CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Zul Nordin dakwa suami boleh liwat isteri dalam hudud PAS

   Close [Copy link]
Post time 21-10-2011 05:35 PM | Show all posts
yg aku paham yg belakang tu boleh bkn kat dubur... tp posisi blkg.... rasa malu plak
dino Post at 21-10-2011 09:46



    maksudnya doggy style tak blh lah yer..gitew ker.. kene mohon pencerahan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 06:24 PM | Show all posts
adoi kn da kantoi pencacai umco nti nk wat ayat lg x "ini la yg sipolan ngan sipolan selalu bincangkn pasai hudud pas smpi madey tua tu pn x setuju"
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 06:40 PM | Show all posts
bilela umno n pas nk bincang bende2 kecik camnie...

malaysia ade begitu ramai pakar2 agama yg bukan calang2.....knp x nk duduk berbincang elok2 pas2 br kuarkan kenyataan dr duduk berteriak tepi jln.....

pas2 rakyat duk bertikam lidah.....

ermm.. semoga malaysia aman...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 06:49 PM | Show all posts

Lihat KEJAHILAN zul kulim di sini.

Post Last Edit by SitiCute at 21-10-2011 19:00

KUALA LUMPUR, 21 Okt:
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib  menyifatkan dakwaan ahli parlimen
Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya
dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.


Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan

disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat

semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen

hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud

tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari

sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud?

Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.
“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam

perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu
tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu

sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik
suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan

yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza

dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa

merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri,

bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah

dengan hukum syarak.
“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah,
ianya bukan suatu yang qat’ie.
“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh,

kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf.

Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya

tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila

perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak

guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan,
itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh

kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.









...............addeeiiiiiiiiiiiiiiii tidak reti tetang hudud qisas & tazir, dia berkokok juga  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 06:57 PM | Show all posts
ala org pas ni pun bukannya semua warak dan tahu hukum hakam. contohnya naib presidennya mike sabu memalukan  berprojek dgn normah. bukan tahu dosa pahalapun. NAIB PRESIDEN PAS org besar tu , nak termuntah aku


kakak22 Post at 21-10-2011 16:21



jadi lah ...salin kulit untuk buat fitnah pada Mat Sabu.
Tahu... ko jenis kerbau tak ambilkira dosa pahala.
Gigih lah kau, berusaha salin kulit untuk hala pitnah pada mat sabu/pas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 08:17 PM | Show all posts
mana draf penuh cadangan pelaksanaan hudud kat kelantan ni? nak gak tau. jangan syok sendiri ja...tak bentang2 pun kat public
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2011 09:21 PM | Show all posts
jelas tak penerangan ustaz harun taib? terserlah kejahilan zulkiflee... lain kali rujuk ahlinya.. bukan berlagak pandai.. harapnya agar anak nogori insaf dan bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 10:07 PM | Show all posts
jelas tak penerangan ustaz harun taib? terserlah kejahilan zulkiflee... lain kali rujuk ahlinya.. bu ...
cecari Post at 21-10-2011 21:21


Jelas ....  bukan Ust Harun Taib shj, sesape yg tahu Islam...  begitu lah kebenaran nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 10:45 PM | Show all posts
zul kulum ni makin hari makin kacau fikirannya....gila talak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 10:54 PM | Show all posts
check mate..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 11:30 PM | Show all posts
Zulkifli Noordin ‘jahil murakkab’ tentang hudud
Mohamed Hanipa Maidin          
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.
Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.”

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian.”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno”. Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 12:40 AM | Show all posts
Bile aku bace kebanyakkan post politik...aku rase menakutkan lg2 orang yg menyokong PAS...soryler aku x sokong maner pihak tp kalo dilihat byk POST pembangkang selalu ayatnye xder langsung sifat seorang BAIK yg perlu ade dlm org ISLAM SENDIRI..Scary betul...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 05:50 AM | Show all posts
Reply 7# epal10

Betul tuan. SiZul ni bukan sahaja pakar tafsir, dia pun kaki liwat. Habis pengundi kawasannya, dia liwat,  termasuk parti lama dia. Padan muka mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 07:02 AM | Show all posts
puak puak penyokong pas ni. balikbaca draf tu tak mau asyik duk bangkang saja. dari sebelum zul kulim ni cakap aku dah kata bahawa memang jelas banyak terdapat perbezaan dalam kedua dua draf tu. sepatut nya orang pas kalau nak bahas baca dulu draf tu. bahas dengan hati yg terbuka. bukan melalak melolong label orang  dengan macam macam. benda fakta bukan buah fikiran sesiapa. kalau buah fikiran pun buah fikiran orang pas yg draf udud depa tu. kalau hati tak bersih memang macam tu la penuh hasad dan dengki. dengar kata hudud semua anguk angguk kata bagus. padahal  udud pas tu hanya tajuk saja hudud g lain tu amat berbeza. kelemahan orang islam zaman ni . boh saja islam samada dari bentk pemakaian ke atau luaran kita dah mula teruja. akal yg tuhan beri letak kat tepi. langsung tak nampak agenda disebalik perbuatan tu. banyak contoh contoh yang berlaku dalam masyarakat kita. sebagai contoh masuk pas walaupun duk kutuk dan mencerca orang boleh senang mengaku dah dapat hidayah. bodoh betul mentaliti sebigini
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 08:16 AM | Show all posts
Bile aku bace kebanyakkan post politik...aku rase menakutkan lg2 orang yg menyokong PAS...soryler ak ...
PersonaGerek Post at 22-10-2011 00:40

Sikap sebarkan kebencian, kutuk hina orang lain, serta "holier than thou". Aku berhenti sokong pembangkang sebab sifat-sifat ni la, terlalu negatif.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 08:48 AM | Show all posts
Sikap sebarkan kebencian, kutuk hina orang lain, serta "holier than thou". Aku berhenti sokong pem ...
Abangspek Post at 22-10-2011 08:16



    Alhamdullilah bagusler tu tp baru jer cakap pasal sifat buruk...bile skali tgk post al-patih....x bule nk cakap pape..hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2011 09:18 AM | Show all posts
Reply 54# awangbok

hang baca tak thread ni atau hang pakai main komen je?? kan org dah jelaskan ??? anak nogori pun dah diam dah sbb dia salah. hentikanlah fitnah dan buruksangka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 09:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by awangbok at 22-10-2011 09:37
Reply  awangbok

hang baca tak thread ni atau hang pakai main komen je?? kan org dah jelaskan ??? ...
cecari Post at 22-10-2011 09:18



    hehehhee. apa benda hang cakap ni. aku ka hang yg mamun. aku suruh p baca semula draf tu macam yg zul kata. soalan aku kenapa terdapat perbezaan antara udud pas dan udud terengganu. banyak perkara dalam draf tu yg boleh membuat kita tertanya tanya. islam pas dengan islam sebenarnya ni berbeza ka. cuma zul timbulkan hukum meliwat isteri. ada banyak lagi perbezaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 09:48 AM | Show all posts
Reply 58# awangbok

tu la aku kata hang tak faham..  hang dok dengaq org sebelah pihak tu kata dan fitnah macam2... tu masaalahnya... menda yg berbeza tu adalah dri beberapa segi yg ada ruang ijtihadi SEPERTI umur mukallaf yg dikhilafkan itu. adapun di segi core nya.. itu tiada khilaf dfan perbezaan sbb telah tetap dalam Quran dan hadith... faham kot??
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply  awangbok

tu la aku kata hang tak faham..  hang dok dengaq org sebelah pihak tu kata dan f ...
cecari Post at 22-10-2011 09:48



    rasanya draf hat duk ada kat aku ni berbeza la kalau lagu tu. celaka betoi orang orang kanan pas yg bagi kat aku draf ni.  patut la TDM pun kata berbeza dia pun dapat macam draf yg aku dapat. haram jadah sunguh depa ni. aku harap depa leh bagi draf asal yang lain la. dajei dajei. daj tersilap aku  baca draf palsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079994 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list