CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6597|Reply: 4

Demi masa: Sejarah waktu tempatan Malaysia.

[Copy link]
Post time 4-11-2011 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah kita terfikir dari mana dan bagaimana waktu tempatan ditentukan?

Sekarang kita menggunakan waktu GMT +8.00 (cepat lapan jam dari waktu di garisan greenwich median, UK), TETAPI, tahukah anda waktu piawai tempatan Malaysia telah berubah beberapa kali dalam tempoh 100+ tahun.

Tahukah anda waktu Semenanjung dan Sabah Sarawak suatu masa dahulu adalah berbeza?

Berikut adalah ringkasan sejarah waktu tempatan Malaysia.

Semenanjung

-Sebelum 1880- waktu adalah 6 jam 46 m lebih cepat dari GMT
- 1880 - 1905 waktu tempatan adalah 6 jam 55 minit lebih cepat dari GMT
- 1905: bRITISH  cepatkan waktu 5 minit, waktu tempatan jadi 7 jam lebih cepat dari GMT. Kemudian pada tahun 1932, ditambah lagi 20 minit sebagai waktu musim panas. 1941 tambah lagi 10 minit jadi 7 jam 30 minit lebih cepat dari GMT.
- Waktu Tokyo digunakan semasa pendudukan Jepun, jam dicepatkan 2 jam.Ditukar ke asal lepas Jepun kalah.
- I Jan 1982, waktu dicepatkan 1/2 jam jadi GMT +8.00 seperti skarang, diseragamkan dengan Sabah Sarawak..

Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak mula guna waktu GMT +8.00 sejak 1933. Sama seperti semenanjung, waktu Jepun digunakan waktu perang dunia kedua sebelum ditukar ke asal.

Kredit: Wikipedia

So.. sapa ingat waktu jam kita dicepatkan 1/2 jam tahun 1982? time tu aku kecik lagi, sekolah pun belum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 04:12 PM | Show all posts
member aku baru balik indon ari isnin aritu....dia cakap...waktu Malaysia dia kata ikut Indon...aku cakap ar...kita ikut Singapura..tapi dia bertegas kata ikut Indon, aku bukak wikipedia, aku tunjuk bukti Malaysia ikut Singapura...dia tengok aku ingat dia mengakuinya...tapi dia kata...

'tak...kita ikut indon, ko tau saper suruh? mahathir suruh ikut indon'

aku dengan member aku sorang lagi .....rasa...cam....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 04:21 PM | Show all posts

Waktu Piawai Malaysia atau Malaysian Standard Time merupakan waktu piawai yang digunakan di Malaysia. Ia 8 jam di hadapan GMT atau UTC di United Kingdom.

[sunting]Sejarah pertukaran waktu

Di Semenanjung Malaysia:

  • Sebelum 1880, mengikut waktu min tempatan Kuala Lumpur, 6j 46m 48s lebih cepat dari GMT. Selepas itu, 6j 55m 24s (mengikut waktu Singapura).
  • Selepas 31 Mei 1905, dipiawaikan oleh British ke +7:00 GMT (Waktu Malaya).
  • Selepas 31 Disember 1932, dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang.
  • Bermula 1 September 1941, dipercepatkan lagi 10 minit menjadi +7:30 GMT.
  • Bermula 16 Februari 1942, dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, disebabkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
  • Bermula 13 September 1945, diselaraskan semula sama seperti 1941.
  • Bermula 1 Januari 1982, dipercepatkan 30 minit untuk diseragamkan dengan waktu Sabah dan Sarawak dan kemudian dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.

Di Malaysia Timur:

  • Sehingga Mac 1926, Sarawak mengikut waktu min tempatan Kuching, 7j 21m 20s lebih cepat dari GMT. Borneo Utara pula mengikut waktu min tempatan Jesselton. Selepas itu diselaraskan menjadi +7:30 GMT (Waktu Borneo).
  • Pada awal 1933, dipercepat 30 minit menjadi +8:00 GMT.
    • Waktu musim panas diperkenalkan antara 14 September dan 14 Disember, masa ketika ini dipercepat 20 minit.
  • Bermula 1942, mengikut waktu piawai Tokyo +9:00 GMT akibat pendudukan Jepun.
  • Bermula September 1945, diselaraskan semula sama seperti 1933, tetapi tanpa waktu musim panas.
  • Pada 1 Mei 1982, waktu +8:00 GMT ini dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.


sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Waktu_Piawai_Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 2# shamsadis

Membe kau silap..kita tak penah ikut waktu indon..
aku rasa waktu dkt indon area jakarta tu lewat sejam dari time kita kalau tak silap.

kalau area kalimantan.. sesetengahnya ikut waktu malaysia.

member kau pegi mana? mungkin dia pegi area kalimantan kot.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 07:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by junkredish at 4-11-2011 19:26

kat indonesia ada 3 timezone, wib+7, wita+8, wit+9

tak silap aku sumatera & jawa guna wib, kalimantan & sulawesi guna wita, maluku guna wit

uniknya semenanjung "sejam lebih cepat" dpd jawa, walaupun klu tengok dlm map semenanjung lebih barat dpd jawa

uniknya juga semenanjung "ada lebih sejam" waktu bekerja sebelum maghrib berbanding sabah & sarawak. misal kerja 9 smpi 5, semenanjung ada tambahan 2 jam sebelum maghrib-andaikan maghrib 7pm, berbanding sabah & sarawak ada tambahan hny lebih kurang sejam, dgn andaian maghrib 6pm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.384796 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list