|
sabar menanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
camne agaknya AJIS melayan NADIRA erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
zoo???..aishhh..ajis xde tmpt lain ke nk p.... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya cita ni...bile nak sambung g...tk sabar nak tunggu sambungan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
please....nak sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
mana sambungan nihhh...tak sabar-sabar nak tunggu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambung
Suka sgt nadira n ajis |
|
|
|
|
|
|
|
damn...next..next....
kasik yg romantik2....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Nice story. Bila mau sambung? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambung lagi.............. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pergi zoo ????
yaya4075 Post at 29-3-2012 12:42
Teringat pulak cite Jasmine dgn abg angkat dia yg g zoo tkt buaya tu hehe |
|
|
|
|
|
|
|
mn lah si damm ni..
xpe..ku tunggu smbungan tnpa batas wktu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bes sgt... telah merempit seharian... |
|
|
|
|
|
|
|
hi readers |
|
|
|
|
|
|
|
haagen dasz dengan baskin robbin mane korang prefer?
jangan compare harga ok... |
|
|
|
|
|
|
|
oh yea...nanti aku upload new entries..
setelah mendapat inspiration dari menonton filem cinema paradiso, amelie dan beberapa porno lakonan Tori Black..
oh yea btw..sorry sebab lambat upload |
|
|
|
|
|
|
|
haagen dasz dengan baskin robbin mane korang prefer?
jangan compare harga ok...
dammerung Post at 9-6-2012 13:37
i prefer haagen dasz...best!
so, next! seharian bc cite ni...sonot sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 134# dammerung
Yeay... Damm is back!
Ini bukan 7 hari... dah 70 hari tunggu sambungan
My vote goes for HD
Tapi aiskrim green tea BR lagi sedap dari HD... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
“You nak bawak I pergi zoo…on our first date?”
“Tadi awak cakap tak kisah pergi mane-mane?”
“Yes..I did say that but…seriously..zoo?”
“Awak nak pergi tempat lain?”
“Well..yeah…”
“Awak nak pergi mana?”
“Tak tau…”
“Tak tau pulak…” kata Ajis sambil tersenyum.
“Alaa…you bawak la pergi mana-mana..tapi tak mau la pergi zoo…”
“Okay..pergi Syahbandar nak?”
“Tak mauuuuu…” Nadira membuat aksi merajuk manja sambil memuncungkan bibir. Tiga hari yang lalu gadis ini begitu garang sekali tingkahlakunya, hari ini macam tak percaya pula Ajis melihat Nadira begitu manja sekali.
“By the way…kenape you nak pergi zoo?”
“Tak tau..tiba-tiba terase nak pergi”
“You tak pernah pergi zoo?”
“Tak…awak?”
“Pernahla masa kecik-kecik dulu”
“Best tak?”
“Best la..I was like what…6? 7?...agak-agaknya sea lion yang I tengok dulu tu pun dah mati kot”
“So how about we find out then?” kata Ajis.
“Serious you wanna take me to the zoo?” tanya Nadira.
“Well..if you want”
“What the heck then…let’s go!” kata Nadira dengan girang.
“Zoo Kuala Lumpur 500 meter" |
|
|
|
|
|
|
|
Ajis melewati papan tanda destinasi mereka dan mengikuti anak panah yang menunjukkan tempat letak kenderaan. Matahari terik membuatkan kenderaan-kenderaan di kawasan bertanda A hingga F bersinar-sinar. Ham terpaksa mengenyitkan matanya dek silauan. Tengahari yang panas tidak menghalang ratusan pengunjung dari melawat Zoo Kuala Lumpur.
Kereta Fiat Punto mengisi sebuah slot kosong di sektor F. Kehadiran Ajis dan Nadira di zoo tersebut di sambut oleh topiary gajah gergasi. Beberapa khemah pasang siap di tempatkan berhadapan kaunter tiket untuk kemudahan pengunjung.
Peluh merintik-rintik di dahi Nadira. Belakang baju kebaya biru lencun dek peluh. Kasihan pula Ajis melihatnya.
“Awak okay?” tanya Ajis.
Nadira hanya menganggukkan kepala. Berkali-kali di mengesat peluh yang cuba memasuki mata.
“Nooo…you’re not okay…tunggu sini kejap” Ajis meninggalkan Nadira buat sementara waktu. Ajis berlari anak menuju ke pintu yang di khaskan untuk pekerja berhampiran kaunter tiket.
Beberapa minit kemudian Ajis kembali.
“Jom!” kata Ajis girang.
“Don’t tell me you…you know what Ajis, I tak nak tau” tersenyum Nadira. Ada sahaja benda pelik yang dilakukan. Dia tidak tahu bagaimana Ajis membuatnya dan dia sudah malas hendak mengambil tahu.
“Ini pintu untuk tiket VIP, tapi sebab sekarang ni takde VIP tour so pihak pengurusan dengan baik hati memberi kita menggunakannye” seloroh Ajis.
Sebaik sahaja Nadira memasuki pintu tersebut dia terpana dengan keindahan landskap di sekelilingnya. Jauh berbeza sewaktu dia melawat zoo ini semasa kecil dahulu.
“Nice…” kata Nadira seorang diri. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling.
“Nadira” keasyikan gadis itu ditamatkan oleh panggilan namanya. Ajis berdiri beberapa meter di hadapan. Tangan dihulurkan. Nadira mengigit bibir. Lalu dia berjalan ke arah Ajis dan menyambut tangannya.
Mereka berjalan beriringan. Kedua tangan milik Ajis dan Nadira kini seolah terkunci di antara satu sama lain. Semakin lama, semakin erat.
Hari ini dalam sejarah. Aziz bin Mohamed buat pertama kalinya memegang tangan seorang wanita.
Ajis bagaikan diawangan apabila tapak tanganngan bergeseran dengan kulit Nadira yang begitu lembut. Kehangatan dari tangan Nadira seperti mengalir memasuki tubuh Ajis.
Lambat sahaja rasanya masa berlalu. Dia mahu memegang Nadira selama yang boleh. Ya, dia mahu memegang Nadira selama-lamanya.
Kemudian, genggaman erat Nadira mula mengendur. Perlahan-lahan Nadira meloloskan jari-jemari dari eratan jari Ajis.
Dan akhirnya terlerai ikatan tangan mereka.
Ajis terpinga-pinga tetapi cuba berlagak seperti tiada apa berlaku. Dia berpaling ke arah gadis di sebelahnya.
Tiada ekspresi dari wajah Nadira. Matanya kelihatan sayu, tiada kilauan di mata seperti selalu.
“Nadira?” tanya Ajis meminta kepastian.
“Hmm?” Nadira hanya membalas dengan senyuman. Dia berjalan pantas meninggalkan Ajis di belakang.
Kaki Ajis bergerak pantas cuba menyaingi Nadira. Ajis mengerling tangan Nadira. Dia seperti teragak-agak mahu memegangnya. Jari kelingking perlahan-lahan cuba menyentuh jari milik gadis disebelah. Tidak semena-mena, Nadira menarik tangan seolah-olah tidak mahu babak yang terjadi beberapa saat yang lalu berulang kembali. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|