CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32775|Reply: 9

Perniagaan Kedai Buku dan Alat Tulis

[Copy link]
Post time 31-10-2011 03:20 PM | Show all posts |Read mode
As salam,Saya berhasrat untuk membuka kedai buku dan alat tulis di Shah Alam. Lokasi saya dah kenalpasti sekitar Seksyen 7. Saya dapati kawasan tu ada target audiens iaitu pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti. Termasuk sekolah swasta yang bakal dibuka. Tapi target saya pelajar sekolah jual buku rujukan, latihan dll.

Saya perlukan pendapat rakan usahawan yang berpengalaman untuk bantu saya:
1. Berapa modal diperlukan? Plan nak sewa satu (1) unit kedai tingkat paling bawah. Saya pernah tanya sewa bulanan dalam RM4.5K sebulan. Not bad! haha...
2.Siapa yang perlu saya berhubung untuk pastikan bisnes saya tak kena sita dan stok sentiasa ada.
3. Waktu operasi biasanya berapa jam?
4. Risiko macam mana? adakah hujung2 tahun dah kurang pembeli sebab dah nak cuti sekolah dan kebanyakan dah nak habis exam. Dah tak beli buku latihan dan rujukan.
5. Pulangan pula mcm mana? Berbaloi ke? Saya bukan nak kejar untung, asal lepas bayar sewa kedai, gaji pekerja, utiliti dan lain2 kos sampingan pun dah memadai. Huhu..

Buat masa sekarang saya dah run perniagaan tuisyen. So dah ada sedikit2 skill dalam education ni.

Thanks.

www.perintisdidik.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 10:21 AM | Show all posts
halo, syarikat kita adalan sourcing agent in Guang Zhou, anda boleh borong alat alat tulis kat situ, kita juga ada providing shipment balik kat malaysia, kalau berminat sila email wontechventure@gmail.com
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 07:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by star_karat at 1-1-2012 19:24

aku dulu pun ada berangan nak bukak kedai tulis ni.  Aku pun dulu bearing kat sek 7 ni.

Tapi..rayau2 kat sek 7 ni berkali kali siang malam, kedai tulis ni macam lembab ajer.
Mintak pandangan sana sini. Ada yang cerita time nak exam budak2 nak buat photocopy sampai beratur.  Tapi budak2 ni cari yang termurah pulak. Berapa murah yang kita boleh buat?? Aku pikir tak kan time nak masyuk bisness nak kena tunggu masa exam ajer.

Dah tu ada orang cakap pulangan sale kedai tulis ni terlalu kecik untuk buat rolling. Pasal jual benda yang tak berapa sen ni tapi kalau nak top up barang baru nak kena modal banyak untuk beli borong. Jadi nak kena ada back up modal banyak untuk buat rolling yang kedua, ketiga atau keempat.

Ada kedai2 cina alat tulis ni jual bukan hanya alat tulis, sampai kan mainan budak pun dorang masuk kan. Termasuk jual soft drink dalam fridge, surat khabar, magazine, signage kecik2 tu(mcm no entry sign), office gift etc..

Kalau nak harap budak sekolah ajer datang, lambat lah. Hari pun gelap.

Apa2 pun nak kena buat research masak2, jangan main terejun. Nanti buat penat dan rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 12:24 PM | Show all posts
terus terang la..
cari benda berniaga yg 24 jam boleh jalan..
kalau ada time frame ni mmg sakit la..
dan market segment mmg kecik..persaingan mmg tahap tinggi..

plg kecik aku dpt kira.. klu salah tlg betulkan..
sewa sampai RM4.5k sebulan.. deposit 1 bulan..  total RM 9k..
pekerja kita ambil la.. Rm700 X 2 org.. RM1.4k..
kos api air aircond telpon... Rm700 sebulan...
kos barangan one shot perabot dan brg2 jualan .. selalunya yg mula2 nak berniaga ni supplier minta cash..RM10k..
kos brgn lain sewa mesin fotostat 1unit.. Rm300 sebulan..

Total kos buka bulan pertama.. RM 9k + Rm1.4k + RM700 + 300 + Rm10k = RM 21,400..
bulan kedua dan seterusnya...RM 4.5k + RM1.4k + Rm700+RM300= RM 6,900...

harap TT congak sebaik mungkin.. pendapat saya.. sewa RM4.5k untuk kedai alat tulis tu mmg mahal sgt2.. takut xterpualng modal nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 10:13 PM | Show all posts
Alahaiii...baru berkira2 nak bukak kedai stationery ni...baca komen2 ni rasa ngeri plak :-(
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 10:44 PM | Show all posts
jual alat tulis..jual top up...jual printing..dalam 1 kedai..atau sewakan separuh kedai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2013 05:09 PM | Show all posts
Nice info, banyak lagi info yang saya perlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 09:39 PM | Show all posts
Kalau berminat nak cari dan beli existing kedai stationary / printing, dalam listing saya ada satu kedai di Puncak Alam. Dekat dgn area Econsave & UITM Shah Alam. Harga nak jual dalam RM30k.

Reason nak jual sebab staff nak sambung belajar dan owner tu nak bersalin dah. Kalau berminat leh tgk detail kat sini ye: http://www.biz4sale.my/ad/kedai- ... iambil-alih-dijual/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 12:10 PM | Show all posts
Kami Adalah Pengilang & Pemborong Pakaian Seragam Sekolah

Postby VEEJ ENTERPRISE » 05 Aug 2013, 11:15
= WELCOME TO VEEJ UNIFORMS CONCEPT STORE =
* Your Complete One Stop For All Kind of School Uniforms & Accessories *
NO 10, TINGKAT BAWAH, JALAN ARAB, 84000 BANDAR MUAR, JOHOR, MALAYSIA.
FAX : +606-9539663
H/P : +6012-9797 852 / +6016-2701 833
WEBSITE : www.veej.com.my
MSN : veejenterprise@hotmail.com
OFFICIAL EMAIL : info@veej.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/www.veej.com.my
------------------------------------------------------
PROFILE:

VeeJ Uniforms Concept Store has over 30 years experience in uniform wholesaling and manufacturing. Our goods are distributed to most of the school uniform specialty store and retail chain store throughout Malaysia. So far, we have gained a good reputation as well from our customers. We are trying to serve our customers bestly and friendly and also hope our customers are satisfy with our goods and services.

PRODUCTS:

1. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)
2. Pengakap Kanak / Pengakap Laut / Pengakap Kelana DLL
3. Tunas / Pandu / Renjer Puteri
4. Puteri Islam
5. Tunas Kadet Remaja Sekolah / Kadet Remaja Sekolah (TKRS/KRS)
6. Kadet Polis DiRaja Malaysia
7. Kadet Bomba & Penyelamat
8. Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
9. Kadet Pertahanan Awam (KPA)
10. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
11. SILAT
12. Tadika KEMAS & Tadika PASTI
13. Vest Sekolah (BLACK/NAVY/MAROON/DARK GREEN/PURPLE/COCO)
14. Tudung Sekolah & Persatuan (BLACK/WHITE/NAVY/LIGHT GREEN/DARK GREEN/PINK/BLUE/YELLOW/PURPLE/GREY)
15. Neck Tie (PRIMARY&SECONDARY)
16. Chung Hwa High School Uniform
17. Track Suit
18. Relevance Accessories
19. All School Uniforms

Contact us now for more details !!
Tendering, Wholesale or Retail are welcome ~
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 11:47 PM | Show all posts
Nasihat saya, kalau target photostat dan service tu ja kena ada tenaga kerja ramai dan mesin banyak. Selalu rosak tau. Kena sewa mesin kecuali anda tahu repair sendiri. Overhead sangat tinggi.
Bahaya kalau sebelum ni tidak pernah buat. Habis semua model. Pelanggan dari pejabat lagi stabil. Kalau banyak pejabat dekat2 mungkin boleh cuba.

Kami dari yang berpengalaman.
Ini laman web kami
Yang murah sini http://www.officeboy2u.com.my/
Yang lengkap sini http://www.officeboy2u.my/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063101 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list