CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8128|Reply: 111

Ko kawin dua,tp dua2 isteri hot ko curang dgn sorg jantan 1 bilik 1 katil.

[Copy link]
Post time 1-11-2011 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by b_mckagan at 1-11-2011 07:07

SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.  Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.


       Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.


  Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.
  Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.


“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


  Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.


“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.


  Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.


Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.


“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.
  Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.




Ahmad Husaini Mustafa terkejut beruk,anda pula bagaimana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 06:58 AM | Show all posts

2 Madu Khalwat Berjemaah Dgn 1 Lelaki !

Post Last Edit by tongkatwaran75 at 1-11-2011 08:19

Dua madu sepakat khalwat
Oleh Suraya Roslan




31 Oktober 2011

SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram.

Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam


p/s Apa cer nie?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:05 AM | Show all posts
Sian laki dia..dpt bini 2-2 sangap..sehati sejiwa pulak tu!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:07 AM | Show all posts
dah ader thread neh....{:4_230:}

http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:08 AM | Show all posts
setenga jam baru nak bukak??  waliyazubillaah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:09 AM | Show all posts
Dah ada benang ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2011 07:10 AM | Show all posts
Madu ni berpakat kut nak kenakan somi mereka....  
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:12 AM | Show all posts
Madu ni berpakat kut nak kenakan somi mereka....
HaMiZiE Post at 1-11-2011 07:10


sape somi dorang? Jgn aku kenal suda a.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 07:13 AM | Show all posts
pergh...berebut2 nk bukak thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:21 AM | Show all posts
sape somi dorang? Jgn aku kenal suda a.......
tongkatwaran75 Post at 1-11-2011 07:12


ramainya kawan ko yang berkawin lebey dari satu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:25 AM | Show all posts
jangan laki dia yg jadik saudagar sudah...suppy dua2 sekaligus.

laki aku cakap, kalo dia berdepan situasi ni.. tak kosa nak pi jamin2 bagai.. huhuuu

aku cakap, ye jugak... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:45 AM | Show all posts
sebelum momod kunci.. rembat satu dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:52 AM | Show all posts
sebelum momod kunci.. rembat satu dulu..
artcrime Post at 1-11-2011 07:45



first come first serve
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:54 AM | Show all posts
first come first serve
periuk_itam Post at 1-11-2011 07:52



    mencari kacang2 kat sini gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 07:56 AM | Show all posts
pergh....gile...konfirm laki dia down gile...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:00 AM | Show all posts
hebat la zaman skrg..madu bukan setakat share laki...jantan geli2 pun leh share skali...gilosss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 08:02 AM | Show all posts
ha ha ha.....hebat......
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:04 AM | Show all posts
kesian la pulak kat laki diaorg tu
apa lagi bang..cari no 3 le
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:08 AM | Show all posts
mana satu lg best....versi tongkakwaran  ker versi mek kagan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:08 AM | Show all posts
boleh buat filem bini-bini ku curang pilak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076320 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list