CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hana_Hirokawa

Mnet Live in Malaysia concert December 03, 2011

  [Copy link]
 Author| Post time 5-12-2011 11:32 AM | Show all posts
dengo cite sikit org dtg ?? btui ke??
anyway ak jeles gile la korg dpt gi
xdpt tgk my suji & kr ...
k3 Post at 5-12-2011 11:26

takdele sikit sangat tp beribu2 org juga ler yg pegi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2011 12:04 PM | Show all posts
my FA

memula announce event ni, az redah jer walaupun lone ranger *yeah,kesian isk then amik free seats sebab since it open stadium. Taknak kecewa mcm KMW aritu, even VIP pun sedih. Free seats lagi best view. So amik kat Miss A nyer fanbase. Gigih beli tiket dgn harapan dpt masuk awal n amik port best.

Pastu organiser umum 30% off utk fanbase kan, gigih az pujuk member g event ni. sanggup dulukan duit az, kesian bila organizer kata 4k jer beli tix huhu   ok la save 1 tix utk dia. then groupon lak wat 50% masa tuh mmg   since member az 1st time g event camnih, taknaklah tinggalkan dia so stick ngan free seats. padahal hati dah meronta2 nk amik offer tuh.

sampai stadium kul 3. thanks to pakgad baik hati tunjukkan jalan hehe then ronda2 kat gerai2 tu. beli lightstick. tgok ada budak dok jerit2 tepi gate tu ooo ada rehearsal so g la tgok kan.. tu dia b1a4!! az jerit2 gak bila nmpk CNU   me layan jer dak2 nih sbb rajin tgok diorgnyer match up kat Seoul Sunday. berjaya la gak lambai diorg time diorg lalu nak balik hotel tu oh CNU.... hehe~

then tunggu la kat fan nyer entrance tu konon masuk awal tuh tapi tak pun.. dah la chaos. az rasa kalau diorg tak create chaos pun still leh dpt best spot sbb orang tak ramai... lalala~  then masuk lah kami kul 6 lebih kurang. woo stage kecik. nampak ker nih?
huaa bila duduk mmg sedih~ apapun tak nampak. ni kalau nampak pun, rambut blonde Eunhyuk jerla. lagi satu, skrin mmg sedihla. kecik kot utk event besar mcm ni. lagi sedih bila tengok padang, tak ramai. mmg sedih. Rock zone tu ntah brape org jer pun.. bila Miss A start jer waa angin royan pun masuk. az bukan big fan diorg tapi bolehla setakat nk nyanyi part hujung tu hihi Fei ngan Min cantiknya... bila amik pic, blur tambah la sedih huhu~ bila B1A4 lg laa az terjerit2.. az paling suka lagu OK. hyper btol CNU teruja ahkak dibuatnya.. fanservis diorg ni mmg terbaik. bagus2

F(X) pun best, performance diorg mmg az puji. walaupun x tahu nk nyanyi lagu diorg, just enjoy the show jerla. then yg ditunggu2... semua pun pakat berdiri. biru jer... dah macam mini ss4. mmg best mmg terbaik. walaupun dari jauh az ttp enjoy. fancam yg blur pun az ttp amik sbb teruja haha for me, SJ mmg btol2 perform n ikhlas. they really appreciate fans yg dtg.. muka terharu memasing tu nampak ok. az btol2 hyper bila solo Yesung. nak nanges ok!! muka terharu dia tu teringat2 sampai sekarang lalala~

for me personally, az berusaha gak nak g mo.a sbb nak jumpa Leeteuk before dia enlist. sbb pada az tanpa Leeteuk, SJ nmpk 'lain' sorry elf, ni cuma pndapat 2 sen az jer.. kalau SS4 jadi kat Mesia, harus gagah jugak amik seat terbaik sbb berbaloi2 even abang long tader... tapi nyesal amik free seat tu mmg *hantuk dinding habis event, tunggu tepi jalan utk melambai2..

sekian {:4_182:}

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 03:56 PM | Show all posts
Reply  rukiaichigo

kia...1 je la nak puji...everytime baca FA ko..mesti x lupe solat..bagus bagu ...
macncheese Post at 5-12-2011 10:46 AM


bak kata hana, if ramai2 mmg xkesah pun kan. dah mmg kewajipan. meroyan2 jugak, tp kewajipan mmg xleh la nk lupa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 03:58 PM | Show all posts
lupa plak.... thanks kak zue for the credit!!!! berbunga2 hati sy dpt credit, sbb dah lama x dpt kan... and jgn lupa check FA sy kat rumah MAMA tu. dh repek FA pun, gmbr jer yg belum lg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 11:19 PM | Show all posts
thanks for sharing guys..me tak dapat g sebab maseh capek pulang dari bcuti ke bali..ingat nak mghantor gak ke airport tapi tak larat jugak...at last layan fancam korang je lah...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 08:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by hadiff05 at 6-12-2011 08:15

arini citer pasal Mnet cocnert kuar kat harian metro...gbr pun beso2....tp hampess reporter tu x buat homework..bila lak hee chul ada seklai....sebb dia boleh lak tulis " kami tertarik dgn budaya.....di negara ini .." kata Kim hee chul...

angin aku baca pagi2 buta ni....huhuuhh

Lagi satu aku pelik awat metro cuma citer concert ni ad asuj n F(x) je mana g miss A n b1a4? HUHUUHU teruk sungguh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2011 08:37 AM | Show all posts
ni ha full artikel.....huhu
SuJu cetuskan ‘histeria’Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my




KEHADIRAN bintang sensasi K-Pop, Super Junior sememangnya dinantikan peminat mereka tidak kira di mana juga. Terbaru mereka datang beraksi di Stadium Bola Sepak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam Sabtu lalu dengan penuh aura populariti.
Bukan sendirian, konsert Super Junior atau SuJu itu turut menampilkan gandingan empat gadis jelita yang semakin popular, f(x).

Nyata persembahan SuJu dengan tarian menarik dan diiringi muzik rancak membuatkan ramai peminat bagai terkena ‘histeria’. Mereka tidak dapat mengawal emosi tatkala melihat kemunculan ‘boy band’ pujaan mereka yang dianggotai sekumpulan kacak.

Peminat terutama gadis beberapa kali menjerit apabila anggota kumpulan itu muncul. Ada di antara peminat turut menari dan menyanyi bersama beberapa lagu yang disampaikan anggota kumpulan itu.





Ternyata wajah puas peminat tergambar ketika menyaksikan persembahan kumpulan yang popular menerusi lagu Sorry Sorry itu.


Tidak ketinggalan persembahan bertenaga kumpulan f(x) yang dianggotai Victoria, Luna, Sulli Choi dan Amber. Bersandarkan kepada rupa paras menarik persembahan f(x) juga tidak mengecewakan. Biarpun masih asing bagi peminat K-Pop di Malaysia, mereka tidak kurang bertenaga.

F(x) menghiburkan peminat menerusi himpunan lagu daripada album mereka antaranya, Pinocchio, Hot Summer dan Nu ABO. Tidak ketinggalan menerusi lagu popular mereka, Chocolate Love dan La Cha Ta.

Dua kumpulan yang dilantik sebagai duta jenama barangan elektronik terkemuka, LG Electronics Sdn Bhd ini berjaya membuatkan lebih 5,000 peminat tidak berganjak langsung walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Dalam satu sesi temubual sebelum konsert bermula serta acara ramah mesra dengan peminat di One World Hotel, Bandar Utama anjuran LG Electronics, anggota kumpulan itu memaklumkan mereka sendiri teruja untuk kembali beraksi di Malaysia.

Lebih-lebih lagi pelawaan dan maklum balas daripada peminat menerusi laman
web serta laman sosial mereka.

“Ini kali ketiga kunjungan kami ke Kuala Lumpur. Sememangnya kami sentiasa berharap untuk menjayakan persembahan di negara ini. Selepas melihat maklum balas yang cukup menggalakkan daripada peminat menerusi facebook dan twitter sememangnya kami cukup teruja malah tidak menolak jika sering kali menerima undangan menjayakan persembahan di Malaysia.

“Kami sentiasa berhubung dengan peminat dari seluruh dunia menerusi laman web dan laman sosial. Secara tidak langsung peminat juga memberi inspirasi kepada kami untuk tampil dengan persembahan yang pasti menghiburkan.

“Kami juga tertarik dengan budaya dan makanan di negara ini. Kami selesa apabila berkunjung ke negara ini,” kata Kim Hee Chul.

Lebih menarik konsert kali ini biarpun tanpa kehadiran anggota kumpulan yang lengkap keunikan persembahan mereka pada kali ini pastinya dapat berkongsi pentas bersama rakan mereka dari f(x).

Dalam pada itu Pengarah Urusannya, HK Kwon, berkata jenama K-Pop dan artis Korea itu sebagai lambang kepada jenama LG yang diperakui di peringkat antarabangsa. Pihaknya turut berasa bangga dapat bekerjasama dengan barisan artis Korea terbabit.

“Sebagai penaja untuk konsert ini pihak kami menyediakan 200 cabutan bertuah kepada peminat setia kumpulan ini. Mereka turut menerima hadiah khas iaitu beg goodie dan poster yang ditanda tangani sensasi Korea itu.

“Peminat yang terpilih berpeluang bertemu dengan kumpulan dari Korea itu. Selain menganjurkan beberapa segmen khas sebagai meraikan kehadiran mereka serta sokongan peminat,” katanya.

LG turut bekerjasama dengan beberapa artis terkenal dari Korea antaranya Girls Generation dan f(x) dalam penerbitan album termasuk bekerjasama mempromosikan lagu popular Chocolate Love serentak dengan pelancaran model telefon Chocolate.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:07 AM | Show all posts
Reply 227# hadiff05


    curlast heechul dtg wat konsert kat mesia...
ss4 pun dia x gi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply  hadiff05


    curlast heechul dtg wat konsert kat mesia...
ss4 pun dia x gi...
airwickss Post at 6-12-2011 09:07


heechul aku dtg dlm mimpi kots
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 01:53 PM | Show all posts
dah beberape minggu MOA berlalu, baru la ni aku sempat upload gmbr & kongsi dgn korg. even dah basi pun, nak jugak share gmbr2 aku yg x semenggah langsung. motip sgt kan gmbr nampyeon2 org lain sikit punyer cantik & clear gmbr nyer. gmbr nampyeon aku semua pun takat ke laut!!!

MISS A













B1A4

















F (X)
























credit: rukiaichigo@forum.cari.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 02:11 PM | Show all posts
SUPER JUNIOR































































































ENDING


























credit: rukiaichigo@forum.cari.com.my


sekian, terima kasih ^^

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 08:21 PM | Show all posts
dari jauh hujung dunia boleh nampak eunhyuk ngan donghae...haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.214664 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list