CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

AKASIA: SOFFIYA [PART II]

  [Copy link]
Post time 23-10-2011 11:39 AM | Show all posts
mek cair dengan keromantikan Azhar Sulaiman!
kiwibenz Post at 23-10-2011 07:24



tp mek.. kamal spoil aa bila jd ayah kpd fiona.. huhu..kalo fiona tau mek ckp camni, mesti dia psg 1000 strategi nk serang mek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2011 11:51 AM | Show all posts
Reply 19# Yen_Aireena

yay.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 11:53 AM | Show all posts
mek cair dengan keromantikan Azhar Sulaiman!
kiwibenz Post at 23-10-2011 07:24


me too.   wpun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 11:58 AM | Show all posts
Reply 21# sevenoctober

hati2 je la... fiona tu sanggup bwat apa sj... tp, fiona tu kalu kena ngan geng azian/alice... abis la c fiona ni.
wakkkakakakakka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 12:13 PM | Show all posts
korang!!!
arini kat berita harian ada citer pasal izara dgn tiz..
aku berminat nak share dgn korg satu paragraph ni drpd izara...

“Inilah karakter paling susah pernah saya jayakan. Saya sentiasa bermain emosi apabila air mata menjadi teman setiap masa. Seronok bekerja dengan produksi ini, lebih-lebih lagi pelakon senior seperti Tiz Zaqyah dan Fizo Omar, selain pengarah banyak beri tunjuk ajar,” katanya menyifatkan Fiona membenci bapa kandungnya kerana menjadikan dirinya hamba seks sehingga tergamak membunuh anak sendiri.

wohh... adakah masa fiona dgn bapak kandungnya, dia pun menerima nasib yg sama mcm soffiya???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 12:27 PM | Show all posts
nnti tepek la full story Bi-Pop tu kt cni k.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2011 12:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 12:29 PM | Show all posts
adei... itu la aku pun terkejut bila baca... tp aku rasa wartwn salah tulis kot... mustahil la. takkan dia main dedah2 mcm tu kan. !@#$%%&^&* wartwn ni, tak semak balik ke apa yg dtulis. mmm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2011 12:58 PM | Show all posts
Benar rasa wartawan tak teliti, dia cerita pasal kehidupan sebenar Izara lalu dikaitkan dgn kes Soffiya pulak. Fenin2. Wartwan dan media - tau2 aja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 03:33 PM | Show all posts
Mangsa hamba seks
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my
2011/10/23
« sebelum  selepas »

    Foto

    Foto

Nama Tiz Zaqyah, Izara Aishah jadi bualan gara-gara impak watak mereka dalam drama Soffiya

APABILA melihat kepada kemesraan antara dramatis, Tiz Zaqyah dan aktres baru, Izara Aishah yang kali pertama digandingkan sebagai penghias muka depan B*POP, mereka serasi seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain. Tapi itu hanya luarannya saja, padahal Izara yang baru mengenali dunia lakonan sejak Mac lalu dalam diam rupa-rupanya cuba menjatuhkan Tiz kerana menganggap seniornya itu sebagai perampas kebahagiaan yang sedang dibinanya.
Namun, itu hanyalah secebis kisah yang cuba dipaparkan menerusi drama bersiri terbaru TV3, Soffiya yang mula bersiaran sejak 21 September lalu menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 hingga 8 malam. Selain Tiz dan Izara, drama terbitan Filmscape Sdn Bhd itu turut dibarisi Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan. Drama 28 episod itu ini diarahkan Joeza Rasidi.
Pastinya, pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Tiz diberi watak utama sebagai Soffiya. Soffiya yang dikenali sebagai Yaya tinggal di kampung, namun dia mengalami trauma akibat menjadi hamba seks bapanya sendiri. Tidak tahan dengan kerakusan itu, Yaya membunuh bapanya lalu dia ditempatkan di pusat pemulihan juvana.

Apabila dewasa dan mendirikan perkahwinan, Yaya dibenci oleh anak tirinya, Fiona (lakonan Izara) kerana suami Fiona, Ilyas (Fizo Omar) adalah cinta pertama Soffiya yang turut bertindak sebagai peguam bela menyelamatkan Soffiya daripada hukuman bunuh.

“Ini kali pertama saya menjayakan watak ekstrem, dirogol dan ia satu pengalaman baru. Namun, bukan mudah menjayakan atau menghayati watak Soffiya. Perlu bermain perasaan dalaman dan ekspresi muka. Tapi, saya seronok bekerja dengan Izara. Walaupun dia baru, tapi beliau ‘memberi’ setiap kali kami beraksi di depan kamera.

“Bagi saya, Izara seorang pelakon, dia bukan selebriti yang semata-mata berwajah cantik, sekadar menjadi pelaris majalah hiburan atau akhbar. Saya senang bekerja dengannya. Tambahan pula kami satu kepala, memudahkan lagi kerja pengarah. Secara peribadi pula, saya berpendapat Izara bukan seorang pelakon yang orang kata control cun, tapi dia sentiasa menjadi dirinya sendiri,” kata Tiz.

Izara nafi benci bapa kandung

IZARA Aishah mengakui watak Fiona dijayakan dalam drama Soffiyah ibarat ‘kelas lakonan’ untuk memperkemaskan lagi mutu lakonannya.

“Inilah karakter paling susah pernah saya jayakan. Saya sentiasa bermain emosi apabila air mata menjadi teman setiap masa. Seronok bekerja dengan produksi ini, lebih-lebih lagi pelakon senior seperti Tiz Zaqyah dan Fizo Omar, selain pengarah banyak beri tunjuk ajar,” katanya menyifatkan Fiona membenci bapa kandungnya kerana menjadikan dirinya hamba seks sehingga tergamak membunuh anak sendiri.

Justeru, tersebar desas-desus dalam kehidupan realiti Izara, dia turut membenci bapa kandungnya kerana dikatakan pernah mengabaikan dirinya dan keluarga sejak beliau kecil, selain tidak pernah mendapat belaian kasih sayang seorang ayah. Kononnya juga dia keberatan meletakkan nama bapa kandungnya itu sebaris namanya setiap kali ditanya wartawan dan lebih selesa dikenali sebagai Izara Aishah saja.

“Saya tidak pernah membenci ayah kandung, tambahan pula saya mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada bapa tiri. Benar, ayah dan ibu saya berpisah ketika saya berumur dua tahun, tapi itu tidak boleh dijadikan alasan saya membencinya. Seingat saya, kali terakhir bertemu ayah ketika saya Darjah Satu dan sejak itu kami hanya berhubung menerusi telefon.

“Kali terakhir saya bercakap dengan ayah di telefon pada Aidilfitri lalu. Mengenai nama, memang saya tak mahu nama keluarga terbabit sama dalam kerjaya seni, biarlah saya dikenali dengan nama sendiri. Terus-terang, saya tak pernah membenci ayah. Saya berharap saya bertemunya suatu hati nanti, tambahan pula dia juga akan menjadi wali apabila saya kahwin nanti.

“Namun, saya tak dapat menyembunyikan perasaan ini, sebenarnya saya tawar hati dengan ayah sebab dah lama sangat tak berjumpa dengan dia, itu saja... bukan membenci dirinya,” kata Izara berterus terang.

Menerusi Soffiya, Fiona (Izara) berkahwin dengan Ilyas (Fizo) dan terkini ada khabar angin mendakwa, Izara dan Fizo dalam diam bermain cinta apabila perasaan itu berputik tanpa disedari kru produksi. Khabarnya, kedua-duanya pernah dilihat hadir ke sebuah pusat rekreasi berkuda di Ampang, baru-baru ini. Menurut sumber, Izara dan Fizo dilihat begitu mesra ketika sedang menikmati makan malam bersama.

“Saya dah ada teman lelakilah. Antara saya dan Fizo hanya kawan sesama rakan artis. Saya akui, pada hari itu memang Fizo mempelawa saya hadir ke pusat rekreasi itu dan sebagai kawan saya hanya datang memenuhi pelawaannya, itu saja. Tambahan pula, teman lelaki saya menghantar saya ke situ. Memang kami makan malam bersama, tapi taklah mesra seperti didakwa. Terus-terang, saya amat menyintai teman lelaki saya. Kami kenal sejak kecil. Tak mungkin cinta saya beralih arah kepada orang lain,” terang Izara.

Pada Anugerah Skrin 2011 pada 4 November ini yang bersiaran secara langsung di TV3, Izara dijangka menjadi seorang penyampai trofi untuk satu kategori dipertandingkan.

INFO Tiz
NAMA SEBENAR: Siti Zaqyah Abdul Razak
NAMA KOMERSIAL: Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik
ASAL: Kuala Lumpur
DRAMA: Impian Ilyana, Impian Sunsilk, Bernafas Dalam Lumpur, Seandainya Aku Siti, Nur Kasih, Asmaradana, Spa Qistina dan Soffiya
FILEM: Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura-Kura (belum tayang)
PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

INFO Izara
NAMA KOMERSIAL: Izara Aishah
TARIKH LAHIR : 28 September 1992
KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik
ASAL: Bakar Batu, Johor Bahru
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan)
PENDIDIKAN: Diploma Seni Persembahan, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor
PENCAPAIAN: Tempat kedua Dewi Remaja 2010
KOMERSIAL TV: McDonald's dan Fair & Lovely
TEATER: Tok Rimau dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur ketika berusia 12 tahun.
DRAMA: Kasih Najihah, Hantu Gigi, Jejaka J, Selumbar Kasih, Masih Membara Cintaku, Keranamu Laila, Cikaro, Pusing Raya dan Soffiya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 03:35 PM | Show all posts
article pasal TZ aku dah tempek kat umah sebelah..cam tak sesuai nak tempek kat sini,sebab byk citer RITZ...dlm paper ada 2 lg gambar dorang...mmm puas ati..tq BIPOP..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 04:03 PM | Show all posts
kat paper ada pic lain ek? sepa yg ada tu tepek la. kikikiki.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 04:13 PM | Show all posts
ada 1 lg pic IA,and 1 lg pic TZ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 06:15 PM | Show all posts
ada lak c azian ni berlakon d ekspress dania. wakkaka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 06:39 PM | Show all posts
gazette minggu ini buatkan aku bengong.... kamal da start marah soffi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 07:42 PM | Show all posts
Oh tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!


harini aku beli Mingguan


Oh tidakkkkkkkkk


someone pleasssssseeeeeeeee tepekkan gambar2 TIZARA dalam Bi-PoP itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2011 08:51 PM | Show all posts
tp mek.. kamal spoil aa bila jd ayah kpd fiona.. huhu..kalo fiona tau mek ckp camni, mesti dia ...
sevenoctober Post at 23-10-2011 11:39


takan uoals nak Kamal beromantika juga dengan Fiona tuh.. Tapi errr lagi spoil bila mek teringat gambar Azhar Sulaiman posing with bapuk boobs
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 08:53 PM | Show all posts
me too.    wpun.
hijau88 Post at 23-10-2011 11:53



  kenapa? kenapa? kenapa? wae? wae? waeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 09:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by orang_kampong at 23-10-2011 21:05
Oh tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!


harini aku beli Mingguan


Oh tidakkkkkkkkk


...
cikara Post at 23-10-2011 19:42



bertabah la..soal hati dan perasaan,tak boleh dipaksa dan dihalang... asalkan empunya diri bahagia...

errr....naper encik kamal marah2 kat soffi?{:4_232:}

kan dah ada gambar TIZARA tu..{:4_191:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 09:10 PM | Show all posts
Reply 39# orang_kampong


Bukan tak setuju.
Cuma tensi sebab tak beli Bi-Pop.
Tak terlintas lgsg nak tengok cover masa kat kedai tadi.
Tahu pun pukul 7 tadi bila tengok FB Tiz mention pasal BiPop.
ermmm.... kurang 1 koleksi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.073963 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list