mereka daripada apa yang mereka usahakan itu".

Mafhumnya jangan mereka dan mencipta undang-undang (dan lain-lain) dan melabelnya sebagai daripada ALLAH. Kerana ALLAH mela'nat kaum saperti ini dengan kecelakaan yang besar.

Perlu teman tegaskan bahawa teman tidak pernah menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. Malah teman satu-satunya Ahli Parlimen yang mengemukakan usul didalam Dewan Rakyat supaya Undang-Undang Hudud, Qisas & Ta'zir digubal dan dilaksanakan (lihat Usul-Usul Parlimen didalam sidang yang sedang berjalan sekarang. Juga lihat entri didalam blog ini bertajuk "Usul-Usul Parlimen"). Dan tidak ada lain Ahli Parlimen (termasuk daripada PAS) yang mengemukakan usul saperti itu.

Tetapi yang teman tolak ialah undang-undang yang direka dan dicipta oleh manusia, kemudian dilabel kononnya datang daripada ALLAH. Ini yang teman tolak!

Persoalan selanjutnya ialah, adakah undang-undang Hudud, Qisas & Ta'zir boleh digubal didalam negara ini? Jawapannya boleh! Tanpa perlu Perlembagaan dipinda pun. Apa yang perlu dibuat hanyalah meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965. Dan teman juga telah memasukkan satu usul khas didalam Dewan supaya ini dilakukan.

Tetapi untuk melakukan pindaan ini, UMNO tidak boleh buat sendirian, kerana Ahli Parlimen UMNO hanya 79 orang. PAS juga tidak boleh buat sendirian, kerana Ahli Parlimen PAS hanya 24 orang. Konsensus Bebas juga tidak boleh buat sendirian, kerana kami hanya 4 orang Islam. PKR juga tidak boleh buat sendirian kerana MP Islamnya hanya 17 orang! Tetapi dengan gabungan kesemua Ahli Parlimen bangsa Melayu beragama Islam seramai 124 orang, insyallah ianya boleh dilaksanakan, kerana majoriti yang diperlukan hanyalah 112 orang Ahli Parlimen bersetuju dengan pindaan tersebut.

Jadi apa yang perlu dilakukan? Kesemua Ahli Parlimen bangsa Melayu beragama Islam wajib duduk berbincang dan bermuzakarah demi untuk menggubal undang-undang ALLAH ini. Itulah yang paling penting. Sebab itu usaha mesti dilakukan supaya kesemua pihak yang berkepentingan duduk bersama berbincang satu meja.

Hentikanlah tuding menuding, tuduh menuduh, apatah lagi la'nat mela'nat, kafir mengkafir sesama sendiri. Lebih baik kita guna semua kekuatan dan kelebihan kita untuk bersatu padu demi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH.

Seringkali teman sebut; kita ada Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah; mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah?

Untuk itu, peluang terbaik dan terdekat yang kita ada sekarang ialah marilah kita bersatu hati, jiwa dan raga diatas nama Satu Aqidah Islam untuk memperkasakan Himpunan Sejuta Umat anjuran NGO-NGO Islam pada hari Sabtu 24 Zul Qaedah 1432 bersamaan 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Inilah peluang kita membuktikan kesatuan aqidah kita. Ketepikan sentimen politik, ketepikan sentimen kepartian, ketepikan sentimen assobiyah masing-masing.

Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, dan Nabi Muhammad saw itu Pesuruh ALLAH. Aku ikhlas beragama kerana ALLAH, walaupun kafir, musyrik dan munafik tidak menyukainya.

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 ZulQaedah 1432
20 Oktober 2011

*Sekiranya pandangan yang teman kemukakan ini didapati secara jelas bercanggah berdasarkan nas Al Quran & Hadis maka hendaklah nas Al Quran & Hadis itu dterima-pakai dan hendaklah pandangan teman ini ditolak. Kepada ALLAH kita mohon keampunan dan hidayah. Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 02:19 PM | Show all posts
Reply 29# Anak_Nogori

Aku syariah dan undang-undang .egpt

Apa2 hal pun diharapkan hang terima dengan terbuka ilmu yg aku jelaskan itu dan insaf serta bertaubat untuk tidak membelit dan memfitnah lagi. kalau kurang jelas atau tak faham silakan bertanya ahlinya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 02:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by cecari at 21-10-2011 15:39

Reply 30# Anak_Nogori

hang dok ambik penerangan berjela zulkiflee yg dia mmg takder authority dalam menerangkan hukum hudud nih. ni dari ayat dia sendiri " Cukup jelas daripada peruntukkan ini bahawa "bermain" melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS!!"

==

nak terang lagu mana lagi? setubuhi isteri melalui dubur MMG tidak dikelaskan di dalam kesalahan liwat yg dikenakan hudud .. tapi dikelaskan sebagai hukuman yg dikenakan ta'zir .  si zul ni tak faham lagi ka? dan hang pun turut mengulang ketakfahaman dia dan membelit mengelirukan orang lain.

insaflahh.  silakan bertannya kepada yg Ahlinya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 02:29 PM | Show all posts
zul kulim nie..bila dalam PAS tak pulak nak bising2..bising dgn UMNO..bila kluar byk pulak bising dgn PAS...kesalahan dalam undang2 negara esp berkaitan dgn org islam tak pulak dibising nya dalam UMNO sebab asyik bising dgn PAS..

apalah pemimpin2 zaman sekrg nie..suka berjuang utk kepentingan sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 03:16 PM | Show all posts
..dah la tak tau.. pastu nak bodohkan org pandai..apa jenis banggang la....

  HUDUD tu untuk orang yang SUPER JAHAT SHJ ( ust.zaharuddin yg kata). ni hudud pun tak tau makna pong-pang2 lebih...malu r wehhh!!! ko bukan karpal singh( bukan islam) nak mengiyakan sume munafik tu kate
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 03:25 PM | Show all posts
zul ni saja nak buat kecoh.... nak dapat mileage lebih...

ngeri nya aku...takut dah jadi sesat lagi menyesatkan...

bawa2 lah beristighfar...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 03:43 PM | Show all posts
Reply 35# flight714

saya dah komen kat blog zulkiflee tu.. tataula dia nak publishkan atau tidak ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 04:21 PM | Show all posts
ala org pas ni pun bukannya semua warak dan tahu hukum hakam. contohnya naib presidennya mike sabu memalukan  berprojek dgn normah. bukan tahu dosa pahalapun. NAIB PRESIDEN PAS org besar tu , nak termuntah aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 04:50 PM | Show all posts
nak tanyalah kalau pompuan kena rogol kena bawak empat saksi ke?

mcm mana nak dibuktikan yang dia dirogol?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 05:16 PM | Show all posts
tak heran laa.. nuar brahim dia sokonggg.. geng2 peliwat jugak rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 05:21 PM | Show all posts
"Mah, letak phone kat situ, abg nak liwat"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.145415 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list